04 October 2012

Janji..

Assalamualaikum..

Kerana janji, aku terjerut sendiri. Kerana janji, aku terpaksa tanggung apa yang aku tak mampu. Semua kerana janji.. Aku dah berjanji, aku akan tunaikan.Cuma, beri aku sedikit masa mengatur segalanya. Aku tak mampu lakukan semuanya sendiri.. Bagi aku ruang dan peluang.

Aku bukan hero filem aksi. Yang perlu menyelamatkan semua orang, memastikan semua orang berada dalam keadaan selamat, aman dan tenang. Aku juga perlukan penyelamat. Maka, mengertilah.. Tertekan. Perkataan yang sangat sinonim dengan Yuhanna. Entah bila penderitaan ini akan berakhir.

Penat aku memikirkan segalanya. Kebahagiaan aku, rupanya duri bagi mereka. Kesengsaraan aku, kebahagiaan mereka. Kenapa tidak ambil saja nyawaku? Aku tak pernah lupa pada janjiku. Dan aku tidak akan pernah lupa. Berikan aku sedikit kesempatan.

Andai mereka mendengar, ketahuilah aku TIDAK AKAN PERNAH UNTUK MEMUNGKIRI JANJI ITU. TIDAK.. Jangan paksa aku. Jangan tekan aku. Jangan hentam aku.

Hari-hari aku berfikir yang terbaik untuk semua. Sampai aku terlepas pandang tentang diri sendiri.. Aku abaikan diri sendiri, demi mereka yang lain. Bukan mengungkit, cuma buka mata. Lihat sedikit, apa yang ada.

Tolong Benarkan Aku Bahagia, Walau Sekelumit Cuma. Janji tetap AKAN Dikota.























# Ambil sahaja apa yang aku ada, jika itu mampu membuatkan mereka bahagia,







Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...