18 October 2012

Aku ..

Assalamualaikum..

Banyak yang aku nak luahkan kat sini hari ni.. Aku pun tak tahu nak mula macamana. Aku nak bercerita tentang aku. Eeee, hover kau kan? Nak citer tentang diri sendiri? Suka baca, tak suka tak payah.

Aku ni jenis macamana? Ini dia. Selama 25 tahun hidup, aku tengok balik diri aku ni, aku dapat list macam yang bawah ni.. Ini diambil kira juga dari pandangan orang terhadap aku..


Kelemahan

  1. Cepat melenting. Yes, ini kelemahan terteruk (ada ke perkataan ni?) yang aku ada. Aku dah try untuk buang slowly..But masih gagal. Dengan semua orang aku cepat melenting walhal benda tu kecik jer.
  2.  Bukan penyabar. Yang ini pun kelemahan aku. Aku kalot. Aku tak sabar. Aku nak semua benda cepat. Aku tak boleh hold2 sesuatu benda. Time tu jugak kena settle. 
  3. Sensitif. Yang ni, macam normal untuk semua kaum wanita. Tetapi, sensitif aku tahap terakhir. Bahasa mudahnya, sentap. Aku cepat sentap. Tak boleh silap sikit, terus aku terasa hati.
  4. Mudah menangis. Ini pun satu hal lagi. Aku sangat sangat sangat mudah mengalirkan air mata. Bila aku terasa hati untuk sesuatu benda, air mata ni macam tak pandai nak tahan, terus je meluncur keluar.
  5. Laser. Yup, mulut aku berbisa. Aku boleh bantai orang hanya dengan kata-kata sampai dia jatuh terduduk.
  6. Suka bercakap. I'm talkative. Aku suka bercakap. Kadang-kadang apa yang aku cakap aku tak maksudkan pun. Cakap kosong, mengarut, selalu lah.
  7. Jarang berpuas hati. Aku kalau buat sesuatu benda or apa2 je la, aku jarang nak puas hati. Mesti ada je yang tak kena. 
  8. Tak suka diabaikan. Ini satu hal jugak ni. Aku tak suka orang ignore aku. 
  9. Suka berfikir. Aku seorang pemikir tegar. Aku suka fikir benda remeh temeh. Benda yang orang kata tak masuk akal. Tapi, aku akan fikir hingga ke akar umbi.
  10. Garang. Ini semua orang yang kenal aku , akan kata YA.



Kekuatan

  1. Cepat 'cool' . Aku boleh calm down lepas marah menggila hanya dalam masa beberapa minit sahaja. Try me.
  2. Tak suka postpone. Aku tak suka tangguh2 dalam melaksanakan sesuatu kerja. Sebab tu aku macam lipas kudung. Aku tak suka benda yang lembab.
  3. Berdikari. Agaklah. Ada perkara-perkara yang aku buat tanpa bantuan orang lain. Aku lakukan segalanya sendiri.
  4. Pemaaf. Aku jarang berdendam dengan orang dalam tempoh yang lama. Marah macamana pun aku, hanya di mulut. Di hati, aku tak simpan. Orang bantai aku kaw2 kat FB pun, aku diamkan aje. Aku maafkan. Aku tak reti nak marah lama-lama.
  5. Lembut hati. Mungkin lebih kurang sama dengan pemaaf. Tapi yang ni dalam konteks bila aku diperbodohkan atau orang buat aku macam sampah tak sampah. At first, orang tu layan aku macam hampeh, then kemudian dia macam baik2 semula, aku mesti langsung tak fikir dah apa yang dia buat kat aku. Ha, itu aku.
  6. Susah kata TAK. Aku tak sure ini kekuatan atau kelemahan . Orang kalau mintak tolong aku, tak kisah la yang melibatkan tenaga atau wang ringgit, aku susah nak kata TAK.
  7.  Penyayang. Ini aku mengaku. Aku kalau dah sayang, aku sanggup buat apa sahaja walaupun menidakkan hak aku sendiri. Walaupun terpaksa berkorban jiwa raga. Kalau dengan budak2 lagi laa.. I love kids, Kalau ada duit, aku tak kisah nak spend my money untuk diorang.
  8. Pentingkan orang lain. Pun sama, aku selalu letak diri aku no.2,3,4.. Orang lain, i put no.1.


 Rumusannya, satu perkataan untuk diri sendiri - COMPLICATED- 







# Serik? Sekian.




Bye!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...