29 February 2012

Alahai Interview ...Part I

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya berfikir 23 kali sebelum post entry ni, sama ada nak update blog atau tengok Vanilla Chocolate kat TontonTV3. Muahahahaaa..

Ehem..Ehem.. *sambil senyum melebar sampai ke cuping telinga*.. Apa? Apa? Kehkehkeh.. Ye, aku dah selesai interview ! Repeat SELESAI ! Yes, semalam.  Sure aku akan share segalanya kat sini. Before, during, and after the interview session. Jangan risau, aku akan share semuanya.. claps your hands. macam ada orang kisah aku share ke tak.

Over kan ada part 1, part 2 bagai? Heh. Sebab terlalu banyak cerita. Actually, aku nak delay je.. Nanti-nanti baru nak citer, tapi sebab aku sedar diri, memory aku sangatlah low, hanya mampu simpan cerita tak sampai 2 hari, maka ku gagahi jua.. LOL.

Ok, let's continue.. Aku cuti 26hb dan 27hb tu. Saja aku apply cuti, sebab aku nak prepare betul-betul. Baju, kasut, tudung, sijil-sijil, borang-borang, dan jugak membaca nota aku dengan serious atau dalam erti kata lain, study dengan jujur. Hahaha. Sebab before this kan kerja, membaca pun, setakat boleh ushar-ushar je la.. That is why, aku mintak cuti 2 hari awal.

And guess what? Study ke? Prepare ke? Harammmmmmm! Duduk rumah lagi banyak dugaan. Kiri kanan depan belakang. Sudahnya, study lah aku di Tesco dan Giant. Heh. Teman mak aku beli barang, pergi saloon rambut. Tak lagi dok nganga depan TV sampai dah tak tahu nak tekan channel mana. Heh. Aku kemas barang je la. Iron baju semua siap-siap.

27hb - Birthday adik bongsu aku, akim. HAPPY BIRTHDAY HAKIM. Dia kan manja mengada. Nak makan macam-macam. Nak kek segala. And lagi damn, dia tak pergi sekolah hari tu sebab semalamnya main bola lepas tu kaki bengkak. Siot je. And mak aku kan excited. Dah plan nak masak lah apa semua. Siap suruh aku pergi beli hadiah kek semua kat akim. Eeee! Bawak jugaklah dia pergi beli hadiah. Dia nak jam tangan. OK, beli. Then, kakak aku call. Cakap nak datang rumah bawak anak comot dia. Hoissshhh, lagi excited mak aku. Tadi plan nak masak lunch aje, ni dah melarat ke makan petang apa semua. Kakak aku belanja kek birthday adik aku. Tapi, atas kek tu ada nama anak dia jugak. Apakah?? Payish- Lahir 04.03.2009. Ok, noted. Haha.

Kawan aku yang nak datang ambik aku pun sms. Kata, lepas zohor diorang gerak. So, sempatlah aku makan dulu kan. Selamat dah siap packing barang semua. Oh ye, ada dua orang kawan aku. Dua-dua dari Kulim. Seorang Ina (owner kereta) sorang lagi Ainul. Semua satu course dengan aku masa kat USM dulu.
Then, tolong mak aku masak, main dengan payish sampai dia bosan, makan, mandi, solat semua.. tunggulah kawan aku sampai untuk ke Alor Star.. Then, tak lama tu, kawan aku pun sampai... Jamu diorang makan, minum apa semua.. salam mak aku, jerit dari luar pagar rumah, 'mak, esok 7.30 pagi baca Yassin..' *buruk perangai*   pastu geraklah kitorang.

Kereta kawan aku ni, tak ada air cond. air cond dia rosak. Tingkap co-pilot tak dapat berfungsi, hanya tingkap driver dengan tingkap belakang. Itupun 1 je, sebab 1 lagi penuh baju dok bergantung kan. Sekarang imagine sat readers, macamana kami dalam tu?? Panas woi! Panas Gila!! Aku kan bangsa atlet, kuat sangat berpeluh.. Baju merah darah, memang dah macam darah dok mengalir kat badan. Haha. Tapi, sempat je dok bergosip apa semua. Tak ada hal. Lama jugaklah perjalanan ke Alor Star, sebab memasing tak tahu jalan. Dok buat u-turn berpuluh kali tak payah cakap la.Silap masuk simpang, terlajak simpang segala. Rasa sangat hina menjadi rakyat Kedah, padahal jalanraya ibu negeri sendiri tak tahu. Sobs.

Then kawan aku cakap, nak tengok Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPN) dulu. Sebab esok,nak pergi interview, mudah lah kan... Ye, mudah sangat. Sesat dekat 1 jam. Haha. Dok me-round-about banyak kali dah. Hahahaa.. Dengan jalan yang one way, jadi two way untuk kami. Syabas Ina. Aku kat sebelah, mulut dah bising dah. Dengan panas apa semua.. 'Ina, cepatlah. Hang nak bawak kami pi mana ni?'.. Tengok KFC,'jom weyh, KFC dulu..' Hahaha. Sabar je lah bila bawak pompuan annoying macam ni.

Ok, dah jumpa JPN, dah tengok JPN (padahal aku langsung tak nampak bangunan JPN sebab sibuk tengok sekolah-sekolah yang ada kat kiri kanan jalan)... kitorang gerak nak pergi check in pulak lah kan.. Aku dah booking awal dah. Tapi, sebab lampi yang amat sangat, lupa nak google maps kat mana Hotel tersebut terletak. Bongok untuk diri sendiri. Tak ada GPS apa pun ok. Kereta biasa, h/p kami semua biasa. Tak kerja tetap lagi kan. Alasan. Haha. So, dah bongok sangat, apa lagi? Melilau lah cari. Call Yan, (dia yang recommend hotel ni..) dia dah bagi direction, pun kami still lampi tak dapat follow. Tak jumpa. Masa tu, dah pukul 5.45 macam tu. Pusing lagi.. Cari lagi.. Tak ada pun. Bukan kata nama hotel, bangunan hotel pun tak ada. Yang ada bangunan lama, muzium lama, stadium lama, semua lama. Boring. Hahahha. Then, aku call lah hotel tu terus. Dia bagi direction pun tah pape. Sudahnya, kami decided untuk cari hotel lain. Susah kan?

Ok, cari-cari, dapatlah hotel bajet. RM80 semalam. Ada 2 katil. Ada TV.  Selesa jugaklah. Ok la kan, semalam je pun nak tido.Kawan aku tadi, gigih turun balik nak pergi double check perjalanan nak ke JPN. Takut esoknya lambat ke apa.. Ok, pergilah korang. Aku dengan tak solat apa semua lagi.. Lepak sensorang kat hotel.. Huhu.. Kemas barang mandi siap semua, tunggu diorang balik..Lepas maghrib, turun makan bawah hotel tu..

Nak tahu aku jumpa siapa? Artis weyh... Jalaluddin Hassan.. Wahhh.. Hahaha. Dengan family dia. Smart sangat. Kemas. And pada aku, dia macam sangat pleasant. Haha. LebihLebih. Tengok la kejap. Lantaklah kan jakun ke apa. Heh. Pastu, naik hotel balik... Study la balik.. Macam nak bunuh diri je rasa time study. Sebab bila study dengan kawan-kawan, soalan diorang macam-macam sangat. Bila semua topik dorang sebut, aku macam, 'woi, apa dia hang sebut tadi? Eh, aku tak baca pun?' .... 'eh, bukan 6 teras la, 5 je..' ....'ha? garisan lintang? Apa garisan lintang? Macamana? Nama apa?' ... T_________T !!!!!

Gelabah,cuak, nervous, bongok, benci semua ada. Haha. Tapi, aku excited jugak sebenarnya sebab tak sabar nak release stress yang berbulan-bulan simpan dalam hati, dan otak ni.. So, macam tawakal dan redha tu sama banyak dengan perasaan yang aku citer kan tadi. Hee.. Baca sikit, discuss sikit, gossip sikit, gaduh sikit..then SELAMAT MALAM SAYANG.... - 12.30am -


Nanti aku sambung ok.. Aku nak tengok Vanilla Chocolate.. Huhu.. Kenapa kena tengok kat Tonton? Kenapa tak tengok malam tadi je? Nanti sembang dekat Part II. Huhu.. eh, bosan kan entry tak ada picture. Aku lupa nak ambik MC dalam camera tadi. So, esok ajelah.. But, in advance, meh tengok muka annoying ni yang gembira lepas inteview.. Muahahahaa... LEPAS INTERVIEW ok..



1











2

















3












































Nahhhhhhhhhhh!!




Sopan kan? Jangan Tertipu. Wakakakaka!!









# Hari ini birthday kakak aku. HAPPY BIRTHDAY INA. Semoga jadi kakak yang lebih baik untuk aku.






To be continue.....




Bye!
















25 February 2012

Dunia sudah berubah ke?

Assalamualaikum..

Oit ! Kehkehkehkeh.. Sopan intro aku. Today, jom kita share tentang perubahan dunia sekarang.(atau mungkin hanya dunia aku sahaja. lol )    Fokus : HANDPHONE


Tahun 2004- SPM
Masa ni, penularan wabak sms belum menjadi sangat lagi. Siapa kengkawan yang ada hp, fuyooohhhhh! Hebat walaupun hanyalah Nokia 3310/3315 besar godang. Haha..So, sibuk ni simpan duit belanja sekolah semata mata nak bersms jugak macam orang lain. Tak ada lagi BBM ke, MMS ke, apa ke.. And takut-takut berani mintak kat mak ayah, 'nak pakai hp boleh tak?' Jawapan - ' TAK BOLEH. NAK SEKOLAH KE NAK MAIN-MAIN?'  Jawapan yang sangat mak bapak tiri ok. Haha.


