29 December 2013

Yang utama..

Assalamualaikum..

Hye peeps.. sihat? Hopefully, everything is under our control. Hari ni dah 30hb December. Maksudnya, ada lagi 1 hari lagi nak melangkah ke tahun baru. Ye, 2014. Bersamaan 1435H.. Masih awal nak mengucapkan bye kepada tahun 2013. Dan mungkin masih awal jugak nak ucap hello tahun 2014.

Apapun, aku akan review nanti untuk tahun 2013.. Macam sebelum2 ini.. huhu.. banyak yang aku dapat, banyak yang aku simpan.. dan banyak jugak yang aku buang...

Walaubagaimanapun.. (gile kau ayat buku..) aku mengharapkan satu permulaan dan pengakhiran yang baik untuk tahun 2014 ini.. Hmmm.. kurang yakin nak melangkah ke tahun baru ini. Kenapa?

Kemungkinan , banyak yang akan berubah.

Yang utama, umur.. yes, 27 years old. PEACE.

Yang utama jugak, perubahan status. ( in shaa Allah )

Yang utama lagi jugak, perubahan KESELURUHAN KEHIDUPAN ..


Maksudnya, semua yang utama ini adalah kebimbangan aku.



Ok, itu sahaja. memang aku suka post benda tergantung.







Love,
Ayu.




Bye!

21 December 2013

Hai.

Assalamualaikum..



Saya Sayang Awak.




Love,
Ayu.

16 December 2013

Diam ahhh..

Assalamualaikum..

Hye belog. Lama kan tak bersiaran. Seriously, aku busy. Busy buat benda2 bangang. haha. Ok la, kang aku ulas lelebih.. marah pulak .

Ermm.. cuti dah nak berpenghujung. Alahai.. memey rindu nak ke sekolah .. Rindu sangat. Sebab dok umah tak buat apa, rasa macam budak SPM dok tunggu result. Haaaa.. amekk kau.

Aku attend kenduri jugak. Yes banyak jugak. Tapi ada jugak yang terlepas. Maaf kawan2. Tak mampu. Aku kalau boleh nak attend semua. Haiii...

Ermm, kalau tengok kenduri ni. Tetiba rasa macam banyak sangat pembaziran. Tapi tak buat tak boleh. Kena buat. Adoiyai.. eh, kenapa sibuk cite hal kenduri? hahaha..

Aku bukan apa.. kalau duit berjuta tak apa. Tapi yang paling aku titik berat, pakaian, makanan and keselesaan tetamu. So, aku kalau kenduri, memang nak spend lebih part tu. Bab lain, tak apa.. simple pun tak apa. Haaa..

Ok la, malas nak cite banyak. Bab kenduri ni subjektif. Lain orang, Lain pandangan.


Nak kerja, malas pikir benda bodoh banyak sangat. AND semak jugak dikelilingi dengan mereka yang .....




Love,
Ayu. 

04 December 2013

" ... buat apa tu?"

Assalamualaikum..

Bergaduh macamanapun, sehari suntuk tak whatsapp, tak call.. at last, dia akan call. dia akan text. :)

"As salam.. ........ kat mana tu? buat apa tu? "

Sebab tu saya melampau..- katanya.

Terima Kasih. Tak pernah jemu dengan kerenah saya. :)













# Selagi dia mencintai agamaNya.. Amin.

29 November 2013

Happy Birthday to ME

Assalamualaikum..








Happy Birthday To You..

Happy Birthday To You..

Happy Birthday To You..

Happy Birthday To Me.






# Kita dah 26 tahun. Alhamdulillah. ^^

27 November 2013

Holidayku.

Assalamualaikum..

Hye! lamaaa kan aku tak menaip sini. Almost 2 weeks. Yes, kat kampung already. Memang pemalas nak bukak lappy and taip. Tak sabar nak beli Ipad. huahuahua.

Ok, enough mengarut. Actually, kat SP ni sangat panas. Haihh.. bukan mengeluh. Tapi dah setahun dok tempat sejuk. Makkk aiii, cabaran sungguh. Rumah aku pulak rumah taman. Memang jahanam tak ada sebatang pokok ke apa. Berbumbungkan langit semata. Huhu. Panas menggila.

Oh ya, aku demam. Alahai.. time bff aku kawen pulak tu. Alamakkk.. Pergi jugak, tapi dalam keadaan tak best la. aku tau nak lari balik aje. Nak pengsan sengala. Huuuu. :(

And she's so adorable. Sangat cantekkkk! Tahniah sayang! Athirah, the one yang aku sangat respect. Dia sangat low profile. Bercakap dengan dia, tenang sesangat! Best! And dia mudah semua benda. And feeling sad a bit, sebab pasni, dah tak bole la nak on call ngn dia bebila je. Huu.. Apapun, semoga bahagia ye sayang.

And apa lagi ek? Oh,cuti ni gak, banyak sangat benda kena buat. Memang kena buat dalam cuti.Sebab pada jangkaan aku, start je bulan 1, memang aku dah taknak pikir pape. Aku nak fokus kerja sahaja.
Sebab target aku tahun ni, untuk jadik lebih baik dari tahun sudah. Dalam segala tugas dan tanggungjawab. Hee..

Oh, macamana dengan hati? Jangan di tanya. Aku kan tak betol sangat. Hahaha. Ok stop.


Ok la, jom tengok gambar tyra nak? so sweet! And gambo aku? tak payah la. AKu demam, Buruk sangat rasa. *kalautakdemampunburukjugakkan*


SELAMAT BERCUTI ...











13 November 2013

Jangan Curang

Assalamualaikum..

' Awak malu ey ada tunang macam saya? '

Hahahahaaa.. Aku pernah tanya soalan ni kat Mr.A. Kes apa aku tanya, entah tak ingat. Aku kekadang kan macam ting tong. Haha. Tapi kan sebenarnya, kau tanya la semua jenis wanita yang bebetul wanita kat dunia ni, diorang mesti ada rasa yang diorang ni bukan la yang terbaik untuk pasangan memasing. Walaupun hakikatnya, diorang dah lakukan yang terbaik.

Itu lumrah Hawa.. Maka, mohon kaum Adam jangan pertikai.

Aku nak cerita apa sebenarnya ni? Bukan nak share apa kaum adam kena buat pada seorang wanita. No No No. Benda macam tu, subjektif. Lain orang Lain cara kan..

