17 October 2012

Kerana Hawa Manusia Kedua..

Assalamualaikum..


'Kenapa perempuan yang dah berkahwin, kena letakkan suami dia di tempat pertama? Sedangkan lelaki yang dah berkahwin, masih boleh meletakkan ibunya di tempat pertama? Kenapa laki boleh, perempuan tak boleh? Kalau macam tu, ibu2 mesti nak lahirkan anak laki je la... kan?'

Lately, soalan ini menerawang di minda aku.. Aku dah bertanya kepada 3,4 rakan.. Jawapan yang aku dapat.. ENTAH.. Ada yang cuba beri jawapan, tapi semacam tak yakin. Apapun, terima kasih.

So, aku ajukan soalan ini kat Kak Noriah, salah seorang ustazah kat sekolah aku. Aku nak tahu kenapa. Then dia bagi jawapan.. Even aku tak faham sangat.. Apa yang dia beritahu ialah...

' Benda ni sebab hal kedudukan kita sebagai kaum wanita. Sememangnya, kita yang kedua dibelakang lelaki. Kalau yuhanna tanya akak kenapa, akak tak boleh bagi jawapan. Cuma, apa yang akak boleh share ialah kedudukan wanita itu sangat agung sekali sehinggakan Allah letakkan darjat ibu sangat tinggi, Memang betul, wanita akan nak melahirkan anak lelaki sahaja kalau tahu diorang akan ditinggalkan nanti, TETAPI sebenarnya pahala kita menjaga anak perempuan kita , memberi didikan yang sempurna, sampai dia berkahwin dan menjaga pula mertuanya..selama itu kita akan merasa pahalanya..'

'Masanya akan tiba, Mungkin hari ni, Yuhanna pertikai, kenapa suami aku agungkan ibunya? Kenapa bukan aku? Sesungguhnya, jika awak berbuat baik kepada mertua awak, menjaganya dengan baik sama seperti ibu sendiri, Allah akan balas dengan benda yang sama bilamana awak dapat menantu nanti. 25 tahun awak jaga hubungan awak dengan mertua, maka Allah akan balas keikhlasan awak tu nanti selama 25 tahun jugak.. Ini contoh.. So sekarang ni, apa yang penting, awak kena ingat masanya akan tiba.. Awak berkelakuan baik dengan ibu mertua, walaupun awak rasa kenapa awak tak berada di tempat pertama, insyaAllah..Allah akan bagi ganjaran setimpal.. What you give, you get back..'

'Menjawab persoalan Yuhanna, satu sahaja ayat akak..kenapa orang lelaki boleh mengutamakan ibunya, sedangkan wanita yang dah berkahwin perlu meletakkan suaminya tempat pertama sebelum ibunya sendiri adalah kerana, sememangnya HAWA adalah MANUSIA KEDUA SELEPAS ADAM...'

So, ini jawapan akak tu kat aku. Sangat panjang lebar.. Ada yang aku tak berapa ingat.. Tapi, ayat last buat aku tertarik..Soalan ini, bukan aku ajukan atas dasar suka2.. atau tak puas hati sebab kenapa mak aku , aku kena letak no.2 lepas berkahwin.. Aku nak tahu kenapa aku kena buat macam tu? Atas alasan apa dalam Islam mewajibkan begitu. And aku dah dapat jawapannya..

Semoga nanti jika diizinkan Allah swt, aku mampu menjadi anak, menantu, isteri dan ibu yang baik kepada s keluargaku, keluarga mertuaku, suami tercinta dan anak2 tersayang... InsyaAllah..











# Wanita , kau istimewa.


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...