Tahun 2006- STPM
Ok, time ni dah ramai yang ada hp. Dah canggih dah hp. Segala software untuk hp kalau boleh nak didownload. Segala lagu baru nak kena ada dalam memory card dan banggalah kalau 1 message received  atau ada incoming call berkumandang lagu baru-baru.Perghh... ringtone nak hebat je.. Yang lelaki, sibuk pakai nokia N-Gage, sebab nak main game dengan member-member.. Yang perempuan, hp nak ada camera boleh camwhore pastu tempek gambar sendiri as wallpaper. Wakaka..Aku? Haha. Jangan harap. Siap kena rampas handphone sebab ligat sangat main sms. Muahaha.. Nak cakap, ' mak tolong topupkan, tak cukup duit...' pun tak berani. Nak kena penampar 8 kali, cuba-cuba lah cakap. Huhu.. So, topup pun setakat RM 2, RM3 je.. Tu pun ihsan kawan baik, ihsan bf cinta monyet yang sebenarnya dia pun hanya mampu topupkan RM3 je seminggu. Sadis.


Tapi sekarang........


Tahun 2011, 2012 ni.. kau tengok kejam tak kejam dunia.. Budak umur 13 tahun, siap ada blackberry ! Siap Iphone4, siap boleh tweet2 kat sekolah. Damn. Hahahahahaha..


And sangatlah pilih kasih bilamana nak topup hanya order kat mak ayah,


' Abah, topupkan.. Maxis RM10.....'


Dan Abah tadi ,


' Nah, ( sambil hulurkan kad topup RM10 yang dikeluarkan dari wallet !) Alamak beb, siap simpan stock kad topup untuk anak. T_______T


Dunia sekarang sudah berubah. Atau manusia yang berubah? Ya, dunia mempengaruhi manusia untuk berubah. Kalau nak ikut hati ni., memang boleh bawak bergaduh akibat layanan yang diterima DULU tidak sama seperti layanan yang diterima oleh 'generasi hari ini'  SEKARANG.. Tetapi,berbaloikah nak mengungkit kisah silam? Sudahnya, diam sendiri.. Dengan harapan supaya perubahan 'abah' tadi tidak menjahanamkan masa depan anak sendiri. Orang tua sentiasa betul. Ya. Sentiasa.


Ini pengalaman aku. Aku ulang, true story dari aku. Huhu. Orang lain aku tak sure. Pandangan aku, biar kolot sikit pemikiran kerana kekolotan itu kadang-kadang mengajar orang lain, bahawasanya tiada yang mudah dalam hidup ini. Kalau tahun 2004 dulu, 'mereka' boleh kolot, kenapa tahun 2012 kekolotan yang sebenarnya sangat berguna itu dibuang? MENGAPA? Nasib baik 'anak ini' yang dibesarkan dengan kekolotan 'mereka' menjadi manusia jugak sekarang. NASIB BAIK.


Harapan aku, agar 'anak sekarang' ini berjaya mengharungi dugaan dan cabaran arus kemodenan dan jugak mampu menjadi 'manusia' suatu hari nanti. Sekian.





1st handphone yang aku dibenarkan guna tanpa ada rampasan kuasa atau takut-takut lagi.errr..2006 lepas Form6 kot. Muahahaa..





# Bekas student aku pernah bertanya, 'cikgu, couple masa sekolah tak elok ke?'  
Jawapan aku, 'Saya sebenarnya berusaha sedaya upaya nak beritahu kamu akan kenikmatan     bercinta masa sekolah ni, tetapi malangnya tiada.. '







Esok i cuti, doakan i dapat jawab interview ok.. Love u'olss.. Bye!

24 February 2012

Aku Penat Sangat .

Assalamualaikum..


Comel kan intro i? hewhewhew...


Semalam berjiwa sangat entry.. Muahaha. Geli aku . But sometimes, kita mesti ada jugak waktu untuk meluahkan rasa dalam keadaan indirectly kan? Tu pasal entry semalam berbunga sangat. Wekss. Lantaklah, blog aku. Aku tak kacau suami orang, tunang orang, bf orang pun... haaa.. kan.. dah emo. haishh..


Hari ni aku nak ngadu jugak kat blog ni secara direct. Haha. Taknak dah selindung-selindung.. Bahawasanya aku TERSANGATLAH penat ! Penat Fizikal dan Mental. Seriously.


Ok, terus terang nak umumkan, aku dah penat sangat study untuk interview. Penat bukan bermakna segalanya berada dalam kepala, dan apabila disoal kelak, aku mampu meluahkan semula tanpa gagap dan tersekat-sekat. Oh, Tidak. Actually, aku dah tak larat nak ulang baca. Dah la semuanya fakta. Bahasa Pekeliling. Gila. Pencapaian terbaik aku setakat ini adalah menghafal Falsafah Pendidikan Kebangsaaan tanpa tertinggal 1 perkataan pun. Hahaha. Aku memang kaki hafal. Tak ada hal. Tapi, untuk menterjemahkan semula, terkangkang la . So, aku cuak. Kang dia tanya benda lain, mati lah aku.


Lagi, aku dah membaca ada lah 1-2 dasar kerajaan di bawah pimpinan PM kita yang sekarang ini, dan jugak beberapa kerangka pembangunan negara yang terdahulu. Bunyi macam hebat kan? Sebenarnya TAK LANGSUNG. Setakat membaca, anak buah aku yang comot tu pun mampu. Haha. Masalahnya, bila baca 1 bab, kepala otak aku akan berfikir, ada lagi bab lain yang lebih penting yang belum dibaca. Maka, otak dan mata tidak akan bertindak secara selari.. Otak menarik aku untuk ke bab yang lain, tetapi mata masih setia pada bab yang ada depan mata. Jadi, macamana???


Macamana apa Ayu oii? Hahaha.. So, agak-agaknya, boleh tak aku tawakal sekarang? Heh. Tawakal setelah berusaha kan? Aku usaha apa. Kehkeh.. Usaha seciput poyo macam usaha teruk sangat.


So, sukacita aku nak maklumkan kat sini, bila mental kita penat, secara automatik fizikal kita akan turut letih. Buktinya? Aku. Haha. Eh, diri sendiri sebagai evidence. Hahaha.. Ye, aku sekarang rasa sangat penat. Kerja ni pun macam terpaksa. Mata ni pun, macam tak mampu nak bukak. Selamat la tinggal 1 hari je esok nak keja. Pastu, aku dah bercuti. Aku apply cuti 3 hari. Interview punya hal. Heh.


Tengah study tadi, customer sibuk la kacau nak photosat la, nak print la, nak ape la. Tergendala sebentar proses pembelajaran aku. Lepas settle, sambung semula membaca. Pastu aku terfikir. Aku kan pemikir. Suka sangat pikir benda bukan-bukan. Apa yang aku fikirkan? Aku terfikir, macamana lah aku nak sambung Master nanti kalau dah bekerja? Hahaha. Tak payah kutuk. Niat tu ada, tapi terlaksana atau tak entah la. Haha. Kalau sekarang ni keja biasa camni pun, aku tak dapat nak cope dah, dengan nak study, dengan nak keja, penat segala, merungut kat belog.. Nanti dah kerja tetap, betul-betul kerja.. nak sambung lagi study?? Adoiyai.. Kalau dah beranak pinak pulak lagi.. Macamana? Hahahahaha.. Hoi ! Jauhnya fikir.


So, kau rasa perempuan mengada macam aku ni boleh ke? Haha. Aku mula fikir macam boleh buat 2 kerja dalam 1 masa.. Tapi, bila aku amati betul-betul, rasanya macam tak boleh pulakkk.. Kehkehkeh.. Entahlah. Kerja yang satu ni pun belum lagi, dah fikir nak sambung Master pulakkk.. Eh,tapi tak salah kan? Ada rezeki, ada usaha adalah.. Tang usaha tu yang masalah tu. Muahahaha..


Ok la, aku capek sangat ni. Exhausted kata omputih.. Aku nak tido kat kaunter. Meja kaunter aku, ada lapik cermin, jadi nya sejuk. Air cond pulak menampar-nampar muka... Lagiii laaaaaa...makin kuyu mata ni.. huhu.. All right.. Take Care babe...









# Sekarang aku terfikir, relevan atau tak,sambung Master before aku menemui jodoh aku? Muahahahaa..


Bye!

23 February 2012

Tentang Rasa..

Assalamualaikum..


Tentang Rasa.. Tentang Perasaan.. Aku berdiam bukan kerana aku benci, atau marah atau apa sahaja.. Aku berdiam kerana aku rasa sudah tiba masanya aku memilih jalan yang terbaik untuk diri aku.. Untuk apa mengenang benda yang telah berlalu pergi? Untuk apa membuang masa melakukan sesuatu perkara yang tidak mendatangkan hasil? Dan untuk apa menahan hati mengubati luka sendiri sedangkan mereka tidak pernah tahu menghargai.. Maka, aku mula terfikir tentang perasaan sendiri yang pernah suatu ketika dulu aku abaikan demi menjaga perasaan orang lain..Sudahnya, apa yang aku dapat? 
Tiada apa.

