23 April 2012

Susahnya Berharap Pada Manusia

 Intro sangat berani - 'hai ms.pants, bila agaknya boleh berjumpa?'





Assalamualaikum..

Hari ni jiwa aku lara. Sangat. Entah lah. Segalanya aku rasa tak kena. Aku terasa. Terasa dengan someone. Wahai blog, sekali lagi, sila bertahan dengan emosi ini.

Susah kan kalau kita bergantung harap pada orang. i mean pada manusia. Sebab manusia adalah benda hidup. Bernyawa. Sekejap2 boleh berubah. Kalau benda mati, tak hidup, tak boleh bergerak, dia akan statik. Sedikit pn takkan mengecewakan kita. Percayalah.

Bukan mengeluh. Terkadang aku rasa , aku kurang yakin. Apa betul apa yang aku buat ni? Betul ke pilihan aku? Betul tindakan yang aku ambil.. Dan tipu, tersangat tipu kalau aku cakap, aku mampu hidup sendiri tanpa orang lain di sisi. Lumrah manusia, memerlukan orang lain sama ada untuk menyokong atau berkongsi kasih. Ya, aku juga begitu..

Jika memulakan pada awal, kenapa berhenti di pertengahan? Jika sejak dari awal begitu, kenapa perlu berubah kemudian? Tak perlu. Tak perlu berubah. Walauapa sekalipun.. Aku tak mampu menerima perubahan yang drastik.Aku benci rasa terpinggir. Aku benci orang berubah tanpa persetujuan aku. Walaupun benda tu remeh.. Sebab, permulaan kita begitu. Maka, kenapa sekarang tak sama seperti mula?

Susah berharap pada orang.. Terkadang aku rasa, aku mahu hidup sendiri.. Menentukan segalanya sendiri. Tapi, mustahil bukan. Kerana Allah telah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan.. Ya Allah, tetapkan hatiku..

Aku sangat sensitif.. Waima benda sehalus kulit kupu-kupu pun. Nampak rock.. haha. tak ada makna. Hati aku cepat tersentuh.. Bila aku mula rasa aku too much, aku akan reverse.. Supaya aku terus tak melanggar apa yang ada di hadapan... berhati-hati lah selalu..



Wahai hati, sila kental.




# Susahnya berharap.. Aku takkan ada dalam hidup mereka jika mereka tak perlukan aku..
Kerana aku diperlukan, maka aku ada..









Bye !






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...