06 January 2012

Mengena - Best .... Terkena- Lagi Best kot?

Assalamualaikum..

Pernah tak mengenakan orang? Dalam erti kata lain, membahan orang lain secara berleluasa? Haha. Apa perasaan?? SERONOK kan?? Lagi-lagi kalau mampu membahan sehinggakan orang tu terkelu lidah terdiam seribu bahasa. Huhu..

TAPI

Pernah tak korang pulak yang terkena? Atau dalam erti kata lain, menjadi bahan untuk dibahankan?? Apa rasa? SANGAT TIDAK SERONOK kan? Lagi-lagi bila mulut dah terhenti, akal dah mati nak membela diri.

Dua situasi berbeza. Aku rasa manusia normal, akan alami kedua-duanya.. Kalau bahan membahan sesama kawan semeja sebantal secawan, ok lah.. sebab masing-masing dah faham kan? Dah tak lut orang kata. Tapi, kalau lah kita baru kenal orang ni sehari dua, lepas tu selamba badak kita nak membahan dia, wajarkah? Atau, dia baru kenal kita tak sampai 2 jam, dah dihentamnya membantai kita kaw-kaw.. Suka kah kita?

Aku sendiri, suka jugaklah membahan orang., Haha.. Tapi kawan-kawan yang aku rasa dapat masuk je. Aku hentam kau, kau hentam aku balik.. Ada masa aku terkena, ada masa aku mengena. OK. TAPI seriously, aku paling tak suka orang yang asyikkkkkkkkkkkkk mengenakan orang kaw-kaw lepas tu dia langsung tak dapat terima bila dia pulak terkena. Yang lawak jadik serious. Eh, kau hentam orang tak apa?? Kena kat kau, pandai nak sentap? Apakah??

Kalau dengan aku, aku malas dah nak layan. Asyik kau nak rasa best mengenakan orang, dah tu plak,mengena tahap tak ingat dunia.. agak-agak lah.. Tak semua benda boleh dibuat bahan jenaka kan? Jaga sama sensitiviti orang lain.. Nak melawak, boleh . Berpada - pada. Sebab, bila terkena batang hidung sendiri, mula tak boleh terima. sungguh DAMN !

Aku nak bagi tips.. aisehhhh.. hebat sangat ke nak bagi tips bagai? Padahal selalu terkena. Eh? Haha..

Cara paling beradab untuk mengena dan terkena :

1) Perkataan Keramat - Bila orang tu sibuk duk pom pang pom pang bahan kau, yang mana boleh bidas, sila lah bidas. Sampai 1 tahap, dia akan membahan secara melampau (percayalah) dan ketika ini, tak payah semak kepala pikir nak bidas apa, anda hanya perlu jawab OK sahaja.  ---OK---- adalah satu perkataan membunuh dalam sesuatu situasi. Sila Percaya.

2) Jangan suka mengenakan orang lain secara drastik - Nak main angin orang, cukuplah setakat sepoi-sepoi bahasa.. Tak payah sampai angin lintang sangat.. Kang tak pasal kau yang terlentang. Kalau memang korang dah selalu bergurau kaw-kaw, fine. Tapi, kalau dah tahu kawan tu memang kaki angin, kaki sentap, kaki sensitif, cukuplah atas angin sahaja.
3) Beringat sebelum terkena dan mengena - Huhu.. ye, sentiasa beringat. Kita mengenakan orang seronok, sekali kita pulak dikenakan.. Amacam? Best? Dah tu pulak, sampai menjatuhkan air muka kita.. Kita nak melenting? Eh, tak cool langsung.. Kau bahan orang boleh, dah tu kenapa sentap der?? Beringat sebelum terkena dan mengena. 

4) Kenal betul-betul mangsa kau - Yang ni lawak.. Bunyi macam 'pengena tegar' plak..hahaa..Kadang-kadang kita seronok nak mengenakan orang, kita rasa kita nak bergurau je. Padahal, kawan kita tu tangkap serious. Adoila.. Macamana? Padahal dia tak pernah pun mengenakan kau melampau-lampau.. Tapi kau yang lampi tadi, dah tak pandai tengok kiri kanan, selamba je nak membahan.. Sekali dia cakap, 'macam ni ke kawan?' Hamekkk.. hilang sorang kawan kau yang selama ni selalu tolong kau.. Tak ke rugi? Kenali mangsa anda. LOL

5) Jauhi mereka - Ini last solution untuk mereka-mereka yang memang sentiasa terkena. Haha. Kalau dah memang tak mampu nak mengenakan balik (ni stock yang lemah lembut sopan santun dijaga 16 ciri nilai murni ada dalam diri mereka) maka, kau tak sesuai untuk berada dalam kelompok mulut puaka ni. Haha. Dari dok sakit hati sorang-sorang, baik tak payah kawan atau kurangkan berkawan dengan mereka. Kalau aku, orang yang tak boleh control  macam ni, aku blah je.. Ramai lagi kawan lain yang jugak puaka, tapi tak sepuaka kau. Sekian.

