14 December 2011

Bukit Bendera -Hasrat Hati Ini-

Assalamualaikum..

Semalam aku off. Maka, pabila off, aku keluar. Haha. Keluar ke mana? Yeahhhh! Penang Hill. Ye, tempat yang aku nak sangat pergi. Walaupun orang cakap, apa barang? Tak best langsung. Lantak. Aku wish nak pergi, and aku pergi. So that, takde lah malu sangat kan No. I/C  aku adalah berdaftar di Penang..kahkahkah. Sangat teruja. Actually, aku kira ini adalah celebration birthday aku yang dah lepas dan birthday Athirah yang akan tiba esok. Happy Birthday Dear, in advance.. Kehkehkeh...So, dalam wishlist aku, sudah aku tick kan di sebelah, menandakan DAH TERCAPAI. Kehkehkehkeh..

Kitorang pergi pagi. Dalam pukul 10 pagi dah gerak. Ops, sape kitorang? Aku, Athirah and her brother Apit. Sembang-sembang, sibuk cari parking, pastu kena menapak sampai ke atas kes parking penuh padahal hari Selasa, oh ya cuti sekolah kan, maka sampailah kami..

Nak kena beratur beli tiket pulak dah.. Aku tengok rate dia.

Pengunjung yang mempunyai MyKad - RM 8 (Dewasa)
Kanak-kanak - RM 4
Pelajar (dengan pas pelajar) - RM 4
OKU - Percuma

Pastu, yang sebelah lagi, tulis omputih..

Adult - RM 30
Family Package- RM 70

Ok, dah malas nak tulis semua.. Aku macam ..'mak aiii, gile mahal !! Kesian tourist..' kehkehkeh..Kena bantai kaw-kaw punya..  Dah, aku kena bayar berapa? RM8 lah kan? SALAH. Hahaha.. RM4 jer... Sebab? Guna Kad Matrik. Padahal dah ALUMNI. Bajet student. Lantak sana. Janji 50% dari harga asal.. kehkehkeh.. So, dah beli, apa lagi? Masuk lah.. Jalan dalam laluan yang ditetapkan..Beratur tunggu nak naik train..

Kanak-kanak? Kahkahkah

 Before Naik Train

 
Apit yang gigih mengagih tiket
Lepas tu, bila dah dapat masuk.. Ya ampun..Ramai ok.. Bersesak-sesak lah.. Nak dapat seat? Sorry. Berdiri la sampai ke atas.. Masa tengah mendaki tuh, dia kejap-kejap stop.. Kejap stop. Aku dah bising. Sebab sesak kan.. Aku dah mula bersuara dahhh...

'Motif dia kejap stop, kejap stop. Ape kes??' 

Tiba pakcik depan aku jawab,
'Sebab dia nak setting time. Tak boleh pakai jalan je. Dia kena set time dengan train yang satu lagi dari arah bertentangan.. Kang kalau tak sama, bertembung..'

'Ooooo macam tu ke?' (padahal aku tak paham pape) 

Pastu diam aje lah. Kang pakcik tuh cakap lagi, dah lah telinga bengang kan.. Scenery sepanjang mendaki : Kiri kanan tak ada pape, pokok-pokok. je..

Keadaan dalam train. Sesak !

15 minit macam tu, sampai la kami kat atas... Wahhhhh! Teruja! 1st time beb.. Tirah dengan Apit, bengang dah dengan aku kot.. Haha.. Dok suruh snap picture je manjang.. Sorry ! Aku memang camera addicted.. Kahkahkah.. Tak habis-habis bergaduh dengan si Apit. Yang merangkap tourist guide dengan photographer tak berbayar kami.. haha..
"Semua yang mai sini, mesti bukan orang dekat-dekat sini.."
Motip hang cakap camni Apit??? Hahahahahaa... Lantak sana. Aku kan 'orang jauh'.. wakakaa..

Ini lah Apit. Inilah ! Ini ! Hahahaaha
Menapak la kami kat atas tuh.. Boleh nampak seluruh Penang atas tu..(Ye kot?) Hahaha..

Nampak apa itu?? Ya, Penang Bridge.. * Tetiba bangga jadi anak Penang *


Aku semua benda nak tangkap gambar.Memang tak jemu. Tirah dah jemu. Hahhahaa..Ampun ye Tirah.

 Poyo kah? Tak kan.. hahahaa

Aku nak sangat snap pic kat sini... Woot woot...Dapat jugak ! Yeahhhhh!!!


Ni baru setengah jalan ni...Boleh naik lagi sampai ke atas.. Atas bukit tuh ada Masjid, Kuil dengan Gereja.. Kena panjat tangga.. Yeahhh, Tirah dah merungut! Hahahaa... I love u lah babe.. kehkehkeh
 David Brown's Restaurant.. Entah apa dia jual kat dalam. Aku tak masuk pun..
 Sini korang boleh tangkap gambar dengan ular. Ular kuning. RM 10 per picture
Aku benci haiwan belit-belit, so?? Hahahaa
 Kraftangan... Buat henna kat tangan.. Pun aku tak suka.. Kehkehkeh..


Pastu kan, dia sediakan tempat untuk kita tengok view dari atas bukit tuh guna teropong macam tu la. Kena bayar RM1. Aku dah tukar duit, sekali budak depan aku tu tengok tak habis.. Aku sambung which is free lah kan. Hahaaha.. Bapak mahal nak tengok benda tu yang 2,3 minit tak sampai kena bayar singgit. Ok, aku kedekut. Wakakakaka!

Nampak Queensbay! ok, tipu. Haha.. Nampak la bangunan-bangunan situ..

Lepas dah penat berjalan, minum apa semua, maka kami pun turun lah.. Laju pulak. 5 minit je kot.. Tak sempat nak bernafas.. haha.. Sesak jugak and tak dapat seat jugak. Takpelah.. Pastu, kitorang ke Gurney Plaza plak.. Wahhhhh! Heaven! (walaupun duit takde). Hahaha.. Makan jap and aku sempat grab t-shirt .. Lama gila tak shopping.. Pastu tengok sale pulak, 50%, 70%... Alahai... SABAR je lah Ayu... T__________T.

Sekian sahaja laporan saya.. Haha.. But Special Thanks to Athirah yang sudah pun memenuhi wishlist ku.. And kepada Apit, tengok aku dah post nama hang sini.. Jangan cakap aku lupa pulak.. Hahahaa.. Thanks a lot to both of  you!



# Pasni, nak post lagi lah wishlist yang lain.. Mana tau, ada lagi yang sudi memenuhi hasrat hati ini.. Wakakakakaka...


Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...