Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

12 February 2015

Mom To Be...

Assalamualaikum...

Ye, ye... memang berhabuk berdaki bersawang bagai dahhhhh belog nih. hahaha.. Kenapa? Since jadik KETUA WARDEN (ehem).. memang busy bebenor.. Ketua warden? Itu jawatan yang aku dapat tahun ni. Tang mana ketuanya tu pun entahlah. Hentam saja laaa labu!

So, nak citer pasal kebusyan sekolah ke? Tak payah la kot eh. Kita citer pasal the great news yang semua wanita normal BERKAHWIN impikan ini..  (masa nak citer ni, berdeborr nauu rasa. Awat hang Ayu?Over? Kahkahkah) Baby pu dok tendang2 yehh. Sabor anak. sabor.

Kenapa baru sekarang nak menaip dalam blog? Sebabnya , baru berani. Hehe. Yelah, kalau dok share awal2 takut jugak kan.. orang cakap kena beringat2.. So, sebab tu aku silent2 shy2 je masa awal2 dulu.. And now dah nak masuk 5bulan lebih dah pun. Alhamdulillah Ya Allah..

Nak simpan rapat2 dekat sini pengalaman 1st awal pregnancy.. hehe.. Tak payah la cite period lambat apa suma eh.. Itu common.. Semua orang tau.. Aku memang aktif la bergerak.. Tapi masa baru2 tu pelik awat laa dok suka mengah2 dan penat2. Naik tangga sikit pagi nak ke office tu, semputnya la hai.. tapi selamba je la malas pikir sangat.. Kasut still heels yang tinggi hadiah kawen tu. Bonia favourite i tu la. haha..

Then, suka sangat makan tomyam. Aku jadi gian, Hari2 rasa nak makan. Sampai sanggup ke Mentakab memalam ajak kak fizah pi cari kedai tomyam yang favourite tu. Tutup sebab baru pas raya haji kan. Geng2 patani tu balik siam kot. Tak putus asa, pi makan kedai lain  gak.. Haa tu yang aku ingat.

Then, sebab rasa macam something jer ni..check la.. Sendiri. Pagi2 buta bangun pi kencing. Hahahhaa.. Mr.A kebetulan ada kat asrama masa tu.. Tengok2.. Alhamdulillah... Syukur Ya Allah.. Memang nangis masa awal tu.. Perasaan campur2.. eh, betul ke ni? eh, macamana nanti ni? Lama aku tercongok dalam toilet tu... Huhuhu..

Last keluar dan bagitau Mr.A... reaksi?? Dia senyum, pastu bantai tido balik. Hampeh. Hahaha. Aku rasa dia mamai. Sebab memang pesen kalau tido tak dapat berfikir kot. Ntah malas layan.

Then, hari tu sebenarnya nak balik SP. So, aku text my mom, my MIL, a few friends dalam whatsapp group yang boleh dipercayai untuk share the greatest news.. Alhamdulillah.

 So, macam tu la masa awal2 dapat tau tu.. Then, time flies too fast.. Rasa macam semalam selim melim lagi. Hari ni da ada baby bump.. And da rasa pun gerak2.. Syukur Ya Allah..

And pergi scan jugak beberapa kali untuk tengok progress. And this weekend nak scan lagikk tengok gender. Team Bola Sepak ke Team Bola Jaring? Hewhewhew.. Akak2 ada cakap , macam team sepak bola sebab tengok kelaku aku. Kehkeh.. Sebab apa kak? Ganas ye saya? hahahaha. Aah, aku pun rasa aku bapakk ganasnya tahun ni. Suara aku kalau tak sampai kelas sebelah tak sah. Haiihh.. maafkan mommy sayang, mommy nak ajar kakak2 abang2 awak bagi pandai. So kena jerit2 skit la.. Hmmmm..

Tapi memang sangat mencabar la , 1st time pregnant dengan takde pengalaman, dengan Mr.A jauh.. And alhamdulillah sangat , Allah memang mudahkan sangat2.. Aku tak muntah wek2 langsung macam dalam tv tu.. Langsung tak. Selera makan? Tak lalu? Kirim salam la.. Haha.. Aku makan macam ada kembar 5 dalam ni. hahahaha.. Mana ada istilah TAK LALU. LALU SELALU ade laa. kehkehkeh..

Dan result dia, within 5 months naik 6kg. Sila menyesal. dan SYABAS batei ! Pastu ko kena teguk air gula macam gula ada sebaldi dalam tu. Tapi tak sangkut apa la diabetes ke hape. Tapi tinggi gak gula pun. Haihh..
And aku pergi check up macam biasa. And sangat becok la mak buyong ni. Aku rasa nurse tu fed up kot dengan aku. hahahaha.. maaf cik misi. Saya budak baruu belajo.