Hahahaa.. Itu sahaja. Benda ni terpulang kat diri masing-masing. Kalau kita memang dah kenal kawan kita tu berbelas tahun, dah selesa dengan cara dia, dia pun senang dengan kita.. OK je lah kan.. Tapi, kalau korang pun setakat hai-hai bye-bye je, pastu nak beramah mesra tak tahu hujung punca....ehhhh....apa kes ini?? Huhuhu..


Aku kalau bengang sekarang ni, aku makan benda ni. Sangat mendamaikan. Sumpah jatuh cinta.








# Kalau dapat BF atau GF / Suami atau Isteri yang kaki mengena ni, sekali sekala mungkin seronok KOT... Tapi kalau dah selalu, masih seronok ke? Huhu.. mungkin  YA  mungkin TIDAK.


Bye!

05 January 2012

Tak mengandung tapi boleh je mengidam kan?

Assalamualaikum..

Ye, dah mula dah musim mengidam bagai. Mengada. Eh, ibu mengandung je ke boleh mengidam? Yang masih tak bepeluang nak mengandung (boleh ke ayat mcm ni ?) tak boleh mengidam ke?ke?ke? Hahaha.. Lantak.

Aku dah lama teringin nak makan ni... DULU selalu............. Sedappppppp gila ! Dan masalahnya, aku tak tahu kenapa tekak aku hanya terima benda ni yang dijual di sini sahaja.

Tadaaaaaaaa...........


SOTONG CELUP TEPUNG  atau mungkin celup tu boleh ganti dengan goreng. Ah,sama je la. Tapi, yang tak best nya, sotong yang aku dok gila ni, hanya dijual di Medan Selera kat Pantai Seagate , Penang nuuu...

Sotong oh Sotong
+
Aku tak sure diorang goreng guna tepung ni ke apa tapi rasanya tepung lain
HASILNYA 
=
Ni aku ambik kat google...... meleleh air liur gua.. huhu


Memang ada jual tempat lain. Tapi tak sama dengan yang dijual kat sini. Aku tak dapat cari gambar pantai Seagate tuh.. ala, orang utara mesti taw.. Gila sedap dia punya sotong goreng tepung ni. Sumpah aku tak tipu. Tekak aku sampai sekarang hanya nak makan yang ni je.. Huhuhu.. Kadang-kadang aku rasa dia letak dadah ke apa? Aku macam ketagih.. Haha.. Makan sekali, nak lagi dan lagi dan lagi.

So, bila nak dapat makan ni??? TAK TAHU ! Haishhh.. susahnya la kalau selera ku di seberang .. Haha.. Macamana ni????

# Siapa yang perkenalkan makanan ni kat aku?? Baik mengaku !! Arghhh!!

Bye!

04 January 2012

Kenapa Perlu Sombong?

Assalamualaikum..

Hari ni sibuk mengemaskini file. File apa? File sijil-sijil. Macam banyak sijil . Padahal..........
Kenapa sibuk kemas? Sebab ada ura-ura mengatakan interview yang setelah sekian lama ditunggu bakal menjelma bulan ini. Entah berapa % kebenarannya, sama - sama kita tunggu dan lihat. (kenapa mesti sama-sama? Bukan ke aku sorang je patut tunggu? LoL ) Ok, bila tiba keadaan macam ni, perasaan CUAK TAKUT, GEMENTAR, segala mak nenek mula ada dalam jiwa dan minda. Serius cuak woi! Dah lah tunggu lama, pastu dengan interview yang dengar cite susah nak mati, pastu, kau silap SIKIT je,dengan mudah ditendang keluar sebab berpuluh ribu calon lagi dok menanti.

Sekarang cakap kenapa aku tak perlu cuak??

Dan menjelang detik cemas macamni, mula la meminta jasa baik member2 (yang betul2 member) untuk tolong pass kan nota2 yang berkenaan kalau ada. Email lah. dah jauh kan? So, tak ada dah rasa malu nak mengaku yang selama ni memang tak amik tahu langsung hal dunia semasa. Yang sentiasa diupdate adalah perihal artis (aku lah) hahahaa.. Maka, akan bertalu-talu lah SMS dihantar kepada member2 sekalian alam, "wey, ada pape info bagitau la. Jangan lupa." "eh, aku dah email nota yang aku ada. kalau ada yang terbaru, share2 lah"..
Ini bunyi msg sekarang ni. Tapi ada juga menyelit, ' weh, aku ada gosip ni... hang taw dak..bla..bla..bla.."
Kehkehkehkeh..

Bila berada dalam situasi ni, situasi saling perlu memerlukan, aku terfikir kalau lah tak ada kawan-kawan yang willing untuk membantu kita, bagaimana? Memang kita boleh cari sendiri, tapi seronok ke? Tak langsung. Kau ada ilmu, kau sorang-sorang. Tak dapat nak share dengan orang. Bosannya..

