31 January 2013

La La La ... Kerja lah.

Assalamualaikum,..


Memang lama sangat aku tak menaip sini. Bukak. Hari-hari bukak web ni. Tapi hanya mampu pandang sepi. Haha. Poyo ! Sebab terlalu busy dengan urusan dunia. Phewwww..

Apa yang busy?? Ha, dengar sini. Baca sini.

1) Sambutan Maulidur Rasul
2) Kem Kepimpinan Pelajar
3) Perkhemahan Pengakap peringkat Kebangsaan ( ni yang nak kena pegi Terengganu niii)
4) Urusan Kelas ( Pelajar keluar masuk nak kena update segala)
5) Hal Ehwal Kewangan duit budak
6) Pengurusan Asrama (yang ni siottt)
7) P&P
8) Hal-hal kerja guru (buku rekod,register budak)
9) Hal-hal ko-kurikulum
10) Sistem Maklumat Murid, APDM, SSM bla2..

Ha, ini 10. Yang nampak. Yang tak nampak??? So, aku rasa life aku sangat laaaaaaaaaa tertekan sekarang. Balik2 , tak da dah masa nak tido petang lepak2 ke apa. Balik dah almost 5pm, pastu sampai rumah basuh baju, sidai baju apa semua dah Maghrib. Malam terus bukak buku study untuk esok. Ya Ampun, serious stress.

Kadang rasa macam, ' nak resign '. TAPI bila fikir HUTANG yang baru DICIPTA, dan mengambil tempoh yang SANGAT LAMA untuk dilunaskan, maka nawaitu tersebut hanya dipendam dalam lubuk hati.T_______T.

So, esok aku nak pergi Terengganu. Perkhemahan. Wish me luck. Muahaha. Aku rasa stress even ada jugak sekelumit rasa excited. Sebab sekarang pergi kem sebagai GURU PENGIRING. Bukan lagi student. Tapi risau jugak sebab ada SULTAN TERENGGANU (yang handsome tuuuwww) sebagai Perasmi katanya. Lantak lah sana.

Ini sahaja, Oh, aku belum move to asrama lagi pun. Sebab apa? Sebab busy. Sebab tak ada hati. Sebab benci !

Sekian dari sahaja, cikgu yang sentiasa claim dirinya busy, tapi pelik kenapa kerjanya tak pernah pandai2 nak settle. Damn !








# I need a rest, I nak bercuti. Sabtu Ahad pun dah dirampas now. Siot!




Bye!

28 January 2013

Wayang jerkk lebihhh..

Assalamualaikum..

Aku nak cakap apa ekk kali ni? Jom review pasal wayang nak? Ekekeke..

Just now, aku baru lepas tengok citer Hansel & Gretel. Aku suka tengok wayang. Lantak la apa cara sekali pun. Mesti dalam sebulan aku kena tengok wayang. Kalau tak, aku rasa aku boleh gila. Hahaha.

And aku rasa, citer tadi adalah the last movie untuk January 2013  ni kot. Huhu. Sebab nak masuk bulan feb dah kan? Haaa.. and untuk citer tadi, aku bagi 3 bintang je kot. Best, bukan tak best. Just macam dah jangka jalan citer and action2 dia.. So, biasa aje la..

Before that, untuk last week , i've seen  JUVANA. yeahh.. Ada botak ashaari. Suka aku. ekekeke.. Best. Sebab tak typical macam citer Melayu lain. So, ok la.

Apa lagi ek? Banyak gak cite bulan ni aku tengok. Tapi tak ingat. Rasanya, setiap citer yang keluar aku tengok. Tu yang tak ingat apa tajuk cite. Apa pun, ini adalah hobi saya. Haha. Boleh blah tak?

HOBI SAYA ADALAH MENONTON WAYANG. !


Sekian, terima kasih.






# Nak kena fly ke terengganu. Kem again!



Bye!


24 January 2013

Gaji oh Gaji

Assalamualaikum...









PUAS !

Ekekekekekeke !!




# Selamat gaji bulan ni



Bye!

23 January 2013

Dear Future...

Assalamualaikum...

Lamaaaa rasanya aku tak mengarut secara tegar dan nekad kat belog ni. Ye, saya busy. Sampai tak tau punca apa yang di busykan. Sekarang, balik sekolah bukan lagi 2.40 sharp seperti tahun sudah ye adik2. Sekarang, ahkak kau ni dah pandai balik selewat jam 5 petang. Sama macam kerani dah ye.

