01 February 2012

Tak ada tajuk

Assalamualaikum..

Entah kenapa hari ni serba tak kena aku rasa. Aku tak happy.. Tak sedih.. Tak apa. Macam feeling less.. Heh. Ada ke? Aku ada buat salah ke kat orang? Rasanya, tak ada. Ceh bapak confident. Entah lah.. Semoga kesuraman ini berlalu pergi dengan cepat. Hopefully.

Oh, ya pagi tadi sewaktu aku sampai tempat kerja, aku tengok ada lah sekumpulan err.. pelajar remaja. Ye, aku panggil remaja sebab diorang semua pakai t-shirt and track bottom yang tertulis SMK ..... ( dirahsiakan). Ramai lah jugak. Aku tengok ada dua orang cikgu diorang, mengiringi sekali. Awal pagi diorang datang. Hari ni ada event kot untuk diorang..

Dari pengamatan aku, diorang ini adalah insan istimewa. Mungkin dari kelas peralihan agaknya.. 1Malaysia semua. Ada cina, india dan melayu.. Comel. Sangat comel. Hee.. Berpusu-pusu nak masuk lif. Aku actually boleh je nak redah masuk memusukan diri bersama, heh. Tapi, gila ke? Tak menyempat sangat? So, aku biarkan diorang naik dulu, sambil aku usha je kecomelan mereka. Hee..

Ada seorang ni, aku rasa dia hyper active kot.. Lelaki. Lif dah terbukak. Kawan-kawan kalot dah naik. Yang dia belum lagi. Sibuk suruh kawan naik..

'Naik cepat wey, aku tak payah lagi.. Cepat naik. Hang naik kaih.. '

Sekali cikgu dia jerit, MASUK CEPAT !!

Hahahaha.. Sentap budak ni, laju je masuk terus dalam lif.. Hehe. Aku dah nak gelak. Lawak tapi comel.

So, fasa kedua naik lif, yang tadi geng lelaki, ni geng perempuan pulak. Cikgu perempuan ni, ada pegang tangan seorang ni. Cina tak silap aku.. Syndrome down. Comel sangat. Dia baik je. diam-diam je..

Pandai. Sibuk tanya cikgu, sibuk mengira berapa tingkat lagi lif nak turun. Aku tengok je lah. Lif  buka, masuk semua.. Aku tak masuk lah, dah penuh kan. Maka, tunggu lagi. Wah, macam penyabar sangat kan kau Ayu? Haha..

Maka, inilah kisah aku pagi tadi.. Aku tak dapat bayangkan kalau aku yang jadi cikgu diorang. Eh, mesti tak boleh. Aku bukan penyabar. Nak menjaga insan-insan istimewa ini, kena banyak kesabaran kan? Budak normal yang aku ajar pun, aku dah cepat nak menyinga.. haha.. Tapi, seriously diorang adalah sangat comel. Hee.. Hopefully, diorang pun dapat menjalani kehidupan sama seperti budak-budak normal yang lain..


Aku ada baca kategori OKU... Nak baca jugak baca SINI.






All right, ini sahaja. Aku bosan betul today.  Serba tak kena semuanya.. Take Care.

# Kadang-kadang yang istimewa ini lebih pandai menghargai orang, dari kita yang normal konon 'istimewa'. Ceh.



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...