01 January 2013

Welcome 2013, Good Bye 2012

Assalamualaikum..

Sana sini, orang akan cakap pasal tahun baru? Kenapa haa? So, untuk tak nampak macam batak, marilah kita pun bercerita tentang tahun baru. Oh, 31/12/2012. Aku macam tak perasan  sebab pepagi tadi dah terpacak kat sekolah. So, lupa sekejap today merupakan the last day untuk tahun 2012. Sobs.Tsk.

Macam tahun sudah, bila tiba hari last, aku akan buat review dalam belog aku, untuk 1 tahun yang lepas. Oleh itu, marilah kita ulang semula. *wink*

Januari ~ Mac 2012

- Apa yang aku achieve untuk 3 bulan pertama ini? Aku rasa tak ada apa sangat. Yang aku tau, aku masih bekerja di CC di CS. Masa ni aku masih lagi ting-tong tentang masa depan. Dok berkeluh kesah lagi. Tapi, tak silap aku, dalam bulan ni jugak aku ditemuduga oleh SPP. Ha, memang lah cuak. Oh ya, dalam bulan Mac rasanya, aku sudah mula berjinak-jinak mengenali seseorang.. Heh.  So, itulah dia.




April ~ Mei 2012

- Ok, untuk bulan ni. Ada 2 perkara. Sedih dan Gumbira. Sedih, dalam bulan Mei, aku kena berhenti kerja dah sebab dah berjaya mendapat penempatan. Almost 1 year kerja, mana tak sedih. Kerja paling best aku rasa walaupun penat. Huhu. Then, hujung bulan jugak aku dah berangkat ke Pahang untuk mula bekerja sebagai seorang guru. Huhu. Dalam bulan ni, aku dah mula menerima seseorang TEMAN dalam hidup aku.Huhu.. Alhamdullilah. Terbuka jugak hati. ;p








Jun ~ September 2012

Ya, mula berkecimpung dalam bidang perguruan. Sangat teruja. Namun, masih lagi blur... Aku tak paham banyak sangat benda. Dan pengalaman pun banyak juga lah aku dapat. Macam-macam aktiviti aku kena buat kat sekolah. Dan pelbagai aktiviti jugak lah menyebabkan aku rasa macam berguna sikit jadi cikgu. haha. Kalau tak, hampeh je. Antara bulan ni, banyak tempat aku pi jalan. Melaka, Bukit Tinggi, Genting, Nilai, KL, Terengganu and sooo onnnn....Yeahhh!











Oktober ~ Disember 2012

Terlalu banyak dugaan yang aku lalui sepanjang bulan-bulan ni. Sebenarnya bermula bulan sebelumnya lagi. Bertahan dan terus bertahan. Memang sukar. Tapi nak buat macamana. Hidup perlu diteruskan. Banyak sangat perancangan dibuat tapi ada yang menjadi dan ada yang tak. Yang tak menjadi, ada hikmah. Yang menjadi, syukur Alhamdullilah. My new aset hadir dalam bulan ni. Hewhewhew...My relationship ? Alhamdullilah. :) Dan last sekali, cuti sekolah ! Singapore ! Hoorayyy !!!






Kesimpulannya, Tahun 2012 so-so je untuk aku. Tak la terlampau grand and not so gloomy. Alhamdullilah, masih lagi bernyawa meneruskan sisa hidup dan masih lagi mampu berhutang. Muahahaaha. So, apa yang aku harapkan untuk tahun 2013, umur pun dah 26 tahun.. Semoga makin matang dalam segenap segi, kena check semula hubungan dengan Allah, baiki hubungan dengan orang sekeliling, and last sekali, semoga segala perancangan aku untuk tahun ni dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Azam? TAK ADA. aku tak pernah berazam waima sekali pun. Redah kasik pecah sudaaaa..


Semoga tahun baru anda-anda semua juga akan membawa berjuta makna dalam hidup masing-masing, Wishing u'olss , all the best yaw !

WELCOME 2013 

Love, 
xoxo




# Tahun ni tahun apa? Naga?


Bye!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...