26 January 2014

Betul-betul redha?

Assalamualaikum..

Lama aku tak tekan lelaju keyboard laptop ni menaip sini. Mesti sepatah dua aje kan. Sebab apa? Sebab aku busy super saia!! Macam2 program ye. Takpe kerja.

Ermm.. semalam, aku rasa down sangat. Dengan beberapa kejadian yang berlaku. Aku rasa sangat tak mampu untuk tanggung.. Memang rasa macam sangat teruk.

Aku luahkan kepada somebody. Betul la dalam buku cakap, perempuan ni dia tak minta solution. Janji boleh lepas..boleh release.. At first, aku tersentak jugak. Bila si pendengar cakap kat aku.. aku macam tak betul2 redha. Tapi, bila aku baca balik.. ye betul. Mulut kata ya, hati kata tidak.. Dan akhirnya aku macam sentiasa tertekan dan terfikir apa yang aku buat.

Tak ikhlas namanya.. Kalau mengungkit, sia-sia sahaja pengorbanan.. Ganjaran apa tak dapat..
Haa.. ini aku dapat semalam. mendapat la kan.. Tapi aku terima. Betul.

So, aku dah siapkan diri aku, minda aku untuk menerima segalanya. Memang betul apa yang dikata.
Aku tak marah. Aku tahu ada salah aku.. Daripada aku memikirkan yang macam2 baik aku terus redha dengan apa yang aku dah hadapi sekarang.. So, aku dah mula nak tanamkan dalam diri aku, lupakan semuanya.. Just move forward. In Shaa Allah.

So, aku nak buat bodoh saja segala yang picisan. Semoga yang aku hadapi sekarang hanya yang baik-baik. Daripada memikirkan yang bukan2.. baik buat tak tahu je. Lantak la nak kata apa kan.. Janji aku tahu apa aku buat.

Cehhh..kuat sangat la konon? Kadang2 kena berlagak kuat, untuk pujuk hati.. Jangan mati.

Sekian sahaja. Aku nak lipat baju yang bertimbun gila bangang. Dah seminggu dok dalam bakul. Tak sempat.Busy gilaaaaa...

Sebelum tuh, nah tengok. Haha.. aku tempek gambo sendiri. Aku rasa muslimah . Hehe.

Doakan saya.. :)



Love,
Ayu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...