06 January 2012

Mengena - Best .... Terkena- Lagi Best kot?

Assalamualaikum..

Pernah tak mengenakan orang? Dalam erti kata lain, membahan orang lain secara berleluasa? Haha. Apa perasaan?? SERONOK kan?? Lagi-lagi kalau mampu membahan sehinggakan orang tu terkelu lidah terdiam seribu bahasa. Huhu..

TAPI

Pernah tak korang pulak yang terkena? Atau dalam erti kata lain, menjadi bahan untuk dibahankan?? Apa rasa? SANGAT TIDAK SERONOK kan? Lagi-lagi bila mulut dah terhenti, akal dah mati nak membela diri.

Dua situasi berbeza. Aku rasa manusia normal, akan alami kedua-duanya.. Kalau bahan membahan sesama kawan semeja sebantal secawan, ok lah.. sebab masing-masing dah faham kan? Dah tak lut orang kata. Tapi, kalau lah kita baru kenal orang ni sehari dua, lepas tu selamba badak kita nak membahan dia, wajarkah? Atau, dia baru kenal kita tak sampai 2 jam, dah dihentamnya membantai kita kaw-kaw.. Suka kah kita?

Aku sendiri, suka jugaklah membahan orang., Haha.. Tapi kawan-kawan yang aku rasa dapat masuk je. Aku hentam kau, kau hentam aku balik.. Ada masa aku terkena, ada masa aku mengena. OK. TAPI seriously, aku paling tak suka orang yang asyikkkkkkkkkkkkk mengenakan orang kaw-kaw lepas tu dia langsung tak dapat terima bila dia pulak terkena. Yang lawak jadik serious. Eh, kau hentam orang tak apa?? Kena kat kau, pandai nak sentap? Apakah??

Kalau dengan aku, aku malas dah nak layan. Asyik kau nak rasa best mengenakan orang, dah tu plak,mengena tahap tak ingat dunia.. agak-agak lah.. Tak semua benda boleh dibuat bahan jenaka kan? Jaga sama sensitiviti orang lain.. Nak melawak, boleh . Berpada - pada. Sebab, bila terkena batang hidung sendiri, mula tak boleh terima. sungguh DAMN !

Aku nak bagi tips.. aisehhhh.. hebat sangat ke nak bagi tips bagai? Padahal selalu terkena. Eh? Haha..

Cara paling beradab untuk mengena dan terkena :

1) Perkataan Keramat - Bila orang tu sibuk duk pom pang pom pang bahan kau, yang mana boleh bidas, sila lah bidas. Sampai 1 tahap, dia akan membahan secara melampau (percayalah) dan ketika ini, tak payah semak kepala pikir nak bidas apa, anda hanya perlu jawab OK sahaja.  ---OK---- adalah satu perkataan membunuh dalam sesuatu situasi. Sila Percaya.

2) Jangan suka mengenakan orang lain secara drastik - Nak main angin orang, cukuplah setakat sepoi-sepoi bahasa.. Tak payah sampai angin lintang sangat.. Kang tak pasal kau yang terlentang. Kalau memang korang dah selalu bergurau kaw-kaw, fine. Tapi, kalau dah tahu kawan tu memang kaki angin, kaki sentap, kaki sensitif, cukuplah atas angin sahaja.
3) Beringat sebelum terkena dan mengena - Huhu.. ye, sentiasa beringat. Kita mengenakan orang seronok, sekali kita pulak dikenakan.. Amacam? Best? Dah tu pulak, sampai menjatuhkan air muka kita.. Kita nak melenting? Eh, tak cool langsung.. Kau bahan orang boleh, dah tu kenapa sentap der?? Beringat sebelum terkena dan mengena. 

4) Kenal betul-betul mangsa kau - Yang ni lawak.. Bunyi macam 'pengena tegar' plak..hahaa..Kadang-kadang kita seronok nak mengenakan orang, kita rasa kita nak bergurau je. Padahal, kawan kita tu tangkap serious. Adoila.. Macamana? Padahal dia tak pernah pun mengenakan kau melampau-lampau.. Tapi kau yang lampi tadi, dah tak pandai tengok kiri kanan, selamba je nak membahan.. Sekali dia cakap, 'macam ni ke kawan?' Hamekkk.. hilang sorang kawan kau yang selama ni selalu tolong kau.. Tak ke rugi? Kenali mangsa anda. LOL

5) Jauhi mereka - Ini last solution untuk mereka-mereka yang memang sentiasa terkena. Haha. Kalau dah memang tak mampu nak mengenakan balik (ni stock yang lemah lembut sopan santun dijaga 16 ciri nilai murni ada dalam diri mereka) maka, kau tak sesuai untuk berada dalam kelompok mulut puaka ni. Haha. Dari dok sakit hati sorang-sorang, baik tak payah kawan atau kurangkan berkawan dengan mereka. Kalau aku, orang yang tak boleh control  macam ni, aku blah je.. Ramai lagi kawan lain yang jugak puaka, tapi tak sepuaka kau. Sekian.

Hahahaa.. Itu sahaja. Benda ni terpulang kat diri masing-masing. Kalau kita memang dah kenal kawan kita tu berbelas tahun, dah selesa dengan cara dia, dia pun senang dengan kita.. OK je lah kan.. Tapi, kalau korang pun setakat hai-hai bye-bye je, pastu nak beramah mesra tak tahu hujung punca....ehhhh....apa kes ini?? Huhuhu..


Aku kalau bengang sekarang ni, aku makan benda ni. Sangat mendamaikan. Sumpah jatuh cinta.








# Kalau dapat BF atau GF / Suami atau Isteri yang kaki mengena ni, sekali sekala mungkin seronok KOT... Tapi kalau dah selalu, masih seronok ke? Huhu.. mungkin  YA  mungkin TIDAK.


Bye!

2 comments:

LuCky13 said...

cerah terok belog depa

Yeah, saya! said...

besa ar.. haha.. ada nur. kahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...