31 January 2013

La La La ... Kerja lah.

Assalamualaikum,..


Memang lama sangat aku tak menaip sini. Bukak. Hari-hari bukak web ni. Tapi hanya mampu pandang sepi. Haha. Poyo ! Sebab terlalu busy dengan urusan dunia. Phewwww..

Apa yang busy?? Ha, dengar sini. Baca sini.

1) Sambutan Maulidur Rasul
2) Kem Kepimpinan Pelajar
3) Perkhemahan Pengakap peringkat Kebangsaan ( ni yang nak kena pegi Terengganu niii)
4) Urusan Kelas ( Pelajar keluar masuk nak kena update segala)
5) Hal Ehwal Kewangan duit budak
6) Pengurusan Asrama (yang ni siottt)
7) P&P
8) Hal-hal kerja guru (buku rekod,register budak)
9) Hal-hal ko-kurikulum
10) Sistem Maklumat Murid, APDM, SSM bla2..

Ha, ini 10. Yang nampak. Yang tak nampak??? So, aku rasa life aku sangat laaaaaaaaaa tertekan sekarang. Balik2 , tak da dah masa nak tido petang lepak2 ke apa. Balik dah almost 5pm, pastu sampai rumah basuh baju, sidai baju apa semua dah Maghrib. Malam terus bukak buku study untuk esok. Ya Ampun, serious stress.

Kadang rasa macam, ' nak resign '. TAPI bila fikir HUTANG yang baru DICIPTA, dan mengambil tempoh yang SANGAT LAMA untuk dilunaskan, maka nawaitu tersebut hanya dipendam dalam lubuk hati.T_______T.

So, esok aku nak pergi Terengganu. Perkhemahan. Wish me luck. Muahaha. Aku rasa stress even ada jugak sekelumit rasa excited. Sebab sekarang pergi kem sebagai GURU PENGIRING. Bukan lagi student. Tapi risau jugak sebab ada SULTAN TERENGGANU (yang handsome tuuuwww) sebagai Perasmi katanya. Lantak lah sana.

Ini sahaja, Oh, aku belum move to asrama lagi pun. Sebab apa? Sebab busy. Sebab tak ada hati. Sebab benci !

Sekian dari sahaja, cikgu yang sentiasa claim dirinya busy, tapi pelik kenapa kerjanya tak pernah pandai2 nak settle. Damn !








# I need a rest, I nak bercuti. Sabtu Ahad pun dah dirampas now. Siot!




Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...