Aku lagi pelik bila ada orang yang sombong tahap dewa bila dah tau susah, lagi nak berlagak macam hebat tak perlukan bantuan orang lain. perghhhhh... Ok, fine. Kau tak perlu bantuan orang lain, tak pe. Tapi, bila ada yang ikhlas nak menghulurkan bantuan, kalau pun tak nak, berhemahlah menolak keikhlasan orang. Kadang-kadang aku terfikir, kat sekolah mana dia belajar?? Langsung tak pandai nak berbudi bahasa dengan orang. Letak diri pada tahap tertinggi.. Kalau betul2 terpuji, ok. Masalahnya, zero der... Diri sendiri hampeh, ada hati nak berlagak hero.. Alahai.. kesian.

Kita tak sempurna, betul. Tapi, itu bukan tiket untuk kita meminta orang lain terima ketidaksempurnaan kita atas alasan , 'aku dah memang macamni.'  Jujur, pada aku, orang yang selalu menggunakan alasan ni, adalah mereka yang sebenarnya seorang yang suka mengambil kesempatan. Bagaimana? Dengan menggunakan alasan, MANUSIA TIDAK SEMPURNA maka sampai ke sudah la langsung tak ada inisiatif untuk berubah.. 

Siapa kawan-kawan dia?Siapa yang nak kawan dengan dia? Dan siapa yang tahan berkawan dengan mereka yang dalam kategori ini? Kalau hari ni, masih ada yang masih mengambil berat akan kesusahan diri kau, masih ada yang sudi nak berkongsi segala masalah kau, masih ada hati yang sudi nak membantu kau, KENAPA PERLU SOMBONG? Boleh menolak pertolongan orang. Kalau kau rasa tak berbaloi untuk dia menolong kau. Tapi, boleh tak menolak keikhlasan orang in a proper way? Kau tak belajar nilai-nilai murni masa sekolah rendah? atau kau belajar, tapi pemalas nak ingat? atau kau memang langsung tak pernah terapkan dalam kehidupan kau? Ikhlas dari aku, Sia-Sia manusia jenis ini hidup berpuluh tahun dalam dunia.

Susah kalau asyik fikir diri sendiri best sangat. Lagi susah, kalau asyik fikir orang lain semuanya tak best. Sangat susah. Berhemah la dalam menolak keikhlasan orang lain. Kau memang ada hak untuk menerima atau menolak pertolongan orang. NOBODY can force you. TAPI tak berdosa kalau kau menolak pertolongan orang dengan cara tertib. TAK BERDOSA ok. Andai satu hari nanti, dah tak ada yang teringin nak dengar nama kau, dah tak ada yang sudi nak tengok muka kau dan dah tak ada lagi yang sanggup peduli masalah kau, baru kau tahu langit tu mendung ke cerah.

Tak salah kita menghargai keikhlasan orang lain. Sekurang-kurangnya masih ada yang sudi nak menolong kita. Bukan senang nak cari kawan sejati yang sanggup susah senang dengan kita, walaupun perbuatan dia dalam menolong kita tu tak masuk akal kadang-kadang. But, kenapa mesti pandang dari sudut negatif? Kau tak nampak betapa dia sedaya upaya nak menolong kau yang dalam kesusahan? Buka mata celik hati sikit. Kalau pun perbuatan dia tak logik, ada cara untuk kau menegur ketidak'logik'kan perbuatan dia.

Aku hanya meluah rasa kerana aku sangat tak faham dengan manusia yang ada 'ciri-ciri' ini. Entah apa yang ada dalam hati dan akal dia, Allah saja yang tahu. Tak perlu nak sekolahkan orang lain kalau diri sendiri pun tunggang langgang. Kalau aku ada company, ada pekerja aku yang macam ni, sumpah aku pecat terus dengan notis 24 jam dan aku akan cakap macam ni bila dia tanya kenapa buang saya?

" PR awak tak bagus. Awak langsung tak ada kemahiran dalam menggunakan kata-kata. Client-client saya tak selesa berurusan dengan awak. Awak tak ada rasa nak belajar mengurangkan kekurangan yang awak ada. Jadi bagaimana awak nak meyakinkan saya yang awak mampu meningkatkan mutu syarikat? Sedangkan awak sendiri gagal untuk memberi keselesaan kepada saya? "

(Sebab tu aku tak jadi boss) - Sekian.

Tulisan di baju tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.





:: Credit untuk staff-staff JPN Sungai Petani, sangat harmoni dan mesra. Rasa nak duduk lama-lama kat sana semalam dan  tukar  baru segala pengenalan diri yang ada.. Hahaha. Syabas. ::





# Seseorang itu tidak dinilai berdasarkan ketinggian ilmunya sahaja, bahkan yang terpenting adalah ketinggian budi bahasanya. - Prof. Dato' Dr. Nurul Yuhanna. Hahahahahhaa..





Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...