18 February 2012

Sila ubah perangai , Ayu.

Assalamualaikum..

Nak kena ubah banyak benda ni. Heh. Hari ni saja aku dok cari pasal dengan orang tak sudah. Silap orang tu sikit je kot, aku over. Haha. Sorry ok. Aku memang macam ni. Tapi aku tak marah pun. Just kadang-kadang sikap aku yang terlalu berterus terang, rupanya menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain. Sorry again.


Kadang aku rasa aku tak serious mana pun. Tapi tetiba tanpa sedar aku dah text / call orang tu dan membuatkan dia macam tersalah faham. Heh. Sorry. Aku lepas laku, lepas cakap. Kadang-kadang je ok. Haha. Aku macam nak setuju dengan iklan Celcom yang 'Saya cakap macam ni, Dia Fikir macam tu....bla..bla..'  (iklan celcom harus purple)  ke apa tah, yang kat TV selalu tuh.. sudahnya, kena call. Heh.


Tapi, aku tak bermaksud. (yelah, takkan nak kata kau betul-betul maksudkan kan?) Aku kadang ingat semua orang macam aku. Tapi, sebenarnya tak. That's why aku boleh buat selamba badak je.. Haha. So, from now on, macam kena ubah banyak sikit lah perangai yang huduh ni. Hewhewhew..


Then pagi tadi, aku nak jugak buat perangai lagi. Aku betul- betul tak kenal sorang mamat ni. Actually dia kawan aku. Ok, kata kawan tapi tak kenal. Sebab, tak pernah jumpa pun. His sis, is my friend. So, kawan atas angin alam maya je la. Huhu. Aku kan annoying. Dia masuk cc, macam gangster. Hahaha. Sorry kepada insan yang dituju. Hahahaha. Serious aku malas nak layan. Sebab aku macam, 'eh apa mamat ni macam poyo sangat? ' Padahal dia kenal aku ! Hahahaha. Memang patut dia macam tu. Aku yang tak ok. Aku dah malas nak layan sangat. Dia suruh laminate ic, aku macam malas-malas , 'erm yelah, jap g saya hantar..'  Aku photostat semua benda, boleh selamba tak perasan.. sekali tengok alamat, ehhhh macam familiar ! Nah! haaaha. So, sorry ek. I really-really-really tak dapat notice that's you tadi. Hahaha. Pastu, aku dah senyum-senyum. Tu lah, sombong berlagak poyo lagi. Muahaha..

Ada lagi ok. Ada tadi sorang minah cantik ni, dia keje dalam kompleks ni jugak lah. Tak payah aku nak mentioned company mana dia keja. Kang 1 SP pergi cari dia. Dia lawa. Ok. Haha.. Semalam aku photostat kan dia punya i.c . Then, siap semua aku letak dalam 1 sampul. Masa dia datang ambil, dia dah check semua sijil dengan i.c dia sekali lah. And for sure, memang aku letak i.c dia dalam tuh. But tadi dia datang tanya aku ada ambik tak i.c dia. Aku cakap tak ada. Aku letak semua dalam envelope dia semalam. Dia cakap tak ada. Cari kat rumah pun tak ada. So, how? How what? Aku tanya. How I know? Haha.

' Sure ke awak tak ada hilangkan apa?'
'YES. Very Very sure. Saya dah letak dalam evelope semalam tu. Memang ada dalam tu.'

' saya cari kat rumah tak ada pun. Memang tak ada.'

' Maybe jatuh kot, Kan awak dah check semalam before keluar from my shop? '

' Tak ada pun.. bla..bla..'

Aku tak dengar dia cakap apa dah. . Aku bz. Haha. Eh, aku tak ada amik pun ok. Dia yang salah letak ke apa. Sebab takkan dari  pagi semalam aku photostat, baru dia sedar hari ni i.c dia hilang? Benda penting macam tuh, takkan boleh lupa kan?

Ingat aku diam je? Tak boleh aku. haha. Dia macam nak blame aku lah sebab dok tanya banyak kali kan. Aku pergi terus kedai dia tadi. Haha. Tapi dia tak ada plak. So, aku suruh kawan dia call tanya dia macamana. Dia cakap tak jumpa. Then, aku explain kat kawan dia, memang tak ada kat aku pun. Ape kes kan? Huhu.. Jangan main-main dengan aku.Aku tak salah, aku pergi terus cari kau. Haha.. Lagi nak buat pasal.. Haihhh..

So, apa dia ni? Apa tajuk entry tak ada kaitan dengan entry? Eh, ada yang atas-atas tadi. Dengan ini, saya akan berusaha untuk mengubah :

1) Jangan baran -baran lagi
2) Jangan kereq-sombong sangat lagi
3) Jangan suka main angin orang
4) Sikap terus terang saya perlu ditapis. Heh.


Hahaha.. Ini ikrar ke apa? Aku boleh ke? Yang jangan tu nanti akan jadi Ya. Aku kalau orang kata jangan, lagi aku buat. Heh. Sila Ubah Perangai Ayu, Haishhh..

Ok la, aku nak pergi study untuk interview . Banyak yang aku baca, jap lagi kang banyak jugak yang lupa. Takut !


 Selamat Berhujung Minggu Peeps!





# 18.02.2012 - Genap 1 bulan.Genap 10 hari.Buat Sang Mantan - Thanks For Everything .




Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...