29 December 2014

Pray4pantaitimur.

Assalamualaikum..

Patutnya dah tido.

Sebab esok meeting.

Tapi,meeting postpone sebab banjir.

Temerloh ,mentakab banjir.

Lanchang masih ok.alhamdulillah.

Risau, bukan tak risau.

Tapi lagi simpati dengan yang kena pindah randah.

Tapi, dok tengok trend kita ni , dok kesian tapi tak buat apa.

Yang tu takpe lagi. Ni pesen yang kesian pun tak, dok maki plak kot atas..

Tuduh orang tu tak buat kerja. Tuduh orang ni buta perut.

Macam2..

Hello,kita buat kerja sangat kah?

Jangan main cakap je kak,kalau kita pun dok landing atas katil sambil on fb via iphone.

Stop la. Tak payah tunjuk lagak hebat. Kau hebat sangat, kau turun cari bot, cati trak, ko angkut barang2 ko nak derma, ko pegi agih dekat mangsa banjir.

Ni ko dok main coc atas katil, pastu ko hentam orang. Apapun tak boleh.

And, pray for pantai timur dan yang sewaktu dengannya. Good job utk semua pasukan yang membantu mangsa banjir. Doa aku bersama korang suma.. Doa orang lain aku tak tau. Sekian.


 
TF mentakab.

Love,
Ayu

22 December 2014

Berhabuk!

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Applications/18E03A01-83E4-4A39-859E-294952561C61/Documents/Blogger/)
Assalamualaikum..

Hye belog.

Amboihhh berhabuk bersawang!

Busy kemain..

Cuti ni memang sangat2 berbeza.

Bekerja tak henti.

Apapun, syukur rezeki.

Ni baru nak pi bercuti.

Kononnya laaa..

Ok la, jumpa nanti.

Love,
Ayu


29 November 2014

Happy birthday , ayu

Assamualaikum..

Happy birthday untuk diri sendiri.

Kepada yang wish, terima kasih sangat.

Semoga Allah merahmati kalian..

Dan..

Tiada sambutan.

Saya busy.

Sangat.


Semoga berjaya dunia akhirat anak2.

Love,
Ayu

21 November 2014

Cuti sekolah!

Assalamualaikum..

Start cuti sekolah

Tamat sesi persekolahan 2014

Nnti ada masa kite wat review eh


Bye! Take care


Love
Ayu

12 November 2014

Blog baru

Assalamualaikum..

Mr.A dah ada belog yawww.

Iolls la buat utk dia.

Kenapa buat kn?

Sweeet kn iolls??

Padahal sbb tugasan dia. Asgnment.

"Nak update jugak la pasni.." - mr.A

' Tak yah gedik.. ' - isteri mithali.

Hahaha.. Matiklaa mr.A byk follower pasni. 


Im wondering. His blog more better than me.. 

Love, 
Ayu

09 November 2014

Lawatan KGV

Assalamualaikum..

Semalam pergi lawatan penanda aras ke SMK King George V , seremban negeri sembilan. Semua pk hem, ada ppd and warden2 serta anak2 murid p. Dua bas. Best. Sekolah tu cantik.

Asrama pun cantik. Yang kagum sebab lelaki semuanya. Kemas. Aku rasa betul ckp pgtua dia, BUDAYA. Kalau dah dibudayakan macam tu, sampai bila pn macamtu.

Aku bawak student aku, perempuan. Baik budaknya. Aku nasihat dia mcm adik ak sendiri. Semoga semua anak2 murid aku berjaya dunia akhirat. Amin.

And balik tu ak sakit perut. Sampai hari ni, lemah sangat badan. Allah..

Pastu mr.A kan takde. Mggu ni tak jumpa dia. Maknanya dua mggu tak jumpa. Takpe lah.. Busy memasing. Pastu lagi la aku down. Aku sakit, aku nak orang ada tepi aku. Tp nak buat macamana kan?

Semoga cepat sembuh wahai badan. Banyak kerja tergendala ni. Kertas exam tak habis lagi tanda, markah tak masuk lagi. 

Nak tengok warden gemuk? 


Gemuk kan? Sekian.

Love, 
Ayu

07 November 2014

Subhanallah..

Assalamualaikum..

