12 February 2013

Ini sebabnya...

Assalamualaikum..


Pertama-tama sekali, aku terpanggil untuk memohon maaf atas tulisan ku sebentar lagi. Untuk sesiapa sahaja yang terkena, mengena, berkenaan. Aku mohon ampun dan maaf. Bukan khilaf kalian yang membuat aku terpanggil untuk menulis tentang ini, hari ini..

Tentang apa? Tentang satu tabiat sang arjuna (kadangkala, srikandi juga bisa) yang membuatkan aku lemas dan rimas.Apa? Merokok. Yup. Telah lama aku ingin berkongsi di sini, kenapa pilihan bakal imamku nanti, bakal ayah kepada anak2 ku nanti, bakal pemimpin kepada kami sekeluarga nanti bukan mereka yang digelar perokok.

Mengapa ya? Mengapa tidak boleh perokok? Ada sebabnya. Usia aku sekarang, 26 tahun. Arwah abah meninggal masa usiaku 5 tahun. Seawal usia itu, aku tak ingat apa2. Yang aku tahu, arwah abah memang perokok. Tapi, tak pernah sekali pun mak merungut. Mungkin usia muda, atau mungkin emak kuat untuk menerimanya. Tapi, apa yang pasti, kata mak, arwah abah tidak akan sesekali merokok di dalam rumah, di depan kami anak beranak. Maka sebab itu, mak tak pernah marah2.

Dan selepas arwah meninggal (bukan sebab rokok ya), aku hidup dalam keluarga baru. Ayah tiriku, bukan seorang perokok. Maka, dalam tempoh 21 tahun ini, aku tak pernah bergelumang dengan asap rokok yang memang beracun tu. Tak pernah sekali. Aku hanya berpeluang menyedut bau asap tu bila keluar ke kedai, keluar rumah dan lain2. Dalam rumah aku, tak ada.

Lantas, oleh kerana itu, aku sangat kolot dengan gejala orang yang merokok ni. Aku sangat sensitif dengan asap tersebut. Aku sangat rimas. Aku benci. Aku jadi sangat pasif dengan perokok. Dan dengan keadaan tumbesaran aku yang tak pernah dicemari dengan asap rokok itu, maka dalam hati ini, sejak aku mula mengenali cinta, aku sematkan kukuh dalam hati... bahawasanya suamiku nanti BUKAN PEROKOK.

Aku pendamkan sahaja salah satu syarat ini. Tidak pernah aku meletakkan syarat kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk mencuri hati ini. Kau mesti kaya, tinggi, handsome, pandai. NO. NEVER. Yang hanya aku syaratkan adalah, bukan perokok. Kalaupun kau perokok, bila bersamaku, kau mampu membuang 100% tabiat itu. Berusaha untuk mengubahnya. Ini yang aku mahukan.

Merokok itu haram. Kenapa masih berdegil? Tahu akibat merokok. Tahu kesan merokok. Aku sayang nyawa aku. Aku seorang yang sangat mementingkan diri sendiri. Jangan heret aku untuk mati sebelum ajalku. Sesungguhnya, perokok bukan suamiku.

Ini hasil tulisan aku. Luahan rasa hatiku. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Alhamdullilah, aku rasa, mesej aku berjaya disampaikan melalui luahan ini. Tiada paksaan. Kita ada akal, kita tahu baik dan buruk. Semoga yang buruk itu dapat ditinggalkan. Tanya sama hati. Jangan tanya kawan2. Jangan tanya penjual rokok. Jangan tanya iklan di kotak rokok. Jangan tanya mesej yang disampaikan dalam tv. TANYA SAMA HATI.

Ampun dari hati kecilku. Semoga Allah memudahkan urusan mereka2 yang bernawaitu untuk meninggalkan tabiat haram ini. Semoga dipermudahkan. Untuk yang ada dalam hidupku, dan tergolong dalam golongan ini, in shaa allah.. saya ada untuk menguatkan anda..

Ini je kot. Aku tau isu ini sangat sensitif. Tapi kena wartakan jugak.. Kepada mereka -mereka yang pernah aku reject, (hahahahaha hoverr) 1, sebab tak ada jodoh. 2. sebab korang tak dapat memenuhi HANYA 1 SYARAT ini. So, maaf. Cuba la lain kali, dengan mereka yang lain. ;)



# Pintaku satu, semoga bakal suamiku tidak tergolong dalam golongan ini. Amin.



Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...