30 December 2012

Cerita 1 hari

Assalamualaikum..

Semalam, 29 Dis aku pegi jalan-jalan. Hekhek. Aku pergi Berjaya Times Square for the first time. Huhu. Pergi dengan siapa? Haruslah Mr.A. Mana berani pergi sorang.

Dalam tu kan ada yang macam tempat main-main tu. Hadoi. Tengok roller coster terus ngeri. Haha. Teringat kedasyatan USS punya roller coster. So, hadap ke nak main? JANGAN HARAP

Then , jalan-jalan lagi. Pastu, penat. Pastu stop bersila atas kerusi, tengok orang. Melawak-lawak bodoh, blah la. Haha. Macam best. Sebab kita pergi TANPA duit, maka itulah kerjanya.

Then, balik dari situ. Mr,A boleh pulak pi tanya, ' Nak balik dah ke??' Waaaa.. Yuhanna kan pantang bila ditanya soalan macam tu..Dari niat asal nak balik awal, terusssssss.. datang idea jahat. 'Jom pi dataran merdeka..' muahaha.

Kenapa Dataran Merdeka? Sebab aku memang pasang nawaitu nak melepak. Suka la. I love that place. Tengah-tengah padang tu lagi macam sangat best. Huhu. Oh ya, before that, singgah Central Market. Mr.A tak pernah pi... So, here we go. Ronda sat. Aku tak suka sangat situ. Macam museum.

Then, after that, kitorang pergi makan. Dekat Kg.Pandan. Mr.A kata, pergi KL jauh2, last2 makan kat Lanchang..Apa barang?? (yang apa barang, aku tambah) muahaha. Ok, jom la pergi makan. Warung Pak Long Tomyam katanya. Boleh tahan la. Lapar kan. Then pergi basuh kereta. Tepi kedai tu ada car wash.

So, balik lah kita ya. 1 hari berjalan. Oh, lupa. Cerita jackie Chan, CZ12, aku dah tengok. Best. Memang best. So, i guess that will be the last movie kot yang i watch untuk tahun 2012 ni kot. Yang tak tengok, pi la weyy. best wa cakap lu.

Ok, sudah lah. Ini la cerita 1 hari. One part, why i like Mr.A much is, dia suka tanya, 'nak pergi mana?' Ekekeke. Aku ni tak suka sangat soalan macam ni actually. Tapi when he said, cakap je nak pergi mana, dia boleh bawak. So, i guess..ok, let me be the trip planner and he will be my tourist guide. So macam adil. Macam. hewhewhew. THANKS.

Gambar nan hado. Ada kot, Tapi macam tak lawa. Sedih la. Tak ada sapa nak snap pic kiter. Kalau ada pun, macam tak beriya... T______________T. Takkan kau nak camwhore sorang2 ayu? Sobs. Tsk.


 Nah, gambar dekat Times Square



# When someone said, ' jom jalan?' Susahnya untuk aku kata NO. Why hah? :p




Bye peeps!



28 December 2012

Berdikari

Assalamualaikum..

Hari ni last day meeting . Tadi pengetua tegur,

' cantik no.plat kereta '

Pen.Kanan , Cikgu Mie tegur,

' Cantik baju.. '

Oh, poyo kan Yuhanna? Harus. haha. Aku pakai jubah moden tadi. Yang hitam tu. Meeting sat ja. belasah pi la. Senang sarung je. Dasar pemalas.

Errmm, jom citer kisah entry. Berdikari or sebenarnya, Berdiri Atas Kaki Sendiri i guess.

Seronok kan bila orang label kita, ' you ni sangat berdikari ..' 

Pernah ada orang tegur aku macam ni. Ye ke? Tak jugak kot. Ada benda yang still aku kena mintak tolong orang. Tapi, memang prinsip aku dari dulu. Selagi mampu, aku akan try jugak2 buat sendiri. Unless, kalau aku rasa macam dah betul2 tak mampu, or malas sangat, or mengada sangat.. then i akan jadi manja. *muntah*

Berdikari. Yes the great word. Aku rasa, semua orang kena ada sifat ni. Means, jangan lembik sangat. Benda kecik nak pergi beli KFC pun pesan orang. (eh, ni aku DULU. time takde kereta) ekekeke.

Nak buat apa semua nak harap orang. Leceh. Susah. Aku rimas orang macam ni. Tinggal rumah sorang, makan sorang, tido sorang semua tak boleh. Semua nak berteman. Haiihhhhhhh! Semak.

Mungkin setiap manusia berbeza. Tapi jangan la sampai menyusahkan orang. 24 jam nak berteman bagai. Kau dah kenapa? Kan? Aku rasa kalau pergi makan ke, shopping ke, time tu memang dah tak ada sapa, better pergi je la. Sebab senang sebenarnya buat kerja sorang-sorang ni. I loike. Shopping , kalau pi ramai-ramai.. jap g kang, aku sorang je la yang tak membeli. Tak pandai.

Kalau sorang-sorang, memang macam weird. Semua orang pandang. Tapi peduli apa dengan orang. Jangan fikir sangat la. Just, kalau malam ke , haa ni maca bahaya. So, takpela berteman pun.

Mungkin our lifestyle seseorang tu membezakan dia dengan yang lain. Just like me, aku memang hidup sorang-sorang sejak dari kecik. Aku tak close dengan adik beradik aku, like every weekend hang out, lepaking ke apa. Oh No. Sorang-sorang la kau. Buat la kerja memasing. Mungkin sebab tu kot dah terbiasa.

Itu sahaja . Kepada semua, saya menyeru, berdikari lah. Tambah-tambah yang bujang. Jangan nak menempek kat orang je. Orang pun jemu dengan kita actually. kehkehkeh


Takda gambar. Malas. Sekian, terima kasih.




# Hari nak hujan, jom tido. Ye, aku sorang je kat umah ni haaa.. ;)




Bye!

27 December 2012

Cool ke??

Assalamualaikum..

Tadi kan, pergi sekolah kan, untuk urusan pemilihan warden tu kan, diorang buat undi. Siot betul kan? Nama aku no.3 Siot.Siot.Siot. Apasal nak jugak nama aku? Hampeh!

Argghh! Dah lah. Malas betul nak pikir. Jom sembang benda lain.

