30 December 2011

Babai 2011

Assalamualaikum..

Hey..Hye.. Hoi... Lama aku tak merapu meraban kat belog ini.  Nak kata bz, bz lah jugak. Tapi, aku ada 1 minat baru sekarang ni. Aku dok gila dowmload movie pastu burn dvd. ekekeke.. Orang dah berkurun, aku baru nak terhegeh-hegeh. Omputih kata, 'better late than never'.... wekwekwek..  So, dah hebat dah macam boleh bukak kilang cetak rompak, eh tak-tak.. aku tengok ngan family aku jer, maka...macam malas nak menaip. Hari ini, kugagahi jua.

Baca tajuk entry bebetol sikit. B A B A I . Jangan memandai buang A yang akhir. ekekekeke.. Hah?! Lagi SEHARI? SEHARI? 2011 akan melabuhkan tirainya. Wahhhhhh... tido bangun, tido bangun, dah selesai 365 hari. perghhhhhh.... Apa yang dah dicapai sepanjang putaran 365 hari ini? Kalau tanya aku, haaaa... bagus. aku memang nak citer ni.

Sepanjang tahun 2011 ni, apa yang aku dah lalui.. apa yang aku dah buat.. aku nak citer sini. Nanti, tahun depan, bila baca balik entry ni, boleh la mengecheck sama ada , berlaku perubahan atau masih berada di takuk lama? ( aku rasa macam tak ada effect pape je punnnn..haha)

Jom kita rewind...

Januari ~ April

Sepanjang tempoh ni, aku menjalani Latihan Mengajar di sebuah sekolah kat Kepala Batas, Penang. Nama sekolah, dirahsiakan.. Sebab aku taknak ada yang sibuk pi tanya, 'eh, cikgu praktikal nama Yuhanna tu mengajar sini dulu bagus tak?'  Hahaha. Macam artissssss... sekian. Hahaha.. Aku belajar banyak yang baru sepanjang 4 bulan ni.. Terlalu banyak pengalaman berharga.. Dari tak tahu apa2, sampai berilmu jugak lah sikit-sikit. Walaupun singkat sangat tempoh masa yang diberikan, tapi rasakan bagai terlalu lama menderita. Eh? Hahaha.. tak de lah. Aku enjoy. Nak kata sengsara? Ada jugak lah part-part yang mana tak berapa nak best, tapi macamanapun... aku tetap happy dapat timba pengalaman baru  yang aku akan kenang sepanjang hayat aku. InsyaAllah. Thanks kepada seluruh warga sekolah berkenaan dan kepada supporters2 aku.. Kawan2 lah woi. hahaha..
Ini picture tersopan. Hahahahaha.. Nampak sangat tak senonoh pi mengajar.

May

Setel bab ajar mengajar tuh, maka aku pun balik ke pangkal jalan. Balik lah ke rumah. sob..sob.. sedih. Serius sedih, kerana start dari situ, sudah hilang lah title student USM yang aku sandang selama 4 tahun. Sedih dah tak dapat nak jumpa kawan-kawan. Masing-masing dah tamatkan pengajian kan? Maka, balik kampung tanam jagung lah.. Selepas 2 minggu aku terperap kat rumah, so aku decide untuk bekerja. 1 je matlamat aku masa tuh, aku keja nak cari duit untuk berpoya-poya masa nak konvo. Sebab time tuh, roomate aku yang dari Sarawak tuuuuu turun jugak Penang.. Haruslah berjimba sampai lupa daratan. Hahaha.. Tu yang pulun nak kerja jugak tuh.. So, aku pun keja kat CC tempat lama aku keja dulu before masuk USM.. dan until now aku masih bekerja sini..

Ok, dalam bulan ni jugak, selain aku dah mula bekerja, sebelum tu aku dah berjaya membeli aset ini. Hahaha. Aset ke? Ye lah, duit aku. Bukan singgit dua . Aku beli daripada roomate aku. Dia dah nak fly balik Sarawak, maka, dia jualkan kepada aku. Aku dengan roomate aku panggil scoot ni, 'kesayangan'.. Sebab dia dah berkhidmat kepada kami si kembar yang tak pernah nak seiras.. kehkehkeh


Jun ~ August

Bekerja dan bekerja seperti biasa... ( Apa aku macam tak capai pape sepanjang bulan ni? Hahaha)

September

Wahhhh! Semangat ni. Bulan konvo!! Yeeehaaa.. Aku berjaya tamatkan pengajian tepat pada tarikh yang ditetapkan walaupun asyik mencilok kelas je. Huhuhu.. Happy-happy-happy! Macam-macam perasaan masa ni. Happy sangat sebab berjaya jugak pegang ijazah.. Sedih sebab memang dah tak dapat nak ulang semula zaman kegemilangan menjadi student belia remaja, dan macam-macam lagi lah... 


1st time muka ni bertempek make up yang memang betul-betul make up! Hahahaa

Oh lupa, secara tak sengaja, aku jugak dah berjaya memenuhi salah 1 wishlist aku.. Huhu. Aku  nak sangat masuk dalam Hardrock Hotel kat Penang tuh, nak tengok apa yang hebat sangat dalam tu dan dan dan snap picture secara melampau lampau kat replika gitar besar gedabak kat entrance tu.. Huhuhu..
Inilah dia! woot wott !! Dah boleh tick kat tepi kotak wish list. Huhu

Oktober ~ November

Bekerja lagi..Gigih lagi mencari duit, sebab masa nak konvo bulan lepas, dah habis semua duit simpanan. Hahahaa.. And tiba bulan November.. Aku keluar jugak dari Kedah.. Haha.. setelah lama tak berjalan mana-mana.. Aku pergi Cameron Highlands.. Yang bestnya, dapat jumpa Pak Ngah aku, yang dah dua tahun tak jumpa.. Weeee... Pak Ngah mesti malu ada anak sedara macam gini kan? 

Disember

Here the last month come.. Dalam bulan ni, aku pun berjaya memenuhi dua daripada wishlist aku.
Yang pertama :

Pun dah boleh tick kat kotak wishlist. Thanks kepada yang memenuhi hajat hati.

Yang Kedua :

Hahahaha.. Inilah dia. Simple je kan? Yelah, nak wish apa hebat-hebat padahal dah tahu tak mampu nak penuhi. Thanks jugak kepada yang tolong merealisasikan impian nak makan ice cream heaven ni. ekekekee

So, ini adalah yang aku dah buat sepanjang tahun ni.. Yang sedih tak ada ke? Ada. Tapi, malas nak review. Usah dikenang yang berlalu. Biarkan saja. Huhu. Sastera pulokkk..

Nak kata 2011 ini adalah tahun yang super duper great bagi aku tak lah sangat. Nak kata azam aku tercapai semuanya, actually aku tak suka nak berazam2 ni. Sebab aku suka ikut masa. Apa yang ada depan mata, belasah je. Sebab tu aku tunggang langgang sikit. Hahahaa..

Ok lah, ini saja kot... Esok aku update pasal upcoming 2012 plak yeh... Mungkin kali ni dah berubah. Nak pasang azam segala mak nenek? Tunggu esok. Aku nak chow dah ni...


# Selamat Jalan Romeo 2011.. Welcome Juliet 2012.. auwwwww! Hehehehe


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...