12 January 2012

Konsep Rezeki

Assalamualaikum..

Pagi tadi tengah bersiap-siap nak pegi keja lah kan, macam biasa.. Mendung. Bajet, sempat la redah pegi keja sebelum lebat. Tak sempat jugak. Lebat jugak sebelum sempat panaskan enjin motor. Mula, pikir nak balun je. Fikir lagi, dengan demam yang tak berapa pandai nak baik2, so aku tak sampai hati nak memudaratkan diri lagi. Aku sms kawan aku. Memang segan. Nak kacau orang pagi-pagi buta. Tapi, aku macam tak ada pilihan lain. Plus kawan aku ni,dah offer siap-siap malam tadi, 'kalau hujan esok, saya anta awak pegi keja'. Nah, malu letak sebelah kanan jap, sms jugak lah. " Tunggu jap, saya pegi ambik awak. Jangan naik motor, hujan.' ( Senyum dalam hati)

Ini aku kira rezeki. Ya, Allah permudahkan cara. Sebab niat memang nak pergi keje, bukan melencong. Tambah dengan sakit lagi, (memandai je hang ayu).. So, kira rezeki aku lah pagi ni pegi keja tak lah basah kuyup. Thanks awak.

Bila bercakap tentang rezeki, aku selalu dengar orang cakap 'percaya pada rezeki'. Ya, aku pun percaya konsep tu. Konsep ----- perkataan yang menjadi kegemaran aku dengan roomate aku waktu study dulu. kejap-kejap konsep. konsep bersyukur, konsep kawan, konsep tak kenang budi. Haha. Ok, melalut. Macam aku cakap tadi, kita kena percaya pada rezeki kita TETAPI setelah betul-betul berusaha. Kalau tak berusaha, pastu harap rezeki jatuh tepat kat atas dahi, sila mimpi lah. Dan rezeki setiap orang tu berbeza. Maka, janganlah nak dengki.

Semalam, kawan 4 tahun aku sepanjang di USM,  Inayah (ex-housemate jugak) call. Memaklumkan bahawa dia dah call JPN KEDAH. wahh cekang. haha. Siap call tuwww.. Dia tanya tentang cikgu interim. Aku mula-mula memang tak nak amik port sangat pasal benda ni. Tapi, dah kawan-kawan kecoh, eh mana boleh aku diam-diam. haha.. Interim ni macam cikgu ganti la. Kontrak mengajar selama 3 bulan macam tu di sekolah yang kekurangan guru, then kalau pengetua suka, dia boleh je lanjutkan kontrak kau. Macam gitu lah kurang lebih. So, si Ina ni tadi pun, call la aku.

Ina : Aku dah call JPN

Aku : Ok ( tak ada perasaan)

Ina: Aku dah tanya pasal interim tuh.

Aku : Ok, so? (masih belum teruja)

Ina: Dia kata, JPN Kedah baru terima senarai nama. Nama hang dengan aku ada.

Aku : Ok, lagi (mula dah nak excited skit)

Ina : Dia cakap KALAU TERPILIH , dia akan call nanti.

Aku : KALAU?

Ina: Sebab Kedah ada 460 nama. Kekosongan 360 sahaja. Jadi, dia kata JANGAN BERHARAP sangat

Aku. K

Hah, sekian. Haha. Dah tahu nama ada, tipu dusta kalau kata tak berharap. Sedangkan kawan-kawan di Johor dah mula mengajar. Hoi!

Aku kan over. Tak puas hati ni. Tadi pagi pun, gedik call JPN jugak even dorang macam sibuk sangat nak letak call aku cepat2. Hahahaa.

Aku : Assalamualaikum..

JPN (1) : Wslm wbt..

Aku : Saya nak tanya, Kedah ada tak panggilan untuk guru Interim?

JPN (1) : Menengah ke rendah?

Aku : Menengah

JPN (1) : Sat --------------------- Tunggu lama untuk disambungkan ke talian lain

JPN (2) : Ye, Unit Menegah

Aku : Ha? ( tetiba sound trouble.) Wakakkakaa!!