And cakap pasal alahan, aku memang tak muntah, tak pening tak mende2 laa.. Selamba je aku turun naik bukit asrama tu jalan kaki.. Tapi aku jaga2 la pergerakan aku.. Memang ganas la cikgu. Just kadang mengajar tu terpaksa duduk kalau dah 5-6 waktu sehari turun naik tangga. Penat jugak... maaf ye anak muridku.. Bukan cikgu sengaja nak duduk macam malas2. Tapi tenaga tak mengizinkan nak bangun berdiri lelama..

Dan, really happy for those yang mendoakan...  sedara mara, kawan2, anak2 murid, bekas anak murid, akak2, abang2 kat sekolah.. hee.. Rajin mengusik.. In Shaa Allah...

Apa lagi ey? Sikap? Emm.. aku kalau tak pregnant pun memang garang kan? so dah pregnant lagi garang. hahaha.. masa awal tu nekad tak nak jerit2 garang2.. tapi , Allah hai.. tak boleh jugak. maaf lagi sekali baby.
 :(

Masa early pregnancy tu, aku notice yang aku malassssssss gilozzz masuk dapur. Kalau balik Kajang pi rumah Mr.A, memang aku bole baring terlentang tengok tv buat kering je dia dok bersilat kat dapur masak lunch. Aku jenguk pun tak. Lagi teruk aku bantai tido dalam bilik ..  Mr.A datang kejut cakap dah siap masak boleh la makan... Dan princess Elsa celop ni pun bangun makan dengan senangnya hati. Hewhewhew..

Tapi sekarang tak dah. Aku rajin sesangat. Hahahaa. Semua benda nak masak. Banyak jugak la aku masak kalau pi Kajang tu.. Sebab taknak beli luar, takut dorang letak Pak Aji sebalang. Sian baby mommy kan?

So itu sahajalah yang nak share.. Nanti anak mommy da beso, mai baca belog mommy . Hahaha.. Thanks kepada semua yang mendoakan saya.. Allah saja dapat balas budi kalian.. Semoga anak ini dapat membesar dalam penuh keimanan.. In shaa Allah..

Nak gambo? Hahahahaa... SORRY. nanti ahh.. sekarang slim lagi. hahahaa.. Kalau boy, semoga comey cam Arrian ni.. Kalau girl, semoga comey da bomb macam Lara Alana, eh ke anak che ta? Eh? hehehe..





Ada rasa nak gigit tak?????








* Memula decide nak suruh panggil ibu ayah.. Tetiba masa Mr.A bahasakan diri ayah, aku rasa macam aku nenek. Hahahah.. Then, kami decide mommy daddy la.. Cam comel je kan. haha. Takpe, panggilan apapun takpe. Janji anak tahu dengan siapa dia bercakap. Ye sayang?  Ini mommy, dan ini daddy. Heeee ;p



Love,
Ayu.

30 January 2015

Cameron ke kite?

Assalamualaikum..

That day, mr.A bawak pi makan angin. Eh makan stroberi. Dia tak bawak. Tp aku yang paksa. Normal la tu kan. Hiks.

Pi sabtu, balik ahad.




Memang pi semata2 nak makan stroberi.  Itu saja.

And memang aku makan sungguh2. Sampai kenyang. Dengan aiskrim dia, dengan celup coklat dia, dengan mcam2 la berkisar stroberi. 

Dan bangun pukul 10 mlm, merengek lapor. Sudahnya, steamboat sampai kul 1.

Terima kasih cikguuuu!! 

Pastu, balik2 pi timbang kat sekolah. 

Dan menyesal. Sekian. Haha

Dah masuk 5 bulan.. Alhamdulillah.. 

Love ,
Ayu

29 December 2014

Pray4pantaitimur.

Assalamualaikum..

Patutnya dah tido.

Sebab esok meeting.

Tapi,meeting postpone sebab banjir.

Temerloh ,mentakab banjir.

Lanchang masih ok.alhamdulillah.

Risau, bukan tak risau.

Tapi lagi simpati dengan yang kena pindah randah.

Tapi, dok tengok trend kita ni , dok kesian tapi tak buat apa.

Yang tu takpe lagi. Ni pesen yang kesian pun tak, dok maki plak kot atas..

Tuduh orang tu tak buat kerja. Tuduh orang ni buta perut.

Macam2..

Hello,kita buat kerja sangat kah?

