18 March 2012

Lah, tak payah lah!

Assalamualaikum..

Terbaca salah satu entry dekat web kecintaan ini.. (Setiap hari aku akan saratkan otak dengan cerita-cerita hot dari web ni.muahaha). Tetiba terbaca tajuk entry dia,

Bakal Menjalani Penggambaran Di Paris, Vanila Coklat Ke Layar Perak Kerana Sambutan



Pastu, ada setepek muka Izara Aisyah. Ye, aku gila cerita ni. Walaupun hanya 13 episod. Gigih jugak mendownload walaupun aku bisa menghafal setiap ayat yang keluar dari mulut pelakon-pelakonnya. Ya, begitulah taksubnya aku terhadap cerita yang super cute ni. *lempang pipi laju-laju*




Tapi, bila ada pulak desas desus nak ke layar perak, alamakkk.. Aku tak suka sangat sebenarnya. Kan dah habis kat TV3, cukuplah. Jap lagi kang, citer melayu ni, paham sangat dah.. Kalau si Amir tu tak ada perempuan lain, rumah tangga diorang retak sebab ada pihak ketiga. Tu pompuan gedik dalam citer tu, apa kebenda tah yang suka kat Amir tuh. haaa.. dendam tak terbalas lagi tu.. Jap lagi banyak lagi konflik, tapi drama melayu, always lawan karma.. sokmo happy ending. Menyampah. Haha. Eh ? Macam director pulak..

Tapi, betul what. Tak payah je lah nak ada filem bagai.. Sudah lah. Buat lah citer lain jer...kan? Lagi bagus. Ni setiap drama kat TV nak continue buat filem...Tak best lah. Pastu, jap lagi serabut jalan citer..

Pada aku, daripada membazir nak buat filem, buat je lah drama lain atau filem lain. Actually orang suka tengok pelakon dia kot., macam mak aku cakap, 'handsome Amir ni..kan?' Jawab aku, 'handsome ke? Tak pun. Adik tengok biasa je, Handsome lagi Farid Kamil...' Muahahaha...Oh, FK dihati ku! Aku tak suka. Aku suka jalan citer je sebab suwettt.. Kahwin muda lepas tu bahagia sebab apa? Anak orang kaya, senanglah.. Tipikal Melayu sangat ! Huhu..

Sebab terlalu banyak sangat drama yang difilemkan.. Nanti Nora Elena pulak.. Tengok lah. mesti punya. Ceh, confident giler.. Haha.. So, tak payah je lah. Cuba lah produce satu filem yang betul-betul gempak.. Yang bila tengok macam, 'wow' dia tu tahap gaban punya. Huhu. Ini, setiap kali keluar panggung, 'alaaaa... citer dia biasa je..'  ' Tah pape je citer..menyesal tengok..' Huhuhu.. So?? Macamana? Memanglah kena sokong industri filem tempatan.. Kalau citer bagus, tak ada hal nak hadap panggung setiap kali citer melayu keluar..kan? Terbaru ni pulak, ada anime dari Malaysia kan? Aku tak suka.. Tak kisahlah dari Malaysia ke dari mana, tapii.. bila ada citer haiwan bercakap ni, aku rasa macam ... eh, taknak lah tengok. hahahaa..(walaupun ada orang tu.. beriya cakap citer ni best.. Huhuhu.. )

So, inilah bebelan aku di hari Ahad. Benci hari Ahad ni.. Tak suka sangat ramai warga asing. Rasa menumpang di bumi sendiri. Haha. Gila emosi. Dah lah tak sihat.. Aduhai tekak, tak payah lah sakit. Baru nak gemuk (aku kuat makan akhir-akhir ni? ye ke?)... Jap gi kang, bila tekak sakit, tak lalu makan dah lah.. Tetiba teringin nak makan sotong kat Seagate tu... Huuu.. camana ni? Kenapa cuti sekolah hanya seminggu? T______T.

Dah lah, aku kalau bab mengarut hebat jer.. Tamat dah cuti sekolah.. Kat Kedah, dah mula dah hari ni, Mengeliat adik-adik aku nak ke sekolah pagi tadi.. Padanlah muka. Huhu... Ini sahaja. Aku ni pemalas sangat lately entah kenapa. Semua aku rasa aku malas.. Bercelaru.


Take Care !


# Bila agaknya Vanilla Coklat The Movie nak keluar panggung ek? Aku nak buat reservation kat GSC.  Eh? Muahahaaha...





Bye!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...