JPN (2) : Unit Menengah sini.

Aku : ulang soalan utk JPN (1)

JPN (2) : sat ....................... Pun kena tunggu jugak.

JPN (3) : Hello, ya nama apa? (orang lain plak dahhh)

Aku : Err, nama saya Nurul Yuhanna Binti Shamsuddin

JPN (3) : Sat..... ok, nama ada.

Aku : Dalam hati aku, ( Itu saja ke????) Err, saya nak tanya, macamana pelaksanaan Interim ni?

JPN (3) : Dalam masa seminggu dua, kami akan proses. KALAU TERPILIH, kami akan hantar surat lah.

Aku : KALAU TERPILIH tu, bila nak kena lapor diri?

JPN (3) : Tak berani janji. Tak berani nak jawab, Tunggu bagi kami proses dulu. Nama pun baru sampai.

Aku : (Tak nak mengalah ni ) Err, KALAU TERPILIH tuh, memang dia akan hubungi melalui surat lah ye?

JPN (3) : Tengok la, surat atau kami call. Lepas raya Cina ni ka.

Aku : Ok, Terima Kasih. Assalamualaikum..

JPN (3) : Tutttttttttt..Tuutttt... Tutttt... (Talian diputuskan)

Hahhahahaa.. Tak sempat pape, terus matikan talian. Nampak sangat aku tak diperlukan ketika itu . Hahaha . Tapi, think positive, dorang sibuk sangat la tu nak uruskan nama Interim tuh.Muahahaha..

So, ini jugak adalah rezeki. KALAU TERPILIH, maka ada lah rezeki aku . KALAU TAK TERPILIH, mungkin rezeki aku dengan cara lain pulak. Siapa tahu kan?

Macam semalam, roomate aku call. Bagitahu hari ni, dia nak pergi interview untuk memenuhi kekosongan guru kat sekolah dia. Aku wish All The Best kat dia. And dia cakap, "aku try je ayu, ada REZEKI ada lah".. Ya, semuanya bergantung kepada rezeki kita. Aku harapkan, ada la rezeki roomate aku nanti. Good Luck Rahmah.

Bila orang asyik tanya, 'Bila nak posting?' Aku dah tak tahu nak jawab apa lagi dah. Kuasa bukan kat tangan aku. Siapa yang nak menunggu berbulan-bulan setelah 4 tahun berhempas pulas nak dapat ijazah? Susah senang, makan tak makan, sakit demam, kena hentam dengan lecturer lagi, tugasan bertimbun-timbun, last-last apa pun tak boleyyy... Huhu.. Nak kata tak berusaha, usaha lah tu. Tapi, kalau dah ada masalah macam ni, apa nak buat? Konsep menunggu dengan penuh kesabaran diperlukan tika ini.

Rezeki itu Allah dah janjikan pada setiap hambanya yang berusaha. Maka, jangan sekali-kali menyesali kalau belum sampai waktu kita untuk menerima apa yang kita sepatutnya dapat. Ada hikmah barangkali. (Motivasi untuk diri sendiri) .. kehkehkehkeh..

Ayat roomate aku semalam, 'kita dari dok U dulu lembab segala hal. Orang dah berlari, kita baru terhegeh-hegeh nak berjalan..."

Hahahahahahahahah! Ya, tepat. Kawan-kawan dah dapat info penuh dah. Kami baru sekerat. Tu pun mengharap ihsan orang menyampaikan maklumat. Hahahaha.. Salah siapa kalau diri sendiri lampi? Pastu, emo bila orang lain lebih, kita kurang. Haha.. Itu lah rezeki kami yang lampi ini. Haha.

Harap-harap, lepas ni adalah sinar baru dalam hidup aku dan kawan-kawan yang sama-sama menunggu dengan penuh kesabaran dan tawaduk ..Hahaha

Boleh meroyan woi, kalau asyik kena push dengan soalan yang sama... 

"Dah habis kan study, buat apa sekarang? Bukan ke ambik kos cikgu? Sekarang ni nak jadik cikgu pun susah nooo? "

'Ye. Susah makcik2.'







# “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)




Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...