21 December 2011

Kehampehan sebungkus nasik lemak

Assalamualaikum..

Hari ni aku pakai baju merah, rasa macam nak marah je. Haha..Nak marah tak boleh gelak. Ok, serious.Pepagi buta, dah nak mengamuk bila tengok side mirror kiri aku pecah berderai.. Belum sempat aku soal siasat, sudah ada yang mengaku. Pengakuan yang sungguh comel.

"Ayu, side mirror ayu pecah. Tapi bukan aiman buat, Yun (kawan aiman) yang buat. Tapi nanti dia kata nak ganti balik"

Comel ke?? Kalau budak form 2 cakap camni? Comel? Tak kan?

" Yun tu nak ganti bila? Pagi ni? Pagi esok? Pagi lusa? "  Aku tanya.

"Tak tau dia.. Ok lah, nak pegi panjat bukit. Bye."

What do you expect? Setelah perbualan ditamatkan dengan bye? Sudahnya, aku pergi kerja dengan cermin yang rompong. Macam buta mata kiri. Seriously aku tak boleh menunggang motosikal kalau tak ada side mirror kiri dan kanan. Skema.

- Tamat sketsa sebelum pergi kerja -

Aku bawak nasik lemak pergi kerja pagi tadi. Breakfast di CC.. Aku tengok atas meja makan ada. Rembatlah satu. Lepas buat kerja, dengan semangat membara, aku pun makanlah... MAK Oiiiiiii !! nasik lemak apa macam ni??!! Tak sedap langsung!!!! Suapan pertama dah jahanam. Frust giler kot. Aku lapar sangat jam tuh. Bila lapar, nak makan, dan bila makan, adoiyai........terus membunuh selera. Sungguh kejam wahai nasik lemak.

Kadang-kadang aku terfikir, macamana makcik-makcik boleh berniaga? (selalunya makcik-makcik yang berniaga. Jarang nampak pakcik-pakcik) Tak kisahlah nasik lemak ke nasik apa ke.. or apa jenis makanan sekali pun.. Bukanlah nak mintak sampai makanan tu rasa dia ala masterchef yang masak... but at least, tak lah bila sekali makan rasa macam nak pergi balik kat kedai tuh dan suruh dia makan bersama-sama kemudian tanya, 'ini ke nasik lemak paling sedap yang makcik boleh hasilkan?'.. Kalau tak sedap sikit-sikit, ok..boleh terima lagi. Mungkin dia masak dalam kuantiti banyak, terkurang itu ini. Tapi, masalahnya, ini bukan tak sedap sikit.. tak sedap langsung !

Bukan sekali dua terkena, dah banyak kali. Kadang-kadang beli tomyam.. Cair mair macam air paip, letak je la cili boh sikit bagi merah..pastu penuhlah sampah sarap dalam tuh.. Serai berkati-kati.. Kadang aku beli laksa, kata laksa utara sedap.. Sedap apa? hampeh. Masam ke, masin ke apa tak rasa.. Macam-macam lagi lah.. Tak la expect melampau sedap macam makan di rumah kan... Tapi, duit kau nak. kualiti tak ada. Zero!

Yang peliknya, macamana diorang ni boleh confident nak berniaga bagi orang makan? Kalau dah memang langsung tak ada bakat nak memasak tak payah lah nak berniaga.. Kau kena maki je kat belakang. Pastu orang yang terkena pergi sekali je, Pastu lagi bila dia tengok orang sebelah laku, mula pergi jumpa bomoh, lingkupkan bisnes kawan dia tuh. Eh? Keluar topik? .. Aku tak lah cerewet sangat.. Aku boleh je makan ala kadar.. Tapi, bila dah terketar-ketar lapar, lepas tu dapat makanan yang langsung tak boleh nak masuk tekak, rasa nak hangin jugak lah satu badan kan.. Ini bukan masalah tak bersyukur dengan rezeki ke apa.. Malaysia bukan Somalia.. Bukannya barang-barang masakan kena catu pastu harga melambung-lambung mahal, biasa-biasa je kan? Kalau pun mahal, boleh je naik harga makanan tu sikit.. Relevan lah kan kalau sedap. Tak kisah maa.... Ini, rasa dah lah hampeh, tapi harga macam 5 stars hotel punya makanan..perggghhhhhhh...!!

Mak aku pernah jugak berniaga.. Aku takdelah nak puji mak aku masak sedap sangat macam Chef Wan. Tapi, kalau sampai belum mula berniaga, orang dah datang beli kat rumah, bila dah nak tutup meja, orang masih pergi rumah suruh masakkan lagi ..Nilailah sendiri.Tapi, itu dulu..Zaman aku sekolah. Aku taw sebab aku yang tolong mak aku berniaga. Rileks je tepi jalan, tapi setiap hari langsai.. Kalau tak sedap, aku sendiri dah sound mak aku jangan berniaga. Buat malu satu hal, tambah dosa orang satu hal. Dosa apa? Dosa sebab dok bagi orang sumpah seranah kita.. Betul?

Tapi, apa boleh buat? Takkan nak pergi cakap kat makcik tuh,"makcik, nasik lemak makcik ni teruk sangat." Kang tutup kedai dia, kata kita tabur pasir dalam periuk nasik dia pulak.. Maka, tak payah pergi beli lagi lah.. Tapi, kang kita pergi kedai yang baru pulak..sama ada, sama je tahap ke'hampeh'an dia, atau lebih sikit jer.. Sanggup nak makan lagi?? Prinsip aku, biar mahal asal berbaloi-baloi..

Ini je aku nak share today. Kadang-kadang tak paham apa konsep orang berniaga.. Untung, untung jugak. Tapi, kalau dah memang kau masak ke laut.. Tak payah la weh berangan nak bagi kenyang perut orang.. Kesian asyik kena sumpah berkandaq-kandaq nanti...  Apa yang penting, aku rasa keikhlasan. Kalau kita memang ikhlas nak berniaga, disamping nak cari rezeki, sepatutnya kita jugak ikhlas dalam memberi kepuasan kepada orang dengan apa yang kita niagakan, betul?. Mak cik untung, saya pun untung. Bukan ke lagi best?

Kepada makcik nasik lemak pagi tadi, takpela. Saya maafkan makcik, sebab bukan saya yang pergi beli tadi.. Harap makcik perbaiki tahap masakan makcik ye.. Kalau tak makcik bakal tersingkir minggu depan. Eh? Masterchef pulok... Eh lagi? Makcik tu baca blog aku ke?? Wakakakkaakkaa!!


# Dulu           :  Rambut sama hitam, Hati lain -lain
   Sekarang   :  Sambal sama merah, Rasa lain-lain



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...