17 March 2012

Salah ke banyak makan?

Assalamualaikum..

Heh. Aku kuat makan. Sikit, tapi kerap. Atau banyak tapi tetap kerap jugak? Haha. ENTAH. Yang aku taw, aku tak ada masalah bila orang ajak aku makan.

Tapi, masalah besar bila mana tak nak gemuk. Aku pelik. Membela kah? Haha. Bela apa? Mana ada. Aku pun tak pasti. Bila naik je penimbang, yang kena bayar RM0.20 tu, selalu je nombor digital tu antara 47.5-48.2 kg. Damn lah. Aku nak 55.0-58.0 kg. Seriously. Sebab kena dengan tinggi kan. Huhu.

So, aku goole. Kenapa jadi macam ni? Makan banyak, tak gemuk. So, aku ada terbaca yang ini.. Ni aku copy paste dari laman ini. Katanya, ia melibatkan metabolisme seseorang individu itu. Macam yang aku copy bawah ni,

Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.



Metabolisme membabitkan tiga perkara asas:

1. kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75% daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas ini.

2. pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori harian digunakan untuk tugas ini.
3. aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti yang dilakukan.


Pastu kan, aku siap google lagi cara nak naikkan berat badan. Muahaha. So, dari web ini, ini aku dapat :-

1. Makan yang tepat
Orang dengan sistem metabolisme memerlukan lebih banyak makanan yang mengandung tinggi protein untuk perkembangan ototnya. Selain itu, sebaiknya makanlah setelah melakukan aktivitas seperti olahraga, agar segera membangun kembali otot tubuh. Makanan yang tinggi protein misalnya daging ayam, daging sapi, telur, susu, keju dan kacang-kacangan.

2. Olahraga yang tepat
Olahraga seperti jogging, lompat tali, sit up dan push up tidak akan membuat berat badan orang dengan sistem metabolisme naik. Olahraga tersebut berfungsi untuk meningkatkan kekuatan, tetapi tidak menambah massa otot. Untuk menaikkan berat badan, cobalah latihan beban (barbel atau angkat besi) tidak lebih dari 45 menit. Hal ini akan membuat otot Anda lebih besar sehingga dapat menaikkan berat badan.

3. Jumlah tidur yang tepat
Kurang tidur membuat orang dengan sistem metabolisme tinggi tak bisa gemuk, karena hal itu membuat Anda membakar kalori lebih tinggi. Untuk itu, tidurlah dengan pola dan jumlah yang cukup 6-8 jam sehari.


Ok, dia dalam bahasa Indon. Aku tak rasa nak follow. Bab Olahraga tu lagi lah. Hahaha. So, lantaklah badan macam sekarang pun. Janji sihat... Huhu.. So, tak payah nak tanya aku, 'eh kenapa kurus sangat?' Kalau tak nak kena maki, sila tukar soalan anda kepada, ' eh, badan macam model lah..' wakakakakaa!

Sekian, entry malas dari aku si pemalas. Copy paste je, Haha. Nanti lah, otak dan hati aku tak stabil sekarang ni. Dah ok nanti aku update lagi. Banyak nak story dalam ni..Huhuhu..






Take Care peeps!


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...