16 February 2012

AKHIRNYA


Sekarang memang confirm kena CUAK !!!





MACAMANA SEKARANG?? sambil gelabah tak dapat bernafas

...kerana aku dan kau adalah wanita...

Assalamualaikum..

Hye! Pagi tadi breakfast aku adalah hash browns sekeping yang aku goreng sendiri. Taksub sangat dah dengan benda tu. Pagi petang makan benda tuh.. Heh. Pastu minum plak tropicana twister oren segelas, hamekk.. memang asyik rasa nak membuat lawatan ke toilet je. * langsung tak boleh jadik omputih * lol.

Orait, jom kita sembang tentang cerita orang perempuan. Err.. wanita. Acececeh.. comel je sebut wanita. Actually, today aku nak share tentang pandangan aku menjadi seorang wanita. Eh, bukan.. Haha.. Err.. keperluan wanita untuk menjadi cantik. Ya, cantik. 
Wanita = Cantik.  Sinonim.

Siapa yang taknak kelihatan cantik kan? Siapa yang nak tengok muka sendiri hodoh, buruk, kusam tak bermaya macam mati tak mati kan? haha..Siapa tak nak tubuh badan cantik langsing macam Paris Hilton? Siapa taknak tengok muka sexy macam Megan Fox? Siapa taknak nampak cantik ayu macam Irma Hasmie lepas bertudung kan? Heh. Pergi tanya semua wanita, jawapannya adalah YA !

Ok, sibuk bagi contoh minah salleh je. America sangat. Haha. Terpulang lah. Kalau korang nak bagi contoh orang lain pun dari yang aku bagi kat atas. Nama pun contoh kan. Err.. Susah ke nak cantik? Aku pun tak tahu sangat. Sebab aku pun tak adalah cantik mana.. Tapi ini, ada aku cedok skit tips dari google. 
Jom usha.....

  • Banyakkan minum air kosong - malas nak hurai lebih lanjut. Plain water adalah sangat bagus.Sila amalkan.
     
  • Usahakan untuk mencukupkan jam tidur anda. - 8/9 jam ? Kalau aku tidur yang cukup adalah 24 jam. Heh!
  •  Jangan malas cuci muka - Kepada yang sangat suka bermekap siap dengan eye shadow, blusher, lipstick, foundation, concealer segala, before nak tidur, janganlah pemalas sangat nak wipe off semua kekotoran yang dah ditempekkan ke muka tu. Sila remove ok. Kalau tak, tunggu la seminggu dua, muka korang akan jadi momok. Haha.  True Story.
  • Mandilah sekurang-kurangnya 3,4 kali sehari - eh, betul ke? Heh. Pernah mak aku pesan, kalau nak awet muda, setiap kali before nak solat, (kalau boleh) mandilah dulu. Bersihkan diri. Baru segar nak mengadap Dia. Ada betul jugak kan? Kita bukan dalam keadaan darurat ke apa. KALAU BOLEH. Dah mandi tuh, mestilah berus gigi, cuci muka, cuci segala kan? So, diri kita akan sentiasa bersih.
  • Sentiasa tersenyum - Ok, yang ni aku mengaku aku tak buat. Sentiasa? Haha. Aku berangin sentiasa adalah. Hee. Tapi, betul. Orang cakap senyuman dapat mententeramkan jiwa yang lara. Orang yang tengok kita tersenyum pun akan lembut je hati. And sweet kan kalau kita sambut pandangan orang dengan senyuman? Tapi, janganlah hover. Menyampah dah tu. Huhu.
  • Bersederhanalah dalam berhias - Ini kepada yang suka sangat jadi burung kakak tua ataupun pokok christmas. Haha. Ye ye, anda fashionable stylo sangat. Tapi, bukan ke bersederhana itu lebih dituntut. Sesuaikan diri dengan keadaan.  Nak berhias pun, cukuplah tak menyakitkan mata orang lain kot. Aku lebih suka yang simple-simple aje. Aku lah. Heh.
  •  Selawat 3x dan sapukan ke muka - Ini aku dah amalkan sejak umur aku 13 tahun. Eh,ye? Aku terbaca satu artikel ke apa dalam paper, dia cakap untuk muka berseri. Wah, terus gatal nak buat. Kalau tak buat, rasa macam tak boleh tidur. Macam ada yang tak lengkap. Berseri ke? Haha. Lantaklah. Dapat jugak pahala kan disamping itu. So, cuba amalkan.

Ini antara yang aku dapat share. Ada yang aku buat, ada yang aku buat sekerat je, ada yang aku langsung tak buat. heh. Yes of course, bukan ini sahaja. Ada lagi kan tips lain? Share with me. Aku bagi yang light-light je, Kalau nak yang lebih padu, sila goole sendiri. Heee. And for sure, kunci utama kepada kejelitaan, kecantikan, keserian, keawet mudaan di atas, adalah HATI. Bersih hati, Naiklah seri. InsyaAllah..

And bawah ni, aku nak kongsi 1 tips yang aku dapat dari web ini.  Selamat Beramal ...

 Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.



Kenapa kena cantik? Kerana diri aku begitu berharga. Muahahaa.. Kalau kita cantik, confident level kita akan turut berada pada tahap yang cantik. And please bear in mind, cantik itu subjektif. Take Care then..


Yang ni hanyalah PERASAN cantik. muahahahahaha. Eh, biarlah. Kehkehkeh







# Tak semestinya pakai fake eyelashes, lipstick merah menyala, mata contact lens biru, pipi gebu licin, kau cantik. Belum tentu. Heh. Tak puas hati ke apa sekarang?



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...