Actually, aku agak bertuah dapat 'kawan' macam Mr.A. Ye, tak payah nak sengih ye. hahahaa. Bertuah kenapa? Nak cakap macamana pun tak tau. Tapi, seingat aku berkawan dengan dia.. marah macamanapun, bila dia jawab call aku.. tak pernah lagi dia tengking dengan suara melebihi suara aku. hahahaa.. suara aku kuat dan nyaring yerr..

Mesti ada yang cakap, elehhhh.. tak kahwin lagi.. memang la.. Ye, betul dan tepat sekali. But guys, pelisss.. doakan yang bebaik.. In shaa Allah.. Korang pun dapat yang terbaik.. Aku tak mengharap ihsan di sini, cuma aku rasa.. tak salah kita sesama berdoa untuk sesama sendiri kan? Aku doa kau, kau doakanlah aku. ;)

Dan seingat aku jugakla.. sepanjang aku berkawan / berscandal dengan kawan2 lelaki.. hahaha.. tak ramai ye... aku bukan playgirl.. hahahaha.. aku tak ada lagi la problem melibatkan pihak ketiga . Means , clash sebab dia curang. Main betina belakang i.. Alhamdullilah. Tak ada. yang ada, sebab sikap. Itu sahaja.

And aku harap, pilihan aku pun sama jugak.. Tapi kan, kalau pun ujian itu ada.. Aku tak tau aku mampu buat apa.. Huhu.. In Shaa Allah, tak ada. Doakan jugak. AKu doakan kau.

Bukan apa, bila ada kengkawan yang kena tipu hidup2 gini, aku rasa macam... Eh, apa bangsat sangat korang ni?? Kalau taknak, jangan kawan. Apa la ... Jangan main2 dengan hati dan perasaan. Berdosa tau tak?? Kalau rasa bukan taste kau, jangan la cuba try. Kau dah bunuh semua peluang dia untuk bersama dengan lelaki yang lebih bagus dari si tolol macam lu. Haaa..

Aku pun pelik, apa jenis manusia la.. Kepada kengkwan aku, be strong ok. In Shaa Allah, dia dapat balasan.

And apa lagi ey, sepanjang melalui satu perhubungan serious ini, memang banyak sangat perubahan. Segalanya tak indah. Bukan macam dalam novel. Ada masa aku jatuh terduduk, ada masa aku makan hati, ada masa aku menangis sendiri.. Tapi, Allah gantikan dengan kesenangan cara lain. Sabar. kau kena banyak sabar dan muhasabah..

Alhamdullilah, akhirnya yang keruh, yang mendung akan pergi.. Walaupun ada masa dia akan kembali.. Aku bersyukur sangat ada tunang macam dia.. Alhamdullilah.. Aku tak kata dia sempurna segala2 nya.. tapi, kami sama2 melengkapi. Aku tegur, dia terima. Dia tegur aku terima. Itu yang penting dalam komunikasi.

Terima Kasih kerana tak menduakan saya.. (mana kau tau?) bisik syaitan.

Setakat hari ini, saat ini.. aku masih percaya dengan kejujuran si dia..

Dan aku akan terus percaya dengan kuasa Allah swt.

Terima Kasih jugak kerana tidak membelakangkan saya selama kita berkawan ini.

Terima kasih jugak kerana percaya pada saya.

Terima kasih kerana menjaga hati saya..

Terima lasih kerana tetap pandang saya walau saya berpaling.

Terima kasih kerana ada di 'sini'..











#May the shine, is mine.




Bye!

12 November 2013

Cuti

Assalamualaikum...


Hye. Sebenarnya lagi 2,3 hari nak cuti. Mood kelaut dah ni.. Huhu..

Nak cuti. Nak cuti.

Ok la, aku nak cuti. Bye.






# Mood tak ada. Bhahahhahahahaa..



Bye!

08 November 2013

Melayu or Meloya ?

Assalamualaikum..



Bilakah kali terakhir anda ditegur dengan senyuman yang ramah oleh penjaga kaunter tol atau supermarket di tempat anda?


Aku terbaca satu belog. Dan dalam belog itu ada satu entry bertajuk..IKEA dan SIFAT MANUSIA. Huhu. Sebab aku suka sangat dengan IKEA, makanya, aku baca sampai habis entry tersebut.

Dalam entry tu, blogger tengah compare kan IKEA di Malaysia dengan tempat dia tinggal, GERMAN. actually bukan lah IKEA yang nak di compare kan. Tapi sikap manusia.

Aku sangat bersetuju dengan penulis. Sangat2. Dan sebenarnya sangat kagum dengan orang German.. Macam2lah yang diceritakan. Memang lah bukan semua MELAYU ni teruk sangat, tapi dalam bukan semua tu, berapa kerat je yang bebetul OK? Sama jugak, macam orang German. Aku tak ada pengalaman ke apa. Tapi dalam setiap pembacaan berkaitan orang German ni, memang sikap dorang GRED A.

Kadang kita ni, marah sangat dok kutuk kaum sendiri. Konon nak perjuangkan sangat bangsa kita. Melayu ke yang nak diperjuangkan? bukan Islam? Ok, aku malas nak ulas panjang. Aku tak tau pape pn actually. Tapi kadang semakkkkk... Orang melayu ni kadang demand dia macam2. Kereknya macam2. Tapi pemalas. Tau nak sedap jer. Apapun takmau. Bila bangsa lain tindas, pijak .. tau nak kecoh. Kononnya, ni tanah kita. Diorang menumpang. Ye betul. Tapi lupa ke, Tanah ni milik siapa? DIA kan. bukan Melayu. Bukan bangsa lain. Makanya, yang perlu diperjuangkan agama DIA.

Sama jugak macam sikap. Berapa ramai Melayu yang prihatin dengan sense of human? Aku sendiri mengaku. Aku tak nak bangun dalam LRT bagi tempat duduk kat orang. Sebab aku malas berdiri. Hahahaha. Aku sendiri marah bila tengok bangsa lain dok bantai Melayu. Tapi, bila pikir balik.. berapa ramai anak melayu yang rajin? Kalau kat U, anak bangsa lain macam nak gila belajor.. Tak dapat biasiswa.. alasan diorang kaya. Tapi tak semua wey. Ada je yang miskin.

Tapi, anak melayu.. kau bagi biasiswa ke, apa ke.. ada ke yang bebetul grab the chance? Ada la.. yang dok melambak kat U skrg ni.. Yang selebihnya? melambak dalam pusat serenti. Seriously.