______________________________________________________________

Aku tidak pernah menyalahkan takdir.. Atas apa yang berlaku, aku yang mahukan itu. Maka, itu yang aku jalani.. Aku fikirkan, mereka memahami.. Ternyata, hati manusia itu berbeza.. Sedih. Oleh itu, aku bangkit. Menjadi manusia yang keras hati dan melupakan segalanya.. Supaya, mereka menyedari, bahawa hati ini, diri ini bukan barang yang boleh dijual beli. Diperlukan, dicari...kemudian, dibuang bersendiri..
______________________________________________________________


Puas sudah aku menjalani segalanya sendiri.. Sehingga pernah terdetik rasa, 'kenapa sangat susah menjadi Yuhanna?'... Tersedar dari mimpi, lantas aku beristighfar.. Tidak. Aku tidak merungut. Jauh sekali aku menyesali atas apa yang terjadi. Cuma, aku juga manusia biasa, terkadang kekuatan ku goyah, terkadang kekentalanku lemah.. Itu sahaja. Maka, untuk mereka yang dulu sentiasa berjanji untuk di sisi, kini telah terlepas pergi.. terima kasih kembali..
______________________________________________________________


Mereka tidak mengerti.. Acapkali, mengatakan diri sendiri yang betul, dan aku? Aku sahaja yang bersalah. Menegur itu dan ini.. Ya, aku sedia terima. Aku diamkan sahaja.. Kesakitanku, Kelukaanku, aku pendamkan. Aku tidak bersuara, kerana apa? Aku siapa? Siapa aku untuk menegur salah mereka? Kerana mereka selalunya betul... Sudah cukup untuk aku mengatakan, aku tidak boleh menipu diri sendiri lagi.. kerana sesungguhnya aku memang tidak mampu untuk hidup bersama benda yang aku benci..Cukup..
______________________________________________________________


Berdiam diri adalah jalan penyelesaian terbaik. Kerana sebelum ini, hanya aku yang membuka bicara, menyedarkan mereka di mana yang perlu diperbaiki itu dan ini.. Hasilnya? Tiada. Mereka gembira, dan aku masih berduka. Lantas, aku membuat keputusan senekad yang mungkin, aku hanya mampu berdiam .. Menunggu mereka menyedari kesilapan mereka, JIKA mereka tersedar.. Jika..
______________________________________________________________


Buat mereka,ikhlas aku katakan, tiada dendam, tiada benci.. yang ada hanya kenangan terindah.. Terima kasih kerana banyak mengajar aku yang di dalam hidup ini, kena sentiasa tabah menghadapi segalanya.. Mengajar aku bahawasanya hati manusia itu bisa berubah.. Kerana ya, hati ini sudah berubah... Kerana ya, Hati ini sudah mati.. Dan maafkan aku kerana terlalu lama memendam rasa...Maaf.
______________________________________________________________


Aku sedia terima segalanya.. Dugaan Allah itu, kita tidak tahu macamana.. Tapi, aku pasti, Dia menduga kerana dia masih sayang pada kita.. Dia tahu setakat mana kemampuan kita.. InsyaAllah, walau apa yang terjadi, aku sentiasa akan menghadapinya. Walaupun seorang diri, walaupun tiada siapa di sisi..
______________________________________________________________




Jika ku hadir untuk disakiti

Biarlah ku pergi jauh dan sendiri

Tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis

Kebodohanku telah anggap dirimu

Kan baik untukku butakan hatiku

Kau pergi saja tak ku tahu, ku terluka..











#  Aku bukan mereka ......



Bye !

22 February 2012

Kalau Mampu, Aku Lakukan Sendiri..

Assalamualaikum..

Kalau Mampu, Sumpah Aku Lakukan Segalanya Sendiri.


Tapi........,







Sekian.

20 February 2012

Budak-Budak...

Assalamualaikum..


Dia : Kak, boleh tolong sat tak?

Aku : Kenapa? ( Tak sempat tengok muka sebab terlalu bz).

Dia : Saya nak keluar kejap err.. tak kejap. Lama jugak la.

Aku : Pergi mana?

Dia : Adalah..

Aku : Nak beli makan ke? Boleh, tapi kejap je la k. Akak bz sangat ni.

Dia : Errr.. Tak bukan nak beli makan.. Err.. Takpe lah.

Aku : Lah, apanye? Dah nak ke mana? Boleh nak keluar tapi sat je la..Nak pi mana nya?

Dia : Adalah.. Segan nak cakap.

Aku : Ok, taknak cakap taknak tolong.
(cara paling keji dalam men-psiko orang).

Dia : Errrr.. saya nak gi kat awek saya. Nak hantar makanan kat dia.

Aku : Nape? Awek masuk hospital ke?

Dia : Eh tak. Dia kat tempat driving license.

Aku : So? Nak hantar makan buat apa?

Dia : Dia sorang tak ada siapa nak makan dengan dia.

Aku : Lahh.. manjanya.. Dah tu nak gi makan dengan dia la ni?

Dia : Aah, takkan nak biar dia tak makan pulak.

Aku : Awak suami dia? Mak Bapak dia ada, pandai la mak ayah dia bagi dia makan. Awak kerja kan? Buat cara kerja. Boleh akak tolong jaga kedai awak, tapi 10 minit je, lebih dari tu, akak tak boleh. Nampak kan akak punya bz ni?

Dia : Errmm.. Takpelah. Jap lagi saya bagitahu lain.


15 minit dia datang.

Dia : Kak, takpelah. Cancel. Tak jadi. Dia makan dah.

Aku : Jumpa pulak dia kedai makan? Tahu pulak dia guna tangan suap makanan kat mulut ey? Ok.

Dia : Heeeeeee..



Dia = Lelaki, 18 tahun, Kerja cc bertentangan cc aku, Baru kerja tak sampai 1 bulan. Sekian.



Budak-Budak ...












# Aku bukan jahat taknak tolong. Tapi aku tak nampak kat mana rasionalnya kalau aku tolong. Kan?


Bye!

Tentang Rasa - Astrid



Tentang Rasa - Astrid




Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku

Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku

Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku

Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

19 February 2012

Penyakit.

Assalamualaikum...


Ego itu Penyakit






Sekian.


Bye.

18 February 2012

Sila ubah perangai , Ayu.

Assalamualaikum..

Nak kena ubah banyak benda ni. Heh. Hari ni saja aku dok cari pasal dengan orang tak sudah. Silap orang tu sikit je kot, aku over. Haha. Sorry ok. Aku memang macam ni. Tapi aku tak marah pun. Just kadang-kadang sikap aku yang terlalu berterus terang, rupanya menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain. Sorry again.


Kadang aku rasa aku tak serious mana pun. Tapi tetiba tanpa sedar aku dah text / call orang tu dan membuatkan dia macam tersalah faham. Heh. Sorry. Aku lepas laku, lepas cakap. Kadang-kadang je ok. Haha. Aku macam nak setuju dengan iklan Celcom yang 'Saya cakap macam ni, Dia Fikir macam tu....bla..bla..'  (iklan celcom harus purple)  ke apa tah, yang kat TV selalu tuh.. sudahnya, kena call. Heh.


Tapi, aku tak bermaksud. (yelah, takkan nak kata kau betul-betul maksudkan kan?) Aku kadang ingat semua orang macam aku. Tapi, sebenarnya tak. That's why aku boleh buat selamba badak je.. Haha. So, from now on, macam kena ubah banyak sikit lah perangai yang huduh ni. Hewhewhew..


Then pagi tadi, aku nak jugak buat perangai lagi. Aku betul- betul tak kenal sorang mamat ni. Actually dia kawan aku. Ok, kata kawan tapi tak kenal. Sebab, tak pernah jumpa pun. His sis, is my friend. So, kawan atas angin alam maya je la. Huhu. Aku kan annoying. Dia masuk cc, macam gangster. Hahaha. Sorry kepada insan yang dituju. Hahahaha. Serious aku malas nak layan. Sebab aku macam, 'eh apa mamat ni macam poyo sangat? ' Padahal dia kenal aku ! Hahahaha. Memang patut dia macam tu. Aku yang tak ok. Aku dah malas nak layan sangat. Dia suruh laminate ic, aku macam malas-malas , 'erm yelah, jap g saya hantar..'  Aku photostat semua benda, boleh selamba tak perasan.. sekali tengok alamat, ehhhh macam familiar ! Nah! haaaha. So, sorry ek. I really-really-really tak dapat notice that's you tadi. Hahaha. Pastu, aku dah senyum-senyum. Tu lah, sombong berlagak poyo lagi. Muahaha..

Ada lagi ok. Ada tadi sorang minah cantik ni, dia keje dalam kompleks ni jugak lah. Tak payah aku nak mentioned company mana dia keja. Kang 1 SP pergi cari dia. Dia lawa. Ok. Haha.. Semalam aku photostat kan dia punya i.c . Then, siap semua aku letak dalam 1 sampul. Masa dia datang ambil, dia dah check semua sijil dengan i.c dia sekali lah. And for sure, memang aku letak i.c dia dalam tuh. But tadi dia datang tanya aku ada ambik tak i.c dia. Aku cakap tak ada. Aku letak semua dalam envelope dia semalam. Dia cakap tak ada. Cari kat rumah pun tak ada. So, how? How what? Aku tanya. How I know? Haha.

' Sure ke awak tak ada hilangkan apa?'
'YES. Very Very sure. Saya dah letak dalam evelope semalam tu. Memang ada dalam tu.'

' saya cari kat rumah tak ada pun. Memang tak ada.'

' Maybe jatuh kot, Kan awak dah check semalam before keluar from my shop? '

' Tak ada pun.. bla..bla..'

Aku tak dengar dia cakap apa dah. . Aku bz. Haha. Eh, aku tak ada amik pun ok. Dia yang salah letak ke apa. Sebab takkan dari  pagi semalam aku photostat, baru dia sedar hari ni i.c dia hilang? Benda penting macam tuh, takkan boleh lupa kan?

Ingat aku diam je? Tak boleh aku. haha. Dia macam nak blame aku lah sebab dok tanya banyak kali kan. Aku pergi terus kedai dia tadi. Haha. Tapi dia tak ada plak. So, aku suruh kawan dia call tanya dia macamana. Dia cakap tak jumpa. Then, aku explain kat kawan dia, memang tak ada kat aku pun. Ape kes kan? Huhu.. Jangan main-main dengan aku.Aku tak salah, aku pergi terus cari kau. Haha.. Lagi nak buat pasal.. Haihhh..