Indah , cukup indah ciptaanMu ya Allah.





Semoga sihat sempurna dan solehah hendaknya. Amin.

Love,
Aunty ayu.

05 November 2014

Salam sayang

Assalamualaikum..

Dia buat kerja2 yang aku seharusnya buat.

Dia buat tanpa rungutan.

Dia buat dengan bersahaja.

Apa dia buat?

Dia iron kan baju aku.

Dia masakkan untuk aku.

Dia basuhkan baju2 kami.

Terima kasih en suami.

Sebab apa kau malas sangat ayu?

Tak , bukan malas.

Aku dah berusaha tapi tak berdaya.

Sekian.



Salam sayang dariku untukmu. Huhu.

Love,
Ayu

02 November 2014

A weekend

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt.. 

Dua hari ni koi kat rumah Mr.A . Ehhhh awat koi? Sebab Pahang menang semalam weeeyyyhhh!! Haha. So bangga sat wlpun menompang dok Pahang je ni.

So, semalam aku takde aktiviti ape sangat. Sebab skg ni dok keje melepek je..  Haihhh... Stress dengan semua perkara..

Tapi semalam, Mr.A yang baik hati sangat tolong masakkan utk kitewww. Masak lemak ketam. Auwwwwww.. Memang pasni aku buat2 tak nampak je la dapur tu. Huhu.

Sedap his 1st trial. Bukan nak puji. Tp kiranya bole diterima tekak la. Tekak aku ni agak cerewet gak. Tapi bile makan and takde probs, so ok la tu kan.. Tq love.

Then selebihnya melepek je la kat umah. Nak pegi jalan duit takde. Huuu. Lepak aje. Oh tahniah Pahang and seluruh warganya.

And again, all the best anak2 muridku dlm SPM.. Walaupun tak mengajar kamu2.. Tapi takde pun dtg salam2 dan mtk didoakan. Takpe, besar dah memasing.. Saya tetap doakan. Amin. 


Rupanya gini lahh.. Hasil air tangan sang suami. Huuu.. 

Love,
Ayu

28 October 2014

7 months...

Assalamualaikum..

Hari ni 28.10.2014 genap 7 bulan iolls jd isteri mr.A.. Sat sgt masa berlalu..

And mr.A ckp rasa mcm baru bulan lepas akad nikah. Hover tauu..

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah swt.. Dia merencanakan semuanya yang terbaik. Ada ujian yang melanda.. Namun itu tanda dia menduga.. 

Aku mohon limpahkan rahmat yang berkekalan dalam hubungan ini..

Semoga aku sentiasa bersedia menjadi isteri yang solehah hanya kepada suamiku seorang.. Dan begitu juga dia.

Mr.A, thanks a lot sbb layan saya macam tuan puteri gunung senyum.. Hee

Sentiasa mengalah dengan segala kerenah saya.

Menegur saya dengan berhemah di atas keterlanjura sikap saya.

Dan bersabar di atas setiap kekurangan saya..

I love u my one and only..

Ok , jiwang.

Oh, special dedicate a very good luck utk anak2 SPM terutama anak2 di asrama ..
Semoga kejayaan milik kamu.. Amin.



Love,
Ayu

15 October 2014

Independent

Assalamualaikum..

Berdikari sangat.

Siapa?

AKU.

Sekian.

Love,
Ayu

08 October 2014

Salam Raya

Assalamualaikum..

Hye. Kite dah keje. Dah abeh cuti 3 hari. Time flies too fast. Nak pegi CS makan takoyaki pun tak dan. Hape pn tak dan.

Raya hari tu, MIL wat aqiqah utk si bambam nephew. Tlg sikit2 je kite. Tlg makan. Hewhew..

Rumah kite pn ade makan2.. Kazen2 dtg makan2. Gitu laaa rumah retis.. Haha

Then, kite memang takde buat apa2. Tetiba dah nak balik. Opsssss.... 

Oh ye, kite terkesan dgn kemalangan di terowong menora. Kite ada masa tu.. Allah.. Smoga keluarga mngsa yg terlibat bertabahlah.. 

Dan... Takde gambo raya. Sbb ape? Baju pun takde. Lagi, Mr.A biasalah.. Dia mana caraaa nak bergambo ke mende.. Dah, takkan kite je kan? K sedih.

