28 April 2012

Ini Impian Aku.

Assalamualaikum..


-Petang  yang tenang dan damai sehinggalah....

Pakcik : Umur berapa?
Aku : 25
Pakcik : Dah kawen belum?
Aku :Belum.
Pakcik : Eh, 25 dah boleh kawen dah nii..

Aku dah mula nak menyinga. Jadah apa cakap hal kawen dengan aku ni? Apa kena mengena umur aku dengan dia??  Bukan salah, tapi mcm tak kena. So what kalau aku tak kawen lagi? Alahai.. mentaliti..

Manusia mana yang taknak hidup bahagia? Siapa yang taknak berada dalam kelompok yang dimuliakan? Dapat pahala.. Semua orang nak. Cuma, keadaan setiap manusia itu berbeza.. Ada yang  'bolos saja dinding itu', ada yang 'redah jerr', ada yang 'biar lambat asal selamat'...

And aku, aku rasa yang ketiga.. Yes. Sebab aku memang tak mampu nak tunaikan hajat hati ini sekarang. Ada, tapi bukan sekarang. Maka, aku sangat rimas bila diasak dengan soalan macam ni secara bertalu-talu. Sudahlah. Ada jodoh, sampai masa, bernikahlah aku. Haishhh..

Apa impian aku? Hmmm.. Bukan nak beli kereta besar2, handbag prada, baju lace manik berjurai, gadjet tab segala.. No. Memang idaman, tapi bila fikir semula, ada lagi benda yang LEBIH penting dari itu semua, maka terpaksa batalkan hajat itu. T________T.  Segala beban terpikul di kedua-dua belah bahu aku ni..(actually bukan bahu je, seluruh tubuh badan agaknya..) Huuu.. So , macamana?

1st, sebelum aku bertukar status, janji yang pertama ini harus dilunaskan.. Aku dah janji dengan mak, untuk belikan dia rumah. Biar dia stay kat situ... Aku kena beli dan tunaikan apa yang aku dah janji. So, mak, adik akan buat apa yang adik kata. Janji mesti di kota. Bersabarlah.. dan berdoalah mak, semoga segalanya akan berakhir..



Setelah tertunai janji di atas, maka akan diteruskan dengan janji kedua...

Melunaskann segala mak nenek hutang piutang yang ada.. *banyak. Sangat banyak. 
So, untuk benda ni kena mintak bantuan bank dan buat .....

Yes, LOAN. *must do!


Lepas tu, barulah boleh proceed dengan yang ini...



Tapi yang atas ni boleh lah disambil-sambilkan (ada ke perkataan gini? hakhakhak) dengan bawah ni...

Yeah, pertukaran status miss kepada mrs... homaigod !! (",)


Maka, inilah dia.. rencana masa depan aku. Berjaya atau tidak, hanya Dia yang tahu.
Permudahkan urusanku Ya Allah...







# Terima kasih yang men'stalker' blog aku.. Kalau kurang faham dengan perkataan 'move on' sila Google Translate. Sekian.





Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...