05 May 2012

Aku tak berhak marah kah?

Assalamualaikunm..

Fuhhh! Ya Allah, redakan kemarahan yang membuak buak bagai air mendidih dalam hati ini. Pagi aku hari ni pagi yang sangat tak best. Sangat. Maka, mood aku akan terganggu untuk full day. Aku benci menghadapi benda macam ni. Kenapa susah sangat nak menyenangkan aku?

Satu-satunya kesalahan manusia lain yang aku tak dapat maafkan adalah mungkir janji. Ini kepantangan aku. Yang kedua, tak tepati masa.  Dua perkara yang boleh buat aku menyinga mengalahkan singa betina lapar. Kerana, aku seorang yang sangat punctual. Unless kalau aku memang ada hal yang tak dapat nak elak dari lewat, baru aku akan jadi seorang yang tidak menepati masa. Dan kalau berjanji dengan aku, hanya 1 sebab sahaja yang membolehkan janji itu dimungkiri, iaitu MATI. Kejam? Ya, sangat. Berjanji dengan aku, kalau jam 10, maka, 10 cun2. Tak ada 10.01min, 10.05, bla bla bla.. Aku tak boleh compromise yang ini.


Aku tak berhak marah kah? Kesalahan aku orang nampak. Terang-terang aku ditegur, maka aku terima. Tapi, kalau kesalahan sendiri? Jangan bagi alasan dengan aku. Aku cukup pantang. Geram aku, marah aku boleh sampai ke tahap maksimum. Aku tak berkawan dengan orang, untuk membenarkan orang melukakan hati aku awal-awal pagi.

Jangan tanya aku, 'kenapa tak boleh terima kelemahan orang lain?'  Maaf lah, terus terang cakap, aku bukan malaikat.. Pada aku, itu semua alasan. Boleh perbaiki. Nak dengan tak nak je. Mungkir janji, selalu lewat, tu bukan kelemahan dah tu. itu penyakit, tabii yang hanya empunya diri sahaja boleh ubah. Jangan harap orang lain selalu di tepi untuk betulkan itu dan ini untuk kita... KITA sendiri.. nak ke taknak? Tanya diri.

Sorrylah, aku bukan penyabar sangat. Yang menjadi kepantangan aku, sila jangan buat. Jangan main-main dengan aku. Bukan tak boleh tolak ansur, ada had. Bila aku dah ready, bila aku dah expect something, and bila ia tak menjadi, walhal bukan berpunca dari aku, memang aku hangin. Tersangat hangin. Benda kecik , kalau dibiarkan akan menjadi besar. Maaf.

Bila aku dah buat keputusan, takkan ada siapa atau apa yang boleh mengubahnya. Aku nekad, dan muktamad. Bila aku dah bagi hati, jangan pulang duri. Kalau rasa tak cukup nak seksa aku, teruskan. Sampai puas hati. Tak payah pikir masalah aku, apa yang aku perlu tanggung, teruslah puaskan hati kalian.
Sesungguhnya aku takkan mati kalaupun terpaksa hidup seorang diri.

Sekian, sesi luahan rasa yang terpendam di jiwa. Ini blog aku. Tak suka, tak payah baca. Yang baca, harap anda BUKAN tergolong dalam golongan pemungkir janji dan manusia yang tak pernah pandai tepati masa.








# Buat salah, belajar minta maaf. Jangan tuding balik jari kat kepala orang. Buat Hal !



Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...