Love,
Ayu

02 October 2014

Raya dan Minyak.

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya AidilAdha

Minyak naik 20 sen.

Aku terkesan, Sebab dok balik kampung sedia

Tapi,

Mampu nak marah?

Hadap je la.

Syabas !

Ayuuuuuuuuuuuuuuuuu, dua posen ...





Love,
Ayu


30 September 2014

6 months

Assalamualaikum..

I love you to the moon and the star.

Selamat ulangtahun untuk diri sendiri dan Mr.A.

Semoga sayang kita sampai liang lahad.

#6months already


LOVE,
Ayu

23 September 2014

Layannn jerr

Assalamualaikum..

Hari tu cuti sekolah seminggu.

Pastu pergi la balik kampung.

Pastu bila da balik, berjalan tak henggat.

Pastu merintih duit abeh. 

Biasalah, yuhanna.

Makan dah lah berkepuk.

Mr.A sahih stress sebab bini dia gini. Sampai ada 1 malam tu, pemalasnya aku  adalah aku suruh dia suap.

Alasan, malas basuh tangan.

Hahahahahaha. Pas makan siap, basuh mulut, baring. Pastu ngantok.

Mengada kan?

Mr.A lapik toto bagi aku lena. Hahaha

Sekian, cerita pemalas si bini.













Semua gambar di atas merujuk kepada makan, pegi kenduri, pegi berjimba di pantai, pergi tengok bola kat stadium. Itu je.. Sekian.

LOVE,
Ayu.

22 September 2014

Aku benci kau sampai mati.

Assalamualaikum..

Kau tahu kenapa aku halang?

Sebab aku sayang..

Kau tahu kenapa aku peduli?

Sebab aku masih ada rasa nak amik berat.

Kau buat benda aku benci.

Sebab orang sekeliling kau buat benda yang aku benci tu..

Dan aku benci suma orang yang buat benda tu..

MAAF.

Kau tak peduli,

Sebab kau tak pernah mengerti.

Aku benci kau sampai mati.



Tuhan, maafkan aku.



LOVE,
Ayu

05 September 2014

Auuww..

Assalamualaikum..



Nak senyum ke tak nak?




Love,
Ayu

02 September 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Assalamualaikum..


Heyy Hoooo ! Salam merdeka ke 57 MALAYSIA.

Macam post ak kat FB, 

Aku suka tema tahun ni.

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.

Sangat terkesan di hati, menusuk di sanubari.

Dan, i loike the logo sooo much.

Good JOB ! Thumbs up !

So, merdeka cuti lah as well. 3 hari okey. 

Yeayyy ! So, iolls dengan Mr.A had a short vacay.

Alhamdulillah.. jadik jugak kami ke Cameron Highland.

Even, iolls dah sampai CH tu almost 4,5 times. Hahaha.

And iolls dah hafal jalan . Sekian, TQ. hahahahaha

Tapi,

Mistake pergi time merdeka and cuti kelepasan am camtu. Sebabnya, kita stuck kat dalam jam before reach the hotel adalah almost 3 hours ! huwaaaa. Dah lah panaihhh ! Eh, CH kot ? Takkan panas?

Ye, adik2. Kat luar, hawa dia adalah sederhana dingin. Masuk dalam kereta, berbahang. Sebab aku rasa yang utama adalah faktor pembangunan yang amat2 pesat. Merata orang dok buat building. Good effort, tapi pada aku macam so-so je la. sebabnya dah tak sejuk. Hmmm..

Mula dari Lanchang, sampai Sg.Koyan. Tido situ la weyy sebab da malam. Mr.A pun macam penat je. Ok, tido la kat homestay Koyan. Hee. 

Esok pagi, mendaki la kami.. Sampai Brinchang pun almost 4pm dah. Then, we olss turun la jalan apa suma.. Malas citer pergi mana, sebab kalau dah CH tu.. suma tempat ada stroberi. Dan iolls pun makan dengan berhempas pulas. hehe..

Esok tu, jalan lagi. Then, barulaahhh turun balik Lanchang. Tak sedor esok tu dah sekolah. Ouch, hati tertinggal di Raaju's Hill.. hahahahaa..