Mujur ada kereta sendiri. Balik bila pun tak pe. Mujur tak ada laki, anak segala. Tak balik pun takpe. Mujur tak jenuh nak masak kat rumah. Balik2, terus pecut ke kedai makan berhampiran pun takpe. Ekekeke. Semua mujur lah.. Untuk sementara waktu ini.

So, bila teringat life yang macam ini, tetiba macam ada terdengar suatu suara berbunyikkk, ' Ayu, kau betul ready ke nak tukar life kau sekarang? ' Gulp. Terkedu trosss.. Hurmmm.. Aku tak pasti. Terkadang, aku rasa macam, ready je. Sangat ready. Kadang2 aku rasa macam, taknak pape. Aku happy life macam ni. Kalau penat, aku penat sensorang jer. Balik rumah, aku tak pikir benda lain dah.

Tapi, boleh ke macam tu? Sampai bila kan? Sebab sekarang, terus terang sembang, memang ada yang menanti. Si dia yang aku kira memang teman istimewa. Sebab tu aku terfikir benda ni. Kalau lah umur aku sekarang baru 16 tahun, memang nak kena penyepak la kan kalau fikir benda gini.. muahahahaha

Masalahnya adik2, umur ahkak ni dah 26 tahun. Haha. Aku rasa segar bila terbayang angka ENAM di belakang DUA. Dulu LIMA (5). Rilekss lah lagi.. Ini dah tambah 1. Ye, apa ada pada angka. Tapi pada aku banyak makna. AGE IS NOT ONLY A NUMBER. seriously !

So, memang patut pn kan aku pikir benda2 ni..Haiihhh, entahlah. Takut pun ada. Risau. Cuak. Aku dah lah pemikir tegar. Sedia sangat ke aku? Bab masak2 tu tak da masalah sangat. Aku mengaku siap2 aku memang tak pandai. Tapi aku bukan pemalas. Haha. Walaupun nampak macam pemalas. Aku rasa tak. Aku boleh cuba. Aku akan buat. Dan aku tahu apa yang sepatutnya aku buat.

Cuma yang aku rasa macam aku takut2 lagi, adalah untuk masuk ke alam lain, keluarga lain, suasana dan kehidupan yang lain. Macamana penerimaan orang terhadap aku? Apa aku perlu buat untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baru? Aku nak buat pape lepas ni, aku tak boleh pikir diri aku jerrrrrr . Sebelum  ni, kalau aku nak buat apa, si dia tak bagi, kadang aku bantai jugak buat. (hehe, Sorry). Tapi tak la yang pelik2..

Tapi lepas ni, mesti aku kena fikir hati banyak pihak. Oh, boleh ke aku ?? Lagi, risau fikir jodoh kita sampai mana.. Tak payah tipu aku. Semua yang kahwin ke, belum ke mesti fikir perkara ni. Sama macam aku. Aku takut bahagia aku sekerat jalan. Memang la macam hardcore kan? Eleehhh, dia tinggal cari lain. Itu kat mulut. Hati? Perempuan ni, dia susah. Macam aku lagi laa.. I kan setia. Hakhakhakhak.

So, berbalik pada soalan BERSEDIAKAH SAYA? Kenapa gelabah dok pikir benda ni? Ye, sebab tersirat satu perancangan kami untuk tahun ini.. Aku tak pasti sama ada mampu berjalan lancar atau tidak, cuma apa yang pasti, kami tengah berusaha ke arah itu. Ya, KAMI barangkali. Aku harap bahawa KAMI masih bersama-sama merencana 'sesuatu' seterusnya melaksanakannya bersama2... In Shaa Allah..

Doa aku pada Yang Maha Esa, Permudahkan segalanya. Lancarkan urusanku. Peliharalah kami. Semoga mencapai apa yang direncanakan.. Orang kata, benda yang HALAL dan SUCI ini Allah permudahkan. Aku harap macam tu laahh.. bersedia atau tidak, bukan tajuk cerita. Asalkan kita nak menuju ke arah itu, ada la laluan untuk kita nanti. Amin.

Nanti update lagi. Cukup2 lah mengarut pasal diri sendiri. Kang banyak2, boleh biru muka nak muntah. Hahaahaha.. Kepada SI DIA, semoga kuat, tabah dan bersedia menghadapi apa adanya. In Shaa Allah, saya ada..


