See my title for this entry. Lately, aku selalu dok borak-borak dengan my friend. Dia selalu la jugak bercerita about relationship dia. So, aku dengar je la kan. Dah orang bercerita. Dia cakap macamni, ' Kau apasal macam sangat cool? Kau tak menggelabah pun? Tak pernah aku tengok kau meroyan kat FB mentioned2 pasal relationship kau.. ' Hahahahaa. Aku gelak terus. Cool??? Yelah cool. Mai try tengok. haha.

Then aku jawab, ' meroyan jugak. Just aku tak meroyan in public. Aku bantai terus depan-depan, whatsapp, sms dan last sekali, Belog ni ha..' haha. Tak la, pada aku FB tu bukan medium terbaik nak bercerita segalanya. Tambah-tambah lagi hal relationship kita. Nak marah, nak terasa hati, merajuk, apa semua simpan la. Bagitau pasangan kita terus. Takpayah nak heboh 1 dunia.

Aku rajin dok bantai orang je dalam FB tu. Tak puas hati kat musuh-musuh aku, aku hentam la. Tapi, kalau nak hentam pasal hubungan aku dengan si dia, tak kot. Rasanya tak pernah. Aku smash sikit-sikit je. Hahahaha. Then dia tanya lagi, tapi kau macam tak pernah nak gaduh-gaduh. Aku tak dengar kau bercerita pun. Eh, ada. Tapi dengan orang yang aku betul-betul trust. Maknanya, kau aku tak percaya la tu. Muahaha.

Kalau nak kata pernah gaduh, gilaa penipu. Tapi, nak citer apa 1 dunia. Sendiri-sendiri setel la beb. Aku malas betul nak bercerita kisah cinta bagai. Tapi, bila dia tu tanya aku jawab 1 je. Hormat pasangan kau. Fikir sama social life dia. Itu sahaja. Kalau dia jenis boleh berkepit dengan kau 24 jam, ok la. Kalau tak, let go. Biarlah dia dengan dunia dia. Ada masa kita pun rimas jugak kalau sedia nak berkepit je kan.

So, untuk kawan aku tu , aku tak cool mana pun weyy. Singa betina ada la . Muahahaaha. Kalau marah, meletop habeh semua benda yang ada. Tapi, dah tua-tua ni, pejam mata dah laa.. hahahaha. Kalau melampau sangat, balas la balik. Buat bodoh sehari, confirm esok terus ok. ahhahaa. Kantoi dah la.

Inilah dia kisah untuk today. Nak kata aku simple, tak. Aku complicated gila. Hanya yang kenal aku betul-betul tau la aku ni macamana. Just 1 je kot yang aku boleh bangga sket tentang diri aku ni adalah  AKU SETIA.. (sila muntah) hahahaa.










# mungkin salah satu sebab nampak macam cool, sebab aku baca John Gray tu kot.kot la. :)






Bye dear!

26 December 2012

Men Are From Mars & Women Are From Venus

Assalamualaikum..

Today, 26hb December 2012. Tinggal tak sampai seminggu nak melangkah masuk tahun baru. Aku pun dah start bekerja tadi. Meeting pertama di sekolah.

So, nanti kita review tentang 2012. Awal sangat lagi. Ni aku nak gebang pasal buku yang aku baru abeh baca. Tajuk seperti di atas. Errmm, actually aku pernah dengan sebelum ni pasal buku ni. Tapi tak la nak baca sangat . Then, my kakak tiri (sis intan) told me about this book. How good it is. Ok, terinspirasi la nak try baca kan. Maka, beli. :) ( susah k, AYU nak beli buku.muahahaaha)

So, aku baca la. From one chapter to one chapter.. BM. Aku beli versi BM. senang paham. Selamat la tak tunggang terbalik bahasa Indon. So, bila baca.. aku macam..'aah la.. aku pun buat macam ni..' , 'Eh, betul. Betul sangat.' .. Ha, memang tepat. Nak kata obses, tak. Tapi apa yang dia bagitau, sesetengahnya memang tepat. Even dia banyak bagi contoh suami isteri.

Then, bila aku dok baca.. Aku macam tersedar. How stupid i am before this. I mean, before this, aku selalu je macam 'weyy, kenapa tak leh paham?' sedangkan aku tak pernah bagitahu apa yang aku nak. Tapi, lepas dah study buku ni.. 1 perubahan besar aku rasa, aku dah mula guna otak aku. Nak apa, aku bagitahu terus without tunggu dia tanya. Sebab, memang dia takkan tanya. Men are from Mars. (planet dorang berbeza dengan kita, wanita)

Bila dah habis baca ni, pun aku rasa kalau nak melenting tu, macam dah kurang. Banyak benda yang aku take it easy. Boleh pikir. Benda kecik je kot. Tak payah nak kecoh. Ha, ini aku pegang. Bila aku rasa macam kenapa la dia ni tak paham apa yang aku cuba sampaikan, aku mesti terpikir, takpe, dia tak baca buku tu. Aku dah baca, so aku kena pandai handle the situation. Wahhh gitu. haha

But, the truth is. bukan buku yang jadi ukuran. Aku rasa cara kita berfikir, menangani dan menguruskan situasi kita tu yang sebetulnya menentukan corak hubungan kita. Buku ni rujukan je. Dah kita ada ilmu, praktik. Itu sahaja. But overall, aku suggest sangat supaya couple yang ada rasa nak kahwin, sila la baca. Ni bukan buku untuk ajar kau cara bercinta, NO. ini buku macamana nak improve skill kau berkomunikasi dengan orang. Ye, lebih kepada pasangan kau, tapi bagi aku more to other gen. Means, macamana nak sembang dengan orang yang lain jantina. Dan apa yang kita perlu buat. Dan apa yang tak perlu buat.

Best buku ni. Walaupun dia macam berulang-ulang. Takpa, kalau dah tau, skip je. Macam aku. Haha. Dok ulang pa banyak kali. Ni siri 1. Ada lagi yang 2nd.. banyak. Nak beli la bulan depan. Nak try baca lagi.

Aku rasa aku dah jadi betul-betul wanita sekarang ni. kahkahkah. :)


Ni ha, muka depan dia






# Tak salah tambah ilmu. Jangan malu nak baca. Lagi malu kalau tak baca. :p





Bye!

24 December 2012

Mood caca merba ..

Assalamualaikum..

