22 March 2012

Sama macam kamu jugak...

Assalamualaikum..

Dear my blog, sila tahan dengan luahan perasaan aku today..  Aku letih sangat layan kerenah orang.. Sangat. Mungkin diorang terlupa, aku pun sama macam diorang. Aku pun manusia biasa jugak.. Maaflah, aku memang tak mampu nak memuaskan hati semua pihak..

Terkadang, aku terlalu penat nak melayani kerenah semua. Kawan-kawan. Yelah, dah nama pun kawan.. Sila lah respect jugak perasaan kawan korang kan.. Kalau aku kata aku tak nak, makanya aku taknak. Jangan paksa aku. Jangan letak aku dalam keadaan serba salah..

Kalau korang ikhlas nak berkawan dengan aku, walaumacamanapun keadaan aku, situasi aku , korang kena terima.. Kalau tak ikhlas, ada niat lain.. Bila aku mula menjauhkan diri, mula korang tak selesa kan? So, please behave yourself as my friend. Sincere friend..please... Kalau tak ikhlas, mengharapkan sesuatu balasan dari aku, maaf.. Korang tak ada hak untuk expect something dari aku..

Please lah, aku serious penat.. Tak sudah mengharap sesuatu daripada aku. Kalau nak kawan, kita kawan secara ikhlas. Berhemah. Sudah cukup untuk aku menghargai kawan-kawan aku. Tapi, kalau korang rasa korang memang tak boleh nak ikhlas, kita stop. Aku letih sangat. Bila aku tak layan, mula lah anggap aku macam-macam.. Siapa korang untuk memaksa aku?

Aku jugak manusia biasa. Aku jugak ada masalah aku sendiri. Aku jugak perlukan space untuk diri aku sendiri, so tolonglah jangan terlampau mendesak. Tak semua kehendak korang aku mampu penuhi. Tak semua kemahuan korang aku mampu turuti.. Kau manusia, aku jugak sama macam korang, Aku tak ada kuasa untuk menyenangkan hati semua pihak. Apa yang aku mampu bagi, aku akan cuba lakukan yang terbaik selagi kita bergelar sahabat..

Terkilan. Sangat terkilan. Bila berkawan, mengharapkan sesuatu yang lebih dari apa yang aku mampu berikan.. Aku ulang, aku tak mampu... Sudahlah.. Andai kau memang benar ingin berteman dengan aku, jangan meminta lebih.. Baik kau kawan lelaki, mahupun kawan perempuan aku... Kita serupa, manusia biasa..

Luahan hati aku yang dah lama aku pendam.. Cukup menyesakkan berhadapan dengan mereka yang hanya tahu berfikir tentang diri sendiri.. Sesak.. cukup sesak..







Terima Kasih Banyak - Banyak Sebab Memahami.



Sekian.







# Mungkin mereka terlupa, saya sama macam awak semua.


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...