# ESOK CUTI. !!!!! Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyy!! Salam Maulidur Rasul. ~





Bye !



20 January 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum..


Tau tak aku dok marathon citer SETIA HUJUNG NYAWA.

Aku tengok kat Tonton.com

Aku mula2 bosan sebab tak tau nak buat apa

Pastu, saja click. Sebab dia macam dah banyak eps.

Last2, dok gila. 

Hahahaha.

Ok, nanti sambung.

Nak marathon balik.










# Gini arrr kalau umah tak dak TV.



Bye!

15 January 2013

Port Dickson

Assalamualaikum..

Aku penat. Mengantuk. Sebab dah kenyang. muahaha. Tadi pergi melawat anak-anak di asrama. Sound dorang sikit sebab minggu lepas ada kes dorang buang biji buah pear ke apa kat bawah. Amboihh korang, kemain lagi. Aku sound la. Semua kena. Warden tak masuk lagi, dah macam2 hal. Memang kena lah.

Lepas marah-marah, tak malu pulak pergi dewan makan, mintak budak ambilkan nasik. Haha. Lapar gila ok! So makan la bersama-sama. Aku macam ok jer. Entahlah. OK kot. KOT.

Setel bab sekolah. Aku sebenarnya nak citer benda lain. Mesti nak kena masuk jugak part sekolah. haishhhh! Sabtu lepas, aku pergi jalan. Yeaaaayy! Aku pergi Port Dickson. 1st time pergi. Memang dah plan nak pergi lama dah. Tapi tak pernah tercapai. So, ajak Mr.A (as usual, aku lah yang menjadi pencadang, penyokong dan cadangan ditutup.. fuuhhh). Kitorang gerak lewat jugak. Around 1.30pm macam tu. Malas nak rushing. Even tak tidur sana pun. Mr.A dari KL lah kan. Nak jugak naik kereta i, makanya, 2x drive lah yer. Patah balik.

So, geraklah kami. Sampai around 4 lebih macam tu. Aku ni bangsa pemalas nak search internet ke apa. 25 tahun hidup, baru aku tau yang PD sebenarnya adalah sebuah district. Muahaha. Ada pekan, ada la kemudahan macam daerah lain. And dalam PD tu la ada banyak sangat pantai. Aku dok ingat, PD tu adalah sebuah pantai dalam Negeri Sembilan. (rasa macam nak penampar muka). muahahaa.

Banyak pantai. Dok drive dari 1 pantai ke 1 pantai yang lain... Dok usha kat mana nak parking, kat mana yang macam ramai orang, yang ada tempat makan segala..

'Kita nak pergi mana ni?? ' - aku

'PD lah..' - Mr.A

'Tau la PD.. Ni PD la pun.. dok tak berenti dari tadi..- aku

'Kita jalan sampai depan, kang japgi decide la..' - Mr.A


Haaaaaaa... i jugak yang kena decide ok. Ok, dengan kuasa veto, ke Teluk Kemang lah kite. Aku macam pernah dengar je nama pantai ni.. So, jom je la.. weeee

Sampai sana, menggelabah pulak.. Dah park kereta, nak ubah pulak so that dekat boleh amek baju segala. Then settle benda tu suma, salin baju mandi. Mandi laut. Last aku mandi laut masa U dulu. Pergi Batu Feringghi dengan my roomate. Haha. bapakkk lamaaa!

Mandi kejap jer.. Tak best, air masin. Pastu, dok la dalam  laut tengok orang naik jetski, banana boat. Tapi sebenarnya, dua2 tak pandai berenang. Muahahaa. So,kau hadap la berdiri dalam air tu. Hahahaha. tapi Mr.A lagi hover, sampai masuk2 air dalam telinga..hahahaa.. Aku berdiri je la. Tengok orang. Tudung pun tak basah. Lantak la. Janji kaki cecah air. Haha

Ramai orang. Kiri kanan aku pun ada la bebudak dok mandi pakai pelampung. Jeles tau. muahahaa. Then, after that, tukar baju laa.. Pastu pergi makan. Tengah makan, jumpa FAFAU dengan NANA AF tu. Waaa.. Nana sangat cantik. I adore her. Seriously!!