Hyep ! I bersiaran dari Lanchang, tempat mencari sesuap nasik. Ye, sudah pulang semalam. 24hb. Adoiyai. Nak gambarkan macamana ye perasaan ni?

Semalam, gerak dari Kedah ke Lanchang dengan Mr.A .. Ye, naik kereta aku. memang kena balik dengan Mr.A. sebab i is penakut nak drive jauh2 . Gila mana pernah. jalan kat Genting Sempah tu dah la scarry. Mana la berani. So, Mr.A tolong antakan, Then dia balik ke SP  dengan bus. How nice he is. Thanks dear.

Mood? Caca Merba. Dengan nak masuk tahun baru, kerja dok menunggu, dengan sedih kena jauh dengan Mr.A. (mengada kan?) mesti. Sebab selama sebulan cuti, mana ada yang tak jumpa dia. Hari-hari jumpa walaupun hari-hari gaduh. Haha. So macam melampau. Macam.

Then, bila fikirkan tanggungjawab yang bakali digalas nanti kat sekolah. Dah la nama aku dipilih untuk jadik warden sekolah. Siot. Aku tak paham napa aku. Ramai lagi orang lain. Orang dekat. Aku tak pernah tolak walau 1 pun tanggungjawab yang diberi. tapi bila tetiba je, diberitahu dipilih jadik warden, aku jadik down. Down gila. I can't. Tolong la faham. Aku dah la kerap balik SP. Jadik warden, kena stay asrama. Gila?

So, Mr.A kata kena berkeras. Yup, in shaa Allah. I will. Sebab memang tak mampu. Suka suki jerrrr.. Geramnya laa.. So, bila kena buat benda yang aku tak suka, aku jadik malas. Tapi mana boleh malas. Kan tahun baru. Ermmm..

Sedih jugak sebab kena tinggal mak. Dia dok call aku kata sunyi. Aah. Aku pun. kalau tak selalu je anta dia sini sana. Sebab dia la skill driving aku jadik better from day to day. Mana taknya, dia suruh aku hantar sana sini.So, selalu la aku pegang stereng. Hee. Pesanan dia, 'jaga kereta baik'.. Aik? Bukan nak pesan suruh jaga diri aku baik2. Haha.

Lagi, mood aku jadik caca merba sebab dapat main dengan Payish sekejap jer hari tu. Sempat la mengasuh dia 2 hari. Pastu tak mai dah.. Alahaiii... Rindu sungguh kat budak kecik tu.. Sat je boleh jumpa. Makngah ayu balik bulan 3 nanti ye Payish.

Oh, mood kenduri. Lupa lak nak update kawan baik aku kahwin. Malas nak buat entry baru. Aku sumbat sini jelah yer.. Ha, Basitah. Selamat dah kenduri diaa..cantik dia. tahniah tah dan suami (20.12.2012). Lagi, last kenduri aku pergi hari tu, kenduri sedara Mr.A . haa, jumpa Azza Elite. Hewhewhew.. and 1 thing, macam dah rapat sikit dengan mak Mr.A. Hee. Alhamdullilah. Diterima.

So, ini saja kot for today. Kelaut dah ni.. Kena tinggal. Huu.. Tak sukanya jauh2.. Oh, cepatlah cuti. Kepada Mr.A, jangan lupa jenguk saya. Awak lupa, saya delete terus no.awak. (macam tak hafal) haha.


Semoga segalanya baik-baik saja. Kalau ada buat salah, jangan segan mintak maaf. Tak luak pun.


Take Care peeps!




# Aku tak suka orang lain ganggu 'hak' aku. Memang tak suka. Cemburu? tak. Aku benci.



Bye!


Rindu laaa!



Congrats Tah & Suami


Ni azza.. Biasa je la..Lens biru weyy. hewhew


Mana tak melampau, asyik berjalan je kan keje.
Pastu sentap kena tinggal. :(


My Small Family


21 December 2012

Fine.

Assalamualaikum..




Bila bagi hati

Pulang duri



Peduli ape !





# Jangan terlampau. 







Bye !

20 December 2012

Benci

Assalamualaikum..










B.E.N.C.I

18 December 2012

01012013

Assalamualaikum.


Apa ada dengan 01012013?
Ada satu janji
Janji yang perlu ditepati
Janji yang perlu dimeterai
Kepada penjanji,
Moga mampu menepati
Jangan dimungkiri
Aku tak mampu
Untuk bertolak ansur lagi













Semoga tuhan memudahkan urusan.
Semoga hati ini kuat, tidak rapuh
Semoga si penjanji mampu memenuhi..
Jangan 'berhembus' lagi.






# Manusia berpegang pada janji.

Bye!

16 December 2012

My Darl's Engagement

Assalamualaikum..

Ok, aku sambung je kat bawah ni.. Kesinambungan . Hee..

That day, 15 Disember 2012, My darl yang aku panggil t-rex telah selamat bergelar tunangan orang. And dapat la tengok her tunang depan2.. Hee. Aku pergi tengahari. Pukul 1.00 macam tu. Janji pukul 12, hamek kau lewat sejam. Pergi dengan Mr.A . So, lewat adalah normal... phewwww...

Sampai2, disambut oleh adik2 nya yang happening. Gg and apit. Trex, ada di dalam. takkan dia nak kuar kan? Dah settle dah pun acara menyarung cincin. Ok, lambat . T_________T. Tapi takpe, sempat jugak la pass cupcakes yang i tempah khas untuk dia. And selamat jugak diberikan kepada her fiance. Good2.

Snap picture 1, 2 , then kuar. Makan la. apa lagi. Aku dah lapar gila bangang. Sedap. Tapi, tak sempat rasa dadih . Huu. Kalut pa tatau. Pastu pulak, aku macam kenyang. So, macam malas2 nak amik.. Ajak Mr.A masuk dalam rumah, tengok Trex dan pelamin. Masuklah kami. Snap pic, gossip2 sikit, then nak gerak pulang dah.

Balik terus? Oh No. Harus meronda. Dah sampai Alor Star kan. Dah lah jarang datang. Tengok kat mana ada wayang, cari jalan, search for movie time, here we go ---------> Alos Star Mall.. Sangat so so. Haha. Tapi, AS kan. Takpa , trima aje lah. Kehkehkeh.

