01 September 2013

Review Tanda Putera

Assalamualaikum..

Hye. Ermm. Kalot ni balik nak review pasal TANDA PUTERA. ahahahaha.. kalot. Penat pun sanggup. Batak sangat. Haha.

Kita tengok citer tu dekat Berjaya Times Square. Kenapa kita? Sebab pergi berdua. Aku ada tengok dekat poster citer tu. Dua kali tarikh dia pangkah. Bulan 9 sekali, bulan 11 sekali kot. ke apa tah.. and at last , KEMBALI BERNAFAS PADA 29 OGOS 2013. Huhu..

Ok, terus terang cakap.. aku buta sejarah walaupun cikgu sejarah. Haha. Setakat sejarah form 1, dalam tangan lah. Sejarah negara... ada la sikit2.. Makanya, memula macam menggagau jugak lah kan. Aku minat. Seriously aku suka cita aksi, science fiksyen dengan historical story. Kalau citer melayu yang sejarah2 ni, aku suka Hikayat Merong Mahawangsa. Haha.. Aku sanggup tengok dua kali. Aku suka 'teknologi anak melayu' yang cuba ditonjolkan. Memang tak mampu kita nak sama dengan cite omputeh. Diorang ada Hollywood. tapi bagi aku, setakat macam yang dalam filem merong tu, dah kira hebat dah.

And untuk Tanda Putera ni, aku puas hati sesangat. Tak sia2 bayar tiket RM13... Memang berbaloi. Aku tak nak tau sangat yang 13 Mei tu. Itu kita boleh baca dalam buku. Yang aku nak tengok sangat, sifat sebenar pemimpin negara kita yang terdahulu. Memanglah diorang berlakon, tapi takkan membabi buta nak berlakon kan? Mesti kaji yang asal. And aku dapat rasa, memang benar apa yang dilakonkan. Sifat Tun Razak, Tun Dr.Ismail, Tunku Abdul Rahman.. Sangat lah menyentuh hati. Hubungan dengan family yang paling ketara. Dengan staff2 beliau..

Lagi, yang aku rasa sangat terkesan bila mana sifat pemimpin terdahulu ni yang apa sahaja diorang buat, fikir rakyat, fikir negara. Even sakit teruk sangat pun. Dok kalot jugak pikir hal rakyat. Thats mean, kita lah. Generasi sekarang ni. Fikirlah kalau pemimpin dulu tak kuat , kita sekarang ni tah jadik apa lah.. Aku tak cakap hal politik sekarang. Itu masing2 boleh nilai. Aku cakap yang dulu.

Macam Rasulullah, saat kewafatan baginda pun, masih sebut 'umati'.. umat baginda. Sifat teragung seorang pemimpin.. Ya Allah, bersyukurnya kita menjadi umat Muhammad S.A.W. Sama jugak bertuahnya kita berada di bawah tampuk pimpinan pemimpin2 terdahulu yang gila2 pertahankan negara.. Walaupun dalam cita tu tak ada la tunjuk TUN ni turun pegang senapang.. Tapi, sebaliknya, kita tak tau apa dia buat. Macamana dia mengorbankan kesihatan dia sendiri, nak pikir hal negara.

So, itulah dia yang aku dapat daripada citer ni. Aku suka. Memang terbaik. And 1 lagi nak puji usaha industri perfileman kita ni yang celik sikit dah... nyanyi lagu negaraku. Suruh berdiri. Thumbs Up. Mungkin kebetulan merdeka kot. tapi, aku rasa patutnya selalu. Asal citer berkaitan sejarah, kena ada. kalau cite omputeh pun patut ada. Supaya kita tak leka. Agung sangat barat, lupa negara kita.

Ok, dah lah. esok nak outstation 1 week. Pergi kuantan. KEJOHANAN PAINTBALL asrama. Syabas Warden ! Phewwwwwww... Seminggu der. Dengan bebudak nak PMR. alahaii semak. Sian anak2 aku. :(



# Thanks Mr.A, bawak saya tengok wayang ni. Banyak yang dipesan, banyak juga yang cuba diingat. Terima Kasih.


Bye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...