Macam nak tegur, tapi kang macam batak pulak. Hahahahaa. So, tengok aje dari jauh. Huuu.. Then, gerak pulang lah yer... Pahang dekat jer. Boleh balik hari. ekekeke.. Otw balik, singgah Nilai 3. Waaaaaahhh. Suka ni. Walau penat, paksa jugak Mr.A pergi. Haha. So, dapat grab 1 kain. Ada batu2.. suka suka suka. Dah selamat hantar kat tailor dah.. :)

So, itu citer hari Sabtu. Ahad pun kuar gak. Tapi ambik mak je la. Kat Hentian Duta. Then hantar ke rumah opah kat Kuala Kubu. Then , aku drive balik dari sana ke lanchang. FOR THE FIRST TIME in my life. Nampak macam... ek elehhhh... orang drive utara selatan rilekk jerr.. Eh itu kau. Untuk aku, sangat besorrr ertinya. muahahahaa. Batak kan? Memang. kahkahkah

Inilah dia. Cerita weekend aku. Oh untuk hal asrama, aku masih lagi tak masuk rumah warden tu. Muahaaha. Ketegaq tak aku? Rumah tu tak siap lagi. Katil,tilam dah ada. Kerusi semua dah lengkap. Tinggal lagi minor things je. Macam langsir, lampu etc. Tunggu lah yer. Malas aku nak mengemas bagai. Nanti je la. Tak lari pun asrama tu. Ekekeke.

Oh, gambar? Again.... Kalau la ada orang berniaga ' SIAPA NAK AMBIL GAMBAR, UPAH KAMI.' Aku sanggup bayar orang tu. Tapi nan hado.. huhu. Makanya, gambar yang aku sempat snap adalah...


 Sedih kan? Dari dalam kereta jer.. Haishhhhh!


Ini time Mr.A sibuk dok cari parking. Lepas tu marah aku tak jaga parking. Huh!


Kan? camwhore sendiri. Dahlah dalam kereta jer. Sedih tahu? Tsk.



Kenapa i snap pic dia? haha. Siap peace bagai ! Eeeee!!







Best. Last weekend aku best. Hilang kekusutan. Pastu, dah Ahad tu.. liat laa nak ke sekolah. Selamat merentas desa je. Tak payah berbaju kurung bagai. weeee :)




# Next week nak jalan mana ye? (tak padan dengan nak move to NEW HOUSE) damn it !!!!





Bye peeps ! Take Care !




14 January 2013

Sebenarnya..

Assalamualaikum....




I LOVE YOU
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.







Mr. A    :)



  Apsal muka gangster? Ke kesian? eh? Haha













# Sebenarnya, banyak nak story, tapi kes sekolah bertimbun punya kerja, ni je dulu. Ha, muntah!muntah! ;p




Bye!

09 January 2013

Sesak

Assalamualaikum..

Saat ni, yang aku buat adalah menangis. Kenapa? Aku terlalu tertekan. Asyik mengasak aku. Ya Allah.. Tolong faham aku boleh? Ini kerjaya aku. Aku mana mampu nak menolak. Tolonglaaa.. Penat sangat kena pikir pasal orang lain. Aku tau, aku perlu hormat dia. Dia segala-galanya. Tapi, tolong faham sama perasaan aku, tugas aku..

Aku tak nak bersuara. Sebab bila aku bertegas, aku akan kena balik. Aku dituduh tak mendengar cakap. Bukan, Bukan aku taknak dengar cakap. Aku tak mampu. Aku kena professional. Aku tak mampu dah nak mengelak. Maka, fahami lah aku..

Rasa macam nak lari jauh.. Aku terlalu tertekan . Dengan kerja kat sekolah yang menimbun2. Ditambah dengan masalah peribadi. Tolong jangan tekan aku sangat!!!!!!!!!!!!

Susah betul. Jangan asyik pikir diri sendiri sahaja boleh tak? Bagi aku bernafas sikit. Lemas. Rimas.







# Aku bukan nak menderhaka, tapi... aku macam langsung tak boleh bersuara. Sampai bila aku kena hidup dengan memikir masalah orang? Memang tanggungjawab aku, tapi pikir jugak keadaan aku kat sini. Sedih.



Bye!

07 January 2013

Hate

Assalamualaikum..

'Yuhanna, bila nak pindah masuk asrama?'

'Cikgu, kami tak sabar nak tunggu cikgu pindah masuk asrama..'

Itu antara respons yang aku terima. Actually, aku penat sangat nak melayan perasaan down ni. Dengan orang sekeliling yang tak paham. Kau tau tak perkataan STRESS?