So, apa dia ni? Apa tajuk entry tak ada kaitan dengan entry? Eh, ada yang atas-atas tadi. Dengan ini, saya akan berusaha untuk mengubah :

1) Jangan baran -baran lagi
2) Jangan kereq-sombong sangat lagi
3) Jangan suka main angin orang
4) Sikap terus terang saya perlu ditapis. Heh.


Hahaha.. Ini ikrar ke apa? Aku boleh ke? Yang jangan tu nanti akan jadi Ya. Aku kalau orang kata jangan, lagi aku buat. Heh. Sila Ubah Perangai Ayu, Haishhh..

Ok la, aku nak pergi study untuk interview . Banyak yang aku baca, jap lagi kang banyak jugak yang lupa. Takut !


 Selamat Berhujung Minggu Peeps!





# 18.02.2012 - Genap 1 bulan.Genap 10 hari.Buat Sang Mantan - Thanks For Everything .




Bye!

17 February 2012

Geisha - Kenangan Hidupku

Geisha - Kenangan Hidupku 



Jika ku hadir untuk disakiti
biarlah ku pergi jauh dan sendiri
tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis

*
kebodohanku telah anggap dirimu
kan baik hatiku butakan hatiku
kau pergi saja tak ku tahu, ku tlah layu

mungkin karnaku terlalu mencintaimu
ku terluka

reff:
kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

kembali ke *
kembali ke reff

biarlah ku simpan
menjadi kenangan hidupku

kembali ke reff [2x]

ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

Keluh kesah temuduga

Assalamualaikum..

Lewat petang semalam, aku ada post kan nama aku dah kuar interview. Syukur alhamdullilah. Akhirnya persoalan aku sama ada nama aku nak keluar untuk interview atau tak, terjawab. Memang keluar. Tarikhnya 28.02.2012. Selasa. Jam 7.30 pagi. Tempat, Alor Setar Kedah.

Dan perkara pertama yang muncul setelah nama keluar adalah pakaian. Haha. Aku terus imagine nak pakai baju yang mana. Balik-balik terus je bukak almari luas-luas and pilih yang aku rasa sesuai. Hahaha. Macam banyak sangat baju. Last, mak aku tegur, ini ke baju nak pi interview? Macam nak pergi tengok orang mati. Haha. Warna hitam. Dia suruh tukar. Ok, anak yang solehah, tukarlah. Pastu, sibuk lak nak match dengan tudung mana. Pastu, bercambah-cambah soalan lah aku text dekat kawan-kawan. Segalanya perihal inteview. Fuhh!

Sibuk tentang baju segala, lupa preparation untuk otak berkarat adalah ala kadar sahaja. Cuak pulak dengan nak pikir kena baca apa lagi. Apa lagi? Macam dok baca banyak berjela. Haha. Then, semalam kawan aku cakap, on la FB, ada banyak info yang boleh dikongsi. Aku memang taknak dah on FB. Sebab aku taknak bodoh menyakiti hati sendiri. Kes apa? Biarlah rahsia. Biar aku seorang yang tahu. So, dari aku bodoh dok tahan perasan tengok benda yang aku tak suka kat FB tu, baik aku deactivate terus, bodoh pun bodoh bertempat. Dosa tak tambah, Hati tak sakit. Tapi, sebab aku ni labah-labah, kaki cuak, aku on kejap lah tadi.. Aku tengok and baca semua komen kawan-kawan yang dah interview, ok. Satu je jawapan aku : TAK ADA FAEDAH. Semua nak tunjuk hebat. Semua boleh jawab. Semua gembira. Haha. Alamak aiii, takkan la yang buruk korang nak tempek kat FB tu kan? So, bagi tekanan dekat yang belum interview lagi ni haaa.. Selain asyik nak menghebatkan diri, ada jugak yang nak menakutkan. Serious. Soalan semua macam nak buat aku tak boleh bernafas. Sudahnya, aku decide nak deactivate balik kejap lagi. NEKAD. Haha.

Macamana inteview nanti? Oh, atas senarai nama yang aku post semalam tu, adalah nama kawan aku. Noor Inayah Bt Abdul Aziz. Siapa Ina ni? Dia adalah kawan aku sejak dari aku mula daftar kursus kat USM sem pertama, sampailah kami berpraktikal 4 bulan di Kepala Batas (serumah walaupun tak satu sekolah) and now until interview kami masih lagi bersama. Haha. Miracle? So, aku harap kami dapat lah sebilik. Ada la geng untuk menggoreng nanti. And, memandangkan masa interview aku adalah 7.30pagi, kami dah pakat nak stay je kat Alor Star tu terus. Means that, 27 malam tu kena lah check in hotel. Ini perancangan awal. Aku harap berjalan seperti yang sepatutnya.. Sangat tekanan.

Aku pun dah mula buat gelabah dekat mak aku. Bila aku gelabah, harus aku menggelabahkan orang lain sama. Haha. Aku dok pesan berjuta kali suruh dia baca Yassin, doa kat aku bagi dapat jawab. I kan manjewww.. Hahaha. Piraahh.. Sekali  mak aku jawab, 'susah baru ingat Tuhan, baru ingat mak.' Perghhhh.. Terbaekkk. Hahaha. Aku memang selalu macam ni. Dulu time exam kat U, kalau ada paper yang aku rasa tak dapat nak score, aku mesti gelabah paksa mak aku baca yassin time aku tengah jawab exam tu. Tak kira la pukul 10 pagi ke, 2 petang ke. Hahahaha.. So, untuk interview ni, why not kan? Muahaha.

Apapun, aku memanglah tersangat takut. (takut saja duk ulang berjuta kali, padahal usaha kelaut). Heh. Aku takut tak dapat jawab ke, tetiba aku blurr ke, aku diam ke, apa ke.. Salah jawab ke. Waaaaaa! MATI lah! And of course, siapa yang nak gagal kan? TAKNAK. Tapi tadi, bos aku cakap macam ni,

' u pi saja la.. U jangan tension, U pikir ini macam.. Kalau itu orang mau amik u , suka u, OK la. Kalau dia tak mau amik pun u boleh buat apa? U sudah try maaa... '

Sebenarnya dia nak cakap, 
' Ayu, u kalau tak dapat cikgu lagi bagus. Boleh kerja dengan I sampai bila-bila'..

Wakakakaka! Ye, dia tak bagi aku resign !

Tapi, walau apa pun, aku harap aku dapat buat yang terbaik, terbagus. Segalanya di tangan Allah. Aku hanya mampu berusaha dan selebihnya berserah kepadaNya.. Kepada yang mendoakan, terima kasih sangat. Jasa korang aku kenang. InsyaAllah, aku tak menyerah sebelum berjuang . Perghhhh.. Kehkehkeh.




# Aku masih terfikir, kenapa aku benci sangat tengok FB. Hahahahaha.



Bye!

16 February 2012

AKHIRNYA


Sekarang memang confirm kena CUAK !!!





MACAMANA SEKARANG?? sambil gelabah tak dapat bernafas

...kerana aku dan kau adalah wanita...

Assalamualaikum..

Hye! Pagi tadi breakfast aku adalah hash browns sekeping yang aku goreng sendiri. Taksub sangat dah dengan benda tu. Pagi petang makan benda tuh.. Heh. Pastu minum plak tropicana twister oren segelas, hamekk.. memang asyik rasa nak membuat lawatan ke toilet je. * langsung tak boleh jadik omputih * lol.

Orait, jom kita sembang tentang cerita orang perempuan. Err.. wanita. Acececeh.. comel je sebut wanita. Actually, today aku nak share tentang pandangan aku menjadi seorang wanita. Eh, bukan.. Haha.. Err.. keperluan wanita untuk menjadi cantik. Ya, cantik. 
Wanita = Cantik.  Sinonim.

Siapa yang taknak kelihatan cantik kan? Siapa yang nak tengok muka sendiri hodoh, buruk, kusam tak bermaya macam mati tak mati kan? haha..Siapa tak nak tubuh badan cantik langsing macam Paris Hilton? Siapa taknak tengok muka sexy macam Megan Fox? Siapa taknak nampak cantik ayu macam Irma Hasmie lepas bertudung kan? Heh. Pergi tanya semua wanita, jawapannya adalah YA !

Ok, sibuk bagi contoh minah salleh je. America sangat. Haha. Terpulang lah. Kalau korang nak bagi contoh orang lain pun dari yang aku bagi kat atas. Nama pun contoh kan. Err.. Susah ke nak cantik? Aku pun tak tahu sangat. Sebab aku pun tak adalah cantik mana.. Tapi ini, ada aku cedok skit tips dari google. 
Jom usha.....

  • Banyakkan minum air kosong - malas nak hurai lebih lanjut. Plain water adalah sangat bagus.Sila amalkan.
     
