21 January 2012

Semua ada sekarang !

Assalamualaikum..

Hari ni (actually dari malam semalam lagi) macam-macam perasaan ada dalam diri aku ni. Aku ke Penang semalam. Ada hal kena uruskan (hal sampingan adalah berhibur) heh!. Aku kuar dengan kawan aku. Everything was fine until on my way balik, dapat sms :

" ayu, call sat. cdt aku low " - pengirim adalah si kembar aku bapak kami sama nama.

Dah call pompangpompang sembang.. Alamak aii.... Terus muncul satu perasaan yang dinamakan 'cuak'. 15mins pastu plak, roomate aku call. Ok, cakap hal yang sama. Mendengar keluhan demi rintihan dia. Aku nak cakap banyak pun, tak boley sebab aku pun berada dalam keadaan yang sama. Ya kawan merintih mengadu tak puas hati kaki cuak adalah roomate - yan - ina- suki. ( Ina dan suki, belum lagi call aku ni dan nak menambah kegelabahan aku. tunggu sat ) . heh.

Ok, apa kebendanya yang membuatkan hari aku gundah gulana mulai semalam dan sampai la selepas ia selesai? Yang menyebabkan aku rasa sia-sia pergi berhibur bila balik hati lagi terseksa? Haha.. Teruk nooo bunyi.. Ini tak lain tak bukan adalah penangan .....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
INTERVIEW lah der !!!!!

Hari tuh kecoh kan mengadu kecik hati dengan gov apa suma. Mengadu digula gulakan lah apa lah.. Nah sekarang.... hamekkk ! Apsal nak cuak pulak Ayu?? Hahahaa.. Memang aku cuak! aku dah lupakan nota-nota aku ! Aku dah tak sentuh. Apatah lagi nak belek buka mata luas-luas untuk baca. Oh. Tidak ! Lack of knowledge sesangat aku rasa sekarang ni. Sumpah takut!

Dengan bertalu-talu kawan aku mengingatkan aku itu ini. (Yan, THANKS So MUCH ). Cara susun sijil la, photocopy apa la segala mak nenek suma, complete ! Smpai aku request gini kat dia,

' Yan, boleh tak kita semakkan kepala kita nanti bila nama kita dah keluar confirm2 di portal SPP?  and boleh tak aku lantik someone untuk menguruskan hal interview aku ni?' Hahaahhaahaha. PEMALAS!

Aku tekanan sangat2. Terlalu banyak yang aku kena hadapi akhir-akhir ni. Malas nak citer kat sini. Nasib baik ada kawan-kawan yang sangat memahami. Yang tak tinggal aku sowang-sowang dalam masalah. Kadang-kadang macam dah tak mampu bernafas. Satu persatu dugaan datang. Belum setel 1 hal, ada lagi yang dah sedia menunggu. Adoiyai. Tapi, kawan aku pesan jangan mengeluh. Kena kuat, banyak sabar. Ye, aku dah cukup bersabar. Kalau tak sabar, semalam aku dah turun kat Penang Bridge, panjat dah atas tu dan ....................... and nasib baik jugak tak mengalami masalah putus cinta hati perasaan ke apa sekarang ni.. NASIB BAIK. hahahaa. eh, aku banyak benda lain lagiiiiii nak pikir dari nak pikir hal-hal ni ! heh.

And interview ni, yang bakal bermula 30/1/2012 ini akan tamat pada 16/03/2012. Untuk batch pertama, start 30/1/2012 sampai la 03/02/2012. Tapi nama aku tak ada lagi. Tapi kecuakan itu tetap ada. Aku kan labah-labah a.k.a gelabah. Haha. Nama orang lain yang dah kuar, tapi tahap gelabah macam nama aku je yang ada. kehkehkeh..

Aku mintak Yan tolong bagi ayat penenang kat aku.. Sekali, dua kali dia msg bagi tenang. Aku cakap TAK TENANG. hahaha. Last-last, ada 1 ayat dia yang buat aku terfikir, lantas terus macam dapat cool down sikit adalah.. " Depa pun manusia jugak..."

Yeahhh ! Aku terlupa yang tuh. Hahaha. Sungguh. Aku dok ingat depa ni mai dari planet mana. Bukan orang bumi. Hahaha.. So, bila pikir dorang pun manusia jugak, bukan tuhan.. Ok, silalah pergi rasa cuak dan datanglah wahai kekuatan. Huhuhu..