Ya Allah, aku memang down sangat. Bersedia untuk tidak bersedia. Redha? Ye, di mulut. Di hati? Allah je yang tau. Nak mengadu pada siapa? Apa alasan nak bagi? Orang tak faham kita.

Apa yang aku mampu buat, terima sahaja. Ikhlas tak ikhlas aku kena tolak tepi. I'm trying my best untuk berfikiran yang positif-positif sahaja. Entah mampu ke tak. :(

Aku tertekan sebenarnya. Memikirkan kehidupan akan datang . Tanggungjawab LUAR aku yang lebih aku risau. Tak habis-habis kena tekan. Ya Allah.. stressnya laaa.. :(

Harap sangat perasaan ini cepat berlalu. Apa saja cara untuk menghalang aku daripada menjadi warden ni, aku janji akan buat ! Kahwin? Kalau itu yang perlu. Aku redha. Tapi, mustahil bukan..








# Oh 'this feeling' please go away. Kau dah membunuh 1 tahun aku.



Bye!

02 January 2013

First Day Of School

Assalamualaikum..

' Assalamualaikum Cikgu ......' 

' Terima Kasih Cikgu Yuna...'

Dah lama tak dengar nama manjewww ni.. ekekeke. Tadi kedengaran semula. Anak-anak tercinta memberi salam, mengucapkan terima kasih. 



Yeah, today was the 1st day of schooling after break yang bapak panjang (sebenarnya tak lama mana pun cuti kalau nak compare dengan cuti hujung sem masa kat U dulu :)

Budak-budak, baju mereka semua putih bersih. Kasut semua bau kedai belaka. Beg semua warna terang benderang lagi. Buku semua masih keras kulitnya. Rambut masih tersikat rapi. Kau tunggu sebulan lagi. Semua akan bertukar. haha.

Apa yang aku buat today. 1 perkataan before tu : PENAT. Seriously terkejar-kejar. Lepas tu, aku dah tak ada suara. 6 waktu sekali jalan. Ada lagi ke suara aku? Suara macam guruh ni pun tak mampu dah nak bertempik. So, waktu last aku cakap selowww2 jer. Selamat la kelas pandai. Boleh dengar cakap lah. (padahal dorang form 1 takut2 lagi)

Then, pepagi buta masuk kelas sendiri. 2 Amanah. Yeah, guru kelas ye. Masa bebudak ni form 1, aku tak suka kelas dorang. Tak kisahlah nak cakap bias ke ape. Memang aku macam tak suka sangat. Bukan sebab last ke apa, dorang ni kelas kedua. Sebabnya, bebudak perempuan nya.. alahai. menggedik semacam. Aku tak larat nak melaser dah. Budak kecik lagi kot..

Tapi, selamat jugak perasaan tahun lepas tak dibawa ke tahun ini. Alhamdullilah. Aku tak la tak suka. Just macam berhati-hati. Haha. Siap pesan lagi, ' awak dapat saya guru kelas awak, awak sakit laa..' Kehkehkeh.

Settle kan dorang, lantik ketua kelas apa semua, yuran kutip , bersyarah dengan ayat yang pedas2 , pastu blah. Then, hadap kelas kedua pulak. Form 1. Mengajar sejarah. Time ni, ada pulak pemantau dari PPD datang. How lucky i am, aku kena pantau. Selamat la bereh segala nya.. Huhu. Selamat lah jugak bebudak aku dok dalam kumpulan. Kehkehkeh. Tak berkeliaran macam apa kan.

Then, last clz.. pun form 1. jenuhhh.. Budak form 1 ni, dorang macam cuak2. Macam pasif. kan awal lagi. So, dorang macam takut2. Tapi, masih tak buang perangai darjah 6. Sabar je laaa. T_______T

Pastu, kena settle banyak gilaaa kerjaaa... Esok orientasi form 1, muka ni jugak yang buat pamplet. Kelam kabut photostat apa semua. Panggil budak2 tolong lipat apa semua. Selamat la ada assistant. Oh ya, tak sudah la bebudak dok panggil aku.

'cikgu, lama tak jumpa..'

'cikgu rindu cikgu..'

'cikgu, kenapa tak ajar dah kelas kami?'

'cikgu..cikgu..cikgu....'

Ehhh korang ni, boleh tak panggil kakak? muahahaaahahahaahaha.

