28 August 2014

28hb Ogoshhh !

Assalamualaikum...

Hai hari ni genap 5 bulan.

Apa 5 bulan?

Jadi tanggungjawab Mr.A

Yeayy.. alhamdulillah..

Walaupun gaduh hampir HARI-HARI..

Tapi,

Masih jadi suami isteri..

Tak payah citer lah, romantic Mr.A macamana..

Biar hanya aku dan dia yang tahu..

Thanks awak,  sudi jadi suami saya.

 Yang bawah ni, tadi. sesi photoshoot 2014. 

Layansssss...









SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN ke 57..

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Proud to be MALAYASIAN !


Love,
Ayu

27 August 2014

Tanya Tuhan

Assalamualaikum..

Aku nak luah perasaan boleh?

Lantaklah, sape baca ni nak terasa ke ape..

Aku nak luah jugak2.

Mulut manusia ni memang kita tak boleh tutup kan?

Kadang nak je rasa sumbat dengan kaki saiz 8.

Tapi,

Pls lah jangan set mentality tahap bawah tapak kaki..

Aku rimas suka sangat dok tanya soalan yang menjadi RAHSIA ALLAH dekat aku.

' Tanyalah tuhan, tanya saya buat apa? '

(Ni jer mampu jawab...) tsk.

Paham kot kan?

Setakat tanya, ok lah.. Mungkin tak sabar.

TAPI

Jangan tambah dengan kata2 sindiran, tuduh bukan2..

Demmitt !

 Yang bertanya bukan kaum sejenis..

Korang dah kenapa???

Suami aku relaksss jer.. Korang care sangat awat??

Sekali dua tanya, aku still ok..

Ye, mendoakan..

Tapi,

Aku rasa kalau dah tanya depan public, tak kira apa dah..

Aku sendiri malu nak jawab,

Yang bertanya, tak malu ke nak soal?

PELIKKKKKKKKK !!

Sekarang ni, kalau nak tanya aku,

Aku akan straight call MR.A

" Eh, soal la suami saya..."

PUAS HATI.

Doakan dalam hati je lah kalau kau ikhlas.

Tak payah tanya2. Sebab confirm woi aku tak ada jawapan.

Lagi best, siap kata aku ni lambat la apa la..

Kalau aku plan sekali pun, aku ganggu rahim siapa skg ni??

Aku diam banyak kali dah..

Nak jer meletopp..

Tapi, pikir banyak kali..

And now, aku meletop sini.

Hameekk kau !




Lepas ni, dok tanya lagi,

jawapan aku,

'BILA KAU NAK MATI? '

Dan dia akan jawab,

" TU SEMUA KERJA TUHAN"

Jam tu aku nak ludah depan muka!

EXCUSE ME, sir !





Love,
Ayu

25 August 2014

Jamuan Hari Raya Asrama 2014

Assalamualaikum..

23 Ogos hari tu ada jamuan asrama. Untuk kali kedua, as a warden.. dah tau dah la sikit2 apa nak kena buat. And for this year, dengan jumlah pelajar yang tak berapa ramai, sebenarnya agak mudah. And aku tak la terlalu penat macam tahun lepas. hee. Diorang dengar cakap jugak lah..

'Cikgu kitorang nak buat aktiviti.. '

"Aktiviti ape? "

'Games laa.. super spontan , karoke.. '

" Boleh dengan syarat, ikut peraturan saya"

Huahuahua..

Bukan peraturan apapun, more kepada kita sama2 makan, kita sama2 simpan..

So ada kerjasama dekat situ.

Ini rumah kita.

So tahun ni, alhamdulillah..

Habis jamuan, straight diorang kemas. Semua turun kemas.. Lelaki dan perempuan.

Thank you anak2ku..

And tahun depan entahlah.. Aku teringin sangat nak jadi tetamu dan bukan hanya tuan rumah macam dua tahun ni.. harap2 termakbul.. EHEM.

So itu sahaja. Settle dah jamuan apa segala. Sebenarnya aku tak sabar tunggu cuti merdeka.

Ada orang tu janji nak bawak kite pergi jalan.

Janji ke?

Padahal aku paksa.

Huahuahua...

Whatever it is,

Thanks Mr.A in advance.

( Kena paksa pun, dia pasrah je..Sebab dia tau isteri dia PENAT kerja 24/7 .. eh? ) hahaha..

