19 July 2013

Poligami Rasulullah bukan Sunnah untuk semua lelaki.

Assalamualaikum..

Heeeee... lama aku kaji selidik cerita ni. Tetiba feeling wartawan. huhu. Kisah paling famous amos sekarang.. isu si Asyraf Muslim kawin lain..

Ok..Ok.. jangan emo. Aku bukan nak sibuk ke apa. Tapi, untuk tak nampak macam vangang... nak up gak citer ni. Hahahah.

Ok laa.. dulu sebelum jadi cecikgu ni.. aku rajin follow kisah retisss. masa tu kan macam blurr masa depan. nak jadik Fazura ke jadik Cikgu Shida. Muahaha.. And sekarang ni macam nak up sket.

Asyraf.. aku memang tak minat pun. Dari sebelum dia 'berhijrah'.. selepas berhijrah.. dan berhijrah semula.. haha.. aku memang tak suka. So, aku mcm so-so je la dengan citer dia kan.

Just aku kagum, dia berubah ke arah kebaikan.. Yang tu aku salute.. Then kahwin. Aku tau takat tu je la. Apa jadi dengan hidup dia, aku tak follow pun.. sampai la sekarang ni tengah meletopss kisah dia kawen len.

Aku sebenarnya, tak da la nak menyalahkan si cerap tu 100% sangat. Sebab kita taktau kan... Bukan kita ada dalam situasi dia. Mungkin dia menipu bersebab. Mungkin ada yang dia rahsiakan daripada pengetahuan umum tentang kisah si isteri.. Sehingga dia terdesak untuk menikah se lagi nuuu kat Siam nuu.. Huhu

Mungkin. Aku tak kata aku nak backing dia. And mungkin jugak Dayana betul2 redha.. Sebab dia sangat hebat. Tabah gila. Tak meroyan pun mintak cerai. Mungkin dia tau kenapa asyraf terpaksa tipu dia. Tapi, bila kena penangan media ni.. macam2 versi la kan.

Tapi, apapun ... seeloknya, poligami lah cara betul.. Memang betul, lelaki tak payah mintak kebenaran pun takpa.. Kita kat Malaysia ja ada undang2 macam tu.. Tapi, apa sekalipun, sebagai yang berpendidikan, ilmu agama pun dikatakan tinggi.. sepatutnya dia fikir.. tindakan dia tu betul ke tak terhadap isteri pertama dia..

Apa rasa isteri dia? macamana penerimaan dia.. Kalaupun isteri pertama ni ada masalah kat mana2.. sebagai ketua keluarga, matang la sikit. Kahwin pi la 20 pun.. tapi biaq kena cara. Ini , dengan cara menipu. Itu yang sedih..tapi sekali lagi, mungkin dia ada reasons.. Whatever..

Pada pendapat aku, kaum lelaki akan menentang sekeras2nya dengan mengatakan,'jangan buat poligami tu macam haram..kerana ia halal dalam Islam..' Yang wanitanya pulak, 'Lebih rela tak dapat payung emas dari bermadu..' Huhu.. Siapa yang nak mengaku?

Makanya, jangan la guna benda ni sebagai alasan mengikut sunnah.. Nabi Muhammad sendiri, hanya berkahwin lain setelah Siti Khadijah meninggal dunia. Tak ada pun Baginda berpoligami, 2,3,4 sekaligus.. Ini orang kita, asal kahwin lebih dari 1...ikut sunnah nabi. Tang mana yang ikut? Allah kata, kahwin 2,3,4 boleh.. Tapi dengan wanita yang bagaimana? Janda, Yang lebih tua.. Yang memang kita berniat nak selamatkan dia. Bukan sebab seks semata.. Segak elok sikit dari yang pertama, menikah. Dengan alasan, yang pertama bla..bla..blaa.. Macamana yang dikatakan mengikut sunnah?

Aku tak  arif sangat bab agama2 ni.. Tapi, ini melalu pembacaan aku.Sakit telinga bila yang kata.. sunnah.. Hoihh.. tang menikah ni hang boleh plak ikut sunnag bagai? Yang lain???

So, tak ada la aku nak pertikai hak si cerap.. Mungkin isteri2 dia lebih mengetahui.. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sudahlah.. Just, cerap tu sedor la.. Mintak la maap kat Dayana.. Kalau2 silap.. Sian diaaa... Dahlah doktor... heee...

Ok laa.. banyak2 sangat dok up pasai dia ni.. tak jadi keja. Kang sia2 pahala posa.. Apapun, semoga Dayana tabah, kalau betul.. And semoga si cerap dapat berlaku adil dan saksama..Erkk. si Dayana, umur sama aku.. Si Wan Sakinah..umur sama Mr.A.. guane? muahahahahaahhaa.Takdak kena mengena.









Bye!


# Aku nak balik Kedah ni.Yahooooooo !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...