Ok.. itu jerk. huhu. Aku sebenarnya memang emo kalau citer pasal bangsa sendiri. Sebab aku semak tengok orang kita dok hingaq itu ini.. Berubah tak pun. Nak suruh boikot segala macam. Iye, tapi pikir semula.. Sapa yang benarkan benda ni semua berlaku? Kita yang bukak pintu, jemput diorang masuk.. Kita siap jamu diorang air lagi. Lepas tu, diorang pun rasa macam rumah diorang sendiri. Then, kita nak halau tetamu yang KITA JEMPUT  SENDIRI. Fikir semula.

Cermin diri dahulu. Kita ubah diri kita, diorang akan pandai2 blah dengan sendiri.




# Emo di hari Jumaat, Biasa bro. Hahahaaha



Bye! I LOVE IKEA !

05 November 2013

Hijrahku..

Assalamualaikum..

1stly, Salam Maal Hijrah.. 1435H. Tahun baru. Patut kena bukak buku baru. Tapi pada aku , dalam kena bukak buku baru, jangan tutup lempaq buang terus buku lama. Perlu semak semula nanti. Mungkin perlu rujuk jugak kemudian nanti. Kalau tak, kita takkan tahu erti sebenar penghijrahan.

Bercakap tentang penghijrahan, pengisiannya kekadang tak jelas. Bukan tak jelas dari segi agama, kita sendiri yang tak jelas. Sama macam aku. Kekadang rasa takut nak berhijrah. Kadang terpikir apa orang nak cakap. Kita manusia, mesti percaya mesti amik port dengan cakap orang. Yes. Tak boleh nak 'lantak' sangat. Sebabnya, hanya manusia lain yang boleh menilai kita.

Untuk itu, dalam tahun ni sahaja, aku banyak kali sangat ditegur,. Tentang sikap, tentang macam2. Ada yang aku dapat terima, tak kurang jugak aku melenting semula. Memang batak sangat rasa. Tegur2 aku. Macam kau bagus. Haha. Itu yang selalunya. Tapi, at last terima jugak. Tau sebab apa kita ada rasa macam tu? Yang pertama, EGO. Yang kedua, kita rasa why always me?? Bila kau pulak buat salah, bila aku tegur, kau pun tak boleh terima. Dah tu nak tegur2 aku. choiii sangattt.

Itu antaranya. Maka, atas sebab itu.. aku berjanji untuk terus terima segala kritikan dan kutukan denga amat terbuka lepas ni. (ye ke?) In shaa Allah.. kalau aku rasa aku mampu, aku sahut. Kalau tak, aku diam. And aku berjani jugak untuk taknak tegur2 salah orang lagi jugak.. Malas dah. Penat dah.. And satu lagi, aku nak sentiasa berpegang kepada....' Kadang2 manusia ni perlu kita buat bodoh je kat dia.. untuk dia belajar menjadi pandai...'

Sebab selama ni, aku sukaaa sangat tegur orang. Bajet macam kau bagus sangat Ayu.. Its just like, betulkan perkataan BI bilamana orang lain/ student aku salah sebut. Aku ada habit tu. muahahaa.. So, lepas ni tak perlu sangat dah kot. Pandai2 korang la..

Ok, itu sahaja. I have to move on ni. Nak ke KL lagi. Hantar my bro balik SP.. sedih pulak rasa. Dah seminggu dia dengan kita.. "(



SALAM MAAL HIJRAH.. sesamalah kita berhijrah.. Ajal maut entah bila.








# Buang yang keruh, tapi yang jernih jangan amik terus2. Tapis dulu.



Bye!

03 November 2013

Pengalaman Pertama

Assalamualaikum..

Mai nak cerita. Haha. Pengalaman pertama. Apa pengalamannya? Memandu di KL. hahahaha. Kau tau tak aku rasa macammmmmmm.... whoaaaaaaaa! Hebat kau. Hebat. Hahaha. Batak sangat kan?

Aku ni kan macam cuak tak cuak je memandu. Macam gila tak gila je. Lepas tu, aku macam tak konpiden sangat pun. Haha. Alkisahnya, aku amik mak aku kat Jalan Duta. Dari Lanchang.. homaigodddd ! Jalan dia bukan straight macam highway Penang - SP. Jalan pesen turun bukit liku2 gila ah. Tapi tetap lane kanan. Muahahaa..

Dalam 1 jam 15 min aku sampai. Tunggu mak kejap, pastu mak sampai ke KLCC. Pusing jugak cari KLCC. Sampai nak bebai. Haha. Waze ada tapi jahanam. Dok pusing merata. Tutup waze, ikut signboard. OK sampai.

Lepas menggila kat KLCC, kitorang move to Shah Alam. Amik adik housmate aku. Lepas tu, ingat nak pergi Uptown dia, macam gempak je, macam best je. Tetiba nampak signboard Icity. Ok, lalang. Terus, jom Icity. Muahahahaa. Batak.

Then, around pukul 11 lebih macam tu, nak gerak balik la. Bagi housemate bawak sat. Tetiba nampak macam melelong..Ok, akak nape? Mengantokkk.. Huwaaaaa.. Abeh saya la kena bawak ni? Ye la. Haha.

Aku tak konpiden sangat. Sebab sungguh buta memalam. Tapi, kalau tak drive, sapa nak drive? Ok, buat muka konpiden, terus la tukar tempat. Memang serius mental. Haha. Sebab 1st time. Sebab malam. Sebab tak nampak. Gagah jugak la. Jalan yang sama datang tadi. Homaigod.

Lepas tu lepak jap kat Petronas. Isi minyak. Kemudia gerak semula. Mak aku dari nak tido, terus segar bugar. Hahahaahah..

Akhirnya, selamat jugak sampai. Alhamdullilah.. Around 2 am...

Esoknya, adik aku cakap

" Ayu bawak kereta semalam macam orang gila "




Muahahhaahhahahaha. Kbai.








# Cite kat Mr.A , baru nak poyo , dia dah sound.. ' Memang la boleh bawak, tapi tak lepas lagi. Kena betul2 biasa dengan jalan..Baru boleh sensorang drive..' T_________T




Cuti 5 hari. Aku boleh nganga kat RUMAH KERAJAAN.



Bye!!




02 November 2013

Precious...

Assalamualaikum..




















# My Family My Soul.


Bye!

30 October 2013

Baca lagi ke?

Assalamualaikum..



