19 December 2011

Am I Ready To ....

Assalamualaikum..

Hey ! Hari ini banyak sangat masa terbuang, maka aku mampu update sampai 2 entry 1 hari.. :) Esok, aku cuti. Kira entry ni untuk esoklah.. Boleh gitu? Muahahaa..

Aku tengah blur-blur tengok web KPM tadi.. pastu tengok ada notice untuk GSTT.. Kena menjalani latihan perguruan ke apa tah la.. Malas nak ambik tahu sangat sebab sakit hati.. Takpelah, rezeki orang. Rezeki kita bila? Tunggu. Dalam dok sakit-sakit hati, tetiba aku macam tefikir.. Sibuk sangat nak cepat posting, ada satu persoalan dalam fikiran aku..'Bersediakah aku?'.. Bukan bersedia nak jadik tunangan orang ke, isteri orang ke, mak orang ke.. (In fact, benda ni langsung tak ada dalam kepala lagi sekarang).. Actually, bersediakah aku untuk bergelar seorang guru mod sepenuh masa? Hee.
* Senyum kambing *

Aku tak pasti.. Aku serious tak tahu setakat mana kemampuan aku. Kalau tengok gaya aku sekarang ni, memang lah langsung tak ada ketokohan seorang guru.. Wah..tokoh kau. Ha, tengok? Hahaha.. Maksud aku, ciri-ciri guru sejati.. Ada? Tak ada kan? Haha.. That's why, aku tak pernah nak melenting bila orang tanya study kos ape? Dan bila aku jawab 'education' , terus tengok aku macam aku banduan.. Hahaha.. Terus tak percaya..dan hello..sangat ketara ketidakpercayaan anda itu wahai sang penanya soalan.. T_____T

Sebab tu jugak, kalau orang tanya study kos apa? Aku akan jawab, kos biasa jer.. Malas nak tengok mimik muka tak puas hati diorang. Haha. Biarlah.. Sebelum menjalani praktikal awal tahun dulu, hanya satu kebimbangan aku yang sentiasa menghantui tidur malamku (start dah ayat novel) iaitu macamana aku nak mengajar anak orang? Hahaha. Itu sahaja. Aku tak risau bab nak bergaul dengan cikgu-cikgu senior, bab nak menjalankan kerja-kerja kat sekolah, atau apa sahaja yang aku bakal kena buat, tapi aku risau sangat bagaimana nak menyampaikan ilmu kepada murid-murid aku nanti.. Haishhh.. Dah lah pemalas. Haha.

Tapi, alhamdullilah.. Aku berjaya jugak menghabiskan latihan mengajar aku selama 4 bulan. Aku buat sehabis baik.. Nak-nak lagi time lecturer datang.. Wakakaa! Aku rasa murid-murid aku faham apa . (kenapa main rasa-rasa?) Haha.. Mungkin aku mengajar kelas yang depan..yang budak-budaknya bijak..Senanglah kot..kan? Tapi, itu pengalaman dulu.. Yang mana tak dibebani dengan tugasan tahap maximum.. Yang mana bila kena attend meeting, aku akan diam dengar je segalanya padahal tak paham pape ..Hahha. Bila ada event kat sekolah, nama aku akan tercatat untuk tugasan dokumentasi. Apa ada hal? Tangkap gambar, buat backdrop, slide show segala.. Itu je.. Haha. Sebab tu aku tengah cuak sekarang, macamana kalau dah jadi cikgu betul-betul nanti?? Macamana? Macamana?  #kelam dunia#

Tapi, pengalaman mengajar kata orang.. Sekarang ni aku dah macam tak cuak sangat macamana nak menyampaikan ilmu kat anak orang. Hahaha.. Aku bab kelentong ni hebat. kehkehkeh.. Masa praktikal dulu, ada murid aku tanya soalan gini kat aku ;

" Cikgu, kenapa nama dia Banjaran Crocker? "

Makkkk aiiiiii.... kau tak boleh tanya soalan lain ke? Tapi, aku kan macho? Haha. Control la beb..

"Oh, kenapa ye? Kemungkinan besar, orang pertama yang menjumpai banjaran ini bernama Crocker.. Sir Crocker ...Sebab tu dia letak nama dia... Awak belajar Sejarah kan? Kan orang putih ni suka namakan sesuatu yang diorang jumpa sempena nama diorang "

Wakakakakaa!! Ini jawapan aku. Hahaha. Weh, serious aku tak tau kenapa nama banjaran tu Crocker.. Mana ada sungai Crocker ke, ape crock ke situ.. Kasut Crocs ada la.. Kahkahkah..

So, diam sudah budak tuh.. entah dia puas hati ke tak. Tapi muka slumber je..Betul la tuh. Hahahaa.. Aku memang pemalas.. Malas nak membaca.. Tapi, bila dah nama nak jadik cikgu, takkan nak malas lagi? So, berubah la sat.. Sebelum nak ajar topic baru esok, aku akan study dulu.. Tapi, jap gi tido, lupa la.Haha.. Pagi-pagi, masuk kelas, aku akan suruh student aku baca dulu sepintas lalu..Actually, aku buat macam ni sebab aku pun nak review balik, apa yang aku nak ajar hari tu.. Hahahaha.. Manusia, mana perfect kan?

Jadi, sekarang ni aku macam tak sure sama ada aku benar-benar ready atau tak.. Cuma, dari dulu lagi aku berpegang dengan prinsip ini.. 'Manusia berubah mengikut keadaan..'..  Kalau dah keadaan aku pada masa akan datang perlu melambangkan profession aku, aku akan akur dengan keadaan.. Akan ada yang mengatakan, ah! hipokrit..Betul? Pada aku, hipokrit itu perlu kadang-kadang.. Terpulang bagaimana kita menggunakannya pada masa yang sesuai..

Again, bersediakah aku? Kita tengoklah nanti.... Huhuhu... Teingat zaman study, pergi kelas sentiasa pakai jeans.. Jarang sangat nak pakai baju kurung walaupun lecturer dah sound, 'masuk kelas pendidikan, pakaian biarlah sopan melambangkan seorang guru..' Jawab aku dan roomateku, 'kami bukan nak mengajar lagi sekarang...Jenuh nak pakai baju kurung panjat tangga bas..' Eh? menjawab ye? Wakakakaka!! (tengok, macamana nak kata aku bersedia? huaaaaaa) 



# Doakan aku menjadi guru yang sempoi dan sporting... dan.....cantik.. Kahkahkahkah!!


Bye !

Tanya sama Siapa ?

Assalamualaikum..

Tanya sama hati,
Apa sebab berubah?
Nanti jawab hati,
Bosanlah sudah...

Tanya sama diri,
Apa sudah jadi?
Nanti jawab diri,
Malas nak peduli..

Hati nanti kata,
Aku rileks saja,
Sampai satu masa,
Aku pun tiada..

Bila sudah suka,
Jangan dipersia,
Bila sudah tiada,
Menyesal pun tak guna...


# Asam garam kehidupan


Bye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...