  • Usahakan untuk mencukupkan jam tidur anda. - 8/9 jam ? Kalau aku tidur yang cukup adalah 24 jam. Heh!
  •  Jangan malas cuci muka - Kepada yang sangat suka bermekap siap dengan eye shadow, blusher, lipstick, foundation, concealer segala, before nak tidur, janganlah pemalas sangat nak wipe off semua kekotoran yang dah ditempekkan ke muka tu. Sila remove ok. Kalau tak, tunggu la seminggu dua, muka korang akan jadi momok. Haha.  True Story.
  • Mandilah sekurang-kurangnya 3,4 kali sehari - eh, betul ke? Heh. Pernah mak aku pesan, kalau nak awet muda, setiap kali before nak solat, (kalau boleh) mandilah dulu. Bersihkan diri. Baru segar nak mengadap Dia. Ada betul jugak kan? Kita bukan dalam keadaan darurat ke apa. KALAU BOLEH. Dah mandi tuh, mestilah berus gigi, cuci muka, cuci segala kan? So, diri kita akan sentiasa bersih.
  • Sentiasa tersenyum - Ok, yang ni aku mengaku aku tak buat. Sentiasa? Haha. Aku berangin sentiasa adalah. Hee. Tapi, betul. Orang cakap senyuman dapat mententeramkan jiwa yang lara. Orang yang tengok kita tersenyum pun akan lembut je hati. And sweet kan kalau kita sambut pandangan orang dengan senyuman? Tapi, janganlah hover. Menyampah dah tu. Huhu.
  • Bersederhanalah dalam berhias - Ini kepada yang suka sangat jadi burung kakak tua ataupun pokok christmas. Haha. Ye ye, anda fashionable stylo sangat. Tapi, bukan ke bersederhana itu lebih dituntut. Sesuaikan diri dengan keadaan.  Nak berhias pun, cukuplah tak menyakitkan mata orang lain kot. Aku lebih suka yang simple-simple aje. Aku lah. Heh.
  •  Selawat 3x dan sapukan ke muka - Ini aku dah amalkan sejak umur aku 13 tahun. Eh,ye? Aku terbaca satu artikel ke apa dalam paper, dia cakap untuk muka berseri. Wah, terus gatal nak buat. Kalau tak buat, rasa macam tak boleh tidur. Macam ada yang tak lengkap. Berseri ke? Haha. Lantaklah. Dapat jugak pahala kan disamping itu. So, cuba amalkan.

Ini antara yang aku dapat share. Ada yang aku buat, ada yang aku buat sekerat je, ada yang aku langsung tak buat. heh. Yes of course, bukan ini sahaja. Ada lagi kan tips lain? Share with me. Aku bagi yang light-light je, Kalau nak yang lebih padu, sila goole sendiri. Heee. And for sure, kunci utama kepada kejelitaan, kecantikan, keserian, keawet mudaan di atas, adalah HATI. Bersih hati, Naiklah seri. InsyaAllah..

And bawah ni, aku nak kongsi 1 tips yang aku dapat dari web ini.  Selamat Beramal ...

 Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.



Kenapa kena cantik? Kerana diri aku begitu berharga. Muahahaa.. Kalau kita cantik, confident level kita akan turut berada pada tahap yang cantik. And please bear in mind, cantik itu subjektif. Take Care then..


Yang ni hanyalah PERASAN cantik. muahahahahaha. Eh, biarlah. Kehkehkeh







# Tak semestinya pakai fake eyelashes, lipstick merah menyala, mata contact lens biru, pipi gebu licin, kau cantik. Belum tentu. Heh. Tak puas hati ke apa sekarang?



Bye!

15 February 2012

Lama kan aku tak memekak?

Assalamualaikum..

Hye readers ! Lama kan aku tak memekak sini? (eleh, siapa kisah kau memekak ke tak kan??) Aku off yesterday. 2 days before, aku macam busy sangat. Tak ada idea nak kecoh apa. So, aku diamkan je. And post lagu Whitney Houston tuh, konon ambik tahu sangat hal ehwal semasa. muahahaha.. Pastu, mydestro dengki. Dok kutuk aku kat chatbox. Damn!


Lack of ideas lately. Aku tak tahu nak berbicara apa kat sini.. Mungkin terlalu banyak yang aku fikirkan. Soal hati, perasaan dan kehidupan. wah, cliche. Haha. So, malas nak mengomel banyak. Kang aku emo je lebih.. Apa pun tak boleyy..


Aku tengah berdebar tunggu untuk panggilan interview. Kawan aku, Yan dah lepas. And dari cerita dia, memang sangat scarry the movie. Hoi ! Gila lagilah cuak. Kenapa mesti kejam je semua? Huhu.. Takut sangat. Aku nak tanya la, kenapalah penemuduga mesti nak garang-garang serius segala? Diorang dulu pun sebelum nak menemuduga orang, mesti pernah rasa kan jadi orang yang ditemuduga? So, mesti tahu perasaan macamana. Tak payah la nak over sangat.. Tak payah lah nak balas dendam. Eh? Haha. 
Kesimpulan : TAKUT!


Harap nama interview keluar cepat, so that aku dapat lupakan segala ketakutan dan dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa sampai bila-bila. Kalau lepas ni dah tak ada lagi interview segala.. Haiishh..


Itu sahaja kot untuk hari ni. Bagi yang nak tahu kondisi aku. Aku sihat, masih seperti biasa selera makan bertambah, tapi berat jahanam, 1 kg pun tak naik-naik.. muahahaa.. And duit makin susut sebab asyik makan je. Lepas ni puasa lah ye !  Eh, macam ada orang peduli. Haha.

Cuma, aku nak request satu je ni kepada yang berada di sekeliling aku,

Please besarkan / luaskan sikit bulatan yang korang buat itu, jarakkanlah at least 4,5 tapak ke belakang, dan biarkan aku berada di tengah-tengah untuk bernafas secara tenang boleh? Jangan terlalu menghimpit aku. Aku rimas, lemas dan sesak nafas. Biarkan aku tentukan apa yang aku nak, korang boleh jadi pagar aku, supaya aku tak terkeluar dari kawasan TAPI benarkan aku berlari secara bebas dalam bulatan tersebut... Please..





#  Mendalam aku rasa perenggan terakhir. Yes, I really meant it. PLEASE ...


Bye !

WorthWhile [4]

13 February 2012

R.I. P - Whitney Houston


"Greatest Love Of All"



I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be
Everybody searching for a hero
People need someone to look up to
I never found anyone to fulfill my needs
A lonely place to be
So I learned to depend on me

[Chorus:]
I decided long ago, never to walk in anyone's shadows
If I fail, if I succeed
At least I live as I believe
No matter what they take from me
They can't take away my dignity
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me
The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all

I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be

[Chorus]

And if by chance, that special place
That you've been dreaming of
Leads you to a lonely place
Find your strength in love

11 February 2012

Hari tanpa emosi.

Assalamualaikum..

Heh. Hari ni aku berjanji untuk tak emosi lagi. kuangkuangkuang.. So, marilah kita santai di hari sabtu yang indah dan permai ini and also kepada yang kena pergi sekolah ganti hari ni, padanlah muka. lol. Oh lupa, special thanks untuk my buddy yang belanja McD tadi pagi. Tetiba rasa hash brown McD, lebih sedap dari biasa. :p

Aku nak cerita apa ek hari ni? Errmm, tadi anak saudara boss aku datang cc ni, A girl. 3 years old macam tu. Chinese, of course lah kan. Apa yang menarik? Sedangkan aku tak suka sangat budak kecik yang berjantina perempuan. Heh. Ok, specialnya this cute little girl adalah dia  orang US. Dia stay kat US. Ayah dia kerja di sana. Oh my.. Speaking dia sangat slang uolss. Boss aku cakap Cina, dia cakap BI. Hah. Boss aku sebut dalam b.cina, dia translate in English. And sangatlah cantik kulit muka dia. Halus je. Merah-merah. Boss aku bagi makan pisang, (tak paham aku, tak ada ke buah lain nak bagi?) haha.. Dia nak lagi, and cute sangat,

' I want the banana one more '

Pastu, boss aku suruh dia lukis, and dia tanya balik boss aku,

' How to draw a fish? '

Ok, kelassss kau. Semua speaking ! Dah la slang. Haha. Geram aku. Mula pasang impian nak kahwin dengan lelaki yang keje dia kena travel duduk kat oversea bertahun-tahun. Haha. Boleh i follow and balik Malaysia anak-anak aku semua, 'mama.. why so hot here?'   wakakaka.. Matikla berangan! Kehkehkeh..

Setel bab teruja. And aku ada satu lagi cerita. Eh, dua lagi. Tapi, kita cita yang ni dulu. Sebab citer yang last aku rasa tak penting sangat. Hee. Tadi ada sorang mamat ni, datang print kat cc aku ni. Aku pun print kan je la. Dia pun cam blurr taknak tanya harga ke apa. So, aku on printer terus. Banyak la. Bercopy-copy dia print. Siap semua, total dalam RM30++..  Tetiba dia kata, jap. Dia bagi RM10 je kat aku. Ah, sudah.. Aku tengok dia call siapa tah.. Then dia masuk balik ,

' Kedai ni tutup pukul berapa? '

' Pukul 7 saya balik . '

' Saya datang bayar petang karang.. Tapi, RM10 tu macam deposit dulu. Benda ni saya tak amik la lagi.'

' Haa? Mana boleh. Saya mana tau awak datang ke tak datang ke. '

Dia diam. Aku diam.

' Bagi no. awak.' - aku mintak.

Dia bagi la. Pastu aku macam tak puas hati. Aku cuak, kang dia datang time aku dah balik, bos aku yang jaga pulak kedai, tak ke naya?? Mana tahu dia nak datang balik ke tak kan. Lagipun, printer ni sekali photostat, maka dia menggunakan meter.Banyak kot, seratus lebih-lebih.. Tapi aku pun blurr, mulut kata OK. Hati kata TAK.

Elok je dia keluar dari cc, aku call balik. Haha.. Gila lalang kan? Aku suruh dia datang balik cc aku.

' Macamni je lah, saya kira harga photostat je la. Actually benda ni sama je. Bla..bla..bla.. ' aku explain.

' Boleh ke ? ' Dia tanya.

' Saya buat bagi boleh. Sekarang awak ada berapa?  Takkan RM10 je?' -Padahal aku nampak dalam wallet dia tadi ada RM10 lagi.

'Ada ni je.'

'Awak jangan tipu lah. saya nak tolong ni, awak nak tipu lagi? Atau awak nak saya tahan awak tak bagi balik sampai selesai bayar sekarang jugak?' Hahaha. macam polis tak aku?

