18 July 2012

Entry pemalas, tepek gambo yerr!











Almost 2 months...

Assalamualaikum..
 Kepada belog tersayang, sila jangan merajuk. Maaf sebab menganaktirikan kau dengan FB. Ekekeke. FB senang nak online kat hp. Tapi, nak update belog di hp, adalah amat memenatkan. HAMPEH dalam erti kata sebenar… Aku rindu kehidupan aku yang dulu.. (ok, intro dah kelaut)
Actually, dah hampir dua bulan aku menjalani dan melayari kehidupan sebagai seorang pendidik. Ye, CIKGU. Sepanjang dua bulan ni, menjawab salam yang diberikan..’Assalamualaikum Cikgu Yuna’. Gelaran untuk aku. Hahaha. Then, aku realize.. Ya ampun, susahnya menjadi seorang guru. Tanggungjawab kau MAHA BESAR. Setiap tindakan yang nak dilakukan, perlu mengambil kira segenap aspek. Seremeh2 alam kena pertimbangkan.. Kalau dulu, aku berpegang kepada prinsip, ‘ah, lantak lah’.. sekarang dah kena tukar kepada ‘eh, betul ke macam ni?’ Ye, perubahan drastik. Namun, dalam erti kata lain..dalam konteks sebenar.. kepuasan aku perolehi.. sangat puas. Bilamana berhadapan dengan kerenah REMAJA, kita dapat belajar banyak perkara… Dari yang kita tak expect, sebenarnya berlaku.. Huhu.. Banyak yang aku belajar.. Tapi, apa yang paling penting.. skill menyindir aku masih lagi tajam.. masih menyengat. Hahaha. Alahai.. sila tahan telinga wahai anak didikku.. Haha. Pergi keja, pukul 7.00 pagi, sampai rumah hampir 4.00 petang.. sekarang cakap, jahanam tak masa petang aku? Ye, tak boleh tido petang. (konon!) hahaha.. Penat. Nak kena pikir, nak ajar apa untuk esoknya.. kena master tajuk tu.. Padahal, aku ni hentam je.. Apa yang terlintas, aku cakap. Hehe. Susah tau nak kelentong budak ni.. Kadang-kadang, bila diorang dok tanya lebih, aku gelabah gak nak jawab. Sudahnya, ‘ha cari jawapan dalam google’. Wakakakaka. Boleh macam tu? Apapun.. aku amat bersyukur.. dalam berjuta orang yang menginginkan pekerjaan awam TETAP, ini rezeki aku. Alhamdullilah. Syukur Ya Allah..
Oh ya, sepanjang aku kat sini.. pelbagai aktiviti dah aku lalui..
-HARI SUKAN
-HARI KOPERASI
-HARI PELAPORAN
-PERTANDINGAN KAWAD KAKI
-KEJOHANAN PERTANDINGAN WOODBALL dan PETANQUE
 -LARIAN 1 MALAYSIA
 -AKTIVITI SENAM ROBIK
 -BULAN KEMERDEKAAN Dan banyak lagi laaaaaaaa…

Setiap acara, nama setiap cikgu akan naik. MESTI. Disebabkan sekolah aku kekurangan guru makanya, setiap acara ke aktivit apa kebenda ke, semua nama guru akan dimasukkan. Hadap la kau AYU.. huhu.. Tapi seronok. Proses pembelajaran berlaku setiap hari.. Banyak sebenarnya yang nak diceritakan. Tapi, tak mampu. Ni pun aku, curi2 masa ni.. Punya teruk, taip siap 2 kat word, pastu paste kat blog. Haha. Hadoi! Memang terkejar2 masa.. Tetiba aku rindu kehidupan aku yang dulu. Keje kat cc, dimana habis kerja pukul 7.30pm, terus pulang tanpa membawa masalah kerja dalam mimpi. Tapi sekarang, sampai ke mandi dok pikir hal budak.
Oh ya, semalam aku pergi umah sorang student aku ni. Aku guru kelas dia. Dia ni tak datang sekolah, lama dah. So. Kaunselor nak pegi umah dia. Makanya, aku kan penyibuk. Ikut lah kau Ayu. Sampai sana, Ya ampun… bukan nak kutuk.. tapi, aku dapat lihat lah persekitaran rumah macamana.. Ye, sangat tidak terurus.. Aku buat 1 kesimpulan, keadaan di rumah turut mempengaruhi..Last2 bila tanya , dia cakap nak tukar sekolah.. Ha, tukar la kau. Dari tak pegi sekolah.. Dari datang sekolah buat hal.. Huhh! Ini baru hal student.. Hal guru pun ada. Hee. Tapi, takde lah sampai menjejaskan ketenteraman aku.. Cuma, adalah kan…(apa kau ni? Jap ada jap tak ada)! Malas citer la.. ala, normal la bilamana BUJANG ni kan. OK, SILA PAHAM sendiri.. Huhu… Nanti update lagi pasal sekolah.. Aku nak buat entry lain pulak.. Nak kampoi entry untuk bapakkkk banyak bulan yang dah missed! Ceh, POYO!!





 -Semoga aku sentiasa tabah mengharungi keperitan. Eh, HOVER !!! Ye, aku cikgu BM. *pengsan*



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...