08 December 2011

Jom Layan !









#  Comel jer.

Kenduri Kahwin Hide and Seek

Assalamualaikum..

Hey! Ape dah jadik? Kenapa lama tak update? Tanya kawan-kawan. Haha. Dah 3 hari tak post pape.. Bukak jap, tutup balik belog ini. Kenapa? Busy-body. Teramat-amatlah BZ. Tak sempat nak menaip pape pun.. Tapi hari ni macam dah tak bz sangat. Padahal, pepagi buta lagi dah berpeluh2. Bos aku boleh buat 'HARI PEMBERSIHAN CC selama 3 Hari' .. Esok last day. Letih siott!

Ok, habis dah dok menjaja keletihan kat orang. Aku nak share something yang aku pun tak tahu nak komen macamana benda ni.. Aku jenis tak kisah.. Tapi, bila mendengar keluh kesah kawan-kawan .. Maka aku mula terfikir..

Apa fungsi kenduri (kahwin) diadakan? Aku tak hebat nak cakap bab-bab hukum hakam agama. Tapi aku ada google dan baca.. Terpulang. Aku pun bukan alim warak sangat.. Tak payah nak sentuh hal halal-haram.. Tapi, bukan ke perkahwinan itu sesuatu perkhabaran gembira? Dan bila kita ikhlas nak buat kenduri kahwin, yakni menjemput keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran datang meraikan hari gembira kita, sediakan makanan dan sebagainya...Kenapa mesti nak sembunyi-sembunyi??


DEFINISI…
Menurut Imam  Ash-Shan’ani , Kata walimah (وَلِيْمَة) diambil dari kata asal (ولم) yang bererti perhimpunan, kerana pasangan suami isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagai mana yang dikatakan oleh imam az-Zuhri dan yang lainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama yang bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menterjemahkan kegembiraan. Dan walimatul urus adalah walimah untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan.
Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim:
Al-Walimah ertinya adalah makanan yang biasa disajikan (dihidangkan) pada pesta (majlis) pernikahan secara khusus.

Dari dua penjelasan ini dapat kita fahami bahawa yang dimaksudkan dengan walimatul urus itu adalah jamuan makan yang diadakan disebabkan berlangsungnya ikatan perkahwinan (pernikahan) .

Walimatul urus atau kenduri kahwin merupakan jamuan yang diadakan untuk meraikan sesuatu perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Hukum mengadakan majlis kenduri kahwin ialah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agama Islam .
Majlius kenduri kahwin mestilah tidak bercampur aduk dengan sebarang unsur maksiat dan perkara yang bercanhggah dengan syara’.

Walaupun majlis kenduri kahwin amat digalakkan oleh agama Islam, namun ia mesti diadakan dalam keadaan sederhana untuk mengelakkan pembaziran dan hutang seterusnya menggugat masa depan rumah tangga.

HUKUM WALIMATUL URUS…
Hukum mengadakan walimatul urus adalah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agama Islam.. Terutamanya, bagi mengisytiharkan perkahwinan pasangan lelaki dan perempuan agar tidak timbul fitnah.

Ini apa yang aku baca.. Aku bukan nak sentuh apa yang boleh dan tak boleh dalam buat kenduri kahwin. Sendiri baca, sendiri tau.. Kang aku cakap lebih, aku tak kahwin lagi.. Tetibe sok terkena batang hidung sendiri. Tapi, bila baca hukum mengadakan kenduri kahwin itu adalah sangat dituntut...Maka, pada fikiran aku, tak salah kalau kita menghebahkan atau menjemput orang ramai ke kenduri kita..

Keluhan seorang sahabat aku pagi tadi, cukup membuat aku tertanya-tanya.. Si polan ni (kawan aku jugak) nak buat kenduri kahwin.. Tapi, siap boleh pesan kat kawan-kawan yang sekutu dengan dia,.. Jangan bagitau orang. Jangan heboh-heboh.. Sebab tak nak orang tau.. MOTIF??? Tapi, aku dapat berita, dia nak buat kenduri kat Dewan. Wallahhualam la.. betul ke tak.. Tapi, tak kisah kau nak buat kat mana, MOTIF kau tak nak orang tau?? Kau bukan kahwin dengan laki orang..(kalau kes special macam ni, maybe boleh terima lagi lah kan..) Bukan laki kau penyamun penyangak.. Dah tak nak orang tau, kenapa buat kenduri?? Alahai... Aku memanglah bukan kawan dia sangat. eh, ade ke kawan sangat dengan tak sangat? Haha. Aku kawan hai-hai babai je.. So, tak la terkesan sangat.. Even pernah bergosip bersama. Makan bersama , duduk semeja bersama..study bersama. Tapi, menurut kawan aku ni lagi, si polan ini kalau nak sesuatu, laju lah mencari rakan-rakan.. Masa tuh, kawan biasa pun anggap adik beradik kandung.. Hebat. Hahahaa..

Ini yang aku musykil.. Kenapa mesti macam ni? Tak payah la nak malu. Bukan buat benda terkutuk kan? Kalau ye pun bajet tak cukup, tak payah langsung bagitau kawan-kawan. Diam kan aje.. Ini mulut nak bercerita.. Pom Pang Pom Pang.. Last-last nanti, Nahhh !! gambar upload kat FB.. Tapi, pesan kat kawan-kawan,'jangan heboh-heboh..'.. Ape citer???? Hahahaa.. Aku sumpah tak paham.. Bukan nak mengata mengutuk.. Takut jugak esok jadik kat aku.. Tapi, tak salah kot kalau guna akal berfikir dulu sebelum terus guna mulut bercakap?

So, ini sahajalah kot.. Apa motif aku post benda ni? Sekadar mengingatkan diri sendiri dan jugak sesiapa yang membaca. Benda baik tu kalau kita ikhlas nak buat, InsyaAllah Allah permudahkan.. Walaupun bajet ciput, walaupun takut nasi kenduri kau tak cukup.. Jangan susah. Orang pergi nak tengok pengantin.(selalunyalah) Bukan nak pergi makan nasik kenduri bertambah-tambah pinggan.. Hahahaha..  Kalau ye pun tak nak orang tahu, simpan baik-baik.. Buat majlis tertutup..ala-ala artis.. wakakakaa... alasan : menghormati keluarga mertua.. What the .........?? Hahahahaha..

Walau apa pun, sebagai kawan ..aku doakan semoga kenduri dia yang dah dilangsungkan ke atau belum, aku pun kurang pasti.. dipermudahkan segalanya.. Semoga berbahagia walaupun kenduri hang macam main aci sorok.. atau omputih cakap hide and seek.... booocak! Wakakaka.. Hoi ayu! Jahat mulut.. Ish2..hahahaa
Dan kepada kengkawan yang tak dijemput, jangan kecik hati ok.. Kalau dah style dia macam tuh, nak buat lagu mana kan? Sapa suruh kita kawan dengan dia? Kahkahkahkahkah !!


# Jangan jemput aku pergi kenduri, sebab aku kuat makan. Siap mintak tapau. Buruk perangai! Kahkah!



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...