Dulu, dia selalu baca belog kite.

Entah dia baca lagi ke tak sekarang?

Entah.

Tak Tahu.





# Kalau baca, mesti drop comment. :)




Bye.

29 October 2013

Emak.

Assalamualaikum..

Hai ! Penat! Kerja banyak gilaaaaaaaaaaaaaa!!

Dengan sistem down.. alahai.. :(

Nak cerita apa?

Tak ada.

Yang pasti, tengah tunggu mak kita balik.

Jaga kita !


Teheee..



# mak, balik cepat tau.


Bye!

26 October 2013

Yes You !

Assalamualaikum..





Aku buat keputusan, 

Tapi aku tak gembira.

Kenapa?

Sebab KAU.


 




# Kau rasa kau bagus?


Bye!

25 October 2013

My life My Heart

Assalamualaikum..

Ada peristiwa sikit hari ini. Tetiba pulak. Ermm. Selamat tak patah. Apa? Kaki. Cuai. Tapi aku dah berhati2 sangat dah. Selamat tak teruk. Selamat ada kawan situ. Dia tolong bawak pergi klinik. Tolong macam-macam. And nampak sangat risau dia. Sebab mungkin kami kawan. Tak perlu aku bagitau jantina apa dia. Apapun, terima kasih tolong saya tadi..

Stop la. Aku kuat. Tak teruk sangat pun.


Kuat? Ye ke?

Tadi pagi, masa drive nak ke Temerloh, aku dengar lagu ni..


Harapan..
Harapan Menjadi Layu..
Ingin Ku Bahgia Bersama..
Menjadi Kenangan..
Memburu Impian...
Masa kita... Selamanya...


Tak payah aku bagitahu kan lagu apa. Chorus ni pn dah tau. And tahu apa jadi kat aku? Tak semena-mena air mata aku gugur. Nangis ke kau Ayu? Entah. Yang aku rasa, hangat kat pipi. Tapi tak laju sangat. Sebab aku empang dari terus gugur.

Entah kenapa aku tersentuh tetiba. Jiwang kau ye?
Aku tak pasti kenapa. Yang pasti, ada satu rasa menyelinap dalam diri. Dalam jiwa. Aku rasa penat. Aku rasa letih. Aku rasa lelah.
Kenapa?
Sebab aku rasa aku terlalu mengharapkan perhatian orang lain. Bila aku guna perkataan terlalu, makna kata aku terpaksa berkorban macam-macam untuk dapatkan apa aku nak.
Aku tak menyesal. Cuma aku rasa, kenapa mereka-mereka ini terlalu kejam? Hoi, korang siapa?? Kenapa korang sombong di bumi Allah?
Korang tak pernah ye rasa terjejas? Korang terlalu selesa kan? Korang tak rasa kan macamana penatnya nak buat orang sedar kewujudan kita.
 
Actually, aku tak perlu kan semua tu.. Tapi, aku tak pasti kenapa aku masih mencari. Mungkin itu lumrah yang Allah dah cipta, dan aku kena terima.
Sejujurnya, aku nak bagitahu, aku sebenarnya dah berputus asa. Aku khabarkan kepada mereka yang aku percaya, aku nak buang semua yang aku ada. Bukan tak menghargai. Cuma aku rasa, mereka lebih selesa tanpa bayangan aku di sisi. Aku cancel kan semuanya. Aku buang jauh2. Kalau mereka masih perlu, pergi cari sendiri.


Itu sahaja. Aku tak emo. Ini belog aku. Kau tak suka, kau jangan baca. Kau kata aku menjaja? Kau jangan cari cerita.



# Kalau makan hati tu boleh gemuk, aku akan makan hari-hari tanpa 'miss'.




Masa ni, dia ni tak penat lagi.






Bye!

24 October 2013

Kadang bukak Kadang tutup

Assalamualaikum..

Today, i bercuti. Sempena birthday Sultan Pahang. :)
Bahagia, boleh bangun tido pukul doblas tengahari.
Pastu, makan. Pastu, rasa macam nak tidoooo je balik. hahaha

Ermmm.. pemalas ke aku? Kahkahkah.
Tidak kan? Kalau malas, mesti tak bangun2 dah.
So, nak cerita apa ye?

Erm.. jom cite hal kahwin?

Nak? Nak? Sukeww leteeewww..


Terus terang cakap, aku tak terdesak sangat pun nak berlaki.
Hahahahaha..
Lagi senang cakap, aku TAKUT !

TAKUT apa kau ?
TAKUT dipersia2kan.
Dibantai macam pencuri.
Dilayan macam sial.
Dimaki macam lembu.
Dibenci macam musuh.


Ini.



Kemudian, aku takut aku jadi sangat baik.
Baik sangat sampai menjahanamkan diri aku sendiri.
Baik sangat sampai laki aku pijak2 aku.
Baik sangat sampai aku macam tak ada fungsi .


Tapi,


Kalau aku baik,
Suami aku mesti baik jugak?
Kan?
Sebab,
Perempuan baik untuk lelaki yang baik.
Masalahnya,
BAIKKAH aku?


Bila orang yang kepoci busy body asyik tanya,
"bila nak nikah?"
"bila nak kahwin?"

Aku tak marah.
Malah aku macam bangga,
Sebab boleh kekal status BUJANG sampai umur aku 26, 27 tahun..
 Hahahahhahahaaha.
Kau Ada?

Tapi,

Aku dah bertunang.
Mana boleh mengelak.
Maka, aku cuba buka minda aku.
Fikiran aku, Hati aku.
Terbukak dah sikit.
Tapi, kadang2 dia macam nak tutup balik.
Taknak bukak sangat,.
Kenapa?



Kau fikir sendiri. Aku nak fikir benda lain pulak lagi.
Ada jawapan, kau drop comment kat dalam comment's box okeh.



Bye!



# Berikan aku kebaikan berumah dan bertangga.

23 October 2013

Are u serious Yuhanna??

Assalamualaikum..

Mohon ampun. Busy sesesesesesesangattttttttt! Bertengkek2.. Hoho..
Apa pun tak boleyyyyy!


Aku berkursus seminggu
Bercuti seminggu
Bermacam2 lagi berminggu2..
Hohoho !

Apa ye?

Ermmm..


Ada berita... Ada cerita...
Cuma,


Betul ke keputusan yang aku buat ni Ya Allah?



Ini sahaja setakat ini.




Nanti sambung lagi




Ok.XoXo




Take Care !