Jangan main cakap je kak,kalau kita pun dok landing atas katil sambil on fb via iphone.

Stop la. Tak payah tunjuk lagak hebat. Kau hebat sangat, kau turun cari bot, cati trak, ko angkut barang2 ko nak derma, ko pegi agih dekat mangsa banjir.

Ni ko dok main coc atas katil, pastu ko hentam orang. Apapun tak boleh.

And, pray for pantai timur dan yang sewaktu dengannya. Good job utk semua pasukan yang membantu mangsa banjir. Doa aku bersama korang suma.. Doa orang lain aku tak tau. Sekian.


 
TF mentakab.

Love,
Ayu

02 September 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Assalamualaikum..


Heyy Hoooo ! Salam merdeka ke 57 MALAYSIA.

Macam post ak kat FB, 

Aku suka tema tahun ni.

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.

Sangat terkesan di hati, menusuk di sanubari.

Dan, i loike the logo sooo much.

Good JOB ! Thumbs up !

So, merdeka cuti lah as well. 3 hari okey. 

Yeayyy ! So, iolls dengan Mr.A had a short vacay.

Alhamdulillah.. jadik jugak kami ke Cameron Highland.

Even, iolls dah sampai CH tu almost 4,5 times. Hahaha.

And iolls dah hafal jalan . Sekian, TQ. hahahahaha

Tapi,

Mistake pergi time merdeka and cuti kelepasan am camtu. Sebabnya, kita stuck kat dalam jam before reach the hotel adalah almost 3 hours ! huwaaaa. Dah lah panaihhh ! Eh, CH kot ? Takkan panas?

Ye, adik2. Kat luar, hawa dia adalah sederhana dingin. Masuk dalam kereta, berbahang. Sebab aku rasa yang utama adalah faktor pembangunan yang amat2 pesat. Merata orang dok buat building. Good effort, tapi pada aku macam so-so je la. sebabnya dah tak sejuk. Hmmm..

Mula dari Lanchang, sampai Sg.Koyan. Tido situ la weyy sebab da malam. Mr.A pun macam penat je. Ok, tido la kat homestay Koyan. Hee. 

Esok pagi, mendaki la kami.. Sampai Brinchang pun almost 4pm dah. Then, we olss turun la jalan apa suma.. Malas citer pergi mana, sebab kalau dah CH tu.. suma tempat ada stroberi. Dan iolls pun makan dengan berhempas pulas. hehe..

Esok tu, jalan lagi. Then, barulaahhh turun balik Lanchang. Tak sedor esok tu dah sekolah. Ouch, hati tertinggal di Raaju's Hill.. hahahahaa..

So, itulah cerita cuti merdeka kite tahun ni. tahun lepas rasanya takde ape kot. Takde la sambut ke apa. Memang dari Zaman U, dok jengok kot tingkap je tengok bunga api. Tu punnnn jakun sangat dah. hahaha.

Erm.. macam biasa, special thanks to my one and only, Mr.A.. heee.. bak kata beliau, kena gaduh dulu la baru nak sampai pun.. op kos. haha.. thanks sebab sanggup beratur berjam utk strawberry sundae saya, vanilla tea saya, and jadi photographer saya. Oh ya, thanks untuk mungeeeee jugakk. heee.. (kena merajuk dlu baru dapat. ehem.)

Alhamdulillah, biar sekejap.. biar tak semewah mana, saya bahagia. Thanks sebab buat cuti saya bermakna. Bawak saya jalan2... Bawak saya makan. dan saya makan banyak. hee.. Dan thanks layan saya macam seorang puteri raja . 

Jom layan gambo.. And the best place is, LAVENDER FARM.  Aku macam nak gila google. haha. At last, hajat hamba tercapai ! Oh, THANKS !!

















Lastly,


To The Person besides me, ailebiu . Heeee. *blushing*
 



Di sini lahirnya sebuah cinta... TQ MALAYSIA. 


Love,
Ayu

28 August 2014

28hb Ogoshhh !

Assalamualaikum...

Hai hari ni genap 5 bulan.

Apa 5 bulan?

Jadi tanggungjawab Mr.A

Yeayy.. alhamdulillah..

Walaupun gaduh hampir HARI-HARI..

Tapi,

Masih jadi suami isteri..

Tak payah citer lah, romantic Mr.A macamana..

Biar hanya aku dan dia yang tahu..

Thanks awak,  sudi jadi suami saya.

 Yang bawah ni, tadi. sesi photoshoot 2014. 

Layansssss...









SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN ke 57..

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Proud to be MALAYASIAN !