Hobbit. 2 jam 50min. Aku tak suka cite macamni. Tapi layan gak la. Dah tak da cite. Ketandusan filem kan Malaysia ni. Mungkin hujung tahun. After that, balik lah kami. Aku rasa macam datin je that day. Jalan dalam mall dengan jubah moden , bowling handbag gedabak, macam diva. kau ada? Kahkahkah. Aku rasa macam nak jalan taknak pakai kasut. Haha

Orait, ini saja. Untuk my darl, Athirah.. Happy belated birthday (same day dengan majlis tunang dia) dan selamat menjadi tunangan orang. Happy for u.. Aku harap hang jangan kahwin awai sangat. Satgi tak boleh berjimba dah. Hahaha.. Tak2, semoga cepat mendirikan rumah tangga. Belajaq2 lah goreng ayam. ekekekeke. All the best.

Thanks a lot untuk cinta hati (eh, shila amzah ke?) yang setia menemani. :)



 Layan gambar eyy.. Aah, baju aku sama tema dengan baju trexx.. i akan hover. ekekeke.










# Mak tyra tanya, " Ayu, bila lagi??"    T______________________T







Bye!

14 December 2012

Universal Studio Singapore. Yes you are !

Assalamualaikum..

Hewhewhew.. Kena sengih update entry ni. Sebab masih terbayang-bayang kenikmatan menaiki bas dan bersesak sesak bersusah payah untuk mencapai apa yang dihajati. Haha. Terukkk sangat bunyikkk.

Seperti yang telah diwar2kan, 10hb december 2012 adalah tarikhnya. Pheww.. Semuanya macam tak percaya. Aku pernah update entry sini. Aku nak ronda Asia Tenggara before 30yrs old. And the 1st place aku nak ronda, is USS.. Huhu. And syukur, termakbul. :)

So, 10hb, kami bertolak dari Pahang menuju ke Melaka. Our 1st destination. Ke zoo melaka kami, Menara Taming Sari (walaupun tak dapat naik, under maintainance bagai) aku FRUST gila bangang!! Seriously! Takpela dah takde rezeki. Melaka River cruise jugak. Ok, best jugak sebab yang ni tak pernah naik.

Gambar nanti upload. Lembab sebab besar. Ok, then lepas berhempas pulas di melaka, kitorang move forward ke JB. Stay sini malam tu. Hotel Good Hope . Ada branch kat Penang. Not bad. Selesa. Aku sebilik dengan Ina, kak Fizah and her friend. Tido terus . Sebab sangat penat berjalan kaki seharian dalam zoo Melaka. Ouhh..

Pagi2 esok, after breakfast, kitorang naik bas menuju ke Singapore. Oh My!! Excited gila bangang! Haha. terus lupa segala masalah. Dalam kepala, nak snap picture and tengok segala benda yang ada kat USS tu. lepas cop passport, and check up dekat Imigresen , Here we go !

Sesampainya kami kat sana, lepas dapat tiket, berlari la.. memang batak. Haha. benda 1st yang aku main, TRANSFORMERS. Seriously BEST !! i loike! Masa ni boleh blah lagi. Sebab teruja kan. Queue kemain panjang, pun takpe. janji puas. ahahaha.. Then, lepas abeh main tu, bergerak ke next games. Roller Coster Merah Biru. Naik yang Merah dulu. Ok, Memang la excited. Ingat biasa2. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Sumpah aku rasa macam nak mati atas tu. Ke memang dah mati?? ahahahahhaa. Aku SERIK. Sumpah aku takkan naik dah RC sepanjang hidup ini. Haha.

My sis said, ko bodoh kan? Bayar mahal-mahal. Eh, pedulik laaa. Aku taknak. No one can force me. Even i nampak macam stupid. haha. Gila lah. Aku baru tau yang aku penakut walaupun muka aku macam ganas. ahahahaha.. So, lepas ting tong naik benda tu, tunggu ajelah kat bawah. Ina nak naik lagi yang biru. Pergilah. Aku tak nak dah.

Then, bergerak ke The Mummy. Beratur, tapi muka dah ketat. Aku taknak. habis la kena hentam kan. At last, keluar jugak. Aku rasa macam nak mati tak dapat bernafas kalau teruskan my queue. Haha. So, i exit ok. pedulik hape. And Ina cakap, BEST GILA. lagi Best dari RC merah Biru. Hoiihh, pompuan ni serious hebat. Haha. terkagum sat dengan dia. Aku takkan try.! Muktamad . Haha. Dia kata memang amazing. nak langgar2 tiang bagai. Gila.

Then, bergerak ke city yang lain. Lost World. Ini ala Jurassic Park. Snap2 gambar. Ok, move on ke city yang i loike. Far Far Away city. Ada shrek ada princess ada pussy cat. haha. comel. tengok movie 4D shrek. memang terbaik wokkkkkk! Gila hebat. Aku memang teruja sangat2. Lepas makan, tangkap gambar bagai, bergerak ke 1 lagi games. Enchanted. RC jugak. Ok, beranikan diri Yuhanna. Ni games budak2 je ni. BUDAK apa????? Sama seram dengan RC merah Biru. Gila bangang!! Aku serik kali ke 2. Haha. Oh My God !! Nyawa sekali lagi macam nak tercabut. Gila menyesal naik. hahahaa.  very the kampung kau Ayu. Hahhaa

After that, move on ke last city, Hollywood. Takda apa yang best. Just ada Marilyn Monroe. Ayat pemanis dia, 'woooww, u have a very beautiful smile..' YES I AM. wakakakaka. Gila perasan! Kau hebat la Marilyn . Haha. Then last part is, SHOPPING. kat USS punya gallery. RM500 duit Malaysia, langsai dalam masa tak sampai 1 jam. hakhakhak. Puas hati. Sangat puas! Aku memang bajet nak berhabis kat situ. Takpe la, dah penat keje, reward sikit untuk diri dan ahli keluarga. :)

Lepas tu, baru la berkumpul semula. Dah nak gerak balik. Oh so sad. :(.. Aku macam nak stay lama2 sana. tapi, kau singaporean ke?? hahaa. tak kan? Sila sedor diri. Maka, baliklah kami..

