11 April 2012

Ketaqq aihh..

Aku nak post benda ni sini, nak proof kat bos aku. kang dia kata aku tipu.
Bila dia balik nanti aku nak tunjuk.



Kisah Kahwin Cerai.

Assalamualaikum..

Penat berfikir nasib sendiri, jom menyibuk bercerita tentang orang lain. #DasarKepoci.   Hewhewhew.
Macam biasa, aku memang akan baca web  beautifulnara dan rotikaya setiap hari, Ye, everyday. Haha. Kata kepoci, kalau tak amik tahu kisah artis rasa tak senang duduk. Haha. Lantaklah. Aku bukan kacau orang. So, tetiba tadi ada berita pasal dua artis yang aku suka jugaklah. Si isteri, artis. Yang suami, mungkin baru nak jadi artis. Siapa dia? Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan (aku selalu confused nama dia dengan kembar dia). Dari berita yang memang sahih ni sebab dah masuk dalam Utusan Malaysia pun ok, mengatakan bahawa Rita menerima sms permohonan cerai daripada si Aidil ni haa... Alamak aiii... Luluh hati aku. #over.

Aku suka Rita. Sebab dia cantik.Boleh macam tu? hakhak..Dia pandai berlakon aku rasa. And aku suka Aidil sebab dia handsome. Dia pandai main bola tak? Aku tak pernah tengok match yang dia main. So, tak tahu nak menilai. Lantak. Tapi, bila diorang kahwin, aku tak de komen pape sebab diorang kahwin penuh kontroversi. Dari kahwin kat Thailand, pastu pergolakan antara mentua dengan menantu .. Tak kisahlah,pada aku asal diorang tak buat perkara terkutuk sudah. And aku respect kat Aidil pada mulanya sebab dia kahwin juga dengan Rita walau banyak dugaan. And aku fikir, kemelut menantu mentua tu akan selesai lah..

Rupa-rupanya tak jugak.. And tambah menyedihkan, Aidil dah tinggalkan Rita 4 bulan. Tinggal anak yang kecik2 lagi.. Alamak der... Kau apa hal? Anak kau tu.. Esok kau dah tak de, siapa nak doakan kau kalau bukan anak2 yang kau tinggalkan tu.. Bab nafkah tak nafkah belakang citer la kan. Tapi, anak kan amanah Allah. Tanggungjawab mak ayah jaga anak sampai diorang dah cukup umur. So, kesian sangat kat diorang.

Tapi, kita tak tahu kan apa yang berlaku dalam rumah tangga diorang. SO, aku pun tak ada lah nak blame si Suami tu teruk2. Just sangat tak gentle bilamana tinggalkan macam tu je, pastu guna sms nak leraikan semuanya.. Alahai.. At least, face to face ke, call ke, apa ke..  Masa bercinta, kau call hari2. Nak jumpa hari2 kann.. ni dah beranak pinak... macamana? huhuhu..

Antara sebab2 perempuan takut nak berkahwin, adalah benda mcm ni la..(aku rasa la) Sebab kuasa menjatuhkan talak adalah di tangan sang lelaki. Kalau semua lelaki boleh berfikir secara waras , rasional dan tak menyalahgunakan kuasa yang ada, ok lah kan? huhu.. Takut. Cukup takut. Perempuan ni, sekali dah berkahwin, status bujang takkan ada lagi pada dia. Hilang terus lenyap. Tetapi, kalau laki, kahwin cerai 10 kali pun, masih dapat balik title bujang tu. Kannnnn? huhu..

So, kepada Rita (cehhhh macam kawan baik aku)... aku harap dia bersabar banyak2.. Semoga anak-anak dia akan membesar dengan sempurna walaupun tanpa seorang ayah. Dugaan Allah tu kita tak tahu macamana kan. And kepada diri sendiri, semoga aku tak diceraikan sama ada melalui call, sms, email, fb ataupun mms. Eh? Haha. InsyaAllah.

Aku rasa over bila boleh tulis pasal retissss.. hahahaa.. Stress sangat pikir macam-macam. Malas dah nak pikir. Aku tengah proceed plan B now. Semoga berjaya Yuhanna .. Lastly, hari ni public holiday pertabalan YDP Agung kan? Bos aku bercuti, tetapi kuli batak harus terus bekerja. -DAULAT TUANKU-




# Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah. Aku Percaya.




Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...