' Ok, jap. Saya cek. (Padahal memang ada lah! ) '

Then dia bayar la RM20. Aku tolak-tolak semua, maka settle lah. Dia tanya lagi :

'Boleh ke macam ni? Betul-betul boleh?'

'Boleh la. Apa pulak tak boleh? Atau awak nak bayar RM30++?? Boleh jugak, tapi sekarang la. Sebab saya tak kenal awak. Mana saya tahu awak ni baik ke apa.. Mana tahu awak betul nak datang semula ke tak? Kang lesap macam tu, mati la saya. Boss saya marah saya. Awak lepaslah. Haa.. ' - bapak panjang aku explain.

So, dia diam and say thank you. Fuhh. Haha. Aku pun tak sure betul ke tak tindakan aku. Tapi, itu je cara nak selamatkan diri sendiri dan jugak dalam masa yang sama tak melingkupkan bisnes boss aku. Kalau aku suruh dia balik, siapa yang nak bayar? Meter jalan. Duit aku lah nampak gayanya. Tak kuasa aku.!
Moral : Next time nak keluar, bawaklah duit lebih. Ni cukup-cukup makan je.

Ok, the last story. Yang ni tak penting sangat aku rasa. Tu yang berada di tangga terakhir. Hari ni aku rindu sangat dengan cikgu-cikgu aku dulu. So, aku sms lah. Memang sms je. Aku segan nak call. Haha. Aku tanya khabar semua lah. Then, diorang pun tanya lah progress aku macamana sekrang kan.. Then, seorang cikgu aku,

' Bila cikgu dapat makan nasik minyak Yuhanna? '

Seorang lagi,

' Bila nak kahwin? Kawan-kawan ada yang dah jadi ibu kan? '

Hahaha. Memang famous ek perihal kawin mawin ni? Baru aku tau. Haha.

Yang atas, aku jawab :

' Nanti saya masak sendri nasik minyak, saya hantar je kat rumah cikgu ok? '

Yang kedua,

' Hahaha.. Kawan-kawan yang lain cantik, dapat la jadi ibu awal. Saya calon pun tak ada. Macamana nak kahwin? Cikgu ada ke calon untuk saya? '

Hahahaa.. Padahal yang ayat last tu, aku cuak. Kang dia cari betul, jenuh aku. Heh. Tapi cikgu aku baik, dia kata kalau ada jodoh,tak kemana. Yang penting kena usaha dan doa. Hee. Aku yang doa, ok. Yang usaha aku nak gelak. Macam dah terlajak sangat aku ni. Kehkehkeh. Ok2. Tak gelak. Serious woi! Hahaha..
Aku suka orang duk asak soalan kahwin. Haha. Tak tertekan sebab aku tahu diorang ambil berat. Muahahaahaha. Tapi, belum sampai seru. Aku pun tak rasa nak kahwin ke apa sekarang. Relax sudah..

So, that's all for today. Hari ni happy jer. Malas nak serabut fikir masalah yang tak pernah selesai. Lantak lah. Nanti aku fikir. Lagi pulak, kejap lagi kang bila nama dah kuar untuk temuduga, lagikkkkkkkkkk la nak fikir sampai sudah. Tak kuasa aku ! Ok, selamat berhujung minggu. Tak sabar nak cuti ! Take Care ! 







# Kadang-kadang kita kena gelak untuk hilangkan tekanan. Tapi aku memang suka gelak. Tapi kalau dengan orang yang tak boleh blah, aku rasa kalau aku gelak pun, tak berbaloi. Sebab kadang-kadang aku tak sure aku gelak sebab apa. Heh. Tak ke sia-sia? Apa kes ni????????????????


Bye!

10 February 2012

Aku ada masalah dengan orang yang suka mungkir janji !

Assalamualaikum.

Bahasa mudah untuk tajuk entry di atas adalah penipu. Itu sahaja. Aku memang ada masalah dengan orang yang menjadikan perbuatan berjanji itu as a hobby. Lepas tu menggelabah tak pandai nak tepati. Damn!.
Berjanji ni bukanlah benda yang remeh. Aku tak marah kalau hanya setakat cakap-cakap kosong je. Tapi bila dah sebut perkataan 'janji' bersungguh-sungguh depan aku, last-last tak mampu nak tunaikan, memang aku marah ! Sebab apa?


" Berjanji itu harus ditepati dan melanggar janji bererti berdosa. Bukan sekedar berdosa kepada orang yang kita janjikan tetapi juga kepada Allah."


Ini sebabnya. Tak pasal dok tambah dosa kering ! Kalau dah tahu tak mampu nak tepati janji, jangan beria sangat lain kali. Sakit hati aku !

Memang aku bermasalah dengan orang macam ni. Pagi-pagi lagi dah naikkan darah aku. Lepas tu tak pandai mengaku salah sendiri. Nak letak lagi atas kepala aku. Sial. Aku paling benci manusia macam ni. Hoi! Kau terang-terang salah kan?? Dah kenapa nak buat macam aku pulak yang salah?

Al-kisahnya? Tak payah lah nak cerita sini. Cukup aku bagitahu, ada hamba Allah ni berjanji dengan aku, beria-ria sangat dia, at last mungkir janji. Ok , aku diamkan. Tak apa lah. Then, aku tak perlu marah ke ? Aku bukan baik sangat penyabar segala. NO ! Sakit sangat hati. Then, selamba badak nak sound aku balik macam salah tu berpunca dari aku. Geramnya lah  !

Itu kisahnya.. Ok la, puas dah aku boleh lepaskan kat sini. Aku tak maki tak apa kepada si pemungkir janji itu. Malas. Aku pilih untuk diam sebab aku tahu setakat mana kemampuan kesabaran aku. Kalau aku bersuara, nahas rasanya.



Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. (QS. An-Nahl : 91)



# Untuk si pemungkir janji - Maaf, sorry anda tidak laku. Jangan minta maaf pada aku, minta maaf pada tuhan.


Bye !

Terukir Di Bintang - Yuna

Terukir Di Bintang  


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

09 February 2012

Susahkan Kalau Hati Dah Sakit ..

Assalamualaikum..


Aku seboleh-bolehnya cuba sedaya upaya untuk mengawal hati sendiri supaya tidak disakiti oleh orang yang tidak pernah tahu menghargai..


Susah jika hati sudah sakit. Sangat susah untuk diubati. Dengan apa cara sekalipun. Maka, oleh yang demikian, aku cuba untuk tidak membiarkan hati ini sakit kerana menyembuhkannya bukan semudah yang dijangka.


Tapi, andai hanya aku yang berusaha untuk menghindari dari disakiti, mampukah aku?


Jangan biarkan ia sakit ! Kerna bila hati ini disakiti, mungkin ia akan terus mati . 
Dan bila hati ini mati, tiada lagi yang boleh mengubati.


Kepada mereka yang sentiasa menyakiti hati ini, terima kasih aku ucapkan. Terima kasih kerna tak pernah tahu menghargai.. Terima kasih kerana mengajar aku untuk menjadi kejam dan terima kasih kerana menjadikan aku seorang pendendam.







# Tiada istilah 'touching' dalam hidup aku. Sekian.



Bye!

08 February 2012

Di mana Mak Ayah ?

Assalamualaikum..


Aku tahu hari ini Rabu. Malas aku nak diam membisu, sebab semalam dah cuti. Makan-Tengok TV-Makan-Tengok TV. Malam layan Vanilla Coklat. I loike ! Huhu. Ok, lari tajuk. Actually tajuk entry tu aku plagiat dari tajuk buku. Buku ni aku baca masa study dulu. Ditulis oleh lecturer aku sendiri- Dr.Suriati Ghazali. Satu-satunya buku ilmiah yang aku baca dari kulit depan hingga ke kulit belakang. *proud* ...  
And dua sebabnya adalah : 
1) Menarik sebab senang faham
2) Masuk final exam. WAJIB HAFAL. lol.

Aku bukan nak review tentang buku ni.Aku bukan nak find sape mak bapak aku. Tak, Aku kenal sape mak aku, aku tahu sape ayah aku. Fine. Aku nak share something ni. Perihal mak ayah.. So, tajuk macam klise je kan? Nice.

Aku keje kat sini dah masuk 9 bulan dah.. Kalau pregnant, dah sampai masa nak deliver dah. Ok, tak lawak. Customer aku selain remaja, orang tua, ada parents yang ada anak kecik pun masuk jugak. Dapat tak hint aku bilamana aku cerita PARENTS yang ada ANAK KECIK? Haa, ini masalah orang yang ada anak tapi tak tahu nak jaga anak. Semak.

Aku tak faham kekadang macamanalah diorang yang ada anak ni jaga anak diorang. Aku tak kahwin lagi, and of course tak ada anak tapi aku ada adik yang aku pernah jaga start dari diorang baby lagi. Budak-budak kan, memang la nakal. Diorang mana tahu yang mana salah, yang mana betul. Tapi, mak ayah  ni budak ke lagi? Bapak budak ada lah kan. Jaga la sikit anak tu. Ini tak, macam seronok boleh tengok anak AKTIF tak bertempat. Alahai.. Ada sekali dulu, budak ni perempuan. Comel.. Dia ikut ayah dia. Mak aiii... sikit punya nakal. Masuk sampai ke dalam kaunter aku. Siap conteng lagi report aku. Yang ayah? hanya mampu panggil je dari kejauhan. Ada ke budak besar tu nak peduli? Datang la amik kan? Last-last, aku sendiri dukung dia keluar. Haha.. Nak marah tak sampai hati..