Love,
Ayu

25 August 2014

Jamuan Hari Raya Asrama 2014

Assalamualaikum..

23 Ogos hari tu ada jamuan asrama. Untuk kali kedua, as a warden.. dah tau dah la sikit2 apa nak kena buat. And for this year, dengan jumlah pelajar yang tak berapa ramai, sebenarnya agak mudah. And aku tak la terlalu penat macam tahun lepas. hee. Diorang dengar cakap jugak lah..

'Cikgu kitorang nak buat aktiviti.. '

"Aktiviti ape? "

'Games laa.. super spontan , karoke.. '

" Boleh dengan syarat, ikut peraturan saya"

Huahuahua..

Bukan peraturan apapun, more kepada kita sama2 makan, kita sama2 simpan..

So ada kerjasama dekat situ.

Ini rumah kita.

So tahun ni, alhamdulillah..

Habis jamuan, straight diorang kemas. Semua turun kemas.. Lelaki dan perempuan.

Thank you anak2ku..

And tahun depan entahlah.. Aku teringin sangat nak jadi tetamu dan bukan hanya tuan rumah macam dua tahun ni.. harap2 termakbul.. EHEM.

So itu sahaja. Settle dah jamuan apa segala. Sebenarnya aku tak sabar tunggu cuti merdeka.

Ada orang tu janji nak bawak kite pergi jalan.

Janji ke?

Padahal aku paksa.

Huahuahua...

Whatever it is,

Thanks Mr.A in advance.

( Kena paksa pun, dia pasrah je..Sebab dia tau isteri dia PENAT kerja 24/7 .. eh? ) hahaha..

Ok then, take care.

Kita abadikan kenangan di dalam gambar.











Love,
Ayu

16 July 2014

Hingaq aihh..

Assalamualaikum..

Sibuk .

Curik masa sikit.

Ini permainan atau peel orang dewasa yang dah berkahwin.

Sukaaa nauuu laa dok jaja cita rumah tangga dengan orang awam.

Sikit2 dah lah.

Nak habaq laki hangpa baguih ka apa,

Pi habaq direct.

Nak habaq nak pau laki hangpa sebab keje Gomen and dapat bonus,

Maaf bukan aku orangnya,,

Semak.

Jangan cita suma.

Walaupun bukan nak cita kat aku.

Masalahnya, aku baca. Dia baca. Semua orang baca.

Eh tapi ada jugak yang dok mai habaq kat aku pompangpompang..

Laki hangpa baguih? Syukur.

Pi habaq kat dia.

Aku tak pernah cita satu dunia suami aku macamana..

Cukup hanya aku & dia.


Hingaqqq laa hangpa ni.

Kan dah keluar Kedah,


Love,
Ayu.

23 June 2014

Weekend Housewife

Assalamualaikum..

Hello, hi. Weekend Housewife. Aku google tadi. Tapi , pakcik google cakap weekend housewife ni macam surirumah yang tak bekerja pastu cari duit sendiri dari rumah. LoL. Hahaha

So, terms ini digunakan oleh Malaysian sahaja kot. Yang membawa maksud, suri rumah yang dok jauh dari suami dan jumpa suami weekend sahaja. Suri rumah ni bekerja. Eh? haha.. Macam i je.. ye la tuwww..

So far, ok sahaja. (ye, ok..errr..) Cuma kadang bila sampai masa Mr.A nak hantar aku balik, mulaaa laaa drama swasta bagai. huhu. I kan manjeww.. hahaha. muntoh.

Bila hujung minggu, aku akan ke Kajang. Pergi rumah Mr.A dan tinggal diam-diam dalam rumah itu. Hee. Serba kurang, bukan lengkap fullfurnish pun.. Tapi, alhamdulillah.. Apa yang ada sahaja setakat sekarang, aku kena terima. Dan doa aku, agar bulan depan akan ada la penambahan sikit demi sikit untuk keselesaan kami berdua. .. in shaa Allah..

And last weekend, memang betul2 jadi isteri bilamana aku buat banyak kerja yang kebiasaan isteri2 buat. Kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju,sapu sampah, memasak. Hooo. Penat. Sangat penat. Haha. Bukan merungut sini. Tapi, aku tak dapat bayangkan kalau ada anak ramai2 nanti.. Kalau suami tak membantu, memang boleh pengsan. Melainkan kalau suri rumah yang tak bekerja. Tapi sama gak la penatnya. Semoga suami boleh bantu isteri sama2.. Hee..

