10 April 2013

Kau dah kenapa?

Assalamualaikum..

Satu soalan dari aku sebelum tu.

Memang semua lelaki bujang gatal ke?

Alkisahnya, aku pergi ke Telekom pagi tadi. Lepas bawak budak aku main bola keranjang, tak balik sekolah terus. Jalan sat. Settlekan urusan aku sat. Singgah la TM sini nak bayar bil, tanya pasal bil internet dan lain-lain.

Aku kenal la kerani dia. Lelaki ni. Pernah la bercakap bersembang untuk menguruskan hal2 internet aku dulu. Nama, dirahsiakan. Then tadi jumpa dia lagi. Aku macam biasa. Tanya dia bla..bla..blaa..

Then, dia mintak aku jumpa bos dia.. So, aku jumpa je la. Bos dia wanita. Tak ada masalah. Tapi sebenarnya aku tak payah jumpa pun. Dia boleh uruskan.

Takpe la, untuk dapat penerangan lebih terperinci. Then, aku pun duduk semula tanya segala yang aku tak paham. Sebabnya bil aku bapakk mahal bulan ni. Then, dia suruh wat report segala.

Sempat dia tanya pada aku, cikgu ajar apa? Ok takpe la. Jawab. Then, cik ke puan? Aku diam je la. Then masa nak bayar bil, dia tengok gambar aku bertunang dalam purse. And he asked a lot of questions. Aku terus jawab, maaf saya dah bertunang.

Then, memang aku kena tinggalkan no.telefon untuk TM bagi feedback semula. Dia ada text aku untuk remind 1,2  perkara yang aku kena buat dengan bil internet aku. Ok, takpela. Then, dia asked semula, betul ke tunang? Aku dah tak reply. Kau dah kenapa?????

Haishhhhhh.. Sebab memang hanya dia yang incharge untuk internet, nak taknak kena la refer dia jugak. Dia tak ada la mengancam apa sangat, Just asked me beberapa soalan. Tapi, perlu ke??

Tapi 1 je aku pegang, kau tak layan, tak menjadi jugak. So, rileks je laaa.. Nak wat macamana. rimas kekadang.. Dah2 lah.. bekerja lah secara professional.

Itu sahaja. Dan, tadi tengok video budak yang kena bantai tu kat FB. Aku salahkan mak bapak dia.Itu sahaja. Sebab mak bapak sekarang ni lebih percayakan anak2 daripada cikgu. Memang cikgu tak perfect, tapi hampir 95% mereka yang bergelar cikgu, hanya ada 1 niat sahaja dalam bekerja iaitu menjadikan anak orang lain itu berjaya dalam hidup. kalau marah, rotan itu bukan benci. Sayang? Pun tak. Itu tanggungjawab. Amanah yang kami kena pikul. Kalau tak pikir, lantak sana la. Bukan kena mengena pun..

Kesian budak tu. Tak tau la apa kes. Tapi kalau betul, memang masak la cikgu2 sekolah tu nak kena jawab dengan Jabatan. Siapa yang kena? CIKGU jugak. mak apak rileeekkk je mai tujal kepala cikgu nanti. tengok la.

Orait, dah habis membebel. Nanti sambung.



# Sesetengah lelaki kadang2 memang betul menggunakan SATU NAFSU yang mereka ada tu. Haishh.



Bye !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...