23 January 2013

Dear Future...

Assalamualaikum...

Lamaaaa rasanya aku tak mengarut secara tegar dan nekad kat belog ni. Ye, saya busy. Sampai tak tau punca apa yang di busykan. Sekarang, balik sekolah bukan lagi 2.40 sharp seperti tahun sudah ye adik2. Sekarang, ahkak kau ni dah pandai balik selewat jam 5 petang. Sama macam kerani dah ye.

Mujur ada kereta sendiri. Balik bila pun tak pe. Mujur tak ada laki, anak segala. Tak balik pun takpe. Mujur tak jenuh nak masak kat rumah. Balik2, terus pecut ke kedai makan berhampiran pun takpe. Ekekeke. Semua mujur lah.. Untuk sementara waktu ini.

So, bila teringat life yang macam ini, tetiba macam ada terdengar suatu suara berbunyikkk, ' Ayu, kau betul ready ke nak tukar life kau sekarang? ' Gulp. Terkedu trosss.. Hurmmm.. Aku tak pasti. Terkadang, aku rasa macam, ready je. Sangat ready. Kadang2 aku rasa macam, taknak pape. Aku happy life macam ni. Kalau penat, aku penat sensorang jer. Balik rumah, aku tak pikir benda lain dah.

Tapi, boleh ke macam tu? Sampai bila kan? Sebab sekarang, terus terang sembang, memang ada yang menanti. Si dia yang aku kira memang teman istimewa. Sebab tu aku terfikir benda ni. Kalau lah umur aku sekarang baru 16 tahun, memang nak kena penyepak la kan kalau fikir benda gini.. muahahahaha

Masalahnya adik2, umur ahkak ni dah 26 tahun. Haha. Aku rasa segar bila terbayang angka ENAM di belakang DUA. Dulu LIMA (5). Rilekss lah lagi.. Ini dah tambah 1. Ye, apa ada pada angka. Tapi pada aku banyak makna. AGE IS NOT ONLY A NUMBER. seriously !

So, memang patut pn kan aku pikir benda2 ni..Haiihhh, entahlah. Takut pun ada. Risau. Cuak. Aku dah lah pemikir tegar. Sedia sangat ke aku? Bab masak2 tu tak da masalah sangat. Aku mengaku siap2 aku memang tak pandai. Tapi aku bukan pemalas. Haha. Walaupun nampak macam pemalas. Aku rasa tak. Aku boleh cuba. Aku akan buat. Dan aku tahu apa yang sepatutnya aku buat.

Cuma yang aku rasa macam aku takut2 lagi, adalah untuk masuk ke alam lain, keluarga lain, suasana dan kehidupan yang lain. Macamana penerimaan orang terhadap aku? Apa aku perlu buat untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baru? Aku nak buat pape lepas ni, aku tak boleh pikir diri aku jerrrrrr . Sebelum  ni, kalau aku nak buat apa, si dia tak bagi, kadang aku bantai jugak buat. (hehe, Sorry). Tapi tak la yang pelik2..

Tapi lepas ni, mesti aku kena fikir hati banyak pihak. Oh, boleh ke aku ?? Lagi, risau fikir jodoh kita sampai mana.. Tak payah tipu aku. Semua yang kahwin ke, belum ke mesti fikir perkara ni. Sama macam aku. Aku takut bahagia aku sekerat jalan. Memang la macam hardcore kan? Eleehhh, dia tinggal cari lain. Itu kat mulut. Hati? Perempuan ni, dia susah. Macam aku lagi laa.. I kan setia. Hakhakhakhak.

So, berbalik pada soalan BERSEDIAKAH SAYA? Kenapa gelabah dok pikir benda ni? Ye, sebab tersirat satu perancangan kami untuk tahun ini.. Aku tak pasti sama ada mampu berjalan lancar atau tidak, cuma apa yang pasti, kami tengah berusaha ke arah itu. Ya, KAMI barangkali. Aku harap bahawa KAMI masih bersama-sama merencana 'sesuatu' seterusnya melaksanakannya bersama2... In Shaa Allah..

Doa aku pada Yang Maha Esa, Permudahkan segalanya. Lancarkan urusanku. Peliharalah kami. Semoga mencapai apa yang direncanakan.. Orang kata, benda yang HALAL dan SUCI ini Allah permudahkan. Aku harap macam tu laahh.. bersedia atau tidak, bukan tajuk cerita. Asalkan kita nak menuju ke arah itu, ada la laluan untuk kita nanti. Amin.

Nanti update lagi. Cukup2 lah mengarut pasal diri sendiri. Kang banyak2, boleh biru muka nak muntah. Hahaahaha.. Kepada SI DIA, semoga kuat, tabah dan bersedia menghadapi apa adanya. In Shaa Allah, saya ada..


















# ESOK CUTI. !!!!! Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyy!! Salam Maulidur Rasul. ~





Bye !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...