23 June 2014

Weekend Housewife

Assalamualaikum..

Hello, hi. Weekend Housewife. Aku google tadi. Tapi , pakcik google cakap weekend housewife ni macam surirumah yang tak bekerja pastu cari duit sendiri dari rumah. LoL. Hahaha

So, terms ini digunakan oleh Malaysian sahaja kot. Yang membawa maksud, suri rumah yang dok jauh dari suami dan jumpa suami weekend sahaja. Suri rumah ni bekerja. Eh? haha.. Macam i je.. ye la tuwww..

So far, ok sahaja. (ye, ok..errr..) Cuma kadang bila sampai masa Mr.A nak hantar aku balik, mulaaa laaa drama swasta bagai. huhu. I kan manjeww.. hahaha. muntoh.

Bila hujung minggu, aku akan ke Kajang. Pergi rumah Mr.A dan tinggal diam-diam dalam rumah itu. Hee. Serba kurang, bukan lengkap fullfurnish pun.. Tapi, alhamdulillah.. Apa yang ada sahaja setakat sekarang, aku kena terima. Dan doa aku, agar bulan depan akan ada la penambahan sikit demi sikit untuk keselesaan kami berdua. .. in shaa Allah..

And last weekend, memang betul2 jadi isteri bilamana aku buat banyak kerja yang kebiasaan isteri2 buat. Kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju,sapu sampah, memasak. Hooo. Penat. Sangat penat. Haha. Bukan merungut sini. Tapi, aku tak dapat bayangkan kalau ada anak ramai2 nanti.. Kalau suami tak membantu, memang boleh pengsan. Melainkan kalau suri rumah yang tak bekerja. Tapi sama gak la penatnya. Semoga suami boleh bantu isteri sama2.. Hee..

So, aku harapkan ada sinar untuk hidup bersama. Bila dah kahwin, memang akan ada feel lain sikit. Huhu.. Kita balik keja, ada masalah ke apa, bila tengok rupa yang sangat menenangkan.. masalah boleh hilang. Itu yang aku harapkan.. Ya Allah, pelihara hubungan kami. Amin.






SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK in advance..

First time sambut ramadhan sebagai isteri. Alhamdulillah..




Love,
Ayu

19 June 2014

Sisi tak nampak

Assalamualaikum..

Saya suka senyum.

Suka ketawa terbahak-bahak.

Walaupun,

Saya seorang yang tegas sebenarnya.

Satu sisi yang tak nampak,

Saya pemalu sebenarnya.

Kan betul? :)



#indah saat ini#


Love,
Ayu

18 June 2014

Negatif

Assalamualaikum...

Kalau kita kawan dengan mereka yang ada aura negatif,

Kita akan jadi negatif.


Love,
Ayu

05 June 2014

Perhentian Island my wish !


Assalamulaikum..


Nak citer keterujaan.. tapi tengok jam dah lewat. Mata pun dan2 laaa anta mesej ke otak. Penatlah.Choi sangat kan? Tapi, before cite jadik basi, kita abadikan la sikit ye dop?

So, as we ollllsss know, sekolah bercuti selama almost 3 weeks. Gila kau lamaa tu. Huu. So dalam cuti ni, aku ke selatan, ke pantai timur dan ke utara. Yang paling teruja adalah ke Pantai Timur nuu. Haahaha..

My dream comes TRUE bebehh ! Perhentian Island!! whoaaaaaaaaa!! mcam nak joget2 atas bot. hahaha

Dia memang best pergi tempat yang best dengan orang yang kita suka. Haha . Kalau ko pergi dengan orang yang ko benci, hadap la apapun, mesti tak best.. makanya, siapakah orang yang best aku pergi bersama tu? Mr.A lah.. a.k.a sponsor percutian kali ini. haha. THANKS dear !

Kami dari Kajang, naik bas. Memang aku yang decide kita pergi by bus. Hadap nak drive 12 jam? Tak payah. Kita nak relax. So, pergi naik bus lah malam 02hb tu. Sampai Kuala Besut almost 7am , pada 03hb tu. Whoaaaa.. Pekan kecil sahaja. Aku mmg ah batak. Aku tak dapat gambaran pun before. Bila dah sampai, serious batak. Hahaha..

Then, janji dengan agent around 830 camtu. So kami makan la dulu. Siap2 apa suma, agent datang bagi pas masuk hotel apa suma, here we go. Naik boat nak ke seberang sana.. Serious laju. Huuu.. Mr.A pegang je i. Takot i tdo ke? heyy.. i takkan tdo ok.hahaha









Sampai je pulau tu.. Subhanallah.. cantiknyaaaa lautt !!!! Jernih sangat2. Macam nak menangis rasa sebab my wishlist dah tercapai !!! Huuuu.. Then, check in bilik.. Bapakkk lawaaanya bilik . Huuu










Untuk 2nd day, aktivitnya adalah snorkeling. Lagi teruja !! Seumur hidup aku, aku takkan lupa saat ni. Hahah. Aku sangat la mengharapkan utk snorkeling. At last, dapat! Walaupun tak reti berenang. Asyik bergayut dekat boat je, dengan Mr.A. Hahaha. Lantak ah, Janji nampak coral.

















Sekarang cakap kenapa aku tak teruja????? hahahahahahhahaaha... Mr.A lagiii la.. Tapi control. haha

Pastu, malamnya masing lena terkapaq. Penat, Aku siap sakit lagi bahu. Menangis2 gak aahh. Nak kata berenang, tak pandai. hahahaa..

Lepas tu, 3rd day, balik la kami. Sedihhh tau !! I taknak balik !!! Tapi, Mr.A pujuk.. Nanti kita datang lagi.Taknak !! I nak pergi MABUL ! Hahahaa.

Memang betul, bila kita pergi tempat yang kita suka yang kita impikan  dengan orang yang kita harapkan untuk pergi bersama, perasaan itu sangat indah dan sukar untuk digambarkan. Alhamdullilah.. Allah bagi kesempatan untuk kami terokai keindahan dan keagungNya.

Itu sahaja.. Terima Kasih sangat kepasa suami tercinta. Sanggup layan saya. Walaupun penat, walaupun bajet ngam2.. haha.. Dapat jugak kita pergi . Nanti pergi lagi yeh? hahaha..


Kesayangan saya.
I Love U. 
Hewhew..



Love,
Ayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...