03 February 2012

Budak sekarang advance yaw !

Assalamualaikum.. 

Salam Jumaat u'ollss.. Heh. Aku rasa aku cantik hari ni. Haha. Aku pakai jeans baru dengan kemeja putih. Ala-ala Fasha Sandha rasa.. muahahaa.. Matikklah puji diri sendiri !!! Lantak.

Hari ni jom dengar aku nak membebel sabagai makcik-makcik. Aku pergi bank tadi masa lunch hour. So, aku kena lalu dekat KFC. shortcutway. i kan pemalas. haha.. And aku terlihat la sekumpulan budak-budak Cina, tengah buat kerja sekolah kat situ.. Ramai jugaklah. 1 meja ada 5,6 orang. Diorang tak minum tak makan. Sebab aku tak nampak sebarang jenis makanan daripada KFC atas meja diorang. Eh, tak kena halau pulak eh?

Aku sempat jeling paper yang bersepah atas meja diorang tuh. Aku rasa diorang tengah study add math. (subjek paling aku benci kat sekolah dulu.) Budak Cina kan, diorang kan hebat maths.. Discuss dengan kawan-kawan.. Ok, tak salah tang discuss tuh, tapi persoalan aku haruskah di KFC?? Gila hebat study kat KFC. Hahaha. Ok2, maybe aku ketinggalan zaman ke hape kan.. Bersepah je kan budak-budak sekarang study merata.. Kat starbucks boleh, kat Coffee Bean boleh, kat McD boleh, kat J'Co boleh.. kat ZOUK.. eh, yang ni tak boleh. Haha.. Tapi, aku yang kuno ni macam.. err.. sesuai ke nak study kat tempat orang sedang melantak??? Bising. Then, orang lalu lalang tengok ko tengah hadap buku.. Ehhh... Tak kuasa aku. Baik tutup buku, makan. Haha..


Tapi, itulah dia dewasa kini.. Advance gila budak-budak sekarang.. Tak payah dah  nak berkurung dalam bilik. In Public pun boleh. Tak payah dah mak ayah duduk sebelah tengok betul ke tak kau buat kerja, atau tengah tulis surat cinta (aku le tu.. TAK ) hahaa.. Tak payah. Diorang pantau guna hp je. 3G. oh, ok anak aku kat KFC study ! mak aiiiii bapak advance okeh!

Teringat zaman aku sekolah dulu, jangan haraplah kan  nak study kat KFC. haha. Nak gelak aku. Nak study dengan kawan-kawan luar waktu sekolah pun JANGAN MIMPI. Mak ayah aku akan cakap, mengarut. Haha. Memang. Sebab taw anak dia ni cakap banyak. Kerja tak siap, Sembang je lebih. Maka, aku hanya study di dalam bilik seorang diri. And aku memang tak boleh study dalam keadaan bising, waima mendengar suara dari radio / tv sayup-sayup pun tak boleh. Gedik gila kan? Masa aku form 5 dulu, kakak aku kerja. Malam pukul 10 baru dia balik. So, start balik sekolah tu, bilik kami yang aku share dengan dia akan lapang lah. Adik-adik aku, diorang akan memekak kat ruang tamu. So, memang tak ada gangguan. Boleh la pelajar cemerlang ini study dengan aman. Hahahaa. Cemerlang?? muntah ijo sini.

And time aku sekolah dulu jugak, nak keluar dengan kawan-kawan sikittt punya susahh.. Sampai aku form 6 pun, masih aku tak dibenarkan meronggeng bersama teman-teman. Haha. Kawan aku ajak mesti aku excuse. Aku nak ke mana, aku lebih selesa dengan mak aku. Free of any charges . Haha. Makan ke, beli apa ke, mak aku bayar. Lantak la kawan-kawan nak huha2 kat luar pun.. Aku memang tak join. And aku pun tak suka nak study group bagai dengan kawan-kawan. Bukan sombong. Masalah aku adalah, aku kaki hafal. Haha. Aku faham aku sendiri je. Kang aku faham, kawan tak faham, selfish pulak. So, baik study sorang.

Eh, melalut dah mengenang kisah silam.. Haa, tapi bila dah masuk U.. all right.. Padlock telah dibuka.. Haha. Kunci ada di tangan sendiri. Tapi, masih lagi mak aku duplicate kunci. Muahaha.. Masih lagi dipantau segalanya.. So, tak la tak torah sangat bak kata orang Kedah. Kehkehkeh.. Sambung balik, berkesan ke study di KFC?? Haha.. Aku tak puas hati. Dah la shopping complex. Kau study 1 jam, kau melencong kat dalam mall ni berjam-jam.. Kalau yang betul-betul tu ok la. Ni jap lagi, melencong mana hala.. Ilmu tadi tertinggal kat KFC je la. Ehh, nape aku sibuk? Hahaha..

So, aku rasa perlu dikaji semula keberkesanannya. Siapa yang nak kaji? Budak sekolah? Haruslah diorang cakap berkesan amat kan? Heh. Mak Ayah la. Siapa lagi.. Sibuk bekerja macamanapun, aku rasa guide diorang sangat diperlukan dalam membentuk remaja ni. Remaja ni suka ikut kata hati..So, prihatin lah sikit mak ayah oii.. Jangan selamba jer..Heh. Sibuk macam aku ada anak remaja berdozen. Muahaha..

Ok, itu sahaja kot. Kesimpulannya, aku membantah 100% dengan kaedah study di tempat awam tambah-tambah lagi restaurant fast food. Terganggu mood aku nak melantak bila kena hadap muka berkerut-kerut budak - budak tengah study konon tension sangat. Hoi, aku yang tension ok. Haha.

Ini tambahan - Tadi, ada sorang budak perempuan ni, pakai uniform sekolah tapi bukan yang kain biru baju putih tu.. Aku rasa dia sekolah Teknik sebab dia pakai baju ala-ala F1 tu.. Then aku nampak dia smoking betul-betul depan cc aku.. Budak asrama, sebab hari ni maybe diorang outing.. Aku macam nak pergi bagi  penampar. Dah la kau tu perempuan, baru tingkatan dua ke tiga entah (ikut muka yang sangat budak-budak) , dengan pakai baju sekolah, bertudung lagi tuh.. Apa kes mulut kau ligat sangat menghembus asap? Geram sangat aku . Haishh. Sungguh mendukacitakan.


Sekian.

# Jangan bawak anak/adik/anak saudara/anak jiran korang pergi study kat KFC.  Bila makan kena makan. Bila study kena study. Apa kejadah makan sambil study???


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...