19 November 2011

Aku dan Bola Sepak

Assalamualaikum..

Aku nak gelak dengan tajuk entry aku sendiri.. Kahkahkah.. Poyo nye woi! Aku memang nak poyoronos hari ni..Sebab hari ni, Malaysia vs Myanmar kan? kan? kan? Dan aku kat tempat keje, tak dapat tengok kat rumah menerusi TV 29 inci gedabak tuh.. tetapi bukan plasma..alahai.. LOL (tapi, aku tetap tengok LIVE kat tonton ok. *wink*

Bola sepak memang sangat tidak asing bagi seluruh umat manusia atas muka bumi ini hari ini. Kalau dulu, hanya dimonopoli oleh kaum lelaki sahaja, kini kaum wanita juga sudah mula menampakkan taringnya.. (kenapa bahasa skema?? wakakaka) Ok,teruskan lagi.. Tapi aku bukan nak bercerita sejarah bola sepak kat sini.. Aku nak bercerita tentang fenomena dan penangan bola sepak di rumah aku.. Bersedia? kehkehkeh

Kalau setiap kali ada match kat TV , tak kira lah apa jenis match pun.. Seluruh kaum Adam kat rumah aku akan berada tepat di hadapan TV tanpa menghiraukan keadaan sekeliling sekalipun rumah dimasuki pencuri, biarkan...kahkahkah... Ha, macam tu punya hebat... Kalau time tu ada AIM ke, Anugerah Juara Lagu ke, apa sajalah rancangan hiburan yang aku minat, JANGAN HARAP lah hang nak terhegeh-hegeh pegang remote control dan alih siaran. Akan kedengaran suara jeritan pekikan yang amat dahsyat " Ayu!!! Ayu ni !! Arghhhh !! Tak boleh arrr..Pi la tengok lain kali !!!!! Bukak balikkkkkk!!! " OK! kau nak buat apa lagi???? Buat selamba?? Nak kena hentak? hahahaa..

Dan aku terpaksa mengalah.. sampai satu hari tuh, aku join mereka2 ini untuk tengok sekali.. Dan mula lah aku yang sengal bingai ni tanya macam-macam soalan kat adik aku..(yang bongsu je, yang sulung kereqqqq sioottt) hahahaa.. 'akim, nape ada ramai ni je pemain?' 'akim, kalau dorang injured, tukar2 padang ni, nanti ada masa tambahan tak?" "wehh, nape dia tak tendang terus je?" dan soalan-soalan bongok yang lain.. Si Akim tadi, sabar je menjawab soalan aku padahal sadis je muka kena layan akak dia yang lampi ni...T__________T  wakakakaka !

Pada 17 November hari tu, aku joined diorang ni lagi sekali menyaksikan Skuad Harimau Muda menentang Tuan Rumah Sukan Sea 2011 kali ni, Indonesia. Kali ni excited sebab kenal seorang je pemain Malaysia sapa lagi?? Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex la..kehkehkeh.. Lagi sekali, 'akim, awat semua pemain tak kenal pun?? Nape tak dak pun Kembar? (zaquan & zafuan)" Akim : 'isshhhhhh, ni semua bawah 23 la' ... wakakaka... Marah ko dik?? hahaha.. ok2, aku diam la jap 5 min.. Jap gi kang, kuar lagi soalan aku, 'Akim, kenapa Izzaq ni besar sangat? tak macam bawah 23 pun" hahahaaa dan macam tu la sampai la tamat game.. huhuhu.. annoying tak? annoying? hahaha.. Tapi, apa yang lebih mengujakan adalah, tiap kali ada je perlawanan bola sepak ni, akan adalah ramai pengulas-pengulas tak bertauliah dalam rumah aku.. Akan ada klon Ong Kim Swee  bersama-sama aku dalam rumah tu.. hahahaa.. Semua sibuk nak komen macam-macam.. 'ish, apa la.. patut macam ni..ha, tu la kan? patut macam tu.. tukar la..amik dia ni, simpan dia tu..bla..bla...bla.." hahahaha.. itulah dia..

Namun, disebabkan keterujaan aku menyaksikan pemain-pemain muda kita bertarung di stadium Glora Bung Karno (asal nama dia best? hahaha) maka aku akan terus menyokong skuad Harimau Muda kita.. Harap-harap kita beroleh kemenangan lagi pada petang ini menentang Mynmar.. Dan terus ke final nanti dan memperoleh pingat emas untuk Sukan SEA kali ni.. Amin... Doa kita rakyat Malaysia amatlah diperlukan..

Harap-harap pemain kita berdisiplin macam hari tu masa menentang Indonesia.. Kalau jatuh sikit-sikit tuh, bangunlah.. Tak payah nak injured sangatlah ok.. hahaahha..  Dan teruslah bermain dengan hebat walaupun Ong Kim Swee tak dapat berada di bangku  pemain simpanan ..(jangan risau, banyak je klon coach korang kat rumah aku ni ha.. LOL ) Semoga terus maju aku dan bola sepak ku..eh? kehkehkeh...

I wish I could be there between one of them... kehkehkehkeh








# Majulah Syahrul Azwari ku untuk negara... eh? kehkehkeh...
Majulah SUKAN untuk negara! haa, baru betoi :)



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...