Bye !

11 October 2013

Doakan yang baik-baik.

Assalamualaikum..

Hai en.belog.. ;) Rindu kot. Sihat tak? Kalau tak sihat, sini i bagi u ubat ok. Hahaha. Gila dah..

Ermm.. Macamni lah cara aku hiburkan hati yang lara kekadang. Aku rasa lagi mudah , lagi selesa luah kat sini. Walaupun komunikasi sehala.. Ermm.. orang nak fikir yang buruk2.. silakan. kalau yang membaca nak mencanang 1 dunia pun, silakan. Aku tak ganggu kehidupan sesiapa. Maka, tolong biar aku hidup dalam dunia aku sendiri.

Lara hati.. Sejak dua menjak ini.. Tapi aku cuba bertahan. Aku kuatkan jiwa aku.. Kuatkan raga. Kuatkan segalanya. Aku cuba bertahan selagi terdaya.. Aku pun tak tahu aku bertahan untuk apa. Untuk lebih terluka, atau aku takut dengan bayang2 aku sendiri..

Sebenarnya, aku tak tahu apa ada dalam hati aku sekarang. Aku tak tahu arah tuju aku. Dah kelam. Tak macam dulu. Dulu,aku merencana macam2. Sekarang tak lagi dah. Yang ada dalam kepala aku..hanya satu perkataan..' Entahlah..'

Bukan aku sengaja nak berfikiran macam ni.. 'mereka' yang mendidik aku jadi macam ni. Mereka. Aku berusaha untuk terus kuat. Kadang-kadang aku terfikir, untuk apa? Sedangkan hati aku lara selara-laranya.. Tapi aku dah tak berani nak cakap dengan sesiapa pun... Aku takut.

Menyesal? Tidak. Aku tak pernah menyesal. Aku redha. Aku ikhlas .. Aku pilih jalan ini. Maka, aku takkan menyesal sepanjang umur aku. Aku kuat. Ye, anak Shamsuddin, mesti kuat.. Aku selalu terfikir, aku salah kat mana? Aku jahat sangat ke? Mungkin aku too much. Yeah, maybe. And aku rasa aku kena diam lepas ni. Aku tak berjaya nak buat orang lain jadik positif bila ada dengan aku. Kenapa?

Sebab apa? Sebab aku sendiri tak bagus mana.. Tapi aku dah cuba. Aku dah usaha.. gagal jugak..:(
And now, apa aku buat? Aku cuba perbaiki diri aku sendiri.. Dengan cara macamana? Hanya Allah yang tahu.. Alhamdullilah..makin tenang. Dulu, aku abaikan yang sepatutnya, sekarang aku dah berusaha untuk tidak mengabaikan lagi.. Yang paling tenang, bila kita dekatkan diri dengan Dia.. Hanya Dia.. Dia akan tolong kita..

Syukur, aku masih lagi mampu tersenyum tika berada dalam kalangan kawan2. Aku lebih suka menghabiskan masa di sekolah.. ada kawan2 aku.. yang aku boleh sembang, lupa kepada masalah hati ini. Bukan aku sengaja.. Aku perlu tempat untuk berbual. Untuk aku berkongsi.. Dengan seseorang.. Tapi, sekarang aku dah tak mampu.. Aku dah serik. Aku takut aku terlebih lagi. Aku takut aku tersilap langkah lagi. Aku takut. Maka, aku putuskan untuk diam..ataupun berkongsi dengan mereka yang lain. maafkan aku. Aku terpaksa..

Susah kan jadik Yuhanna? Aku pendamkan semua untuk kebahagiaan mereka. Depan 'mereka' aku ketawa, tersenyum. Supaya mereka tak susah hati. Tak apa..

Aku cuba menjadi yang baru sekarang. Bukan lagi yuhanna yang dulu. In Shaa Allah. Aku akan terus kuat melayari hidup ini sendiri.. Kalau apa yang dirancang tak menjadi, percayalah bukan aku yang berkehendakkan begitu.. Ketentuan Allah itu adalah yang sebaik2nya.. Namun, seringkali aku bertanya semula kepada diri.. 'Tak perlu berusaha kah?' Sesungguhnya, aku terlalu penat berusaha. Dan mungkin aku hampir berputus asa tika ini.. Maafkan saya.




Sekian sahaja.. Untuk apa sahaja, halalkan segalanya.. Maafkan saya.. Saya hanya seorang wanita..



 Aku mentari tapi tak menghangatkanmu
Aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
Aku sang bulan tak menerangi malammu
Akulah bintang yang hilang ditelan kegelapan
Selalu itu yang kau ucapkan padaku









# Doakan yang baik-baik.



Bye !

10 October 2013

Hidup

Assalamualaikum..


Bila kita mula terasa nak melupakan seseorang,

Kita kena ingat kebaikan dia.

Ye, Kebaikan.





# Dalam hidup bukan hanya ada senyum




Bye!

09 October 2013

Kuat.

Assalamualaikum..

Hai kawan2.. lawan2.. Hahaha.. Kau kenapa ketawa? Bagus sangat? Suka sangat?? Hahaha..

Aku baru sudah mengawas. Baca baik2 ok. MENGAWAS. Kang salah baca, jadik lain. Haha. Everything went well aku rasa. Seronok. 1st time pengalaman as a pengawas exam untuk batch PMR yang terakhir tahun ini. Syukur.

Tapi tak boleh share lelebih, sebab dia sulit. macam fail CSI. choiii.. aahahahaha.. Makanya, marilah kita bercerita benda lain.

Tadi, aku pergi bayar saman. Saman parking. Sebab lampi, confident parking taknak letak kupon padahal baru je beli, at last kena saman. RM5 je. Bukan duit jadi ukuran, dia masalah nak ke tempat pembayaran tu. Jauh oiii.. Nak taknak, kena pergi jugak la.

Dah settle tu, aku rasa macam nak blah balik je .Sebab sangat mengantok. Tapi, bila pikir balik, macam banyak kerja tak settle, maka, aku settle kan la. Aku pergi Tabung Haji. Memang dah lama aku nak buat pemotongan gaji nak menyimpan dalam ni. Tak menyempat. Even dah kerja almost 2 years. Rugi kan? Maka tadi pergi lah. Credit kepada akak tu, sangat2 baik. Aku kan lampi, Suka tanya macam2. Dia tak jemu pun menjawab.