Sepanjang perjalanan, tido sahaja. And sampai pahang semula pukul 2pagi macam tu. Esok pagi2, gerak ke KL. and naik bas balik ke SP semula. And now, SP lah kita.. huhu

So, one word untuk trip kali ni. AWESOME. even macam terkejar2, tapi aku puas hati. At last, kaki ini dapat jejak ke tempat yang aku dambakan selama ni.. Ada yang macam tak puas hati. tapi pedulik apa aku.Janji sampai. ahahahaa. And big thanks untuk MY GROUP (4 of us) yang ikut serta dalam trip ni. Can't mentioned nama korang atas sebab2 tertentu. Sorry babe. Thanks jugak untuk SMK Bukit Damar atas trip ni. Baru 6 bulan aku sekolah situ, dah sampai singapore, Tahun depan, mungkin boleh sampai disneyland hongkong plak? wahhhhh! hahahaa

That's all. Aku nak resize picture lak. Adeh. Tu problem snap pic pakai camera orang. Besor gedabak.
Jom layan picture. :)































# Aku malas nak add caption. Ini dah lah. Patutnya, ada lagi. Tapi.. aku ingat pesanan Kakak tiri aku, 'PANDAI MAKAN, PANDAI SIMPAN.' ye, aku kena simpan.


Bye USS ! eh?


take care peeps.

09 December 2012

Tahniah En.Pawi & Puan Suki.

Assalamualaikum..

Today, kawan 1 USM kahwin. Shuhadah. Tapi, we olls panggil dia suki. Suki gedik actually. Haha. Minah ni memey gedik. Tapi dia tak pernah kisah kitorang panggil dia gedik. Dia mengaku lagi ada la. haha

And today, hari bersejarah dia. So suwettt. Cantek sangat dia. Dia memang sedia cantekk pun. And his husband pun match sangat dengan dia as well.

Aku pergi 3 buah kereta. Ina, Ainul, Wanie 1 kereta. Izaini, Paan , 1 kereta, Aku, Mr.A, Mak, and Ina, kami 1 kereta. Agak meriah jugak la. Lama kan tak jumpa. Just nak sembang banyak macam tak dan. Terbatas antara waktu dan situasi. Panas gila. Aku asyik ajak balik jer. Dasarr.. haha

Lauk Pauk not bad. Ada laksa.. So ok la jugak. Aku makan tak banyak sangat. Sebab tak berapa sangat lauk-pauk kenduri ni..

Apa yang best, warna baju pengantin. Kuning Terang. Cantik. Berseri. jap lagi usha gambar okehh..

So, ini sahaja. Buat Suki dan Pawi, Semoga berbahagia ke anak cucu. Semoga selamat semuanya sampai bila-bila....


Kan? cantik kan? Aku dah kata.. 

Selalu nak over tau. hahaha









Bye!



# soalan wajib : hang bila pulak ayu? Damn!







07 December 2012

RANDOM..

Assalamualaikum..

Aku tak tau apa yang aku busykan sangat. Aku rasa macam, time flies toooooo fast. Oh, today dah 7hb. OMG! then, lusa dah nak balik pahang untuk trip ke Singapore. Entah seronok ke tak. Aku macam malas pikir. Nak berjimba pun payah. Nak kena pikir orang lain. Oh Shit. (aku lama tak mencarut) May I? Haha

Then, aku rasa dua tiga hari aku ni macam pack sangat. But , ada 1 perkara yang bagus, pemanduan aku makin ok kot. Aku dah boleh jalan merata dah. Ekekekeke. Setiap hari menjadi DRIVER. huhu. So, ok la . Yang tak ok, Minyak kete, AKU SENDIRI TANGGUNG. terasa sangat ok. T_____T

And apa lagi ya? Oh, aku dah beli Levi's idaman qolbu. Thanks kepada Athirah My BFF forever and ever. Hewhewhew.. Dia belanja i ok. Thanks Thanks Thanks. Yang aku suka, diamonds2 dia tu walaupun kalau pakai baju nnti, sure tutup kan sebab kat punggung, takkan kau nak up baju ko semata-mata nak tayang Swarovski ko? haha. hover. Tapi, takpa. Hanya kita yang tahu. :)

And semalam, i pergi Queensbay. Yeah, tempat paling aku suka dalam dunia ni. muahahahaa. Entah kenapa i love that place damn much. Nak kata function sangat, tak jugak. But i love it. Pergi dengan Mr.A around 3.30pm macam tu. Selepas membeli suar di Village Mall. Pergi sana, semata-mata nak tengok wayang. Parking keta, turun level 3, beli tiket, terus masuk panggung. Abeh wayang, keluar. Naik lif level 5, then blah balik. Can u imagine? Tak dan nak bernafas pun. Hahha.

Tapi, kitorang makan kat Seagate. And .. at last, after a few month mengidam, aku makan jugak sotong tepung FAV aku.. Sangat suka. Sepinggan. Bergaduh dengan Mr.A. Asik nak kutuk, last2 tak payah makan, hamekk. haha. Sedap ok. Aku pernah state kat sini. Dalam blog ni. Dia macam letak dadah ke apa. Aku macam ketagih. muahahaha.

Then, balik la we olsss... Penat jalan jammed. Singgah Tikam batu, amek durian crepe kawan aku buat. Whoaaa.. Aku tak suka durian. Tapi aku makan jugak sikit. Rasa. Sebab tengah famous gila bangang kan sekarang ni. So, macam hebat gak la boleh makan. wakkaaka. Dasarrr...

Apa lagi yeh? Errmmm.. ha, satu lagi. Bab duit. aku rasa duit aku macam air je kuar start dari cuti sekolah ni. Risaunya laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Aku tak membeli sangat. Entah. Rasa macam orang lain yang menggunakan duit aku. Huhu. risau sangat. Tapi nak wat macamana? Takpa la..

And, 1 more thing sepanjang cuti ni.. Aku asik nak sensitip je. Haha. Gila huduh perangai. Selamat Mr.A sangat memahami. Aku tak nak cakap apa yang dia buat, tapi entah. Kadang-kadang aku duduk and berfikir, akan ada lagi ke lelaki macam dia yang sanggup bersabar dengan kerenah aku? Alahai.. Sentiasa tersenyum walaupun muka aku dah  time tu dah macam singa lapar..

Itu sahaja untuk hari ni. Penulisan aku tak berfokus sangat. Sebab aku sedang berserabut. berkecamuk. Berselirat. banyak yang ada dalam kepala otak aku, sampai aku lupa mana pangkal mana hujung.

Semoga baik-baik sahaja untuk yang membaca.








