05 November 2012

Nilai sekeping wang

Assalamualaikum..

Hari ni busy, sampai aku lupa nak makan. Tapi, tetiba rasa nak mengamuk. Ok, perut minta diisi. So, aku mengisi dengan nasi lemak beli dari pegawai tadbir sekolah. :)

So, lepas buat PBS yang maha banyak, maka aku proceed kepada tugasan lain. Tugasan sampingan, tugasan Mr.A.. haihhh.. tak tolong, kesian. ahahhaa.. maka, aku tolong jugak. ye, ikhlas. (ikhlas tak leh cakap) haha. Settle.. Relax2 kejap.. Bosan. Dalam bilik guru, hanya tinggal tak lebih dari 10 orang guru. Yang lain dah pergi jaga SPM, marking paper and so on..

Sumpah mengantuk. Layan youtube bersama Cikgu Ismail. Tapi sat je.. Then, mak call. Bincang pasal kereta. Yeah, sebut hal kereta. Aku ada lesen, tapi aku tak pandai drive. Bagus kan? Aku dah lama tak pegang stereng.. Hoihhh! Takut. tapi keinginan untuk bawak kereta tu ada. Maka, aku akan bawak jugak once dah beli nanti. Sampai bila nak harap orang kan?? Sok2, orang tinggal kita, apa pun tak boleyy..

Jadiknya, setelah berbincang... Kata sepakat dicapai. Aku nak laburkan wang pinjaman aku untuk kereta BARU. Ye, sebelum ni aku decided nak beli kereta 2nd hand. Tapi, bila pikirkan risiko yang bakal ditanggung, aku jadi takut. Ditambah dengan pengalaman2 lalu, lagiikkk laaa..

So, setelah bahagi darab campur tolak segala, aku rasa aku mampu untuk memiliki sebuah kereta baru. Yeah, walaupun terpaksa berikat perut. Hopefully, berbaloi.Memang mahal, tapi untuk memuaskan hati aku, dan hati mak, aku beli jugak. Kereta ini, aset pertama aku. Aku akan guna at least untuk tempoh yang lama. Selagi tak rosak, aku takkan tukar baru ke apa.. Ini janji aku.

Sebab tu aku nak beli yang mahal. Kerana nilai dia lebih daripada harga sebenar kereta itu.. Kerana nilai sekeping wang.... So, aku harap, langkah aku kali ni bijak. Harap sangat. Ya Allah, redhakan keputusan ku ini..


Kerana Nilai SEKEPING WANG itu amat tinggi nilainya...

 



Kereta yang bakal aku tempah, InsyaAllah..








# Wahai aset pertama, sila bekerjasama .



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...