Aku tanya tentang akaun aku yang dulu2. Masa kecik2 masa sekolah rendah, yang dapat tabung tu kan? Yang dorang datang sekolah lepas tu kau lambak duit syiling depan dorang. Hahaha. Ha, aku ada tau akaun masa kecik2 dulu. Pastu, aku taktau jadi apa dah kat akaun tu. Maka tadi, aku tanya la. Dia mintak ic lama mak. Cepat2 call mak. Mak cpt2 recall balik. Yeayyy.. Dapat. Dia suruh datang dengan mak untuk close akaun, pastu boleh tengok duit dalam tu. Aku rasa tak sampai 50 hengget kot ada. Sebab macam dah kosong dulu. Hahahhaha. Kecik2 dah pandai tau main duit.

Then, aku nak tanya pasal nak daftar haji macamana, tapi sebab dia macam busy. Maka, aku diamkan dulu.Kesian dia,hadap nak layan aku sorang. Pastu aku pun keluar la. Lepas tu aku pegi LHDN pulak. Bukak file untuk cukai pendapatan. Akak ni pun ok. Then, dia tanya macam2. Aku jawab, saya tak tau mende2. Hahahha. Senang. Pastu aku tanya, berapa banyak gaji kita yang dia nak potong? (dasar kedekut)
Dia cakap, nanti dia tengok tangga gaji. Aku kata macamana nak tau? Dia cakap, kalau gaji RM25k ke atas, ada la dia potong brapa2.. Ok diam. RM25k ?????? Hahahahaha. Jauh lagi tu. Keje sampai mati pun jangan harap.

Settle tu, aku pergi kedai. aku pergi petronas. aku pergi macam2. Haha. Lepas tu aku balik. Settle. Aku sangat otai memandu. Atas highway tadi. 170KM/j. Sekian.

Lepas tu, aku sampai rumah within 15min. Hahahhahaa.. Laju kan? Dengan spek hitam. Dengan radio kuat gila. Dengan tingkap aku bukak laju2. Best kan? Aku memang camtu sekarang ni. Konon nak feeling. Pastu, orang msg, orang call, apa kebenda tak dengar. Hahaha.



So itu sahaja. Ok la. itu aktiviti aku today. Aku rasa sangat berdikari tau. Kau ada? Hahahaha. Poyoss.






# Kau perempuan, tapi jangan lemah. Summayah pun kuat.



Bye!

07 October 2013

Hobi.

Assalamualaikum..


" Ada ke orang baca belog kau? '


' Tak Tau. '


" Dah tu, buat apa buat belog? "


 ' Sebab, aku suka menaip..'


" Tapi, tak ada orang baca kan.."


' Aku tak pernah terfikir buat belog untuk buat orang lain isi dalam buku biodata ruangan hobi : Baca belog ayu '




Diam.





# Sekian, assalamualaikum..



Bye!

06 October 2013

Mati.

Assalamualaikum..


Tau tak apa kesukaan aku?

TENGOK WAYANG !

Aku boleh mati tak tengok wayang dalam tempoh sebulan.

Maka,

Sekejap lagi nak pergi tengok BENCINTA.

Aku suka FK.

Sila jangan kutuk.

Eh, semalam aku baru je tengok KL GANGSTER 2.









# Farid, kita dating kejap lagi ey. Jangan bagitau Diana ok. Kehkehkeh




Bye!

05 October 2013

Precious...

Assalamualaikum..

Hye peeps .. :)

Aku baru selesai menanda kotak2 kecik.. PBS. hoihhhh.. bapakk banyakkkk.. baru aku tau susah. haha
Ermm.. takpe, tak baik merungut. Kerja kan. Buat jugaklah selowww-selowww..

Nak cite ape? Tadi ada student aku call. Tanya pasal laman web nak apply sekolah teknik. Then,dia cakap.. boleh jawab soalan Geografi.. Alhamdullilah. Semoga berjaya anak. Ramai jugak yang cakap ok. Memang senang pun tahun ni.. Tak paham kenapa time aku dulu bapakkkk susahh aku rasa Geog ni. Siap dapat B. hamekk kau. Tapi jadik cikgu Geografi. Sekian terima kasih. ahahhahaahaa

Bila anak ni tadi tanya nak masuk sekolah teknik macamana, aku tetiba teringat zaman PMR aku dulu. AKu langsung tak bercita-cita untuk masuk sekolah teknik. Sebab apa? Sebab aku tau, aku sangat lampi bab-bab teknikal ni. Aku lebih rela membaca. Menghafal berjela-jela dari bekerja dengan mesin-mesin dan kerja-kerja praktikal. So, aku memang langsung tak apply untuk sekolah teknik. But now, dah dipanggil kolej vokasional kan? Dah maju. Baguslah untuk mereka yang memang berkemahiran selain daripada teori sahaja.

Seingat aku, masa aku PMR ...sangat susah. Bukan subjek tu yang susah (subjek pun ye jugak..eh, lalang).. Yang lagi susah adalah kehidupan aku. Masa tu ayah aku sambung study. Apa lagi, gaji separuh la. Then, bagi menampung keluarga.. mak berniaga. Depan jalan dekat rumah taman. Dekat Tanjung Malim. Yang tinggal dengan mak masa tu, aku dengan adik2 je. Adik kecik lagi.. So, aku la kena tolong mak. Ayah kadang-kadang je. Dia ada kelas.

So, masa aku tingkatan dua, sekolah petang..mak berniaga pagi. Nasik lemak, kuih, and so on. Memang lumayan. Berniaga kan.. Memang banyak duit masuk.. Tapi penat la. Aku kena bangun pagi2. Tolong semua. Berniaga sampai pukul 10 pagi. Kemudian, aku balik tidoooo sampai kul 11. Bangun siap2 nak pegi sekolah. Itulah selama setahun.

Naik tingkatan 3, mak berniaga petang pulak.. Macam2 lah.. Tempat yang sama, tapi waktu berbeza. Mesti pelik kan kenapa bukan mak berniaga sendiri2 dia. Tak boleh, ada adik2. Plus, mak tak cekap sangat mengira duit. Sebab tu dia tak berani. And sebenarnya, aku sangat cekap mengira duit. Hahaha.. Memang laju. Aku congak je. Aku rasa, sebab tu jugak aku dapat A matematik. Skill mengira diasah di situ.