Tak sabarrrr nak pakaiiiiii... weeeee :)

 

Dia nak senyum sebenarnya. Hamekk la dapat gf gila lensa. Hahahahaa.






Take care peeps.



Bye!






# Tadi timbang berat, 51 kg. Minggu Lepas, 53kg. Aku baru tak makan nasik 2,3 hari. Apa ni????

04 December 2012

Senyum

Assalamualaikum..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
"Dah lama awak tak senyum.."
 
 
 

"Ye, saya pun rasa dah lama saya tak senyum.."



Sekian.




Bye!


# Senyum itu sedekah, tapi ia susah.

02 December 2012

Saya ada Kakak Tiri

Assalamualaikum..

Muahahaha.. tajuk tak leh blah. Ko gila ke ayu up entry tajuk gini? haha. semalam hari mendung. Aku rasa hari ni dah berarak kot mendung kelabu tuh.. Hopefully.

Today, mari kenali kakak tiriku.. Aku ada seorang je kakak. Which is kakak kandung. Yang aku nak citer ni bukan kakak kandung. Tapi kakak tiri. Haha. Tak la.. Kawan aku, sahabat aku yang aku anggap macam kakak aku sendiri.. Siapa dia?

Intan. Kak intan aku panggil. Senior aku masa di USM dulu. Masa aku 1st year, dia dah last year tak silap aku. Sebab tu aku panggil dia kakak. Huhu. Dia jiran bilik aku. Masa awal dulu, huishhh kerek ni.. haha. Aku la. kehkehkeh. Eleh, dia pn sama. Kan tak kenal. pastu, aku ni jenis kalau jalan , jgn harap nak tengok2 orang. Nak senyum pn tak rasanya.. Bukan sombong.Aku memang macam  tu.


And lama-kelamaan, dah mula la sembang2.. Sebab aku baru tahu, Intan ni orang SP. Hoihhh! SPrianss.. kehkehkeh. Ada sikit assabiyah la kan? Then, ada jugak la kami keluar makan sama, lepak sama.. macam2 laa.. Tapi, aku tak la rapat sgt time tu, sebab dia ada ADIK lain. hakhakhak.. So, siapalah kita kan? ekekeke. Intan, dun angry ! haha.

But now, everything has changed. Aku pun tak tau. Benda ni tak dirancang. Bukan macam, 'kak intan, jom kita rapat?' NO. tak dirancang. Tetiba, tau2 macam dah rapat.Aku senang share everything dengan dia. Segalanya aku cerita.. And kami macam ada keserasian, entah kenapa.. Mungkin latar belakang sama. Apapun, aku bersyukur dipertemukan dengan dia. Seorang kakak, seorang pereka design, penasihat imej, Kaunselor, Dr.Love jugak, and segala macam lah..

Untuk kak intan yang disayangi, I love you as my sis.. Thanks a lot sebab sentiasa ada dengan i, even kita jauh.. Sorry kalau i dah banyak menyusahkan u.. Bebankan u dengan masalah2 i.. Sorry :(

Semoga u sentiasa happy dengan kehidupan u skg.. I always pray for ur happiness.. I will. Dan semoga segala derita yang kita tanggung, akan berlalu pergi.. Allah maha mengetahui.. In Shaa Allah.. :)



Inilah dia kakak tiriku.. hehehe
(Cdt pic : FB. sorry u :p)











# Orang baik dengan kita, kita buat apa? Balas balik la. :)




Bye peeps!

29 November 2012

Happy Birthday Ayu

Assalamualaikum..

Hai ! Yeah, today is the day. Save the date pelisss.. Hakhak. Gila poyo. ye, hari jadi aku hari ni. 29 November 2012. Syukur.

So, apa yang berlaku hari ini? Hewhewhew.. Tak ada apa sangat. Tak ada supriseeeeeee! No. Because I hate suprise.So, padanlah kan. haha

Tapi, tadi pagi aku pegi hantar keta aku kat Honda Service Centre. Pergi dengan Mr.A. Lepas tu, Mr.A kata nak bawak pergi jalan. Ha, yelah. Nak bawak pergi jalan. tapi dia tanya kita. Nak pergi mana. Hoihhh! Hangin. Aku benci soalan tu, bilamana aku tak rasa aku nak jadi decision maker. Akhirnya, hadap la muncung aku ditarik sepanjang perjalanan. Muahaahaha.

Then, kitorang ke Amanjaya Mall. Birthday girl, nak tengok cite ape? Haruslah FARID KAMIL my dear. hahahaa. Aku dok tunggu Lagende Budak Setan 2 'Katerina' ! Slow ke , apa ke, nak tengok jugak. Movie pukul 2.10pm. Mr.A ajak pi makan. Aku tak lapar sangat. Tapi bila pikir, bila lak nak makan, so, here we go. Kitorang makan dekat Kopitan Classic. Ala-ala oldtown white coffee la pun..

Aku makan fish and chip blackpepper sauce, fresh orange, and banana split as dessert. Hoverr tau besday girl. hahahaa.. Overall tak sedap langsung. Fish dia bapak keras. Mr.A pun makan benda sama, tapi dia punya sauce mushroom ke apa. And vanilla shake dia macam ok je.

Tengok wayang. Feeling okeh. Aku marah Mr.A. Dia tau nak tido je. Hoihhh, mahai kot tiket. RM11. So, wajib bukak mata tengok. Haha. Stail paksa. Nasib ah.

Then, aku paksa mr.A beli hadiah. Hahaha. teruk kan? Then, he gave me.... something like music box. Ada bunyi. Comel. :) Thanks a lot sayang. hewhewhew..

He told me, 'i dont know anything.. Apa pun tak pandai.. Nak buat suprise, nak celebrate apa pun taktau..'
Takpa la awak.. Saya tak expect yang tinggi2. At least awak tak lupa. And spend a lil bit time with me. :) Thanks,

Maka, itulah dia.. Hari ini, Hari aku. Dan inilah dia untuk hari ini. 1st time sambut birthday dengan Mr.A .. 'Oh begini....' ;p Walau apa pun, terima kasih yang tak terhingga atas segalanya. Kepada kawan2 yang wish, thanks a lot jugak. May Allah bless us forever and always.. Amin.

Nak tengok dapat apa? Ini dia.. haha. sweet. :p









Bye peeps !



