27 January 2012

Masalah Kita Orang Perempuan

Assalamualaikum..

Aku dah buat pemerhatian benda ni lama. Heh. Aku kan banyak sangat masa terbuang. So, aku nak potpet sini sensorang tentang apa yang aku dah perhatikan..

Maaf kaum ku. Bukan niat menjatuhkan. Tetapi, ini realiti. Terkadang aku pun tak terkecuali. hewhewhew.

Jom kita tinjau tengok . Kot-kot ada yang mengena, sama-sama lah kita mengatasi untuk tidak jadi lagi macam ni....




MASALAH KITA kaum wanita :

  • Masalah utama kaum wanita apabila lara duka nestapa, habis satu dunia akan tahu. Memang rapuh hati ini, namun sedarlah kaum aku, kecewa bercinta bukan bermakna dunia ini nak kiamat lagi. Aku banyak membaca blog orang. Jadi ada yang aku sangat respect cara penulisan diorang. Langsung tak sentuh hal privacy which is good pada hemat aku. But, ada jugak yang dari awal sampai ke akhir alamak aiii... Bf itu Bf ini.. B.o.s.a.n. ok.  Tapi, hak orang lah kan. Nak bercerita ke hape.. Blog diorang bukan blog aku. Heh. Tapi, kalau as a reader, mesti bapak bosannnn ya amat kan setiap hari merintih benda yang sama..  *TAK SEMUA*

  • Masalah kedua, perempuan-perempuan dengar sini.. Kalau kau mengalami masalah hati dan perasaan, mistake yang sangat besar kau lakukan adalah pabila menceritakan masalah kau itu kepada BF/TUNANG/SUAMI  ORAN LAIN. Ya! Sumpah kau memang ada masalah. Alasan yang diberikan, kaum lelaki lebih memahami. Damn it. Haha. Serious aku rasa gila. Wey, agak-agak lah ok. Kalaulah BF kau dok citer masalah kau dengan dia kat perempuan lain, is it cool bebeh? Euwww.. So, ada masalah sila lah refer pada orang yang sepatutnya. Esok-esok sangkut pulak dengan laki orang, mula lah nak bagi komen artis, 'kami hanya kawan biasa'.. wtf .. Haha. *TAK SEMUA*

  • Masalah ketiga, ini actually aku tak nak sentuh. Tapi, terpaksa jugak kot. Lantaklah nak terima ke taknak. Blog aku. Haha. Perempuan pakai tudung. Ok lah, kau mulia kan. Tapi apa kejadah kau nak menjeling orang lain? Kau ingat mata kau cantik? Haha. Serious tak boleh blah. Ya, memang lah kau bertudung menutup aurat padahal naik motor, kau kepit jugak bf kau kan? Rambut kau yang rebonding, ada jugak terjuntai kat belakang..Jalan nak beli tiket wayang, berpeluk jugak pinggang. Heh. Tak payah nak tengok aku menjeling . Eh? Haha. * TAK SEMUA*

  • Masalah keempat, style tak puas hati tengok orang lain cantik, kau ala kadar. Eh, aku bukan nak kutuk ke hape. Kau rasa kau cantik sangat, fine lah. Tak payah nak gelabah tegur-tegur orang. Aku memang benci gila orang kepoci sibuk jaga hal kecantikan orang lain. Haha.  'Asal kurus sangat?' 'Makan banyak sikit..' Eeee, celaka la. Haha. Aku kadang jawab gini je.. 'Aku kurus pun, aku tak mintak duit orang bagi aku makan.' Hamekkk.Badan kau cutting model? Hampeh jugak aku tengok. Belon jugak. Perghhh. Hahhaha.  * pun TAK SEMUA*

  • Masalah kelima, suka sangat berlawan. Lawan apa? Haaa, lawan brand baju la, lawan siapa pakai seluar branded lah, lawan kulit muka sape paling licin lah, lawan bf siapa paling handsome lah, lawan suami siapa paling kaya lah, lawan sapa kahwin dulu lah, lawan siapa beranak dulu lah hahaha dan lawan macam-macam lah lagi lah. Kehkehkehkeh. Oh, sick of this things! Tak payah nak berlawan sangat lah. Kalau orang tu cantik, dia pakai baju lelong kat pasar pagi pun tetap cantik. Heh.  * TAK SEMUA jugak*



Ok ! Ok ! Ok! aku stop. haha. Aku bukan apa, aku ingatkan diri sendiri jugak. Kepada kawan-kawan aku yang tersayang, korang tak macam di atas kan? Muahahaa.. Yang bukan kawan aku, aku peduli hape. Memang ini untuk korang. Nah, baca. Hahahaha..

Eh, kenapa entry laser di hari Jumaat? Heh. Aku bagi kau, tiga kali Jumaat je lagikkk.. Muahaha!


# Yang * TAK SEMUA* itu untuk mereka yang memang betul-betul bukan dalam masalah di atas. Heh.


Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...