So, itulah cerita cuti merdeka kite tahun ni. tahun lepas rasanya takde ape kot. Takde la sambut ke apa. Memang dari Zaman U, dok jengok kot tingkap je tengok bunga api. Tu punnnn jakun sangat dah. hahaha.

Erm.. macam biasa, special thanks to my one and only, Mr.A.. heee.. bak kata beliau, kena gaduh dulu la baru nak sampai pun.. op kos. haha.. thanks sebab sanggup beratur berjam utk strawberry sundae saya, vanilla tea saya, and jadi photographer saya. Oh ya, thanks untuk mungeeeee jugakk. heee.. (kena merajuk dlu baru dapat. ehem.)

Alhamdulillah, biar sekejap.. biar tak semewah mana, saya bahagia. Thanks sebab buat cuti saya bermakna. Bawak saya jalan2... Bawak saya makan. dan saya makan banyak. hee.. Dan thanks layan saya macam seorang puteri raja . 

Jom layan gambo.. And the best place is, LAVENDER FARM.  Aku macam nak gila google. haha. At last, hajat hamba tercapai ! Oh, THANKS !!

















Lastly,


To The Person besides me, ailebiu . Heeee. *blushing*
 



Di sini lahirnya sebuah cinta... TQ MALAYSIA. 


Love,
Ayu

28 August 2014

28hb Ogoshhh !

Assalamualaikum...

Hai hari ni genap 5 bulan.

Apa 5 bulan?

Jadi tanggungjawab Mr.A

Yeayy.. alhamdulillah..

Walaupun gaduh hampir HARI-HARI..

Tapi,

Masih jadi suami isteri..

Tak payah citer lah, romantic Mr.A macamana..

Biar hanya aku dan dia yang tahu..

Thanks awak,  sudi jadi suami saya.

 Yang bawah ni, tadi. sesi photoshoot 2014. 

Layansssss...









SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN ke 57..

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Proud to be MALAYASIAN !


Love,
Ayu

27 August 2014

Tanya Tuhan

Assalamualaikum..

Aku nak luah perasaan boleh?

Lantaklah, sape baca ni nak terasa ke ape..

Aku nak luah jugak2.

Mulut manusia ni memang kita tak boleh tutup kan?

Kadang nak je rasa sumbat dengan kaki saiz 8.

Tapi,

Pls lah jangan set mentality tahap bawah tapak kaki..

Aku rimas suka sangat dok tanya soalan yang menjadi RAHSIA ALLAH dekat aku.

' Tanyalah tuhan, tanya saya buat apa? '

(Ni jer mampu jawab...) tsk.

Paham kot kan?

Setakat tanya, ok lah.. Mungkin tak sabar.

TAPI

Jangan tambah dengan kata2 sindiran, tuduh bukan2..

Demmitt !

 Yang bertanya bukan kaum sejenis..

Korang dah kenapa???

Suami aku relaksss jer.. Korang care sangat awat??

Sekali dua tanya, aku still ok..

Ye, mendoakan..

Tapi,

Aku rasa kalau dah tanya depan public, tak kira apa dah..

Aku sendiri malu nak jawab,

Yang bertanya, tak malu ke nak soal?

PELIKKKKKKKKK !!

Sekarang ni, kalau nak tanya aku,

Aku akan straight call MR.A

" Eh, soal la suami saya..."

PUAS HATI.

Doakan dalam hati je lah kalau kau ikhlas.

Tak payah tanya2. Sebab confirm woi aku tak ada jawapan.

Lagi best, siap kata aku ni lambat la apa la..

Kalau aku plan sekali pun, aku ganggu rahim siapa skg ni??

Aku diam banyak kali dah..

Nak jer meletopp..

Tapi, pikir banyak kali..

And now, aku meletop sini.

Hameekk kau !




Lepas ni, dok tanya lagi,

jawapan aku,

'BILA KAU NAK MATI? '

Dan dia akan jawab,

" TU SEMUA KERJA TUHAN"

Jam tu aku nak ludah depan muka!

EXCUSE ME, sir !





Love,
Ayu

25 August 2014

Jamuan Hari Raya Asrama 2014

Assalamualaikum..