Masa tingkatan 3, aku siap bawak buku duduk tepi jalan tu. Study. Kerja sekolah aku buat malam. Kat tepi jalan tu aku buat latihan je. Semua subjek. Susah kan? Tapi demi nak cari rezeki, terpaksa la. Malu? Memula memang la.. Tapi dah lama2, aku dah lali dah. Situ, jauh dari rumah kawan2. Makanya, tak ada la yang tahu. Sorang dua je. Lantak la. Aku bukan mencuri. And sejak berniaga tu la, aku pergi sekolah bawak duit RM10 sehari. Hahaha. Kaya kan? Tapi tak la guna semua. Simpan jer...

And masa PMR, mak stop kejap berniaga . Bagi laluan aku fokus nak exam. Alhamdullilah, aku tak gagal. 6A 2B. B- Geografi dengan Sains. Aku menang bukan otak Einstein. Tapi tak paham kenapa aku boleh jadik cikgu Geografi. Aku A untuk BI dan Matematik ok. Huahuahua. Bangga gila bangang!

So, bila nak bercerita kesusahan bebudak sekarang, aku macam nak suruh je dorang berhenti sekolah. Korang duit banyak, hp ada, motor ada, semua ada. Tapi pemalas ! Nak bawak buku pun malas. Semua lambak bawah meja. Macamana ye nak bagi korang sedar betapa pentingnya ilmu ni? BM pun tak boleh lulus. Nak dapat A , apatah lagi. Tak, bukan nak suruh korang terer sangat. At least, sedar. Kalau ada kesedaran tu, In Shaa Allah, yang lain2 cikgu2 kamu ni boleh bantu. Ni tak sedar diri langsung. Nak suruh pergi kelas tambahan pun jenuh berhambat macam lembu.

Aku pernah sampai satu tahap, rasa nak menitik air mata. Sampai aku cakap,'Saya kekadang confius, saya bercakap dengan manusia atau lembu sekarang ni..' Haaaa.. sampai ke tahap tu.

Anak2, sedarlah.. Cecikgu ni tak nak pun duit korang yang berkepuk2 tu. Simpan ye. Kami tahu korang tak payah sekolah pun mampu beli hp Note III. Tapi, setakat pakai hp NOTE III, tapi aplikasi dalam BM, nak buat apa. Bukan nak perlekeh BM, tapi sah2 korang tak paham bila guna BI kan????? Tu cikgu suruh belajar. Supaya ada sikit ilmu di kepala, mata dan dada.. Haihhh..

Alhamdullilah, berkat aku dok tepi jalan berniaga, sekarang ni aku pulak yang berhenti tepi jalan beli kuih dekat orang. Aku tak pernah lupa kesusahan aku dulu. Sampai tak makan 1 hari sebab tak ada duit. Makan pun berebut2 dengan adik2.. Tak apa. Kasut sekolah, baju sekolah tak berganti 1 tahun. Buruk ke, koyak ke, sepatutnya baju kurung sekolah warna putih, aku punya baju warna kuning, pun takpe. Pakai je pergi sekolah.. Ni masa mak tak berniaga lagi. Susah, Duit tak ada. Masa berniaga pun susah dari segi masa. Tak cukup rehat. Aku balik kena curi2 masa nak buat kerja sekolah, nak siapkan folio,, nak ulangkaji pelajaran. Sebab tau ada tanggungjawab lain. Alhamdullilah...

Bukan nak bangga riak takbur. Tidak. Aku sebolehnya nak bagitau bebudak aku, korang tau tak erti kesusahan macamana? Ya Allah, bukakanlah pintu hati mereka2 ini... Korang tak pandai pun takpe. Tapi ada usaha. Nampak cara nak belajar, Cikgu mesti tolong.. Percayalah..

So, ini sahaja aku nak share. Aku tak kata aku bagus .Tapi aku rasa aku dah mampu nak bernafas sikit sekarang. Walaupun sebenarnya sekarang aku masih lagi susah... Ada lagi benda yang aku kena tanggung. Tapi at least, aku belajar menjadi seorang wanita yang sangat berdikari. Ye, aku memang mengaku yang ni. Aku buat kerja semua sendiri. Menguruskan kehidupan sendiri. Aku servis kereta sendiri, aku pergi bank sendiri, aku pergi KL sendiri, aku pergi naik turun beli barang sendiri, aku selesaikan segala macam kerja sendiri. Memang nampak lekeh.. tapi duduklah di tempat aku. Kau akan tahu. Tak apa, aku dah biasa. Sehinggakan orang kekadang pandang aku macam perempuan yang tak takut semua benda. Tak, aku masih lagi wanita yang penakut. Masih perlu pertolingan orang.. terutamanya, nak balik SP. aku masih takut. Walaupun aku dah berani tekan atas higway 170 km/j. Muahahahaha.

Ok, itu je. Penat dah menaip. Nanti jumpa lagi.. Ingat, hidup kita ni bukan hanya perlu bergantung pada orang. Selagi terdaya, buat semua sendiri. Sebab apa jadi pun nanti, tak ada sesiapa berani tuding jari.








# Have a nice weekend.



Bye!




04 October 2013

Save or Cancel ?

Assalamualaikum..










Menangis kemudian tertidur...






# Sebab tu aku taknak ingat pada kenangan.




Bye!

03 October 2013

:)

Assalamualaikum...

















Bye !!

30 September 2013

Saya tak manja

Assalamualaikum..

Hye belog tersayang.. :) Hari ni dah sekolah semula. Rasa lama sangat tinggal sekolah. Dah seminggu tinggal kan. Dari Rompin terus balik ke SP. Heaven!

Ermmmmmmmmm... nak taip apa? Nak share satu benda. Hee. Tadi mintak mak masak. Aku lapar gile! Aku masak nasik yang sejemput jer tu..(beras lama dahhh tak beli). Then, goreng ikan bilis. Pastu blurr nak makan dengan kuah apa. Apa lagi, panggil mak la.

"mak, masak sat.. buat kuah.." (muka seposen)

Mak pun masakkan masak asam. Telur. Untung ada mak. :) Thanks mak. And mak cakap,

'ishh.. esok ni dah kahwin macamana? takkan nak suruh mak jugak masak?'

Alahai.. sedih terus. T_____T

Mesti la nak mak yang masak jugak lagi. 26 tahun hidup dengan masakan mak. Aku tak manja. tapi aku memang rapat dengan mak. gaduh pun dengan mak. Baik pun dengan mak... alahaiii... sebak.

