03 March 2012

Benda yang aku benci orang lain buat bila tengah 'sms' dengan aku.

Assalamualaikum..

Actually, aku malas gilerrr nak menaip, nak bercerita sini hari ni.. Aku tak sure mood aku today sama ada i'm good or in bad mood. Hahaha. Teruk.

Aku busy jugak hari ni. Awal bulan, memang sibuk. Segala mak nenek report orang datang nak photostat. So, minggu awal ni, kaki aku akan kejang di depan mesin photostat. Heh.

Nak cerita apa ya? Ermm.. Ha, ada. Aku nak share perkara yang paling meng'annoying' kan time aku ber'sms'..  Aku kan suka meroyan. Haha. Silap sikit, melenting.. Now, i tell u what it is yang membolehkan aku langsung tak reply msg orang tuh.. Muahahaa.. Poyo !


1) Aku tak suka orang balas msg aku hanya dengan menggunakan 'OK' atau 'K' . Tak kisah kau sibuk, kau malas, kau apa, daripada nak reply 2 / 1 aksara ini sahaja, aku nasihatkan simpan credit tak payah reply langsung. More better. Serious aku tak kisah. Baik diam je and i know kau nak tamatkan text dengan aku. Huhu. Aku jarang buat macam ni kat orang unless bila aku marah/sakit hati/ nak menyakitkan hati orang. Hahaha. Aku suka tulis panjang-panjang. Memanfaatkan bilangan huruf yang diperuntukkan oleh hp masing-masing.

2) Aku sangat tak suka orang reply msg aku lambat. Hahahaa. Which is actually aku tahu, dia tak busy pun, tengah tengok tv je pun, tapi gagah nak ber'sms' jugak, lepas tu lembab macam siput sedut nak reply, nasihat aku, simpan hp, tumpukan pemerhatian dekat TV. Habis tengok tv, continue.Kalau betul-betul tengah busy ke, ok takpe. Sebab aku pun kekadang macam tu jugak. Bila bz, aku tak dapat nak reply at that time lah kan.. So, ok...

3 ) Aku tak kisah orang nak reply ke tak last msg aku. Maksudnya, actually dia dah tak nak msg, then dia hilang senyap macam tu je. Aku ok. Haha. Seriously, sebab kadang-kadang aku pun terus diam macam tu jer.. kehkehkeh.. More better dari reply OK sahaja. what the.....


4) Aku benci sangat, bila aku taip panjang berjela, tetiba orang boleh balas sepatah. Or bila aku cakap satu hal which is aku excited lah kan orang tu mengembangkan cerita aku, tetiba dia selamba badak boleh change the topic then langsung tak respons apa yang aku ceritakan tadi.. Padahal aku punyalah excited. celaka.


5) Aku benci bahasa sms, ada banyak huruf W. Damn it. Main-main, melawak-melawak, ok bereh. Masalahnya, kalau dok guna benda tu as your sms way, aku macam nak cakap, 'sorry wrong person lah kau nak guna banyak huruf w when texting me..'. Eee.. geli gila. 'kitew sukew awak'.. 'napew ni?'.. and paling benci, 'dah mam kewww?' .. Sila pi mam***  la jawabnya! Damn!


Lastly, aku faham, memang sms itu adalah short message service. Ada pro and cons.. And memang tak boleh nak expect orang text kita in a proper way pun kan.. Tapi, kadang-kadang ada benda yang kita tak boleh nak cakap secara lisan, jadi alternatif lain adalah secara pembacaan di skrin hp. Maka, manfaatkan sepenuhnyalah.. Aku kadang-kadang tak suka jugak nak text sentiasa..Kalau benda penting, more better terus call kan.. So, terpulang kepada tuan punya hp memasing.. Kalau yang pakai prepaid, sms adalah murah. Kalau maxis user, youth club macam aku, (youth sentiasalah kau..LOL..) sms maxis-maxis , 1 sen jerrrr... Murah kan? Sebab tu sms adalah medium terbaik untuk merapatkan silraturrahim.. Muahaha. Tapi, kalau anda yang guna postpaid, so ok.. Boleh lah call lama mana kau sukaaa...  :-)

Ok lah, ini lah entry merapu aku for today. Tak habis nak warning orang apa yang aku tak suka. Apa yang orang tak suka tak ada diorang warning aku pun? hahahaa... Aku percaya satu benda, kalau kita tak suka orang buat macam tu kat kita, maka kita pun janganlah buat macam tu kat orang. Masalahnya, berapa ramai yang berfikiran macam ni? T______T


# Motor pancit pulak...  :(   Kalaulah ada kereta... lalalalala...



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...