23 June 2014

Weekend Housewife

Assalamualaikum..

Hello, hi. Weekend Housewife. Aku google tadi. Tapi , pakcik google cakap weekend housewife ni macam surirumah yang tak bekerja pastu cari duit sendiri dari rumah. LoL. Hahaha

So, terms ini digunakan oleh Malaysian sahaja kot. Yang membawa maksud, suri rumah yang dok jauh dari suami dan jumpa suami weekend sahaja. Suri rumah ni bekerja. Eh? haha.. Macam i je.. ye la tuwww..

So far, ok sahaja. (ye, ok..errr..) Cuma kadang bila sampai masa Mr.A nak hantar aku balik, mulaaa laaa drama swasta bagai. huhu. I kan manjeww.. hahaha. muntoh.

Bila hujung minggu, aku akan ke Kajang. Pergi rumah Mr.A dan tinggal diam-diam dalam rumah itu. Hee. Serba kurang, bukan lengkap fullfurnish pun.. Tapi, alhamdulillah.. Apa yang ada sahaja setakat sekarang, aku kena terima. Dan doa aku, agar bulan depan akan ada la penambahan sikit demi sikit untuk keselesaan kami berdua. .. in shaa Allah..

And last weekend, memang betul2 jadi isteri bilamana aku buat banyak kerja yang kebiasaan isteri2 buat. Kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju,sapu sampah, memasak. Hooo. Penat. Sangat penat. Haha. Bukan merungut sini. Tapi, aku tak dapat bayangkan kalau ada anak ramai2 nanti.. Kalau suami tak membantu, memang boleh pengsan. Melainkan kalau suri rumah yang tak bekerja. Tapi sama gak la penatnya. Semoga suami boleh bantu isteri sama2.. Hee..

So, aku harapkan ada sinar untuk hidup bersama. Bila dah kahwin, memang akan ada feel lain sikit. Huhu.. Kita balik keja, ada masalah ke apa, bila tengok rupa yang sangat menenangkan.. masalah boleh hilang. Itu yang aku harapkan.. Ya Allah, pelihara hubungan kami. Amin.






SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK in advance..

First time sambut ramadhan sebagai isteri. Alhamdulillah..




Love,
Ayu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...