Ada jugak datang laki bini, bawak anak sedozen. Pastu, dalam cc aku akan jadi macam funfair atau tadika. Bising gila. Sorang panjat CPU, sorang panjat kerusi, sorang menangis.. Jatuh habis mouse, keyboard segala.. Yang ayah dengan mak? Selamba dok online.. Kalau nak privacy, tak payah bawak anak keluar dengan korang lah. Tinggal kat rumah anak yatim.

Siapa yang bermasalah sekarang ni? Mak ? Ayah? Anak? Of course mak bapak kan. Orang ada anak, kau nak ada anak.. Tapi tak pandai jaga macam anak orang lain.. Anak aktif sangat tak kira tempat tak kira masa. Bahasa aku berlapik ni. Guna AKTIF. Ikut hati nak je guna buas macam rimau. Hahaha.. Tension kekadang. Nak marah, anak orang lain. Anak buah aku yang umur 2 tahun tu pun, nakal jugak. Tapi kat rumah nenek dia (mak mertua kakak aku) lah.. Kalau kat rumah aku, dia tak berani. Because mak tok dia (mak aku) garang. Haha. Belum sempat dia nak pegang benda, mak aku dah sound betul-betul tepi telinga dia. Muahahaha.. Jadi, dia tak berani lah..

Mak aku pernah cakap dulu, budak-budak ni diorang tak tahu apa. Yang tahu, seronok je. Tapi, mak ayah boleh ajar yang mana boleh yang mana tak boleh. Diorang mesti ikut kalau dari kecik kita ajar. Aku percaya. Sebab buktinya adik-adik aku. Diorang ni hero. Lagi la susah kan. Tapi rumah aku penuh je dengan barang perhiasan kaca. Dinding tetap putih tak ada pun kesan conteng ke apa.. Sebab mak aku garang dulu. Adik aku nak dekat dengan barang-barang mak aku pun tak berani. Sebab mak aku dah ajar mana satu barang nak main, nak lambung and mana satu barang yang kalau kau dekat, maka binasalah seluruh tubuh badanmu. Wakakaa.. Maka, adik-adik aku tak kan berani. Tapi nakal tetaplah ada. Biasa la, budak. Lelaki pulak. And dah besar ni lain pulak kerenahnya.. Sabar je la..

Ada sekali tu jugak, aku pernah tengok anak orang ni melalak nak apa ntah la.. Boleh selamba je buat tak tahu, macam yang melalak tu bukan anak dia. Si anak dah berenang-renang atas lantai. Alahai.. Susah betul. Kalau dah degil sangat tak tahu nak handle macamana, pang je sekali. Haha. Yelah, dah susah sangat. Tapi, mesti ada sebab kenapa budak tu nangis kan? Ala, kalau sikit-sikit dia nak apa, belikan je la. So that, tak ada lah dorang histeria tengah-tengah alam tuh. Balik rumah, bantai la cukup-cukup. Hahaha..

Aku macam nak menyeru kepada great parents di luar sana, (kalau mampu) sila lah mengawasi kelakuan dan tabiat anak anda. Jangan menyusahkan orang lain. Anak-anak kalau nakal, tak payah la nak usung ke hulur ke hilir sangat. Kalau nak usung jugak, didik betul-betul, so that tak lah membuat orang lain menyampah bukan kepada anak anda, tetapi kepada anda. Heh.

That's all for today. Hebat tak parenting skills for toddlers aku? Heh. Budak kecik ni comel, tapi kalau perangai diorang macam tak dapat nak control, dia akan jadi comot. Tanggungjawab siapa nak didik? Di mana mak ayah? Huhu..

Ok lah, jom kita layan lagu bawah ni. Aku tak dapat cari official video clip. Takpelah, actually aku bukan suka lagu ni sangat, aku suka drama ni.. Hewhewhew..  


 Layan aku tengok citer ni.. Tetiba rasa dah ready nak kawen. Muahahaa








#  Anak-anak ibarat kain hitam, terpulang lah kat mak ayah nak rendam clorox supaya jadi putih atau terus biarkan dia hitam macam tu je. Hahaha.






Bye!

06 February 2012

Orang Tak Faham Kita Part II

Assalamualaikum..


Seperti yang dijanjikan, sambungan. Heh. Ok, admit it. Semalam menaip dengan sangat beremosi. Aku terlalu banyak berfikir. Ditambah dengan orang sekeliling yang macam tak faham. Asyik nak menghentam. 
So, cakap sekarang. Perlu ke tak aku emosi?

Aku ada masalah. 3 hari lepas, aku nak balik kerja. Seronok jalan, sekali nampak kuda putih. (polis trafik la) tengah check motor orang lain. Aku tak sampai lagi kat motor aku. Aku selamba je la. Apa nak takut kan? Aku fikir aku ada lesen yang tak tamat tempoh lagi dan jugak roadtax yang masih lama tempoh untuk mati. Jalan lagi, nak sampai dekat motor, aku jeling roadtax yang tergantung kat kunci motor.. 
Nahhh haiiii... 09 JANUARI 2012. Ye, JANUARI.  Bapak gelabah. !!

Aku tak jadi pergi kat motor aku, aku buat u-turn jam tu gak. Haha. Aku relax dulu kat tepi, usha dari jauh der.. Haha. Ok, selamat la aku balik after that kan.

Aku pikir sepanjang malam, macamana nak renew the roadtax. Aku zero bab ni. Aku tak tahu pape. Tak pernah ada kenderaan sendiri. Pastu, tanya member2 aku.. Alamak aiii.. berapa banyak version yang aku dengar. Pegi kedai motor., pergi cari agen insurans, pegi terus post office, and ada jugak kawan aku yang agen insurans. Tapi tak boleh fix the price sebab office dia tutup that day ! Aku dah cuak. Tanya harga.. Banyak jugak amount yang besar2 aku dengar. Rm300, Rm200 lebih-lebih.. Rm100 lebih2.. Semua main ratus. Aku dok ingat Rm50 cam tu je. Hahaha.. Berganda lagi kesusahan hati. Dah la bab duit kan. Lagi laaa..

Dalam semak serabut tuh, aku kan blurr . Memang aku tak tahu pape langsung. Insurans banyak jenis mak nenek plak. 1st , 3rd party bagai. Ikut cc motor segala. Lagi laaaaa aku macam.... T________T.  Dapat banyak ayat yang menyakitkan hati, dah lah kita tekanan pikir macam2.. memang berangin.. 
'Nak senang, pi je agen insurans bla.bla..'  Masalahnya, senang bagi kau. Tapi bagi aku??? Agen insurans celah mana?? Nak pergi macamana? Aku tahu sangat la kan?? Bukan tak hargai suggestion dia, tapi cuba letakkan diri dalam situasi aku. Memang benda ni bukan benda besar, tapi bagi aku yang blurr ni BESAR SANGAT. 
Orang tak faham kita.

So, aku dok cuak tuh, last-last aku mintak tolong cousin kesayangan. Ceh, dia selamba je. Sok kita pi Post Office. La ni, hang pi tidoq. Dok diam. Haha.. Aku pun tido. (padahal tak boleh tido). And pagi tadi sampai lah aku kt post office. Ok, jom aku cerita pulak apa yang terjadi kat post office ..... (lokasi dirahsiakan).

Aku pergi awal. Jam 9 pagi dah sampai. Bapak ramai orang. Aku masuk je, dah mula orang pandang macam aku hantu penanggal. Tak ada kepala. Sial. Ok, takpe. Aku lawa kot. Muahahahaha.. Cover malu orang pandang2 macam haram kan.. Pastu, queue la kan.. Lama ni, tak larat berdiri. Tak ada nombor ke apa. Ada 2 orang je akak kerani. Ok, tunggu.

Then, sampai turn aku.

'Saya nak renew roadtax'

'Insurans ada?'

'Ada kot, ntah. Ni dia punya polisi..'  - Siap aku bawak segala mak nenek . Hahaha

'Oh, ni dah second owner kan.. So tak ada ncb la ni..'  ( apa binatang ncb ni?)

' Err..dia macamana ek? Berapa? ' - Terus tanya harga . Wakakaaka.

' Nak 3rd party ke?'

'Aah, saya nak yang paling murah.. '  Dasar kedekuttttt !

Dia pun buat la.. Dia bagitahu jumlah segala, aku bayar. Ok, MAHAL. Damn. Haha

Pastu, masa dia nak bagi roadtax aku tu, actually aku  dah pelik, kenapa roadtax aku tak ada no.plat motor aku. Aku diam je. Kang tanya kena marah. Sekali dia cakap,

'ehh.. tak nampak la pulak.. Ink habis ni.'

Kau tengok malang ke tak aku?? Time aku, segala benda nak habis la apa la.. Dia pun tukar la.. Letak yang baru apa semua.. 'kejap ye dik..'

Aku tunggu situ lama. Dia kena batal sistem dia, kena buat lain.. Arghhhhhhhhhhhhh!! Aku dah la rushing nak pegi kerja!!

Buat-buat tak boleh.. Sampai bangun dia dari situ, pergi call JPJ bagai.. Orang dalam post office tu semua tengok aku. Berapa ramai yang stuck belakang aku! Haha. Woi, bukan salah aku!

Lama aku tunggu, sekali dia bagitahu ada system error kat JPJ. Nak pergi JPJ atau tunggu diorang buat? Tapi, nanti kena datang semula lah sana.. T________T

Aku taknak pergi JPJ apa bongok semua. Aku kata, 'esok saya datang lagi, saya kerja ni.'

Akak kerani (nasib dia baik) tu amik no tel aku semua, nanti dia contact bila siap.

And tadi baru dia call bagitahu dah boleh ambil. Dah siap.

"Yuhanna, dah siap.dah boleh ambil ye."

'esok la kak, saya kerja ni..tutup pukul berapa?'

'Macam biasa, 5pm..Yang tadi datang tu siapa? Suami? Kalau tak boleh datang, suami pun boleh..'