Ok then, take care.

Kita abadikan kenangan di dalam gambar.











Love,
Ayu

23 August 2014

#Malaysiaberkabung MH17

Assalamulaikum..

22.08.2014

Hari ni, Malaysia berkabung..

Biarlah apapun orang nak kata perihal isu berkabung ni.

Pada aku, apa yg paling penting, kita semat dalam hati. Berdoa banyak2, baca al fatihah banyak2. Kau nak pakai baju suram ke hitam ke, niat la dalam hati sebab memang nak pakai. Bukan sebab nak sambut berita duka ke apa. So please jgn singkatkan fikiran dok hentam itu ini. Yang memang ditegah agama, jangan dok gagah pi buat.

Jom cite hal MH17. Jujur mengaku, aku memang tak amik tau sgt pun mangsa2 dlm pesawat tu. Aku hnya tau mcm tu je la.. And td memang ak ikuti jugak lah dan sempat tgk berita pengkebumian dekat tv dalam pejabat. Kelas takde. Bole la menempek sat.

And balik bukak fb update ah status sedih. Weh, memang sedih. Kenapa? Sebab aku ada hati. Korang yang sedih pun ada hati sama cam aku.

Dan aku sangat mengikuti kisah adik abderrahman. Anak kepada arwah hakimi, pilot MAS. Anak dia umur 9bulan. Tp besar dan comey sangat2.. Isteri dia nama Asmaa. Pun lawa sangat.. 

Dan ak baca kisah mereka di blog sorag ni , kak jumie samsuddin. Allah.. Sedih ya. Memang menangis. Tapi tahan.

Apapun, aku kagum yang amat sangat. Semua family mangsa, pasrah dan redha. Tengok dalam tv semua steady. Even dalam hati diorang saja yang tau macamana.. 

Sedihnyaaaa.. Aku tatau la kalau jadi kat aku.. Memang melepek laa.. Allah.. Kau kuatkan mereka..

Kepada keluarga mangsa, bertabahlah.. Satu malaysia mendoakan mereka..
Kepada keluarga MH370, kita nantikan keajaiban yang mungkin berlaku..
Kepada pejuang2 Lahad Datu, nama kalian jasa kalian tetap tersemat di dalam hati walaupun tidak pernah kami kenali..
Dan..
Kepada pejuang2 di GAZA, Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNYA Yang Maha Esa.. #alfatihah.

Pastu cepat2 text Mr.A, awak saya sayang awak.. Tak sanggup nak hilang awak.. Allahuakbar.. Kau lindungilah kami semua. Amin. 







Adik abderrahman, semoga membesar dengan soleh.. Amin.

Juga kepada seluruh keluarga mangsa, tabahlah..

#bukan senang jadi anak yatim.

Love,
Ayu

22 August 2014

Mohon fahami.

Assalamulaikum..


Kalau aku boleh buat semuanya sendiri,

Takkan ada perkataan TOLONG dalam kamus hidup aku.

Mohon fahami.

JANGAN bagi solusi yang sukar .

Aku tahu siapa aku.

Aku tahu mana dosa mana pahala.

AMANAH ALLAH kita jaga.

Bukan sia sia.

Love,
Ayu


05 August 2014

Salam eidulfitri..

Assalamualaikum..

Selamat hari raya aidilfitri..

Maaf zahir dan batin..

Hewhew.. Bakpe lambat sgt? Busy oihh..

So macamana raya kali ni?

Pasti sangat berbeza. Sebabnya tahun ni dah ada dua family. Ada suami disisi.

Heee..

So tahun ni sebab dekat, kami boleh lari pi dua rumah pi mai pi mai.

Memang tak gaduh la.

Tapi ada jugak la kan.. Walaupun dekat.
Besa la tu.. Hee

So... Untuk raya tahun ni, baju iolss dengan Mr.A adalah oren.

Mr.A belanja kita baju raya, tudung raya. Hewhew..

Tq sayang.

Yang best, boleh makan macam2.. Alhamdulillah.. Dikurniakan suami sangat baik macam tu..  Amin.

So, itu je lah. Layan gambo lah ey.

Untuk bakal anak2 ibu, muahaahaha..

Ni raya pertama abah dan ibu kamu. Kehkeh..

Salam aidilfitri yawww!!













Love,
Ayu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...