23 Ogos hari tu ada jamuan asrama. Untuk kali kedua, as a warden.. dah tau dah la sikit2 apa nak kena buat. And for this year, dengan jumlah pelajar yang tak berapa ramai, sebenarnya agak mudah. And aku tak la terlalu penat macam tahun lepas. hee. Diorang dengar cakap jugak lah..

'Cikgu kitorang nak buat aktiviti.. '

"Aktiviti ape? "

'Games laa.. super spontan , karoke.. '

" Boleh dengan syarat, ikut peraturan saya"

Huahuahua..

Bukan peraturan apapun, more kepada kita sama2 makan, kita sama2 simpan..

So ada kerjasama dekat situ.

Ini rumah kita.

So tahun ni, alhamdulillah..

Habis jamuan, straight diorang kemas. Semua turun kemas.. Lelaki dan perempuan.

Thank you anak2ku..

And tahun depan entahlah.. Aku teringin sangat nak jadi tetamu dan bukan hanya tuan rumah macam dua tahun ni.. harap2 termakbul.. EHEM.

So itu sahaja. Settle dah jamuan apa segala. Sebenarnya aku tak sabar tunggu cuti merdeka.

Ada orang tu janji nak bawak kite pergi jalan.

Janji ke?

Padahal aku paksa.

Huahuahua...

Whatever it is,

Thanks Mr.A in advance.

( Kena paksa pun, dia pasrah je..Sebab dia tau isteri dia PENAT kerja 24/7 .. eh? ) hahaha..

Ok then, take care.

Kita abadikan kenangan di dalam gambar.











Love,
Ayu

23 August 2014

#Malaysiaberkabung MH17

Assalamulaikum..

22.08.2014

Hari ni, Malaysia berkabung..

Biarlah apapun orang nak kata perihal isu berkabung ni.

Pada aku, apa yg paling penting, kita semat dalam hati. Berdoa banyak2, baca al fatihah banyak2. Kau nak pakai baju suram ke hitam ke, niat la dalam hati sebab memang nak pakai. Bukan sebab nak sambut berita duka ke apa. So please jgn singkatkan fikiran dok hentam itu ini. Yang memang ditegah agama, jangan dok gagah pi buat.

Jom cite hal MH17. Jujur mengaku, aku memang tak amik tau sgt pun mangsa2 dlm pesawat tu. Aku hnya tau mcm tu je la.. And td memang ak ikuti jugak lah dan sempat tgk berita pengkebumian dekat tv dalam pejabat. Kelas takde. Bole la menempek sat.

And balik bukak fb update ah status sedih. Weh, memang sedih. Kenapa? Sebab aku ada hati. Korang yang sedih pun ada hati sama cam aku.

Dan aku sangat mengikuti kisah adik abderrahman. Anak kepada arwah hakimi, pilot MAS. Anak dia umur 9bulan. Tp besar dan comey sangat2.. Isteri dia nama Asmaa. Pun lawa sangat.. 

Dan ak baca kisah mereka di blog sorag ni , kak jumie samsuddin. Allah.. Sedih ya. Memang menangis. Tapi tahan.

Apapun, aku kagum yang amat sangat. Semua family mangsa, pasrah dan redha. Tengok dalam tv semua steady. Even dalam hati diorang saja yang tau macamana.. 

Sedihnyaaaa.. Aku tatau la kalau jadi kat aku.. Memang melepek laa.. Allah.. Kau kuatkan mereka..

Kepada keluarga mangsa, bertabahlah.. Satu malaysia mendoakan mereka..
Kepada keluarga MH370, kita nantikan keajaiban yang mungkin berlaku..
Kepada pejuang2 Lahad Datu, nama kalian jasa kalian tetap tersemat di dalam hati walaupun tidak pernah kami kenali..
Dan..
Kepada pejuang2 di GAZA, Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNYA Yang Maha Esa.. #alfatihah.

Pastu cepat2 text Mr.A, awak saya sayang awak.. Tak sanggup nak hilang awak.. Allahuakbar.. Kau lindungilah kami semua. Amin. 







Adik abderrahman, semoga membesar dengan soleh.. Amin.

Juga kepada seluruh keluarga mangsa, tabahlah..

#bukan senang jadi anak yatim.

Love,
Ayu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...