And 1 hal lagi, yang ni aku nak emo pulak. Tadi kawan aku datang CC aku. Dia budak UPSI. Dia major Sejarah. Kalau terlupa aku major Geografi minor Sejarah. Heh. Ok, dia kena interview 31/01/2012 ni. Aku pun sembang-sembang biasa je la. Actually dia ni kawan form 6 aku. Kami 1 sekolah, tapi bukan 1 kelas. Dia bagitau dapat interview MARA jugak, dapat inteview SPA (Kastam) jugak, nak pergi interview askar Leftenan Muda jugak. Aku ok je la. Oh ye? Good Luck lah ye.. Memang aku cakap ni. Dia cam tak puas hati, dok cakap banyak kali lagi kat aku macam aku pekak. Heyyy ! Kau kenapa? Nak suh aku puji letewwww.. 'wow, bertuahnya ko.. banyaknye interview ko dapatttttt ! ' Sorry. aku memang susah nak puji orang. orang puji aku takpe. eh? Haha. Pastu ada lagi... Dia cakap camni :

"Kau tak dapat lagi ke SPP ni? "

" Belum "

" Yang nama kuar awal ni, diorang ikut kekosongan "

T____________T . Aku diam walaupun tak bersetuju.

Aku cepat2 sms Yan tadi, tanya. Takut gak nak bahan orang kang salah fakta takde sokongan. Yan cakap, tak betul . Mana ada ikut kekosongan apa. Yang awal ni, sebab subjek dorang paling ramai calon. Senang nak kelompok kan.Bla..bla..bla.. Yan explain. Ok, dah berani nak bahan balik.

"Eh,tadi hang cakap yang awal ni sebab ikut kekosongan? Abeh tu budak2 Sains? Budak Bi? Budak Tesol/Tesl sume tu? Subjek diorang tak kritikal la? Diorang tak laku? Sejarah je laku???? Padahal Sejarah ni awal sebab banyak giler calon. USM je berapa ramai Major Sejarah "

Yeahhh. Satu nafas cakap. Tak boleh blah, siap tanya balik semata-mata nak paku jugak-jugak. Hahaha.

" Sejarah memang diperlukan sangat. (dengan nada slow je.. ) Yang buat ramai tu sebab yang amik Minor tu lah.. "

" Aku terpaksa " Jawab aku. Hahahha.. 

Eeeee !BENCI. Aku memang tak suka dia. Sejak dari sekolah lagi. Tapi tak paham nape aku boleh lagi sembang dengan dia. ahahaha. aku kan hipokrit kadang-kadang. Aku kawan biasa je. Biasa macamana? Biasa lah. Tak rapat sangat sampaikan no.tel dia pun aku tak simpan. Ok sangat tak ikhlas nak kawan. Hahaha.

So, itulah citer dia. Eee, apa jenis manusia la. Kau tak payah bangga sangat la subjek kau, degree kau apa semua.. Alamak aii.. sape nak heran ? Orang lain lebih lagi.. Huhuhu.. Tapi, at the end, aku wish dia good luck jugak la.. Even dia masih lagi nak membangga diri..  Pastu nak argue tak puas hati sebab aku dapat biasiswa KPM.   WTH?????

Aku tak kisah kau subjek apa, major apa pun. Laku ke tak laku ke subjek kau, itu bukan urusan aku. Government akan uruskan semuanya nanti. Ada je ramai kawan aku stock bangga dengan degree yang ada pastu bajet macam hebat bila subjek diorang adalah yang kritikal. E.g macam amik BI lah..Sains lah apa lah.. Tapi, kebanyakkannya bukan yang USM. Sebab budak-budak USM baik. Hahahhahaa. Diorang tau betapa susahnya belajar kat USM. kehkehkeh. Matiklah puji kroni sendiri. Hahaha..

Jadi, itu sahaja cerita den untuk hari ini. Lepas ni kena sambung lagi cuak ni. Adoiyai. Bila nak berakhir??? cuak-tertekan-takut-nervous-gelabah-serabut-semakperut-nak termuntah-
semua ada sekarang!


# Nanti interview mesti lagi banyak entri pening kepala akan kuar. Tunggu ajelah.



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...