# umur saya, 25 tahun mulai sekarang. ^^

28 November 2012

Officially, 25 years old.

Assalamualaikum..

Ehem..Ehem..Ehem.. Tajuk entry bapak poyossss.. muahahaha. Haruslah kan. I memang poyo pun.. Ermm.. Diam tak diam, esok 29 November 2012. Yeah, the day has come. My born day. Haha.. And aku dengan rasminya menjawat umur sebanyak 25 tahun. Huuu.. 25.. satu angka yang besar.

Dan dalam pada itu, aku amat bersyukur kerana dipanjangkan umur sehingga ke angka ini.. Selama tempoh ini. Walaupun pernah aku rasa semacam give up dengan hidup. Dugaan, cabaran, satu persatu menjengah.. Terkadang, aku tewas.. Tapi, Allah itu Maha Mengasihani.. Dipanjangkan jugak usia ini, walaupun aku kadang-kadang sampai terfikir, 'lebih baik mati'..

So, untuk usia yang sebegini...sememangnya terlampau banyak perkara yang aku fikirkan .(walaupun taknak,aku kena hadap jugak) ... Tentang family aku, tentang kerjaya aku, masa depan aku, hati dan perasaan aku... Segalanya.. Puas aku fikir, satu persatu.. Sampai terkadang rasa macam tak mampu lagi dah..

Tapi aku gagahi jua. Sepanjang 25 tahun aku hidup ni.. bermula umur aku 13 tahun, seingat aku, aku sudah mula memikirkan tentang orang lain.. Hidup aku, untuk orang lain.. Dan sehingga hari ini, tak ada seorang pun yang betul2 memahami aku.. Tapi, siapa aku nak request suma tu? Aku pun tak boleh nak faham semua orang. Cuma, aku hanya mampu memberi segalanya yang aku ada.. Semua. Sampai tak ada lagi yang tinggal untuk aku.

Yang ada, hanya kesakitan. Itu aku dapat. Kadang-kadang, kita harap orang ni macam ni.. Tapi, kita kena sedar orang tu tak boleh jadi macam apa yang kita nak.. So, dok la diam2.. Jangan mengharap lagi.. Sadis bukan? Tapi, itu lah kehidupan aku selama ini.. Maka, dari itu aku bangkit.. melawan segalanya.. Yang ada dalam kepala aku sekarang, bukan lagi orang lain.. tapi diri sendiri..

So, untuk ke 25 tahun ni.. tak ada apa yang special. Aku tetap macam ni. Yuhanna yang seorang diri.. :) Dulu, masa couple zaman-zaman study dulu, ada gak la merasa hadiah dari ex.. haha.. Thanks to you .. Zaman muda2 dulu.. Kan mengada.. hahahaa..

But now, dah besar godang.. Nak mengharap apa lagi? Tak ada. Seriously. Aku sedar kedudukan aku di mana. Tak apa la.. Cukup Allah bagi aku kesihatan yang baik, hati yang tak pernah sampai nak menzalimi, menyakiti hati orang lain, itu sudah cukup. Hadiah terindah daripada seorang kekasih ABADI dan SEJATI..

Jadinya, untuk kali ini.. doaku hanya satu. Allah kuatkan hati aku lebih lagi dari sebelum2 ini untuk menempuh segala-galanya.. Saat aku jatuh, aku berdiri sendiri.. Saat aku sakit, aku ubati sendiri, saat orang menjauh, aku menyendiri , saat orang tolak aku ke tepi, hanya peduli bila ada bnda nak dicari , aku menghulurkan bakti.. dan saat aku dibuang sepi, aku mampu bangun berdiri... Kuatkan aku untuk kesekian kali ini YA Allah...

Kepada yang sama-sama sambut birthday sama tarikh macam aku, SELAMAT HARI LAHIR...Semoga kalian juga diberkati dan dilindungi oleh NYA...Amin.




 



 


HAPPY BIRTHDAY To ME ~










Bye!







# Dah setahun lebih belog aku ni sebenarnya, sebab aku pernah update entry birthday aku yang ke  24 before this. Hewwww..

26 November 2012

Bercuti di rumah. ekekeke!

Assalamualaikum..



Bersiaran dari Teratak Bonda, Sungai Petani Kedah. :)



Semalam, i gerak balik dari Lanchang terus ke Gua Musang terus ke Cameron Highlands terus ke Sungai Petani. Kesimpulan : aku rasa macam tak percaya semuanya boleh berlaku dalam masa 1 hari. Nak tengok gambo? nan ado. hahaaha. Pompuan gila lensa ni, macam tak ada mood nak bergambo. Sebab dapat 'TEMAN' yang bukan kaki lensa. Hahahahaa.... Adoiyai.




 Sekian, update yang ringkas dan pemalas dari saya,yang menge'hack' wifi jiran sebelah. muahahahaa.




Bye!


# Selamat Bercuti u'olss !

22 November 2012

Berdiri atas kaki sendiri

Assalamualaikum..

Hye peeps ! Today, my 1st day for PBS course. Yeah, naik van. (intan, please gelak !) Haha. Aku memang naik van. But, who cares? Seriously. Aku tak pedulik. Yang aku tau, aku kena sampai tempat kursus. Sebab apa? Sebab tanggungjawab and tadi penyelaras cakap, 1 slot tak datang, kena pergi semula untuk slot lain di daerah lain. Ok ngeri.

And apa aku nak taip hari ni? Aku nak cerita tentang benda paling sukar nak dapat daripada orang lain. Bukan duit, bukan harta bukan apa. Yang paling sukar adalah BANTUAN / PERTOLONGAN orang lain. Seriously. Ada orang cakap dengan kita, 'weyh, aku nak mintak tolong sikit boleh tak?' Automatically, dalam hati kita akan berdebar.. Apa benda pulak laaaaa... Betul? Kang tak dapat tolong, kesian pulokk..

Tapi, pada pendapat aku lah kan, selagi kita mampu lakukan sendiri, cuba lah apa sahaja cara walaupun sukar yang penting tidak menyusahkan orang lain..  Sebab apa? susah sebenarnya bila kita terpaksa mintak tolong orang ni. Bukan konsep ikhlas yang nak diutarakan di sini, itu belakang cita, tapi kesudian untuk menolong itu yang menjadi pertikaian. Entah lah, aku memang pemikir. maka aku akan pikir apa je yang orang akan pikir bila kita mintak tolong dengann orang ni..