Cakap hal kahwin, ermmm.. dah ada minor discussion dengan mak. Alhamdullilah. Macam baik aje responsnya.. Tapi aku tau, mak berat hati nak lepas aku. Sebab aku pun berat hati nak tinggal mak.. Nanti aku dah kahwin, mesti kena ikut cakap suami. Tapi aku harap, suami aku nanti paham dengan aku. Bahawasanya aku ni sangatlah bergantung kat mak. terutama bab makan. ahahahahaha

Bincang dengan mak hal kahwin, mak bagi banyak idea. Aku kalau dapat nak melunaskan segala hajat mak. Tapi ikut kemampuan aku lah. In shaa Allah aku cuba tunaikan. Aku anak terakhir arwah abah dan anak bongsu perempuan. Semestinya berbeza sikit dengan kakak. So, aku sedaya upaya memahami hajat mak. And aku harap, bakal suami aku nanti pun akan turut sama membantu dan beri sokongan.

Tapi aku ada perancangan lain. Aku nak sambung Master, hujung tahun ni. Aku dah berhajat, nak ada Master sebelum umur 30. Makanya, kalau aku sambung umur 27, umur 29 aku dah ada Master.In Shaa Allah.. Tapi, boleh ke aku?

So, tengah memikir2 lagi ni.. Nak sambung dulu, atau tangguh dulu.. Atau kahwin dulu.. Atau tangguh jugak dulu..Atau kedua2nya sekali?  Pening den mikirr ehhh.. Ermm.. kene isthikarah. Sekarang ni, keputusan dekat tangan aku. Aku kata YES. YES la everything.Aku kata NO.. nobody can decide for me.

Aku ni kena ada orang push. Bangsa lampi. Haha. Kalau harap aku, memang aku wat derkkk selenge aku je sampai sudah.Kena ada tekanan, baru aku bergerak. Huhu.. So, sesiapa yang berkenaan, silalah tolak aku ke hadapan..

So, itu sahaja. Ini post caca merba.. Aku taip apa ada dalam kepala aje ni. Tak suka, jangan baca. Suka, komen.Komen kat tempat sepatutnya, jangan jaja merata.Aku tak tau hujung pangkal cerita. Eh? Pantun? Hahahaha.. peace yaw!

Itu sahaja..  nanti kita sambung lagi. Sekali lagi.. Saya tak manja . Saya tak manja.. (Gaya Jep Sepah parody). Muahahaha. dah2 lah menganjing orang. Kena saman, padan muka kau Ayu, Hahahaha.





Ni haaa.. budak tak manja ni.. huahuahua..





Take Care Peeps,

Bye!

27 September 2013

Program Transformasi Minda

Assalamualaikum..

Kita baru balik dari Rompin Pahang Darul Makmur.
Sempadan Johor Darul Takzim.

Ok, nnti kita cite ye.

Sekarang nah tengok gambo.

Kita nak balik SUNGAI PETANI ni.

Tau, gila.

PENAT oii!













Alahai.. kenangan yang takkan mungkin aku lupa. :)

20 September 2013

Lelaki selalu lupa.

Assalamualaikum..











# Lelaki selalu lupa. Kenapa yeh?



Bye!

18 September 2013

Dia boleh?

Assalamualaikum..


Satu soalan sahaja.

Kenapa dia boleh?

Kenapa aku tak?

Siapa dia?

Dan...

Siapa pulak aku?





# Kau sangat CEKAP menyakiti hati. Syabas untuk kau.


Bye!

17 September 2013

Hari ku.. :)

Assalamulaikum..

Kembali semula ke pangkal jalan. Huhu. Semalam cuti Hari Malaysia. And today, back to work. Alahai. T_____T.  *masihdalammoodcuti*

So, apa yang kita buat sepanjang2 cuti ini ? Ye, meronggeng sampai habis segala duit simpanan. Hahaha. Terukkk kannn? Sangat. Sebabnya,kite keje penat2.. Tak da langsung masa nak enjoy. So, cuti ni guna dengan baik. BAIK SANGAT.

Aku pergi berjalan. Pergi makan. Pergi shopping. Pergi tengok wayang. Pergi bergaduh. eh? Hahahaha.

So, hasilnya, sangat banyak. Perut kenyang, hati manyakkkk senang. SENANG KE?

Tak, kalau tak shopping tak senang. rasa macam berdosa kepada diri sendiri pulok. ekekeke.

And aku sempat singgah nilai 3. (tak singgah sangat actually, memang plan nak pegi.) Cari 2,3 pasang kain. Nak  buat baju kahwin ey? TAK ! Nak pakai pegi keje. eekekeke. And kain nak pakai kenduri my BFF bulan Nov  nanti. Dapatlah.. Then now pening nak wat fesyen apa nak letak lace macamana patch ke apa. Choiiii sangat!

Jenis kain taknak letak sini gambo. Kang tak suprise. Haha. Pulun tau Pulun!

Kite layan gambor lain eyy..

Tadaaaaaaaaa!!






Kenapa gambo makanan? Entahlahhh.. aku sukaaa makan. Walaupun sikit. Suka.Suka.Suka. So, ini SUKU sahaja. yang lain tak sempat dah haihhh nak snap. Selamat dalam perut KECIK guweee... keciklaaa sangatt


And gambo yang tak censored bawah ni.. hahahahahaa.. Nak gelak. Alolololo tomey2.. ini Mr.A bagi. Present katanya.. hahahaa.. padahal kena paksa. Nak suruh kiteww jadi gegurl letewwww.. Hakhakhak.
Btw, THANK YOU Mr.A. Usaha yang baik untuk menjadikan i wanita sejati. Hahaha. Good Try anyway. Ok2, sopan. Tak kasaqq dahh.. T______T



As usual, lats but not least, jomlah memoyo tang baju.. lalalalalaalala...

RESPECT


Kepada lelaki sebelah berkaca mata, TERIMA LAH KASIH... Kasih siapa? Kasih saya.. Kekekekeke




Ok la, stop2 lah membebel. Oh ya, Nak mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali saya, dari dulu, atau yang baru sahaja mengenali.. atas sebarang kesalahan saya, yang sengaja atau tak disengajakan..AMPUN DAN MAAF saya pinta. Andai ada terguris rasa.. saya menulis bukan kerna nama. Bukan kerna apa, kadang2 apa yang terjadi ada hikmah baik kepada yang terkena atau yang mengena atau apa sahaja. Sekali lagi.. Maaf dari hati kecil saya... PEACE yaw!



Bye !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...