19 August 2013

Cantik ker?

Assalamualaikum..

Hye peeps. Well, aku nak share something today.. errmm.. Tentang beauty, tentang healthy.
Honestly, aku sangat bangang bab2 ni dulu..(eh, sekarang pun sama jugak yerr) haha..
Aku mula macam care sikit, alert sikit benda2 ni bila dah keja ni la.. Dulu tak pun. Sebabnya tak ada duit.
Sekarang? Ada la sesikit.

So, untuk muka.. aku memang bersyukur sangat sebab my skin tak ada la masalah jerawat bernanah gila bangang ke apa. Tak ada. Cuma sebijik dua time nak period.. Then, tak payah buat apa. Dia hilang sendiri. Tapi kadang gatal jugak tangan, nak cucuk bagai.. At last, scar. Padanlah muka. Ada la kat tengah2 antara dua kening ni. Huhu..

Then, blackhead. Hoihhh ! Tension gila ! Yang ni dulu macam tak heran sangat. Tapi mungkin sebab buat tak heran, dia banyak sangat macam cendawan lepas hujan. And aku dah try macam benda kat Watson tu haaa.. tak lut. hampeh.

So, that day, masa cuti raya aku pergi saloon kat CS. Memang sangat nekad. Lantakla. Beribu pun aku bayar. Hahaaha. Then, pergi sana.. dia tu citer memacam.. Aku cakap 1 jer, ' buat apa saja, janji my blackhead go away..' Dia cakap, boleh. Tapi mungkin tak semua. Sebab ada yang dah lama sangat. Kena selalu buat. Ok, apa2 jelah. So, about one hour aku dalam tu. Hoihh.. sangat puas hati. Memang bapakkkk banyaklaaaaa... dia tunjuk kat tisu tu. Huhu. Then, dia suruh aku beli 1 benda ni.. dia macam minyak. Untuk prevent blackhead. Sapu everyday and night.

Ok, gambo takde benda tu. Aku dah delete. Haha. Apa brand ek. Derm10 rasanya. RM113. Bila pakai, dia dapat softkan blackhead. So that, nanti boleh buang sendiri. So far, macam ok.

Skincare ? Aku pakai macam2.. Tabita pernah, Maxi peel pernah, NV pernah, segala mak nenek. Tapi semua macam tak sesuai. Now tengah guna Wonder Glow. Tapi nak tukar pakai D'Nars. Haha. Selamat la tak jadik memacam muka. Muka aku ni, kalau tak sesuai sesuatu product, dia akan bagi hint. Naik la something kat muka. So,kena stop.

Untuk healthy, yes.. dulu macam pemalas nak makan suplemen bagai. Tapi bila dah ada duit, dah alert sikit.. Dah pandai dah. Dulu aku hanya makan untuk bagi skin cantik. Collagen. Aku pernah amik. Tapi sangat mahal . TAK MAMPU ! Then, tukar kepada Vit.C. Blackmores. Tapi macam tak best. And now, aku makan Shaklee. Mampu milik. Sekarang tengah try set untuk naikkan berat badan. Bagi gemuk sikit. Berkesan jugak. Sebab aku cepat lapar. Dan bila lapar, nak makan. Walaupun sikit. Then timbang, ok naik sikit. Bolehlah. Badan aku memang sangat SUSAH nak naik. Hoihhh. Tensi!

Pastu, sekarang tengah order dengan kakak aku, nak tambah lagi 2,3 benda untuk skin. Dari Shaklee jugak. Yang paling ketara, haid teratur. On time. So itu yang paling bagus bila kita makan suplemen ni. Tapi, sakit sikit2 tu biasa la. Memang badan ni antibodi sangatlah lemah. Itu normal. Manja. Kena hujan sikit, demam. Sebab tu tengah berusaha untuk kuatkan antibodi.

Pun tak ada gambo. Malassss ! haha, Google lah ye. Famous shaklee tu sekarang. So, itu sahaja nak share. Wah, ko bajet ko retisss kewwww? Hahahahaha.. Tak da makna. Saja la. Nak tengok kemana duit gaji aku habis setiap bulan. Hahaha.




Motip gambar? Hahahaahaha..


Sekian sahaja. Kerja banyak. Tapi tak tau nak mula dari mana. Kbai.



# Aku suka tengok orang cantik. Pastu mesti admire.. apa dia pakai untuk cantik eyyy? huuuu


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...