'Haaa?? Eh, bukan2. Dia bukan husband saya. Dia sepupu saya. Hahaha..'

'Oh, sorry. Ok,sepupu tadi pun boleh..'

SAYA AMBIL SENDIRI esok. Sekian. Haha.. celaka. Apa aku nampak macam orang dah kahwin sangat ke? Dah la kau buat salah pastu selamba tukar status aku. Haha.  Aku nak kena berulang pergi pekan terpencil tu pulak. Alamakkkkkk ! Asal aku je yang kena? Orang lain renew tak ada masalah apa pun. Why me?? Orang tu tak faham aku kan?Dia tak faham yang aku susah nak bergerak banyak kali sini sana!!  Susah lah nak pergi banyak kali. Dah la aku tak pandai jalan sana. Adoiyai..

Malang kan aku? Apa lah nasib. Duit melayang pulak. Haha. Habis lari bajet aku this month. Bencikk taww.. Dengan masalah roadtax yang sepatutnya boleh siap satu hari, jadik dua hari. Damn. Aku rasa tahun depan aku dah taknak naik motor dah. Sekian terima kasih.


# Perlu mandi bunga buang sial. Kurafat. Syirik. Ok, Sila suggest aku kena mandi apa?  Muahahahaa


Bye!

05 February 2012

Orang Tak Faham Kita Part I

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam di seluruh dunia.. 
* selawat ke atas Nabi Muhamad S.A.W.*
_____________________________________________________

Mari mulakan entry dengan tiga frasa :

  • Susah Hati
  • Sangat Penat
  • Tekanan



Sekian. 



# aku akan update 'Orang Tak Faham Kita Part II' kemudian.



Bye !


04 February 2012

I miss that moment..

Assalamualaikum..

Hari ni, aku sakan dok sms dengan yan, dengan roomate aku.. Tetiba terkenang zaman study dulu.. Hampir 4 tahun menyulam hidup bersama rakan-rakan seperjuangan.. Susah senang, gelak tawa, sedih duka semua bersama.. Tapi lebih banyak ketawa aku rasa daripada berduka. Haha.. Yelah, duit beriban dalam bank.. Apa ada hal? Even aku duduk SP je pun, tak sampai 45 minit boleh sampai rumah kalau naik kereta, and 3 jam kalau naik bus-feri-bus, tapi aku jarang balik. Ya, jarang. Sebab aku lebih suka menghabiskan duit bersama kawan-kawan. Kehkehkeh..


Banyak sangat kenangan indah. Dari 1st year sampai la tahun terakhir kami sebelum masing-masing berpisah untuk menjalani praktikal. Sedih jugak. Escpecially, aku dengan roomate aku kan. Kitorang sebilik 3 1/2 tahun.Haaa.. bayangkan. So, dia dapat sekolah lain, aku sekolah lain. Ada jugak usaha untuk nak menyewa bersama (gigih walaupun sekolah kami jauh antara 1 sama lain).. Tapi, Allah dah tentukan segalanya, maka terpisah jua. Tapi, dia tetap datang rumah sewa aku. Kami tetap dapat melepak bersama walaupun tak la banyak kali.. Heh.


And yang aku paling rindu sekarang adalah aktiviti harian (bila duit dah habis) / mingguan (bila kaya tak sedar diri duit masih berkepuk dalam bank) kitorang iaitu masak memasak di dalam bilik. Haha. Bilik aku dah macam sebuah rumah yang lengkap dengan dapur. Cuma yang tak ada peti ais je. Kalau tak, memang dah lengkap sangat dah. Kitorang ada rice cooker comel, dapur comel, gas comel, dan stock makanan yang pun comel jugak. Haha.. Awal semester je, mesti pergi Tesco. Bajet dalam RM100++ seorang, beli la stock makanan selama 1 sem.. Huahuahua.. Macam laki bini. Haha. Beras 10kg, telur 1 papan, sardin bertin-tin, garam, gula, kicap segala mak nenek. Kalau nak makan makanan basah, e.g ayam ke ikan ke, kena la pargi Tesco tu at that time lah kan. And selalunya, aku yang akan pergi Tesco , sementara roomate akan standby kat bilik. Masak nasik ke apa.. ( tapi, dia selalu layan movie je sampai aku balik., hampeh).. Haha. and keseronokan ini akan berganda bila mana, geng-geng sekutu men'join'kan diri. Yan . Ya, yan lagi. Haha. Dia pun akan join jugak kadang-kadang.


Kitorang akan masak ikut selera masing-masing. Roomate aku akan request nak makan ini, maka dia yang request dia la masak. Haha. Yan, akan willing untuk masak sayur, and aku? haha. aku mana reti sangat. Tapi aku masak gak ok. Aku suka makan udang. Beli udang, letak kunyit dengan garam, goreng. Siap. Haha. Pernah sekali, aku dengan roomate aku je. Kitorang memang melampau2 masak. Tomyam 1 periuk, Ayam 4 ketul, 2 ketul sorang tapi gedabak besar, kerang lagi, sayur lagi., air asam lagi (aku buat ok, roomate aku suka kan mah? haha) pastu nasik 1 periuk...perghhhhh.. memang sangat syurga lah. makan sampai tersandar terbaring suma cukup. Hahaha.  Kami makan tak diam, siap tengok movie kat laptop konon TV. Hahaha.. Best !


Banyak lagi, tapi yang paling heaven adalah bila dapat makan bersama-sama . Heh. No wonder lah aku dulu gemok time study. Serious best. Beli baju ke, seluar ke, masuk je.. Just nice. Dah boleh jadi model. Hahahaha. Perasan. Mana tak nya, makan lebih 6 kali kot sehari. Asal terluang makan, makan dan makan. And aktiviti best lain adalah apabila awal semester duit biasiswa masuk. Perghhh.. Nikmat wa cakap lu. Haha.. Akan ada kawan-kawan yang sms, ' oi, duit dah masuk. p check..'


Kau tengok, jam tu jugak kalau boleh bangun pergi ATM. Hahaha.. And akan ada la kertas kecik aku pass kat roomate aku atau dia yang pass kat aku,

' oi, nak pergi Queensbay tak? '

' Bila? '

' Lepas ni lah. tak payah balik dah. Lambat'

' Tapi, ada class lagi kan pas ni..'  ( yang kaki cuak ni selalu aku lah )

' Ala, tak payah je pergi, bagi je la nama kat Ina ke Suki ke.. ( pastu sibuk la taip nama dengan no matriks pass kat kawan-kawan yang baik hati.. ) Wakakaka..

'Ok, tapi aku nak tengok wayang. '

' Karaoke jugak kat BJ ( Bukit Jambul ). .'


Muahahahahahahahahaha...  Situasi benda atas ni adalah dalam kuliah. Boleh ke nak fokus? Kau cakap sini. Haha. Jangan haraplah ye. Berdesup keluar tunggu bus lepas tuh..


Happy walaupun tahu benda tu sah-sah benda jahat. Ponteng kelas, pergi berjimba kat Queensbay. Haha. Ala, semua orang buat benda ni. Jangan nak berlagak kau top student sangat lah. Kau skema, tak payah baca blog aku. Muahaha..


Apa lagi ek kejahatan yang aku selalu buat dulu. Oh ya, ada satu lagi.. Kalau kelas pukul 8 pagi.. Gila babs nak bangun pukul 8??? Haha. memang terbabas. Sampai lecturer siap kirim salam berunsur warning lagikk, siapa tak datang class saya banned dari ambik exam. Kau ingat terkesan??  Tak ada makna! Haha. Nasib kami baik kot, tak ada pun kena banned ke hape.. janji hantar tugasan kan. Haha. Pagi2 buta ni, aku selalu je bangun.. Tengok sebelah, siap berselimut lagi roomate aku..

Sambil sebelah mata je bukak,

' weh, nak pergi ke tak kelas ni? ' - aku

' err.. kelas apa? ' - roomate celaka. Haha

' Sejarah bla..bla.. Dr. bla..bla..  Nak ke taknak ni? '

' ala, tak payah je la.. Jauh tu kelas dia.. Jom je la tido.. Ko sms kat diorang k. Nama aku sekali. '

Pantas je tangan aku taip nama penuh plus no.matriks KAMI BERDUA pastu sambung ZzzZzZz. hahahaha.

Sekarang cakap, layak ke tak AKU bergelar cikgu? Muahahahahaa..


Gila la kan kelas pukul 8? Dah la tak ada transport. Nak panjat bas sampai 2 bijik. Nak menapak naik jejantas tinggi melangit.. Seram. Baik tido. Hahaha. Kalau ada test pun, suruh je kawan tolong buatkan. Eleh, kata kawan. Hahahaha..


Ada lagi. Aku tak cerita lagi macamana kitorang pegi buat field work, pergi buat open house kat rumah lecturer, pergi annual camp yang damn, macamana perangai dalam class bila dapat lecturer buta, hahaha. dan macam-macam lagi lah. Nak citer sampai bila tak habis. Nanti lah ada masa aku update part II punya. KALAU RAJIN. heh. Aku kan pemalas. 



Ini yang aku rindukan.. Dah hampir 2 tahun kenangan itu ditinggalkan. Sumpah, ini adalah saat terindah.. Buat teman-teman seperjuangan yang membaca.. korang rindu tak dengan aku? Haha.. Tak? OK FINE ! Kehkehkeh.. Tak ramai yang membaca kan.. yang tak membaca ni, korang tak bagi impak sangat dalam life aku, sebab tu aku tak sebut nama korang.. Haha. Kejam. Apapun, i miss that moment .Really. T_______T



# Kalau lah pelajar itu adalah pekerjaan yang berbayar, aku akan bekerja sebagai pelajar sampai pencen.


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...