19 March 2012

Condition : Bad

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari sakit tekak semalam, demam pulak today. Alahai.. Aku rasa sebulan sekali aku demam sekarang ni. Ni semua salah air cond kat tempat kerja, dan salah badan yang sentiasa kalah dengan air cond. Dulu aku dengan roomate aku pernah keluarkan 1 statement.

Roomate : Aku lebih rela mati kesejukan dari kepanasan

Aku : Aku lebih rela mati kepanasan dari kesejukan.

(Kes nak slowkan kipas dalam bilik). Muahaha..

And yeah, today, ini kondisi aku : FEVER + FLU + SORE THROAT = TERBAIK

Aku bila tak sihat, mood akan berubah jugak. (aku rasa bukan aku je, semua manusia normal kot).. So pepagi tadi aku dah kena buat banyak sangat kerja. Customer bertimpa.. Segalanya nak kena buat. Dah lah tak menyempat, nak jam-jam tu jugak.. Sibuk lah kan.. Then ada sorang uncle ni, dia nak typing. Dia regular customer. Tapi, dia memang selamba. Tak draft tak ape, datang cakap, 'saya nak buat invois'.. Aku dah faham, so ok je la. Tapi, ada lagi tapi.. Dia ni tak pandai habis-habis. Aku kalau tak bz, aku layankan je. Tapi, kalau bz, aku terkadang membuat muka jugaklah. Haha. Dah lah banyak, dia selamba tengok diari dia pastu, ok, 'sekarang buat yang ni.. sikit je ni..' Sikit? Memang, Tapi Pakcik cerewet. Tahu? Huhu.. Aku demam kan, so mood tak berapa nak ada. Malas gilaaaaaaaaaaa.. kalaulah dia tahu..

Lagi, bila sakit ni... macam-macam lah dalam kepala..Kenapa sakit? Dosa apa aku buat? Hahaa.. Terus tanya mak. Over tau. Oh ye, aku dah ada kawan. Pekerja baru. Siapa? Uncle yang sangat comel. Umur dia 60++.. Comel doww.. Tulisan dia bapak kemas. Haha. Nak compare dgn tulisan aku. Gila huduh. Tapi dia tak pandai sangat computer. Maka, aku kena ajar lah. Bos aku selamba jer, 'you ajar. I tak larat.' Kau tak larat nak ajar, tapi ambik orang tua. Heh. Takpe, cikgu kan? Kena sabar.. Muahahaa. So, aku ajar la sikit-sikit ilmu yang ada.. Time sakit ni, aku bukan tak nak ajar, tapi tekak sakit. Bila bercakap banyak, dia kering. Pastu perit lah kan. Pastu aku nak emo lah.. Bila kena cakap banyak kali.. Hahahaa. Tapi, sabar je la. Aku tak marah pun.. Aku lembut je mengajar uncle yang comel ni. Kehkehkeh..

Aku semalam google segala mak nenek petua untuk hilangkan sakit tekak. Setakat demam and flu, tak pe lagi.. Sakit tekak, memang masalah. Nak makan tak ada selera. Susah kan nak telan. So,misi utama membaik pulih tekak. Aku jumpa banyak petua.. Kumur dengan air garam sejuk, minum susu cair yang disejukkan dan segala lagi lah. Yang dua atas ni aku buat. Susu cair sedap. Hahaha. Tapi, tak boleh jugak. Tekak bangsa degil tak jalan.. Strepsil, pun tak jalan.. So??? Susah kan..  Lepas tu, ada suggestion minum air 100plus. Waaa.. Aku benci air tuh ! Bau pun aku tak lalu. Huhu.. Sorry. Air cap badak. Kehkeh. Aku benci gak air ni, sebab ada gambar badak depan tu, tapi aku beli minum gak 1 jer.. Tak nak . Geli tengok badak tu. Haha. Kawan aku suggest makan sayur.,. Ha? Aku benci sayur. Hamekk. Hahaha.Semua benci,memang padan pun sakit !

Tadi sembang dengan uncle comel ni, dia cakap pi la klinik 1Malaysia. Murah jer.. RM1. Aku kan memang sengkek gila sekarang ni. Tadi berkira-kira jugak nak pi klinik yang aku selalu pi tu.. Tapi kalau aku pergi, mau melayang RM50, 60.. Memang mahal klinik dia.. Tapi situ je yang aku serasi...Kalau pergi, sampai hujung bulan aku puasa lah jawabnya. Mati ! So, aku nak pergi lah klinik 1 Malaysia ni. Tapi.. tak tau kat ne. Bila google, alamakkk... Jauh. Tak reti nak pi sana. (ye, sangat bongok. Aku hanya tau merempit dari rumah ke tempat keje - dari tempat keje ke rumah ).. T____________T.

So how? Matikkkk lah.. Yang jauh di Selangor, kenapa cepat sangat balik? Muahaha.. Eh, abaikan. Ini luahan hati.. Takpe, jap lagi aku cari la teman-teman seperjuangan aku, menolong. Kata demam, haruslah orang kesian.. Kehkehkeh..

Doakan aku cepat sembuh. Aku perlu kerja. Kalau tak kerja, tak ada duit. Kalau tak ada duit, mana nak dapat jam CASIO? Wahhh.. sempat lagikkkkkk !



Doa ketika menghadapi sakit atau demam :

 بِسْمِ اللَّهِ الْكَبِيرِ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ
Maksudnya : “Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Aku berrlindung daripada kejahatan setiap peluh yang meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan api.”
(Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya)








# Sihat sebelum sakit. Beringatlah wahai diri.



Bye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...