So, aku harapkan ada sinar untuk hidup bersama. Bila dah kahwin, memang akan ada feel lain sikit. Huhu.. Kita balik keja, ada masalah ke apa, bila tengok rupa yang sangat menenangkan.. masalah boleh hilang. Itu yang aku harapkan.. Ya Allah, pelihara hubungan kami. Amin.






SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK in advance..

First time sambut ramadhan sebagai isteri. Alhamdulillah..




Love,
Ayu

19 June 2014

Sisi tak nampak

Assalamualaikum..

Saya suka senyum.

Suka ketawa terbahak-bahak.

Walaupun,

Saya seorang yang tegas sebenarnya.

Satu sisi yang tak nampak,

Saya pemalu sebenarnya.

Kan betul? :)



#indah saat ini#


Love,
Ayu

18 June 2014

Negatif

Assalamualaikum...

Kalau kita kawan dengan mereka yang ada aura negatif,

Kita akan jadi negatif.


Love,
Ayu

05 June 2014

Perhentian Island my wish !


Assalamulaikum..


Nak citer keterujaan.. tapi tengok jam dah lewat. Mata pun dan2 laaa anta mesej ke otak. Penatlah.Choi sangat kan? Tapi, before cite jadik basi, kita abadikan la sikit ye dop?

So, as we ollllsss know, sekolah bercuti selama almost 3 weeks. Gila kau lamaa tu. Huu. So dalam cuti ni, aku ke selatan, ke pantai timur dan ke utara. Yang paling teruja adalah ke Pantai Timur nuu. Haahaha..

My dream comes TRUE bebehh ! Perhentian Island!! whoaaaaaaaaa!! mcam nak joget2 atas bot. hahaha

Dia memang best pergi tempat yang best dengan orang yang kita suka. Haha . Kalau ko pergi dengan orang yang ko benci, hadap la apapun, mesti tak best.. makanya, siapakah orang yang best aku pergi bersama tu? Mr.A lah.. a.k.a sponsor percutian kali ini. haha. THANKS dear !

Kami dari Kajang, naik bas. Memang aku yang decide kita pergi by bus. Hadap nak drive 12 jam? Tak payah. Kita nak relax. So, pergi naik bus lah malam 02hb tu. Sampai Kuala Besut almost 7am , pada 03hb tu. Whoaaaa.. Pekan kecil sahaja. Aku mmg ah batak. Aku tak dapat gambaran pun before. Bila dah sampai, serious batak. Hahaha..

Then, janji dengan agent around 830 camtu. So kami makan la dulu. Siap2 apa suma, agent datang bagi pas masuk hotel apa suma, here we go. Naik boat nak ke seberang sana.. Serious laju. Huuu.. Mr.A pegang je i. Takot i tdo ke? heyy.. i takkan tdo ok.hahaha









Sampai je pulau tu.. Subhanallah.. cantiknyaaaa lautt !!!! Jernih sangat2. Macam nak menangis rasa sebab my wishlist dah tercapai !!! Huuuu.. Then, check in bilik.. Bapakkk lawaaanya bilik . Huuu










Untuk 2nd day, aktivitnya adalah snorkeling. Lagi teruja !! Seumur hidup aku, aku takkan lupa saat ni. Hahah. Aku sangat la mengharapkan utk snorkeling. At last, dapat! Walaupun tak reti berenang. Asyik bergayut dekat boat je, dengan Mr.A. Hahaha. Lantak ah, Janji nampak coral.

















Sekarang cakap kenapa aku tak teruja????? hahahahahahhahaaha... Mr.A lagiii la.. Tapi control. haha

Pastu, malamnya masing lena terkapaq. Penat, Aku siap sakit lagi bahu. Menangis2 gak aahh. Nak kata berenang, tak pandai. hahahaa..

Lepas tu, 3rd day, balik la kami. Sedihhh tau !! I taknak balik !!! Tapi, Mr.A pujuk.. Nanti kita datang lagi.Taknak !! I nak pergi MABUL ! Hahahaa.

Memang betul, bila kita pergi tempat yang kita suka yang kita impikan  dengan orang yang kita harapkan untuk pergi bersama, perasaan itu sangat indah dan sukar untuk digambarkan. Alhamdullilah.. Allah bagi kesempatan untuk kami terokai keindahan dan keagungNya.

Itu sahaja.. Terima Kasih sangat kepasa suami tercinta. Sanggup layan saya. Walaupun penat, walaupun bajet ngam2.. haha.. Dapat jugak kita pergi . Nanti pergi lagi yeh? hahaha..


Kesayangan saya.
I Love U. 
Hewhew..



Love,
Ayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...