Ini sahaja untuk hari ni. Permulaan yang baik. Sebelum mood aku kelaut sebab maybe esok result WARDEN akan keluar. Ya Allah, semoga BUKAN aku. Aku tak mampu !


# Dah 2nd day of Jan, hopefully dia kuat meninggalkan apa yang SEPATUTNYA dia tinggalkan dari dulu lagi. Amin.




Bye peeps!

01 January 2013

Welcome 2013, Good Bye 2012

Assalamualaikum..

Sana sini, orang akan cakap pasal tahun baru? Kenapa haa? So, untuk tak nampak macam batak, marilah kita pun bercerita tentang tahun baru. Oh, 31/12/2012. Aku macam tak perasan  sebab pepagi tadi dah terpacak kat sekolah. So, lupa sekejap today merupakan the last day untuk tahun 2012. Sobs.Tsk.

Macam tahun sudah, bila tiba hari last, aku akan buat review dalam belog aku, untuk 1 tahun yang lepas. Oleh itu, marilah kita ulang semula. *wink*

Januari ~ Mac 2012

- Apa yang aku achieve untuk 3 bulan pertama ini? Aku rasa tak ada apa sangat. Yang aku tau, aku masih bekerja di CC di CS. Masa ni aku masih lagi ting-tong tentang masa depan. Dok berkeluh kesah lagi. Tapi, tak silap aku, dalam bulan ni jugak aku ditemuduga oleh SPP. Ha, memang lah cuak. Oh ya, dalam bulan Mac rasanya, aku sudah mula berjinak-jinak mengenali seseorang.. Heh.  So, itulah dia.




April ~ Mei 2012

- Ok, untuk bulan ni. Ada 2 perkara. Sedih dan Gumbira. Sedih, dalam bulan Mei, aku kena berhenti kerja dah sebab dah berjaya mendapat penempatan. Almost 1 year kerja, mana tak sedih. Kerja paling best aku rasa walaupun penat. Huhu. Then, hujung bulan jugak aku dah berangkat ke Pahang untuk mula bekerja sebagai seorang guru. Huhu. Dalam bulan ni, aku dah mula menerima seseorang TEMAN dalam hidup aku.Huhu.. Alhamdullilah. Terbuka jugak hati. ;p








Jun ~ September 2012

Ya, mula berkecimpung dalam bidang perguruan. Sangat teruja. Namun, masih lagi blur... Aku tak paham banyak sangat benda. Dan pengalaman pun banyak juga lah aku dapat. Macam-macam aktiviti aku kena buat kat sekolah. Dan pelbagai aktiviti jugak lah menyebabkan aku rasa macam berguna sikit jadi cikgu. haha. Kalau tak, hampeh je. Antara bulan ni, banyak tempat aku pi jalan. Melaka, Bukit Tinggi, Genting, Nilai, KL, Terengganu and sooo onnnn....Yeahhh!











Oktober ~ Disember 2012

Terlalu banyak dugaan yang aku lalui sepanjang bulan-bulan ni. Sebenarnya bermula bulan sebelumnya lagi. Bertahan dan terus bertahan. Memang sukar. Tapi nak buat macamana. Hidup perlu diteruskan. Banyak sangat perancangan dibuat tapi ada yang menjadi dan ada yang tak. Yang tak menjadi, ada hikmah. Yang menjadi, syukur Alhamdullilah. My new aset hadir dalam bulan ni. Hewhewhew...My relationship ? Alhamdullilah. :) Dan last sekali, cuti sekolah ! Singapore ! Hoorayyy !!!






Kesimpulannya, Tahun 2012 so-so je untuk aku. Tak la terlampau grand and not so gloomy. Alhamdullilah, masih lagi bernyawa meneruskan sisa hidup dan masih lagi mampu berhutang. Muahahaaha. So, apa yang aku harapkan untuk tahun 2013, umur pun dah 26 tahun.. Semoga makin matang dalam segenap segi, kena check semula hubungan dengan Allah, baiki hubungan dengan orang sekeliling, and last sekali, semoga segala perancangan aku untuk tahun ni dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Azam? TAK ADA. aku tak pernah berazam waima sekali pun. Redah kasik pecah sudaaaa..


Semoga tahun baru anda-anda semua juga akan membawa berjuta makna dalam hidup masing-masing, Wishing u'olss , all the best yaw !

WELCOME 2013 

Love, 
xoxo




# Tahun ni tahun apa? Naga?


Bye!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...