Aku jenis macam tu.. Segan sangat sebenarnya. Unless bila dah tak ada alternatif lain, aku terpaksa jugak mintak tolong.. Susah bukan? Ya, sangat susah.. Aku kalau boleh elak, aku akan elak. Kenapa tetiba bercerita pasal mintak tolong orang ni? Ada kisahnya. Tapi, tak payah lah nak jaja sini. Cukup aku simpan sebagai kenangan dan pengalaman. Semoga aku tak tergolong dalam golongan macam itu..

Yuhanna, selagi kau mampu, kau lakukan segalanya sendiri. Jangan pernah berharap pada orang. Sehingga mati, percaya bahawa tiada manusia yang sudi menolong manusia lain jika tak ada kepentingan kepada mereka.

Aku bukan paranoid. Sesungguhnya PENGALAMAN menyebabkan aku terpaksa set my mind macam ini. Serik. Sangat serik. Dan saat ini, aku berjanji, aku akan susahkan diri aku sendiri, sehingga aku tak berdaya. Ini janji aku.





Bye!




# Minta pertolongan ----> orang tolong -----> orang mintak balasan ------> Semoga Allah membalas jasa kau. Sekian.

20 November 2012

Coret-Coret ...

Assalamualaikum...

Fuhhhh.. Lamanyaaa tak hupdate.. Start dari cuti sekolah. Rumah i tak ada internet. Phewww.. (sapa kesah kau hupdate ke tak kan?) hakhak.

So, sepanjang seminggu ni aku bercuti.. fuhh, aku rasa sangat-sangat terisi masa aku.. Betul. Aku tak sempat buat pape pn, n now aku dah di Pahang semula. Untuk kursus PBS. 1st time nak berkursus sepanjang 6 bulan jadik cikgu ^^... Excited. Takut pun ye gak. Dah la sensorang. Matik !

Aku bukan nak citer pasal kursus sini. Aku nak cite ape yang berlaku sepanjang seminggu aku cuti ni. Balik dari Lanchang ke Sg.Petani hari tu, 12hb Nov.. Hari keramat di mana, aku pegi sign untuk aset pertama aku. Slumber jerkk sign agreement kat McD Sri Gombak. Hentam je la. Aku pun rushing. Kenapa amek kereta kat KL? Sedangkan lebih mudah amek kat Kedah ? haha. aku sangat poyo okeh. Aku nak plat Wilayah. Aku peduli hape orang nak kata apa. Memang dari zaman aku study, aku dah berazam, nak beli kereta plat Wilayah. muahahaa..

Aku pegi sign segala mak nenek, then rushing ke Tg.Malik pulop. Teman Mr.A hantar assignment. Setel. Pegi umah opah kat Kuala Kubu. Amek mak, then gerak trus balik SP. Settle satu hari. Then, esok plak, malamnya naik bas, ke KL. Kereta i dah siap. Huu. Kena amek la kan. Aku pegi beli No.Plat, pegi buat tinted apa suma... dalam pukul 6lbh gerak dari KL forward to SP. Pak Ndak dan Mak Ndak (adik opah) tolong hantarkan sampai SP. aku mana boleh drive pun. Heeeeee. :)

Then, officially, 14hb Nov 2012, My 1st Asset meluncur di atas jalan raya, membelah Lebuhraya Utara-Selatan. :) Bulan yang sangat best. Hari jadi i okeh. Kiranya ni hadiah untuk diri sendiri la.. walaupun berhutang lagikk dengan bank. :)





Secara rasmi, aku dah mula drive kereta ni. hakhak.. Sangat lah teruja beruk weyyyy! memang skemmm abeh la masa drive.Poyo kennn? hahahaa.. Suka Suka Suka. Thanks Allah ^^


Then, settle bab kereta ni, ada lagi event yang besar jugak dalam cuti ni.. Phewwww.. walaupun mungkin benda tu macam 'ek eleehhhh... ape benda la kan yang besar sangatt.' Tapi, untuk wanita macam aku, macam family aku, benda tu sangat besar. . Apanya hang ni Ayu oii?

Haaaaa, apa apa apa? Mr.A , dia... datang rumah aku. Yes, 1st time ada lelaki datang rumah aku dan berbincang hal-hal yang menjurus kepada perkara serius ... Memang bertimbun lelaki (kawan2 aku) datang rumah aku sebelum ni.. Lepak lah, raya lah, makan2 lah.. Tapi tak ada lagi la yang datang berbincang hal-hal serius dengan my parents. 1st time. macam tak laku kan? hakhakhak.. Garang macam gini, sapa yang nak?

Perbincangan antara mereka.. Aku tak masuk campur. Cuma lepas tu aku tanya mak aku lah. Tnya Mr.A.. Walaupun tak dapat melunaskan impian aku, due to kekangan yang tak dapat dielakkan, takpe lah.. Next time maybe.. :(

Walauapapun, ini salah satu langkah terbesar dan yang paling berani aku buat. Aku tak pernah BERANI untuk bercerita soal hati aku kepada parents aku. Walaupun aku berkawan , fall in love dengan si dia, aku takkan berani gitau mak aku. Bila ditanya, aku akan cakap, kawan jerrrr... But now, aku semacam punya kekuatan. Bila ditanya, aku akan jawab.. 'setakat ni, memang dia. dan rasanya hanya dia '... wahhhhh.

So, itulah dia.. Thanks a lot to Mr.A. Datang ke rumah saya, melunaskan janji awak, apa yang kita dah plan.. walaupun lari dari plan asal. Tak apa lah.. Asalkan saya sudah nampak hala tuju saya. Itu lebih penting. Umur dah lah makin meningkat.. bukan menurun. haha.

So, itulah dia.Antara perkara terbesar dalam cuti ni.. And today, aku di Lanchang semula. Melaksanakan tanggungjawab aku sebagai pegawai kerajaan. Hopefully segalanya berjalan lancar. Pergi kursus naik teksi, cool kan? hahahahaha... Bantai ahh, janji sampai.

That's all.. aku gagahi jua menaip ni.. penat kot. haha. hover.. So, take care my peeps.. Oh, PRAY FOR GAZA.. Ya Allah, selamatkan mereka di sana... :(





# Aku dok gila nak beli dress labuh ni. Tak tau la pasaipa. hakhakhak..




Bye!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...