30 September 2013

Saya tak manja

Assalamualaikum..

Hye belog tersayang.. :) Hari ni dah sekolah semula. Rasa lama sangat tinggal sekolah. Dah seminggu tinggal kan. Dari Rompin terus balik ke SP. Heaven!

Ermmmmmmmmm... nak taip apa? Nak share satu benda. Hee. Tadi mintak mak masak. Aku lapar gile! Aku masak nasik yang sejemput jer tu..(beras lama dahhh tak beli). Then, goreng ikan bilis. Pastu blurr nak makan dengan kuah apa. Apa lagi, panggil mak la.

"mak, masak sat.. buat kuah.." (muka seposen)

Mak pun masakkan masak asam. Telur. Untung ada mak. :) Thanks mak. And mak cakap,

'ishh.. esok ni dah kahwin macamana? takkan nak suruh mak jugak masak?'

Alahai.. sedih terus. T_____T

Mesti la nak mak yang masak jugak lagi. 26 tahun hidup dengan masakan mak. Aku tak manja. tapi aku memang rapat dengan mak. gaduh pun dengan mak. Baik pun dengan mak... alahaiii... sebak.

Cakap hal kahwin, ermmm.. dah ada minor discussion dengan mak. Alhamdullilah. Macam baik aje responsnya.. Tapi aku tau, mak berat hati nak lepas aku. Sebab aku pun berat hati nak tinggal mak.. Nanti aku dah kahwin, mesti kena ikut cakap suami. Tapi aku harap, suami aku nanti paham dengan aku. Bahawasanya aku ni sangatlah bergantung kat mak. terutama bab makan. ahahahahaha

Bincang dengan mak hal kahwin, mak bagi banyak idea. Aku kalau dapat nak melunaskan segala hajat mak. Tapi ikut kemampuan aku lah. In shaa Allah aku cuba tunaikan. Aku anak terakhir arwah abah dan anak bongsu perempuan. Semestinya berbeza sikit dengan kakak. So, aku sedaya upaya memahami hajat mak. And aku harap, bakal suami aku nanti pun akan turut sama membantu dan beri sokongan.

Tapi aku ada perancangan lain. Aku nak sambung Master, hujung tahun ni. Aku dah berhajat, nak ada Master sebelum umur 30. Makanya, kalau aku sambung umur 27, umur 29 aku dah ada Master.In Shaa Allah.. Tapi, boleh ke aku?

So, tengah memikir2 lagi ni.. Nak sambung dulu, atau tangguh dulu.. Atau kahwin dulu.. Atau tangguh jugak dulu..Atau kedua2nya sekali?  Pening den mikirr ehhh.. Ermm.. kene isthikarah. Sekarang ni, keputusan dekat tangan aku. Aku kata YES. YES la everything.Aku kata NO.. nobody can decide for me.

Aku ni kena ada orang push. Bangsa lampi. Haha. Kalau harap aku, memang aku wat derkkk selenge aku je sampai sudah.Kena ada tekanan, baru aku bergerak. Huhu.. So, sesiapa yang berkenaan, silalah tolak aku ke hadapan..

So, itu sahaja. Ini post caca merba.. Aku taip apa ada dalam kepala aje ni. Tak suka, jangan baca. Suka, komen.Komen kat tempat sepatutnya, jangan jaja merata.Aku tak tau hujung pangkal cerita. Eh? Pantun? Hahahaha.. peace yaw!

Itu sahaja..  nanti kita sambung lagi. Sekali lagi.. Saya tak manja . Saya tak manja.. (Gaya Jep Sepah parody). Muahahaha. dah2 lah menganjing orang. Kena saman, padan muka kau Ayu, Hahahaha.





Ni haaa.. budak tak manja ni.. huahuahua..





Take Care Peeps,

Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...