10 April 2014

psstt.. Kahwin itu Best. :)

Assalamualaikum..


Hyep ! Macam yang dijanjikan... Aku kembali menghupdate. huhu. Setelah mencari2 ruang dan peluang, malam ni aku try.. Sekarang berkobar lagi mood aku. Tunggu kejap lagi. *membebel*

Errmmm.. kita ikut kronologi ye?

25 MAC 2014

Kenapa mula tarikh ni? Sebabnya, time ni aku paling excited. Tahu kenapa? Sebab sahabat kesayangan aku datang dari Sarawak ! Yes, sahabat susah senang kembor tak seiras sebilik 4 tahun !! RAHMAH.
Orang sarawak. Datang semata-mata janji yang telah dibuat. Hahaha. Dia pernah janji dengan aku dulu. "Aku akan datang bila kau kawin." Yes, she came to my wedding ! TQ sayang! Aku tak jumpa dia almost 4 years ! Gila tak eksaited?? huwaaa !


27 MAC 2014

Malam berinai. Ermm.. orang tu datang rumah aku. Inaikan aku. Heeee.. dah bertahun2 jari kaki aku tak pernah berinai. And kali ni.. Yes. Huuuu..

 

 

28 MAC 2014

Jeng..Jeng.. Jeng... huuuu.. takottnyaaa.. nervousnyaaa... risaunya.... Hahaha . Mana pi perasaan gembira? Ermmm.. aku takot sangat2. Macam2 aku pikir tiba hari ni. Tapi, yang paling utama, aku pikir satu perkataan sahaja je time ni.. PENAT ! Hahaha. aku asik tanya kawan aku.. cepatlaaaaa abeh semua2 ni.. aku terlalu penat. 

Akad nikah lepas Asar.. So, aku ada di Masjid Tunku Habsah, Padang Temusu around 4.40 pm macam tu. Aku make up ditemani Athirah. BFF aku forever ! Thanks sayang. And Driver aku adalah Pak Lah. Dia yang willing. TQ Weyhhh ! 

 





Pastu kan, sampai masjid. Aku taktau nak turun ke tak. MALUUU sangat rasaaa.. hahaha. Macam... oh what?? Ayu kahwin???? Huhu.. Then masuk masjid, nampak Mr.A kat depan. Dia memang tak pandang belakang langsung. Pastu ada jugak dia datang , suruh dok depan sikit ke mintak IC taktau.. Tak senyum langsunggg . Choi sangat tau. hahaha.. Aku dok je la belakang. Tapi sangat terkilan, sebabnya aku tak dengar pape.. Takde mic. Ingatkan tok kadi nak panggil ke depan ke apa. tak ada.. 

Aku tak sempat nak feeling.. tetiba dah baca doa. HAAAAA???? 

Tapi aku ada nampak, Mr.A macam ada orang dok urut belakang dia.. Aiikkk.. dah kenapa ni? Risau aku. Tapi wat slumber je la. Sebab tak dengar pape kan..

Rupa2nya.. he's crying..  ( Rahsia ini dibuka oleh Pak Lah)

Kenapa dia menangis, dia saja yang tau..


Nanti aku korek kenapa. :p







Here we are. Sekali lafaz.. Alhamdullilah.. Imamku... Amin..



 29 MAC 2014

Yessss.. kenduri sebelah rumah aku. :) Pepagi bangun, berkemas apa sumaaa.. then pergi make up. So sad.. pergi make up sendiri. PENGANTIN BAWAK KERETA SENDIRI2.. Hahahah.. Sampai kat traffic light, ada sebuah kereta tanya aku,'wehhhh awat bawak kereta sendiri pengantin? Mana driver??' Muahahaha.. Athirah lambat sikit.. heeee.. takpa. Aku faham. Its ok. :) Dia dah banyak tolong aku. Pi balik banyak kali aku tinggal barang. Dia takda, mati teros aku. !


I LOVE THE DRESS ! REALLY. Hohoho. 

Aku design sendiri okeehhh.. Kain pegi beli sendiri.Hover tauu. Haha... ermm. eksaited gilerr sebab 2 bas dari sekolah tercinta datang !! Terharu sangat. Sampai jugak. Alhamdullilah. Diorang memang superbbb !!
Besttt sangat2. Sanggup tau mai jauh2. Siap anak2 main kompang lagii.. kelassssss.. kompang dari PAHANG. hee.. TQ sayang2 cikgu !

And kedatangan saudara mara , kawan2, lawan.. hehehehe. Alhamdullilah. Terima Kasih sangat2. Terharu sungguh.. 

Petangnya, ada outdoor..

jom layan gambar yang maha banyak okk..

























Heeeeee.. sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa !



30 MAC 2014

Kenduri sebelah lelaki pulakk.. Sedih sikit masa ni, mak tinggal kita. Walaupun memang boleh balik bebila saja.. ahhaha.. Drama tau.. 
Tema Hijau Kuning.. Mr. A pakai tradisional.. heee.. :)

Layan gambar sikit ye..














Ok.. dah setel bab kenduri.. kita tengok sikit tambahan2.. ok..














Hmmmm.. dahhh.. heeee. senafas menghupdate. hahaha.Dah, jangan mintak dah. Aku tengah tunggu gambo dari photographer. Kalau da siap nnti, aku try la hupdate ok. Ni semua camera kawan2 je ni..

So,itulah dia.. Selesai sudah semuanya.. Alhamdullilah.

SPECIAL credit and thousand THANKS untuk SELURUH kaum keluarga.. Sahabat2 dunia akhirat yang bertungkus lumus bantu aku.. Aku nak state sensorang kat sni, memang ramai.. Tapi, jasa baik korang dalam hati aku sampai bebila. macam nak belanja semuanya sekali..

Sahabat dunia akhirat.. Terima kasih .Rahmah, Inayah, Athirah, Basitah, Naim, dan Syafira.. Korang superbb sangattt !

Untuk semua yang hadir, terima kasih jugak. Doakan saya dan suami bahagia sejahtera sampai bila2.. Amin.


Dan...


Untuk Suami Tercinta,

Terima Kasih kerana melafaz akad nama saya..

Terima Kasih melengkapi hidup saya..

Terima Kasih memilih saya tanpa ragu.

Terima Kasih atas kepercayaan yang diberikan..

Terima Kasih kerana bersedia menerima keburukan dan kelemahan saya...

Terima Kasih atas rasa cinta yang diberikan...

Terima Kasih kerana meletakkan saya di sisi sebagai seorang isteri.

Lastly..


Terima Kasih kerana menjadikan saya bidadari dunia menghiasi kehidupan abang sehari-hari..
In Shaa Allah, saya akan melakukan yang terbaik.. Demi Allah SWT.. 



TERIMA KASIH, SUAMIKU....





Love,

Ayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...