09 February 2012

Susahkan Kalau Hati Dah Sakit ..

Assalamualaikum..


Aku seboleh-bolehnya cuba sedaya upaya untuk mengawal hati sendiri supaya tidak disakiti oleh orang yang tidak pernah tahu menghargai..


Susah jika hati sudah sakit. Sangat susah untuk diubati. Dengan apa cara sekalipun. Maka, oleh yang demikian, aku cuba untuk tidak membiarkan hati ini sakit kerana menyembuhkannya bukan semudah yang dijangka.


Tapi, andai hanya aku yang berusaha untuk menghindari dari disakiti, mampukah aku?


Jangan biarkan ia sakit ! Kerna bila hati ini disakiti, mungkin ia akan terus mati . 
Dan bila hati ini mati, tiada lagi yang boleh mengubati.


Kepada mereka yang sentiasa menyakiti hati ini, terima kasih aku ucapkan. Terima kasih kerna tak pernah tahu menghargai.. Terima kasih kerana mengajar aku untuk menjadi kejam dan terima kasih kerana menjadikan aku seorang pendendam.







# Tiada istilah 'touching' dalam hidup aku. Sekian.



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...